Research Paper Bisaya PDF

Title Research Paper Bisaya
Author Ainul Jannah
Course Hubungan Etnik
Institution DRB-HICOM University of Automotive Malaysia
Pages 33
File Size 943 KB
File Type PDF
Total Downloads 14
Total Views 54

Summary

Assignment Cover Page Assignment Title Research Paper (Etnik Bisaya) Programme BST, BID & BOSHProgramme Group BST 1A, BID 1A, BOSH 1B Module Name Hubungan EtnikLecturer Name Madam Shaifatul Diana Baharom Module Code MPU 3113Submission Date 5 APRIL 2020No Name IC No. / Student ID No. Signature 1 ...


Description

Assignment Cover Page Assignment Title Research Paper (Etnik Bisaya) Programme BST, BID & BOSH

Programme Group BST 1A, BID 1A, BOSH 1B

Module Name Hubungan Etnik

Lecturer Name Madam Shaifatul Diana Baharom

Module Code MPU 3113

Submission Date 5 APRIL 2020

No

IC No. / Student ID No.

Name

1

AINUL JANNAH BINTI HASIM

202200752

2

AFIQAH IZZATI BINTI FISEL

202200772

3

NIK NUR AQILAH BINTI AMIR

202200688

4

NUR QISTINA BINTI MOHD AMIN @ MOHD NASIR SITI NUR FATHIAH BINTI MOHD NOOR

202200768

5

Signature

202200681

Lecturer Comments

Marks Awarded

Lecturer Signature

Date

1

JADUAL KANDUNGAN

1.0

NO

KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0

PENGENALAN SEJARAH ETNIK BISAYA BAHASA/TULISAN ETNIK BISAYA MAKANAN/MASAKAN TERKENAL ETNIK BISAYA PAKAIAN TRADISI ETNIK BISAYA CONTOH FIGURA ETNIK BISAYA PERAYAAN ETNIK BISAYA ADAT PERKAHWINAN ETNIK BISAYA ADAT KEMATIAN ETNIK BISAYA KEISTIMEWAAN ETNIK BISAYA TEMUBUAL BERSAMA ETNIK BISAYA KESESUAIAN TAJUK DENGAN SUBJEK

13.0

HUBUNGAN ETNIK PENGALAMAN &

14.0 15.0 16.0

TUGASAN KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN

PENGAJARAN

SEPANJANG

MUKA SURAT 2 2-4 4-5 5-6 6 7-8 8-9 9-12 12-14 14-17 18 19-20 20-21 21-22 22-27 28

PENGENALAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah.Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam di dalam masyarakat majmuk. Dengan itu,kami sekumpulan diberikan tugasan mengenai etnik Bisaya dari Sabah. Kami berbincang secara berkumpulan bagaimana untuk memperoleh informasi mengenai etnik tersebut. 2

Oleh itu,kami bersepakat untuk mencari beberapa orang responden daripada kalangan rakan kepada rakan kami yang berasal dari Sabah. Kaedah yang kami gunakan ialah dengan menyediakan beberapa soalan dalam bentuk 'Google Form'.

2.0

SEJARAH ETNIK BISAYA

Suku kaum Bisaya merupakan suku kaum peribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo Sabah yang tertumpu di kawasan Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Suku kaum Bisaya mempunyai banyak persamaan dengan suku kaum Dusun Tatana terutama dari segi bahasa kerana kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa dialog yang lebih kurang sama. Bisaya merupakan antara suku kaum terawal yang menerima Islam iaitu pada kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama ialah Awang Alak Bertatar yang juga dikenali sebagai Sultan Mohammad Shah. Cara penyebaran islam kepada kaum Bisaya ialah melalui hubungan perdagangan antara mereka dengan pedagang dari tanah Arab. Kehidupan sosial mereka juga banyak dipengaruhi pengaruh Arab yang mana mereka sangat menitik-beratkan hukum-hakam islam.

Walaupun suku kaum ini dikatakan berkait dengan Visayas yang berada di Filipina namun tetapi suku kaum Bisaya ini hanya ditemui dan didapati kewujudan kaum mereka di Borneo sahaja iaitu Sabah dan Sarawak sahaja. Ini kerana suatu ketika dahulu ada terdapat sebilangan kaum Bisaya yang telah melakukan penghijrahan beramai-ramai ke sana disebabkan oleh faktor ekonomi atau pengaruh politik yang tidak disenangi oleh sebilangan mereka. Dikatakan mereka selepas mereka melakukan penghijrahan ke sana pada beratus-ratus abad lamanya , mereka menukarkan visi kaum bisaya kepada visayas kerana tidak mahu berkait rapat dengan Suku Kaum Asli Bisaya yang terdapat di Borneo suatu ketika dahulu. Pemerintahan di pulau Borneo atau dikenali sebagai Pulau Paraca oleh Kaum Bisaya ini telah wujud beribu-ribu abad lamanya seawal 977 Masihi dan ini telah mengakibatkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong mereka ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti oleh Para Pengkaji Sejarah dan diteliti bahasa pertuturan mereka menujukan bahawa banyak persamaan lebih dekat kepada Bahasa 3

Melayu yang mempunyai hubung kait bahasa melayu yang diamalkan oleh pemerintahan Kesultanan Melayu Barunai(Brunei).

Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya yang berasal dari barat laut borneo yang bersama satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting). Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, iaitu Sultan Brunei yang Pertama.

Asal usul kaum Bisaya tidak dapat dipastikan dengan jelas. Namun, terdapat beberapa teori yang membincangkan tentang kewujudan perkataan ini. Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Bisai Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Dan setengah pendapat mengatakan ia berasal daripada perkataan "Ma Bisa" iaitu bermaksud bisa yang dikaitankan dengan ilmu sihir atau perubatan yang biasanya diamalkan oleh suku kaum ini pada ketika itu.Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini. Sama ada perkataan Bisaya itu berasal dari perkataan "Bisai Iya","Ma Bisa" dan "Bisa Iya" tiada kesahihan secara bertulis. Menurut Kahti Galis(1990) menyatakan Dr. Otley Beyer dan Chester berpendapat bahawa perkataan „Bisaya‟ berasal daripada perkataan ‘Sri Vijaya’ yang merupakan salah satu empayar yang hebat pada ketika itu.Teori yang dikemukan oleh Carrol pula menyatakan Bisaya berasal dari perkataan bisaya yang mana dalam bahasa sulu dan Mindanao membawa makna hamba. Sonza (1957) seperti dinyatakan oleh Kahti Galis(1990) dalam bukunya pula menyatakan legenda asal usul perkataan „Bisaya‟ berasal daripada perkataan ‘bisaiyah’. Menurutnya, perkataan ini diucapkan oleh Sultan Brunei yang pada ketika

4

itumengunjungi tempat tinggal orang Bisaya. Baginda merasakan bahawa tempat itusungguh cantik lalu timbullah perkataan itu.

Pada masa lampau, etnik Bisaya mengamalkan kepercayaan animisme. Akantetapi apabila Islam datang ke kepulauan Borneo, etnik ini mula menerima agamaIslam. Bisaya dikatakan di antara etnik yang pertama menerima Islam pada awal kurunke-13. Mereka menerima pengaruh agama Islam daripada Kesultanan Brunei yangmenguasai kawasan persisiran pantai barat Sabah ketika itu. Rentetan daripadapenerimaan agama Islam dalam masyarakat Bisaya, budaya etnik ini sedikit sebanyakyang dipengaruhi oleh agama Islam terutamanya dalam adat istiadat perkahwinan. Namun begitu, masyarakat Bisaya di negeri Sabah berbeza dengan masyarakat Bisayayang menetap di daerah Limbang, Sarawak. Ini kerana kaum Bisaya di Sabah beragama Islam manakala kaum Bisaya di Sarawak pula sebaliknya.

3.0

BAHASA/TULISAN/SISTEM EJAAN ETNIK BISAYA

Bahasa Cebu atau lebih dikeanli sebagai Cebuano adalah Bahasa Austronesia yang bermaksud Bahasa keluarga yang digunakan di seluruh Taiwan, Semenanjung Tanah Melayu, Maritim Asia Tenggara, Madagaskar dan pulau-pulau di Lautan Pasifik. Bagi Bahasa Cebuano, ianya dituturkan di Filipina lebih kurang oleh 18,000,000 orang dan subkumpulan Bisaya. Nama Bahasa ini asalnya daripada pulau Filipina iaitu Pulau Cebu. . Dan secara ringkasnya boleh dikatakan bahasa Bisaya, Borneo adalah lebih merujuk

kepada dialek berbanding bahasa etnik Visaya, Filipina.

Bahkan pula, suku Kaum Bisaya mempunyai banyak persamaan dengan suku kaum Dusun Tatana terutama sekali dari segi bahasa. Ini terbukti sebilangan percakapan bahasa dialog mereka hampir sama jika mereka berdialog sesama sendiri. Disebabkan oleh pelbagai kacukan yang menghasilkan kaum Bisaya ini seperti Cina dan Filipina, pertuturan mereka amat menitik beratkan kelembutan dan kesoapan. Jadi, apabila mereka bertutur tidak kira sama ada dengan orang yang lebih tua mahupun rakan sebaya, rata-rata

5

mereka akan menggunakan Bahasa yang sangat tinggi kerana bagi mereka, ianya melambangkan keperibadian dan tatasusila masyarakat mereka,

Dari segi sistem tulisan, ia tidak mempunyai tulisannya yang tersendiri kerana ejaan dan Bahasa mereka adalah berdasarkan Bahasa Cebu yang menggunakan abjad rumi. Kajian tentang Bahasa ini telah dilakukan dan dikatakan Bahasa Bisaya yang dituturkan di Borneo tidak harus disamakan dengan Bisaya yang dituturkan di Filipina walaupun kedua-duanya mungkin mempunyai hubungan genetik dalam konteks bahasa meso (meso-languages). Namun untuk kajian ini, pengkaji Bahasa hanya menghuraikan aspek fonologi bagi variasi bahasa Bisaya yang dituturkan di daerah Beaufort, Sabah.

4.0

MASAKAN DAN MAKANAN TERKENAL ETNIK BISAYA Bagi masyarakat Bisaya di Sabah, warna tidak memainkan peranan yang penting dalam makanan tradisional mereka. Mereka memiliki makanan tradisional yang bentuk dan

teksturnya

tidak menarik,

tetapi

rasanya

cukup enak. Ambuyat merupakan

makanan tradisional kaum Bisaya di Sabah dan di Brunei. Ambuyat berwarna putih cair dan

teksturnya

perkahwinan dan

seperti gam. Ambuyat menjadi ketika

hari

keramaian

hidangan wajib bagi penduduk

ketika Bisaya.

kenduri Ada

ketikanya, ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengah hari bagi menggantikan nasi. Bagi kanak-kanak kaum Bisaya, mereka turut menyukai ambuyat dan membesar dengan makanan tradisional nenek moyang mereka itu. Ambuyat diperbuat daripada pokok rumbia yang diproses menjadi sagu rumbia. Bagi masyarakat Bisaya yang tinggal di Beaufort, Sabah, untuk membuat ambuyat, mereka perlu meredah hutan mencari pokok sagu. Pokok sagu akan ditebang dan dibawa ke pondok pemprosesan sagu. Di pondok tersebut, kebiasaannya kaum lelaki bertanggungjawab mengupas kulit batang sagu tersebut. Batang sagu yang telah dikupas, dibelah bagi mengeluarkan isi sagu yang terdapat di bahagian tengah batang sagu. Kemudian, isi sagu yang berwarna putih dipotong kecil dan halus. Sagu yang dipotong ditapis dan direndam untuk tempoh tiga hari di dalam baldi yang berisi air. Secara keseluruhannya, proses ini memakan masa selama sehari untuk disiapkan. Selepas tempoh satu atau dua hari, isi

6

sagu yang direndam akan menjadi sebatian. Sebatian ini ialah sagu yang dimasak menjadi ambuyat. Rujuk rajah 1 pada lampiran bagi melihat visual Ambuyat. Kuih

Kelupis

merupakan

makanan

tradisional

kaum/masyarakat

brunai/kedayan/bisaya di daerah Beaufort, Sabah. Makanan ini dibuat dari beras pulut dan santan. Biasanya makanan ini sering dihidangkan sempena majlis perkahwinan dan juga majlis hari raya serta hari kebesaran yang lain. Rujuk rajah 2 pada lampiran untuk mengenali Kuih Kelupis.

5.0

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BISAYA

Dari segi berpakaian, memang orang Bisaya ada pakaian tradisinya dan kemungkinan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya pun ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi etnik lain yang sarat dengan aksesori.Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa kaum lelaki Bisaya adalah seluar panjang yang menutup kaki. Sebagai pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian dada terbelah berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Sedangkan dalam acara-acara rasmi seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan kain sarung. Warna yang digunakan oleh remaja lebih terang, dominan seperti warna hitam. Rujuk rajah 3 dan rajah 4 pada lampiran untuk membezakan pakaian tradisi Bisaya bagi kaum wanita dan lelaki.

6.0

CONTOH FIGURA Paulus Palu Gumbang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) bagi Batu Danau, Sarawak. Beliau merupakan pemimpin yang sentiasa memperjuang kebajikan semua kaum tanpa mengira perbezaan agama dan keturunan. Paulus Palu 7

Gumbang juga merupakan calon tunggal berbangsa Bisaya daripada 82 kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11). Walaupun Paulus Palu Gumbang berbangsa Bisaya tetapi beliau turut sama-sama memperjuang semua kaum di Batu Danau termasuk kaum Iban, Melayu, Cina, Lun Bawang, Kelabit, Tabun, Penan dan kaum lain lagi. Rujuk rajah 5 pada lampiran bagi pengenalan beliau.

Mohammed Yassin Sarakawi yang mesra dipanggil Emjey merupakan satusatunya artis daripada suku kaum Bisaya yang berasal dari Kg. Padas Damit, Beaufort. Menyanyi merupakan hobi Emjey dan impian untuk menjadi seorang penghibur sudah tertanam sejak kecil lagi. Emjey telah berjaya menerbitkan sendiri dua single iaitu Ikau Oni (Bisaya) dan Mawar Berganti Warna (melayu) dan 1 album penuh yang mengandungi sembilan buah lagu Grand Album Bisaya Vol.1. Beliau berharap agar semua pengiat seni khususnya di negeri di bawah bayu ini, sentiasa bersatu dan saling membantu antara satu sama lain agar industri seni tempatan terus maju dan bergerak seiring dan jangan sesekali membeza-bezakan antara etnik. Rujuk rajah 6 pada lampiran untuk mengenali Emjey.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin, lahir pada15 Jun 1955 adalah ahli politik Malaysia. Beliau adalah Ahli Parlimen untuk kawasan Beaufort di Sabah dari tahun 2008 hingga 2013, dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dari tahun 2009 hingga pemergiannya dari pakatan pada tahun 2012. Beliau juga merupakan pemimpin pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah (2013-2016). Sebelum memasuki politik persekutuan, beliau adalah seorang tokoh terkemuka dalam politik negeri Sabah. DSP Haji Lajim Ukin adalah ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum berpecah kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 1994. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri di Sabah.Malah, beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan

8

khususnya Pejabat Daerah Beaufort yang telah menyerahkan sepenuhnya hal ehwal pentadbirannya bangunan tersebut kepada PBBS. Beliau berkata bahawa selain menjadi pusat komuniti persauan khususnya masyarakat Bisaya pusat tersebut akan menjadi pusat untuk

memertabatkan

bangsa

Bisaya

melalui

pelbagai

kegiatan

yang

akan

memperkenalkan budaya masyarakat Bisaya. Rujuk rajah 7 pada lampiran.

7.0

PERAYAAN ETNIK BISAYA Dalam skop perayaan pula, kaum Bisaya yang merupakan golongan minoriti di Borneo ini merayakan perayaan Adau Janang Gayuh atau ‘Hari Pemimpin Agung’. Pengisian perayaan ini biasanyai alah pertandingan pakaian tradisional Bisaya, lumba perahu, Tarik tali, berdayung, kikik atau laying-layang, dan gasing. Terdapat juga pertandingan bergandang atau bermaian alat muzik tradisional, makanan tradisional suku kaum Bisaya seperti ambuyat atau sagu. Acara tahunan ini diusulkan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada ketika itu dan telah menjadi tradisi tetap sehingga sekarang. Perayaan ini bertujuan bagi memperkenalkan dan memajukan kaum Bisaya serta mengeratkan lagi hubungan antara penduduk Bisaya di Sabah kerana kaum Bisaya merupakan kaum minoriti di Borneo. Rujuk rajah 8 dan 9 pada lampiran untuk melihat situasi di Perayaan Adau Janang Gayuh.

Selain itu, terdapat satu pesta tahunan yang dinamakan Pesta Babulang yang menjadi pesta penting kepada masyarakat Bisaya di Batu Danu, Limbang, Sarawak. Dianjurkan oleh Persatuan Bisaya, acara tahunan ini akan disambut secara besar-besaran dengan iringan muzik, tarian, kostum berwarna-warni, hiasan dan kraftangan yang menarik pada setiap tahun di awal bulan Jun. Kemuncak pesta ini adalah perlumbaan kerbau yang melibatkan beberapa pasukan pasukan lawan yang akan cuba berlumba mengatasi satu sama lain dengan menunggang kerbau tersebut. Kerbau merupakan haiwan yang amat penting dalam pesta ini kerana terdapat juga aktiviti menghias kerbau yang dikenali sebagai kuntul berhias. Aktiviti- aktiviti lain yang akan disertai oleh 9

masyarakat

Bisaya

termasuklah

pertandingan

Ratu

Babulang

yang

akan

mempersembahkan gadis-gadis muda Bisaya memperagakan pakaian tradisional dan peragaan yang paling menarik akan merangkul gelaran dan mahkota. Pesta Babulang juga mempamerkan sambutan tradisi Bisaya, pertunjukan budaya, pertandingan memancing, perlumbaan bot kawalan jauh, makanan asli seperti dadi, wajit dan puncung dan aktiviti unik lainnya. Rujuk rajah 10 dan 11 pada lampiran untuk melihat situasi di Pesta Babulang.

9.0

ADAT PERKAHWINAN ETNIK BISAYA Perkahwinan tradisional orang Bisaya secara umum berisi 5 upacara adat, iaitu nulasoh(merisik),

basuruh(menentukan

mas

kahwin),

ngadapit

mansaoh

atau

barian(menghantar suami), bagu atis(basuh kaki), dan nguli angai(mendapat alamat baik). Rangkaian upacara adat itu harus dilakukan secara berturutan. Jika tidak, maka dianggap tidak sah kerana menyalahi adat.

Ketika merisik, keluarga mempelai lelaki menghantar salah satu atau dua dari saudaranya untuk pergi ke rumah gadis pilihan hatinya untuk melamar. Upacara nulasoh biasanya dibumbui dengan pantun-pantun untuk menyampaikan maksudnya. Seandainya keluarga gadis tidak bersetuju, maka penolakan dilakukan dengan rendah hati. Menolak lamaran dengan kasar adalah dilarang kerana dipercayai akan mendatangkan malapetaka.

Setelah lamaran diterima,keluarga pelamar akan datang kerumah gadis itu sesuai dengan hari yang telah ditetapkan untuk membicarakan tentang segala hal perkahwinan. Ritual ini disebut sebagai basuruh, iaitu upacara untuk menentukan mas kahwin. Dirumah gadis tersebut, rombongan pelamar dijamu dengan jamuan ringan. Kaum lelaki akan duduk diruang tengah sementara kaum hawa akan duduk di ruang dalam. Pada awalnya kedua-dua pihak belum membincangkan masalah mas kahwin, tetapi mereka lebih dulu berbincang tentang banyak hal. Setelah selesai, mereka akan dijamu makan tengah hari atau dikenali sebagai makan madau. Setelah itu, perbicaraan mengenai mas kahwin baru dimulai, Sebelum itu,pihak pelamar biasanya sudah tahu jikalau lamaran diterima oleh gadis tersebut salah seorang ahli keluarga perempuannya yang sengaja dihantar untuk 10

bertanya kepada gadis tersebut langsung di ruang dalam. Setelah mendapat kepastian,keluarga pelamar akan menyerahkan cincin dan wang sebagai tanda pertunangan telah dilakukan. Setelah acara penyarungan cincin selesai, pihak gadis tersebut akan mengumumkan mas kahwin akan mereka minta kepada pihak lelaki. Mengikut adat Bisaya, mas kahwin harus berupa wang hantaran sejumlah keperluan harian yang mencukupi, seekor kerbau untuk disembelih saat kenduri atau dapat ditukarkan dengan duit sama harga dengan harg seekor kerbau, wang belanja yang habis untuk dikeluarkan saat resepsi perkahwinan atau dikenali sebagai belanja hangus, kumbang tandu atau tanda kahwin berupa sebiji gong atau turut dapat ditukarkan dengan duit seharga dengan gong tersebut, hadiah kahwin kepada para wakil pihak si gadis saat menerima tunangan sejumlah empat orang. Dua dari pihak ayah si gadis...


Similar Free PDFs