387212133 Laporan Refleksi Sdp PDF

Title 387212133 Laporan Refleksi Sdp
Author Anonymous User
Course generik bahasa melayu kontekstual
Institution Instituto Profesional IPG
Pages 3
File Size 76.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 230
Total Views 744

Summary

1 LAPORAN REFLEKSIsaya telah menghasilkan sebuah kit pembelajaran yang bernama ‘Lipan Gergasi’. Kit ini adalah sebuah permainan dalam pembelajaran dimana murid boleh belajar sambil bermain di dalam kelas.Saya menghasilkan kit ini hanya memerlukan alat tulis yang asas dan mudah didapati seperti kerta...


Description

1.0 LAPORAN REFLEKSI saya telah menghasilkan sebuah kit pembelajaran yang bernama ‘Lipan Gergasi’. Kit ini adalah sebuah permainan dalam pembelajaran dimana murid boleh belajar sambil bermain di dalam kelas. Saya menghasilkan kit ini hanya memerlukan alat tulis yang asas dan mudah didapati seperti kertas sebak sebanyak empat helai, pelbagai jenis kertas warna yang pelbagai warna, alat tulis seperti pen marker, dan menggunakan barangan terpakai seperti kotak-otak yang tidak digunakan lagi. Kit ini hanya mengambil masa yang singkat dalam menghasilkannya. Saya menghasilkan kit ini hanya dua hari sahaja. Ia mudah dihasilkan oleh guru kerana ia berkonsepkan permainan yang terkenal iaitu ‘dam ular’. Kit ini juga tidak menelan kos yang begitu banyak dan ia mampu dibiayai kerana jumlah keseluruhan kos untuk membuat kit pembelajaran ini adalah anggaran sebanyak sepuluh ringgit sahaja. Kos ini termasuklah dengan penggunaan alat tulis dan kos mencetak bahan pengajaran. Secara khususnya, kit ini mengfokuskan kepada topik Golongan Kata Nama dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, ia telah diinovasikan sedikit dengan penambahbaikan dengan pada kotak-kotak di trek lipan gergasi, terdapat warna-warna tertentu yang telah dilekatkan yang mana setiap warna-warna tersebut adalah berbeza soalan berkenaan dengan golongan kata nama. Ia juga telah ditambah baik dengan menjadikan murid sebagai tanda untuk berada di dalam trek kerana trek lipan gergasi amat besar yang dapat menjadikan murid untuk merasai sendiri di dalam trek permainan. Ia mengaplikasikan pergerakan dalam pembelajaran dimana murid tidak akan pasif dan hanya statik di kerusi menerima dan mempelajari sesuatu perkara. Soalan-soalan yang dibuat adalah berdasarkan kepada penggunaan golongan kata nama serta aplikasi golongan kata nama dalam pelbagai konteks. Penggunaan denda dalam permainan ini turut disertakan dengan murid perlu menyanyikan lagu kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam sampul ‘denda’. Muzik dan pergerakan adalah penting dalam proses pendidikan kreatif (Hauser (1959). Hal ini telah menjadikan sesi pengajaran lebih menarik dengan unsur nyanyian secara tidak langsung mereka masih dapat menganalisis golongan kata nama yang terdapat dalam lirik tersebut. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Mok Soon Sang (2008) berpendapat bahawa perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan dimana seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Kit pembelajaran ‘Lipan Gergasi’ ini sangat memberi manfaat kepada murid dalam menjalani sesi pembelajaran. Hal ini kerana murid kurang gemar apabila pembelajaran hanya berpusatkan kepada guru yang hanya menerima penerangan dari guru. Justeru itu, pembelajaran berpusatkan bahan turut dapat digunakan dalam sesi pembelajaran. Hal ini juga dapat memupuk daya saing antara murid kerana masig-masing bersaing untuk menjadi pemenang ketika bermain permainan ini. Kit pembelajaran ini juga bukan sahaja dapat digunakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu, malah dapat disesuaikan dengan mata pelajaran lain dengan mengubah soalan-soalan dan denda yang dikenakan sesuai dengan mata pelajaran tersebut. Kit pembelajaran ini sememangnya memberi kebaikan kepada murid apabila menggunakannya. Murid dapat menggunakan kit ini tanpa pengawasan seorang guru. Hal ini kerana kit pembelajaran ini mempunyai panduan permainan yang telah tertera pada kotak kit ini. Kit pembelajaran ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran terutamanya ketika dalam Langkah tiga dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dalam RPH tersebut, langkah tiga itu merupakan langkah dimana murid akan menjalani sesi penggayaan dan pemulihan. Jadi, murid akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bentuk permainan kecil. Semasa menghasilkan kit ini, saya sebagai seorang bakal guru dapat mengambil input sepanjang penghasilan kit ini. Saya dapat merasai sendiri gambaran situasi sebenar ketika menghasilkan kit ini kerana pelbagai aspek perlu dititikberatkan supaya sesuai dengan murid. Antaranya seperti aspek keselamatan, kesesuaian bahan yang digunakan supaya dapat bertahan dengan lebih lama, kekemasan, arahan permainan yang jelas dan mudah difahami dan lain-lain. Kit pembelajaran ini juga dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Kit ini amat sesuai digunakan untuk semua golongan umur kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang dapat mencederakan ketika digunakan kerana ia banyak menggunakan alat-alat tulis seperti kertas. Setelah

selesai

membentang

kit

pempelajaran

ini,

terdapat

beberapa

penambahbaikan yang perlu saya lakukan supaya menjadikan kit ini lebih sempurna dan efektif digunakan. Antaranya ialah penggunaan kertas sebak sebagai trek permainan. Hal ini telah menjadikan trek itu tidak bertahan lama sekiranya tertumpah air atau terkoyak semasa permainan dijalankan. Cadangan penambahbaikan yang telah dicadangkan antaranya penggunaan ‘mouting board’ supaya trek menjadi lebih keras dan dapat bertahan dengan lebih lama kerana tidak cepat terkoyak. Selain itu, penambahan koleksi soalan juga perlu ditambah baik dan perbanyakkan supaya boleh disertai ramai pemain. Setiap kad soalan itu boleh laminate supaya kalis air dan bertahan lama, tidak cepat rosak atau koyak.

2.0 RUJUKAN Hauser, Philip Morris. (1959). The study of population: an inventory and appraisal. Chicago: University of Chicago Press. Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan dan pedagogi: Murid dan alam belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1993). Kemahiran berfikir: Konsep, model dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum....


Similar Free PDFs