REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO DOCX

Title REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
Author Juraida Shamsudin
Pages 1
File Size 16.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 246
Total Views 495

Summary

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO 1. Kekuatan Sepanjang pengajaran makro dijalankan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan kekuatan didalamnya.Faktor pertama yang penting untuk menarik minat dan perhatian murid ketika belajar ialah set induksi.Jika set induksi menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) ya...


Description

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO 1. Kekuatan Sepanjang pengajaran makro dijalankan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan kekuatan didalamnya.Faktor pertama yang penting untuk menarik minat dan perhatian murid ketika belajar ialah set induksi.Jika set induksi menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik maka ia akan membuatkan murid teruja untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.Ini akan membuatkan murid menumpukan perhatian terhadap langkah demi langkah yang telah di susun oleh guru di dalam rancangan pengajaran harian.Justeru,murid akan dapat memahami satu-satu pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.Faktor kedua pula ialah suara yang lantang dan cara penyampaian yang jelas.Bagi memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar,suara guru mestilah lantang,jelas dan sebutan mudah difahami.Jika murid tidak dapat mendengar suara guru dengan jelas maka mereka akan mudah merasa bosan dan tidak memahami pelajaran yang ingin disampaikan.Ini menyebabkan objektif P&P yang dirancang oleh guru tidak tercapai.Seterusnya cara penyampaian seseorang guru itu juga penting bagi memastikan murid benar-benar memahami pelajaran yang diajar dan seterusnya dapat mengawal murid dengan baik.Dengan adanya kawalan murid yang baik maka suasana pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan harmoni.Selain itu,proses penilaian yang dilakukan oleh guru selepas mengajar juga penting bagi menilai murid sama ada mereka memahami atau tidak pelajaran yang disampaikan.Proses penilaian ini boleh dilakukan dengan cara memberikan lembaran kerja dan latihan kerja rumah.Guru hendaklah memeriksa hasil kerja murid tadi dan di situ guru dapat menilai sama ada murid tersebut faham atau tidak pelajaran yang telah disampaikan.Jika guru mendapati murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberikan maka guru hendaklah mengadakan proses pemulihan.Murid tersebut hendaklah dibimbing di luar bilik darjah secara berterusan sehingga mereka dapat mencapai sasaran atau objektif yang dirancang.Kekuatan lain yang terdapat di dalam pengajaran makro ini ialah murid diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti yakin diri,berani, dan bekerjasama.Ini dapat dilihat semasa aktiviti P&P dijalankan,murid berani untuk ke hadapan dan yakin dengan kebolehan diri untuk menjawab soalan yang diberikan.Selain itu sikap bekerjasama juga dapat dilihat ketika mereka menjalankan aktiviti berkumpulan.Nilai-nilai murni ini penting bagi membentuk sahsiah diri murid agar menjadi manusia yang bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi juga berakhlak mulia.Kelebihan yang seterusnya ialah guru dapat mengawal suasana dan keadaan kelas dengan baik.Guru juga sentiasa memantau dan membimbing muridnya terutama ketika aktiviti penilaian dilakukan. 2. Kelemahan Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah guru tidak dapat menepati masa yang telah ditetapkan mengikut langkah-langkah yang telah disusun didalam rancangan pengajaran harian (RPH).Ini kerana kadang kala terdapat masalah atau gangguan berlaku di luar jangkauan atau kawalan kita.Namun begitu,ia tidak menjejaskan keseluruhan...


Similar Free PDFs