RETORIK PDF

Title RETORIK
Author Fawwaz Sulhi
Pages 17
File Size 887.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 263
Total Views 758

Summary

ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 KLASIFIKASI RETORIK 2.1 RETORIK POLITIK / PERUNDINGAN 3 2.2 RETORIK DEMOSTRATIF / ADAT ISTIADAT 4 2.3 RETORIK PERUNDANGAN 4 3.0 JENIS-JENIS RETORIK 3.1 RETORIK PEMUJUKAN 6 3.2 RETORIK PENGHUJAHAN 7 3.3 RETORIK PEMERIAN 8 3.4 RETORIK PENDEDAHAN 9 4.0 PRINSIP RETORI...


Description

Accelerat ing t he world's research.

RETORIK Fawwaz Sulhi NO NAME

Cite this paper

Downloaded from Academia.edu 

Get the citation in MLA, APA, or Chicago styles

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

PPGPJJ SEMEST ER 2 SESI 2012/2013 BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT rodzah harun

Rhet oric sheera ghafar Gaya Puisi Dalam Pengacaraan Majlis: Sat u T injauan Rosely Bin Must apha Dr. Azaha Ibrahim

ISI KANDUNGAN 1.0

PENDAHULUAN

2.0

KLASIFIKASI RETORIK

1

2.1

RETORIK POLITIK / PERUNDINGAN

3

2.2

RETORIK DEMOSTRATIF / ADAT ISTIADAT

4

2.3

RETORIK PERUNDANGAN

4

3.0

JENIS-JENIS RETORIK

3.1

RETORIK PEMUJUKAN

6

3.2

RETORIK PENGHUJAHAN

7

3.3

RETORIK PEMERIAN

8

3.4

RETORIK PENDEDAHAN

9

4.0

PRINSIP RETORIK

11

5.0

STRATEGI RETORIK

13

6.0

KESIMPULAN

14

1.0

PENDAHULUAN Retorik merupakan salah satu bahagian seni yang digunakan secara khusus bagi

mempengaruhi penonton, pendengar, pembaca ataupun khalayak ramai melalui ucapan, penyampaian mahupun penulisan seseorang. Retorik juga merupakan medium yang mementingkan unsur yang merangsang respons daripada sang penerima. Retorik merupakan seni yang memberi kesan pemujukan dalam penyampaian sesuatu mesej dalam usaha untuk memujuk dan juga mempengaruhi khalayak ramai. Ia berkembang dari zaman ke zaman bersama sama teori-teori baru tentang gaya dan memberikan jawaban kepada soalan-soalan penting berkenaan penciptaan, gaya, bentuk, pedagogi, proses mengubah dan lain-lain perkara. Menurut Waltzer, seawall 1000 SM, para sarjana, guru, dan ahli falsafah telah memberikan fokus penuh tentang cara bertutur di khalayak umum. Ahli-ahli falsafah Yunani dan Romawi telah membuat kajian tentang teknik berpidato dan membentuk sekolah pemikiran sendiri tentang cara pengucapan yang efektif. Bagi mereka, pidato ialah suatu kepakaran yang penting bagi ahli-ahli politik dan juga merupakan suatu bentuk hiburan yang sangat digemari orang ramai pada waktu itu. Menurut John Smith, istilah retorik berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘Rheo’ yang bermaksud ‘bertutur’, dan ‘technicos’ yang bermaksud ‘kepalsuan’. Lantaran itu, menurut Cicero, Gorgias dan guru retorik yang lain telah mendakwa bahawa seseorang pemidato tidak perlu mengisahkan dirinya dengan kebenaran sesuatu perkara. Tujuan utama adalah supaya suatu maklumat itu disampaikan dengan cara yang meyakinkan namun kebenaran merupakan suatu elemen yang tidak diketengahkan di dalam penyampaian retorik. Pendapat ini telah disokong oleh Brilhart, yang mengatakan sebagai pemidato, kita boleh memilih untuk menggunakan medium retorik untuk membuat sesuatu yang batil menjadi suatu kebenaran, memusnahkan pemikiran kritis, atau mebuatkan sesuatu perkara yang teruk menjadi lebih baik. Tanggungjawab seorang pelakon adalah juga tanggungjawab seorang pemidato. Justeru itu, retorik dilihat sebagai ilmu yang mengajarkan penuntutnya menjadi seseorang yang tidak bermoral. Pada permulaan sejarah displin retorik, keutamaan seni ini diletakkan pada sang pemidato dan seni berpidato itu sendiri. Justeru, rata-rata ahli retorik kuno sering mengaitkan retorik dengan dengan seni berbicara. Abrahan Fraunce mendefinisikan retorik sebagai suatu seni di dalam komunikasi verbal. Beliau telah membahagikan retorik kepada dua sendi, iaitu 1

seni berpidato dan pengucapan. Nyata kedua-dua bahagian ini tetap berkait rapat dengan aspek ‘berbicara’. Menurut Richard E. Young, dasar makna retorik itu sendiri secara etimologinya diambil daripada himpunan frasa Yunani iaitu ‘eiro’ yang bermakna gaya berbicara. Falsafah di sebalik ‘eiro’ ialah ianya sangat mementingkan kebolehan dari aspek budi bahasa yang semestinya dapat dikaitkan dengan tutur kata. Perkara inilah yang menjadi garis pengukur jika pertuturan itu mempunyai retorik ataupun tidak. Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang menyempitkan pengertian retorik dan menyimpang daripada pengertian retorik yang agak umum sifatnya. Hoyt H. Hudson dengan nada yang agak pesimis telah memerhatikan bahawa penggunaan frasa retorik telah banyak kehilangan konotasi positifnya. Penyamaan retorik dengan stereotaip gaya tutur yang berbunga-bunga, serta retorik sebagai salah satu senjata lidah merupakan dua jenis gelaran yang memberi nama buruk pada retorik. Pada zaman kegelapan dan zaman Renaissance, retorik lebih dikenali sebagai salah satu unit dalam displin ilmu kesusasteraan. Retorik hanya dipelajari dalam kerangka sastera. Tidak kurang juga bahawa sesetengah ahli retorik yang beranggapan bahawa retorik ialah gabungan gaya bertutur dan gaya bahasa. Lantaran itu, di dalam pembelajaran Bahasa Anglo-Amerika, ada sesetengah pendapat yang mengatakan retorik merupakan salah satu unsur utama di dalam mengarang sesuatu tulisan. Berdasarkan pengertian-pengertian retorik yang telah dinyatakan, konklusinya adalah retorik merupakan satu cabang ilmu yang luas. Di dalamnya termaktub tindakan dan usaha berterusan bagi mencapai proses komunikasi yang berkesan tidak kira secara verbal atau tulisan.

2

2.0

KLASIFIKASI RETORIK

2.1

RETORIK POLITIK / PERUNDINGAN Retorik politik atau juga dikenali sebagai retorik deliberatif ialah sejenis retorik yang

berkaitan dengan perhimpunan politik atau perhimpunan popular seperti rapat umum dan ceramah politik. Retorik ini selalunya digunakan untuk memujuk khalayak (rakyat marhean) agar menyokong dan/atau membangkang sesuatu dasar mahupun keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Ia juga digunakan untuk meraih sokongan pengundi terutamanya pada masa pilihan raya. Retorik politik acapkali digunakan oleh ahli politik supaya dapat mempengaruhi orang ramai agar menyokongnya, lantas membuatkannya menjadi lebih popular serta berpengaruh dalam politik. Secara umumnya, retorik politik/perundingan ini digunakan untuk menceritakan dan membicarakan berkenaan perkara yang akan datang atau masa depan. Tujuannya adalah untuk mempengaruhi atau menasihati seseorang akan baik atau buruk serta berfaedah atau tidak sesuatu perkara itu. Sebagai contoh, seseorang ahli politik dari pembangkang misalnya sedang memberi ceramah tentang kesan buruk yang akan ditanggung rakyat sekiranya kerajaan menandatangani sesuatu perjanjian antarabangsa. Hal ini akan membuatkan sebilangan rakyat akan terpengaruh seterusnya akan memberi tekanan kepada kerajaan yang memerintah. Retorik ini jika digunakan dengan sebaiknya pasti akan menjadi sesuatu yang sangat berguna terutama untuk menyampaikan maklumat yang benar kepada rakyat akan baik dan buruk sesuatu dasar itu serta akan menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan yang memerintah. Tetapi sekiranya digunakan dengan cara yang salah pasti akan mengakibatkan huru hara dalam masyarakat serta akan merencatkan pembangunan atau sebarang dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan. Pokok pangkalnya terpulang kepada rakyat samada ingin mempercayai sepenuhnya apa yang diungkapkan oleh ahli politik atau menapis serta memperhalusinya terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dibuat, seperti apa yang dinyatakan oleh Aristotle bahawa orang ramai merupakan hakim yang menentukan masa depan sesebuah negara atau institusi.

3

2.2

RETORIK DEMOSTRATIF / ADAT ISTIADAT Retorik demostratif atau juga dikenali sebagai retorik adat istiadat ini digunakan dalam

majlis-majlis rasmi/umum seperti majlis pengkebumian dan majlis penganugerahan. Retorik ini digunakan bertujuan untuk memuji atau mengutuk seseorang. Sejarah atau permulaan retorik ini berpunca daripada upacara pengebumian bagi penganut agama Kristian, di mana kebiasaanya ahli keluarga terdekat serta sahabat handai akan menyampaikan ucapan di mana mereka akan mengenang kembali segala perbuatan baik si mati serta memuji mereka. Secara umumnya, retorik demostratif ini digunakan untuk menceritakan perkara yang sedang terjadi pada masa kini. Retorik ini juga digunakan atau diucapkan bagi menghargai sumbangan seseorang ketika hayatnya, serta kemudianya dikembangkan menjadi ucapan berkaitan ungkapan tahniah dan pujian. Pada masa ini, retorik ini sering digunakan pada majlis rasmi yang melibatkan orang kenamaan di mana pengacara majlis akan mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat tersebut serta memujinya.

2.3

RETORIK PERUNDANGAN Seni berpidato forensik, juga dikenali sebagai “judicial speaking” atau retorik

perundangan. Mengikut Kamus Oxford Inggeris, penggunaan perkataan forensik itu sendiri adalah sangat berkait rapat dengan keadilan dan mahkamah. Forensik melibatkan penggunaan teknik dan kaedah yang saintifik dan teknologi dalam tujuan untuk membantu sesuatu penyiasatan. Malah, menurut Kamus American Heritage, penggunaan perkataan forensik boleh didefinisikan sebagai satu seni yang juga menggunakan kaedah saintifik dan teknologi dalam menyiasat dan mengemukakan fakta yang berada dalam undang-undang sivil mahupun kesalahan jenayah. Walau bagaimanapun, pada masa ini, sains forensik dianggap benar memandangkan terma forensik itu sendiri diguna pakai dalam aktiviti yang berkaitan dengan perundangan serta mahkamah. Istilah forensik yang kini berkait rapat dengan pelbagai bidang saintifik sehinggakan banyak kamus yang kita jumpa pada hari ini turut mengklasifikasikan terma ini dengan Sains Forensik. Sains forensik adalah satu kaedah dalam mengumpul serta memeriksa maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang berlaku pada masa dahulu. Perkara ini dianggap amat penting dalam penguatkuasaan undang-undang di mana forensik diguna pakai dalam aktiviti berkaitan dengan undang-undang sivil mahupun kesalahan jenayah. Selain itu, forensik 4

juga digunakan di dalam bidang lain seperti astronomi, arkeologi, biologi and geologi untuk menyiasat fakta zaman purba. Dalam seni berpidato, forensik atau retorik perundangan, penggunaannya adalah bertujuan dalam penggunaan bahan-bahan bukti yang kecil dan rumit dalam membuktikan seseorang yang didakwa itu disabitkan kesalahan atau dilepaskan dari hukuman. Melalui penggunaan retorik ini, perbincangan perlulah melibatkan aspek keadilan yang hakiki. Orang atau penrucap yang bermain dengan seni berpidato forensik ini perlu berusaha untuk mempengaruhi pendengar agar yakin dengan hujah-hujah yang disampaikan. Menurut Herrick (2001), “ forensic speaker must be skilled in convincing a jury that available evidence supports a particular hypothesis” yang membawa maksud kemahiran perucap dalam bermain kata-kata dan gaya ucapan mempengaruhi keputusan juri. Selain itu, retorik ini juga digunakan oleh seseorang peguam sebagai retor untuk beliau menuntut keadilan di depan khalayak juri agar keputusan mahkamah berpihak kepadanya. Retorik forensik ini diguna pakai dalam membuat hujahan tentang masa lalu yakni perkara yang telah pun berlaku. Melalui penggunaan retorik ini, wujudnya persoalan yang melibatkan definisi, fakta-fakta atau butiran mengenai sesuatu insiden itu berlaku serta persoalan yang melibatkan kualiti yang membawa kepada perkara logik dan waras. Sebagai contoh, seseorang individu telah dituduh kerana mencuri dan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya. Maka pihak pendakwa dan peguam akan menggunakan retorik forensik dalam menentukan niat dan butiran-butiran mengenai kejadian tersebut sepanjang prosiding mahkamah. Oleh itu, penggunaan retorik forensik ini adalah melibatkan sesuatu perkara yang telah pun berlaku.

5

3.0

JENIS-JENIS RETORIK

3.1

RETORIK PEMUJUKAN Retorik pemujukan adalah satu gaya bahasa yang diguna pakai bagi mempengaruhi

daya pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan itu. Retorik ini menggalakkan penulis agar menggunakan gaya bahasa yang menarik yang mampu menarik minat dan pengaruhnya terhadap sesuatu perkara. Menurut Raminah Sabran (2002), retorik pemujukan bermatlamat untuk membuat pembaca membuat sesuatu seperti yang diharapkan oleh penulis. Retorik pemujakan bercirikan satu rayuan atau unsur yang memainkan perasaan sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Misalnya, retorik ini kebiasaannya digunakan dalam cara pengiklanan bagi menarik pelanggan supaya membeli produk mereka. Maka retorik pemujukan ini mampu mempengaruhi daya pemikiran pelanggan bagi menjelaskan keberkesanan produk mereka bagi memenuhi kemahuan yang mereka ingini. Itulah salah satu strategi pemasaran yang diguna pakai bagi menarik minat pelanggan kepada produk mereka. Retorik ini juga memerlukan kepandaian dalam gaya bahasa yang halus dan manis bagi mengubah psikologi seseorang untuk menarik dan mempengaruhi mereka. Retorik pemujukan ini berkonsepkan pengaruh. Prinsipnya adalah dengan mengubah daya pemikian seseorang, kepercayaan atau perlakuan pihak yang menjadi sasaran. Retorik ini juga terbahagi kepada dua iaitu pemujukan rasional dan pemujukan tidak rasional. Pemujukan rasional adalah dengan cara yang menggunakan fakta, maklumat dan data yang lengkap untuk mempengaruhi pembaca atau pendengar. Manakala, pemujukan tidak rasional ialah pemujukan yang melibatkan emosi untuk mempengaruhi pemikiran pendengar. Kebiasaanya retorik ini bertujuan bagi menarik khalayak ramai menerusi pengaruh psikologi bagi menyatakan sesuatu yang diperkatakan misalnya, retorik ini digunakan dalam bidang pengiklanan.

6

3.2

RETORIK PENGHUJAHAN Secara umumnya, retorik penghujahan adalah satu seni pemakaian serta penggunaan

bahasa secara lisan atau bertulis. Retorik ini juga turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau yang bersifat intelek. Kebiasaannya, retorik jenis ini digunakan dalam perdebatan, perbahasan, perbicaraan, serta penulisan akademik seperti kertas projek, tesis dan kertas kerja. Tujuan utama retorik ini digayakan dalam penggunaan bahasa adalah untuk meyakinkan pembaca terhadap kewajaran sesuatu perkara yakni alasan, bukti serta isi yang konkrit seterusnya bersetuju dengan perkara tersebut tanpa sebarang keraguan. Selain itu, ia juga berperanan sebagai alat dalam mempengaruhi sikap dan pendirian seseorang pembaca bagi sesebuah penulisan. Retorik ini sedikit berbeza daripada pemujukan iaitu dari segi kaedah pengaruhan yang digunakan. Hal ini kerana retorik penghujahan memberi peluang kepada khalayak ramai untuk membuat pertimbangan sendiri berasaskan fakta yang telah dikemukakan. Pendekatan yang berbeza diambil oleh pemujukan yang hanya mengambil kira satu pihak sahaja yang dikira mempunyai kepentingan yang sama dengannya. Dalam penghujahan, sebarang bentuk gesaan atau paksaan seperti yang dilakukan dalam pemujukan tidak rasional adalah dilarang keras sama sekali.

Salah satu daripada ciri- ciri penting retorik penghujahan ialah sesebuah pemujukan itu haruslah dilakukan dengan pemikiran yang jelas, logik dan waras. Sebagai contoh, Pegawai Sulh dalam mengadili Majlis Sulh perlulah meneliti terlebih dahulu keterangan dan maklumat yang diberikan oleh kedua - dua pihak suami dan isteri supaya beliau mempunyai maklumat dan alasan yang jelas untuk memujuk si suami dan isteri untuk berdamai dan berbaik semula demi mengelakkan penceraian daripada berlaku. Selain itu, penghujahan perlulah menggunakan bukti, dalil serta alasan yang munasabah dan diterima akal. Contoh yang dapat kita lihat secara jelas berkaitan dengan proses perbicaraan di mahkamah adalah seseorang peguambela itu seharusnya menggunakan fakta dan afidavit kes dengan sebaik mungkin serta membahasnya dengan penuh keyakinan dan ketersediaan untuk memujuk Yang Arif Hakim untuk melepaskan dakwaan OKT (orang kena tuduh).

7

Oleh itu, untuk mewujudkan kedua - dua ciri penting di atas, terdapat tiga unsur penting yang perlu ada supaya standard sesebuah retorik penghujahan itu tercapai. Pertama, tesis yakni suatu dakwaan, pendapat atau idea utama yang ingin dipertahankan. Contohnya, Ahmad berjumpa dengan seorang penasihat undang - undang bagi membuat kepastian bahawa adakah dakwaan jirannya tentang kedudukan batu sempadan tanah miliknya tidak tepat dan telah memasuki kawasan tanah milik jirannya itu adalah benar atau sebaliknya. Unsur yang kedua adalah premis iaitu alasan atau bukti yang dikemukakan oleh seseorang untuk menyokong serta mempertahankan tesisnya. Sebagai contoh, Ahmad mengemukakan geran tanah serta membawa bersama seorang pegawai dari pejabat tanah sebagai bukti mengatakan bahawa kedudukan batu sempadan tersebut adalah tepat dan benar. Unsur yang terakhir pula adalah khalayak iaitu pihak yang perlu diyakinkan tentang kenyataan tesis. Sebagai contoh, dengan membawa kedua - dua bukti tersebut maka secara tidak langsung menunjukkan ketidaksahihan kepada tuduhan yang dibuat oleh jirannya itu.

3.3

RETORIK PEMERIAN Retorik pemerian merupakan satu teknik penggunaan bahasa berbentuk penjelasan

yang memindahkan pengamatan dan pemerhatian sesuatu idea kepada khalayak. Ia juga dikenali sebagai retorik deskriptif atau naratif di mana ia menggambarkan sesuatu peristiwa dengan kata-kata sehingga para pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenai sesuatu perkara tersebut. Ringkasnya, retorik ini berhubung dengan sifat sesuatu perkara dengan penjelasan dan huraian yang lengkap sebagaimana keadaannya yang sebenar. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Raja Ali Haji dalam karyanya, Tuhfat al- Nafis, retorik pemerian adalah bertujuan untuk memerihalkan sesuatu (edisi 1991, hlm. 279) yakni mencipta gambaran atau imej yang jelas dalam fikiran pembaca agar fakta dan maklumat yang lengkap dapat disampaikan kepada pembaca.

Ciri- ciri yang ada pada retorik pemerian adalah antaranya sesuatu perkara tersebut mestilah tepat, jelas dan objektif serta realistik iaitu menggunakan fakta yang konkrit. Contohnya, senjata yang digunakan oleh pembunuh itu adalah sepucuk “revolver” jenis Smith & Weston 686 kaliber 357. Seperti yang kita lihat, maklumat tentang senjata itu sangat jelas dan kemungkinan untuk orang ramai menyangkal fakta tersebut adalah amat rendah. Selain itu, penyampaian maklumat tersebut haruslah secara deskriptif, huraian dan informatif. Emosi serta pandangan sendiri tidak diambil kira sebagai retorik pemerian kerana ia hanyalah suatu 8

anggapan yang subjektif bersesuaian dengan peribahasa “rambut sama hitam tetapi hati masing- masing lain”. Seterusnya, retorik jenis ini boleh diwujudkan dalam dua cara iaitu saintifik/ realiti dan imaginatif. Kaedah yang sesuai digunakan dalam perbicaraan di mahkamah atau bersama klien adalah secara saintifik sahaja iaitu apa - apa penulisan yang berasaskan fakta yang ada pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, tertuduh merupakan seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 25-30 tahun. Tinggi 6’ 3, berkulit sawo matang, berbadan sasa, berkepala botak, dan terdapat parut sebesar syiling 50 sen di bahu sebelah kanan. Dalam perbicaraan atau perbincangan bersama klien adalah amat sesuai untuk bercakap dengan fakta yang jelas daripada secara abstrak atau kiasan untuk mengelakkan sebarang salah faham daripada berlaku.

3.4

RETORIK PENDEDAHAN Retorik pendedahan merupakan satu bentuk retorik yang digunakan untuk

mendedahkan atau menunjukkan seasuatu maklumat atau perkara dengan jelas dan terperinci. Retorik ini juga dikenali sebagai retorik penjelasan. Proses pendedahan maklumat atau perkara itu biasanya dilakukan secara pentakrifan, percontohan, perbandingan, pencerakinan, pengelasan dan sebagainya. Contoh ayat yang menggunakan retorik pendedahan adalah seperti berikut. ‘Gagasan 1Malaysia adalah satu gagasan yang bertujuan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum’. Ayat tersebut, dengan menggunakan retorik pendedahan, telah menjelaskan kepada pembaca tentang apa itu gagasan 1Malaysia. Secara lebih jelas, tujuan ret...


Similar Free PDFs