SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT PDF

Title SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT
Author Rahimahrobi74 Robi
Pages 16
File Size 490.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 147
Total Views 796

Summary

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK Laporan kajian tentang proses penerbitan ayat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, dan peranan keluarga dan guru dalam menggalakkan pros...


Description

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Laporan kajian tentang proses penerbitan ayat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, dan peranan keluarga dan guru dalam menggalakkan proses penerbitan pertuturan dalam kalangan kanak-kanak

1

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1

Pengenalan

3

2

Kajian Lepas

7

3

Objektif Kajian

7

4

Metodologi Kajian

7

6

Dapatan Kajian

8

7

Kaedah Pemerhatian

9

8

Cadangan

10

9

Kesimpulan

12

10

Rujukan

13

2

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

Pendahuluan Kanak-kanak merupakan anugerah yang sangat berharga kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. Kanak-kanak memperlihatkan kebolehan memperoleh bahasa ibundanya dengan cara yang unik. Pemerolehan bahasa ini berlaku mengikut perkembangan yang tertentu, biasanya diperoleh secara tidak formal daripada bahasa yang diucapkan oleh masyarakat disekitarnya ( Krashen dan Terrel, 1983:18-19). Demikian juga halnya kanak-kanak melayu. Apabila bahasa yang diucapkan oleh masyarakat di sekitarnya ialah bahasa Melayu, maka tanpa disedari, kanak-kanak Melayu itu secara tidak langsung akan meniru bahasa tersebut. Oleh sebab kanak-kanak Melayu ini tidak pernah belajar bahasa apapun, maka bahasa Melayulah bahasa yang pertama diperolehnya. Inilah yang dikatakan pemerolehan bahasa pertama oleh Mengantar Simanjuntak (1987:15).

Pemerolahan bahasa pertama berlaku ketika kanak-kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun, mulai belajar bahasa untuk kali pertama. Ekabahasa bermaksud jika kanakkanak tersebut boleh menguasai satu bahasa. Jika kanak-kanak itu memperolehi dua bahasa melalui proses dua bahasa secara serentak, maka penguasaan kanak-kanak itu disebut dwibahasa. Manakala, jika yang diperoleh lebih daripada dua bahasa secara serentak, maka penguasaan kanak-kanak itu disebut sebagai ganda bahasa. Seperti yang sedia maklum, bahawa kanak-kanak yang normal akan memperolehi bahasa pertama dalam waktu yang agak pendek, antara umur dua hingga enam tahun. Hal ini tetap berlaku walaupun bahasa pertama yang didengar di sekelilingnya bukan bahasa pertama yang gramatis, iaitu mengandungi kesalahan struktur dan kosa kata. Chomsky berpendapat bahawa bukan kanak-kanak sahaja yang boleh memperoleh rangsangan lalu memberikan tindak balas, bahkan sejak lahir, manusia dilengkapi alat pemerolehan bahasa. Chomsky menamakan alat ini sebagai LAD atau Language Acquisrion Device. LAD inilah yang membezakan manusia daripada haiwan, dan merupakan suatu ciri khas yang terdapat dalam minda manusia yang tidak terdapat pada makhluk lain. LAD mampu memperincikan struktur bahasa. Oleh itu, banyak ciri tatabahasa bahasa pertama tidak perlu dipelajari secara sedar. Diandaikan bahawa struktur dan pola bahasa yang dibawa sejak kecil itu sama bagi setiap manusia, maka struktur dan pola bahasa ini disebut sebagai tatabahasa sejagat.

3

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

Mengikut Lenneberg otak manusia masih dalam keadaan luwes pada umur antara dua tahun hingga akil baligh. Keadaan otak yang luwes membolehkan kanak-kanak memperoleh bahasa pertama dengan cepat. Sebelum usia dua tahun, kanak-kanak dikatakan belum boleh menguasai bahasa pertama dengan baik kerana faktor kognitifnya yang belum cukup matang. Selepas akil baligh pula, pemerolehan bahasa secara semula jadi terhalang oleh fungsi tertentu otak, iaitu fungsi verbal yang telah mantap di hemisfera kiri, dan disebut sebagai lateralisasi. Sebelum usia dua tahun, kanak-kanak dikatakan belum dapat menguasai bahasa pertama dengan baik kerana faktor kognitifnya yang belum cukup matang. Selepas akil baligh pula, pemerolehan bahasa secara semula jadi terhalang oleh fungsi tertentu otak, iaitu fungsi verbal yang telah mantap di hemisfera kiri, dan disebut sebagai lateralisasi. Sesudah tamat tempoh kritikal, pemerolehan bahasa yang berlaku secara semula jadi akan berkurangan secara beransur-ansur. Penemuan dalam bidang psikolinguistik pada tahun 2002 menunjukkan bahawa kanakkanak lebih mudah mempelajari bahasa pertama dan juga bahasa kedua sewaktu berumur antara 2 hingga 10 tahun. Keupayaan memperoleh bahasa dengan mudah menurun kerana tiga sebab selepas usia 2 hingga 10 tahun. Pertama adalah kerana manusia dikurniakan dengan kebolehan untuk memahami dan menghasilkan pelbagai-bagai fonem tetapi sewaktu zaman kanak-kanak ( bermula sejak kelahiran), kebolehan ini dibentuk oleh pengalaman sehinggakan fonem-fonem bahasa ibunda yang mudah sahaja yang cepat difahami, seterusnya dihasilkan oleh kanak-kanak. Hal ini menyebabkan orang dewasa yang mempelajari bahasa baru didapati sukar untuk memahami dan menghasilkan fonem-fonem bahasa yang baru, kerana tiada dalam bahasa ibundanya. Kedua adalah kerana struktur neural yang telah dipelajari cenderung untuk dikaitkan dengan konsep yang tertentu. Apabila orang dewasa mempelajari sesuatu bahasa baru, struktur neural sudah mempunyai konsep yang tertentu dan sudah kukuh. Struktur neural yang berpadanan dengan perkataan dalam bahasa yang baru ditentukan oleh input tanggapan yang tiada berhubungan dengan struktur neural yang terdahulu. Ketiga adalah kerana semasa mempelajari bahasa baru, pelajar bukan sahaja perlu membuat susunan operasi mental dan motor yang baru bahkan tidak boleh menggunakan susunan operasi mental dan motor yang lama. Susunan operasi mental dan motor yang lama adalah dipelajari melalui amalan. Kedua-dua proses ini bukan sahaja berlaku terhadap kanak-kanak bahkan hal ini ialah fenomena yang relatif, yang berlaku kepada semua kanak-kanak di dunia.

4

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

Steinberg (1995) berpendapat bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak berkembang mengikut satu susun atur bermula daripada peringkat vokalisasi, holofrasa, telegrafik dan berakhir di peringkat perkembangan ayat-ayat kompleks. Kajian Steinberg (1995) ini adalah yang

terbaharu Seterusnya,

yang

berkaitan

peringkat

dengan

pemerolehan

bahasa

kanak-kanak.

perkembangan

pemerolehan

bahasa.

Kanak-kanak

memperlihatkan satu siri peringkat perkembangan bahasa semasa mereka menguasai bahasa pertamanya. Siri peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak dimulai dengan peringkat vokalisasi (6 bulan - 11 bulan), holofrasa (10 bulan – 18 bulan), telegrafik (18 bulan ke atas dan diakhiri dengan peringkat perkembangan ayat-ayat kompleks (4 – 5 tahun). Selanjutnya diperturunkan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak. Teori Behaviouris (Skinner) Teori Behaviouris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak- kanak. Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ahli keluarganya, khususnya daripada ibu bapanya. Oleh hal demikian, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka. Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi Komunikasi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Behaviorisme berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Kelihatan teori ini menekankan peri laku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Teori ini berpandangan bahawa bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Justeru bahasa ialah proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan respons. Golongan behaviouris berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu. Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan. Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal demikian, murid-murid hendaklah diberi peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Hal ini bermakna bahawa bahasa dikuasai melalui proses 5

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena-mengena dengan fikiran atau daya mental. 2.2.2 Teori Mentalis (Chomsky) Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini yang juga dikenal sebagai teori kognitif menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Oleh itu, menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semula jadi manusia. N. Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisition Device) atau LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Mangantar (1987), juga berpendapat bahawa manusia memang dilahirkan bersama sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat. Beliau menyebut hal ini sebagai hipotesis nurani, iaitu sesuatu yang dibawa lahir atau yang berada di dalam manusia. Sebenarnya, hipotesis ini pernah dikemukakan oleh Chomsky. Komunikasi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Behaviorisme berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Kelihatan teori ini menekankan peri laku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Teori ini berpandangan bahawa bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Justeru bahasa ialah proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan respons. Golongan behaviouris berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu. Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan. Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal demikian, murid-murid hendaklah diberi peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Hal ini bermakna bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena-mengena dengan fikiran atau daya mental. 2.2.2 Teori Mentalis (Chomsky) Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini yang juga dikenal sebagai 6

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

teori kognitif menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Oleh itu, menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semula jadi manusia. N. Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisition Device) atau LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Mangantar (1987), juga berpendapat bahawa manusia memang dilahirkan bersama sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat. Beliau menyebut hal ini sebagai hipotesis nurani, iaitu sesuatu yang dibawa lahir atau yang berada di dalam manusia. Sebenarnya, hipotesis ini pernah dikemukakan oleh Chomsky.

Kajian lepas Kajian penerbitan ayat dikalangan kanak-kanak telah menarik perhatian ramai ahli-ahli bahasa psikolinguistik. Bagaimanapun, objektif para pengkaji berbeza mengikut minat masingmasing. Ada yang mengkaji tahap pemerolehan bahasa dikalangan kanak-kanak, tahap perkembangan kanak-kanak dan lain-lain lagi. Kajian tentang bahasa telah dibuat sejak lebih daripada empat puluh tahun yang lalu. Kajian ini bermula dengan kajian Chomsky, Langaker, Burling(1970), MacNell (1970) dan lain-lain. Kajian tentang penerbitan bahasa dikalangan kanak-kanak dan bagaimana keluarga dan guru membantu penerbitan ayat dikalangan kanak-kanak terutamanya prasekolah Objektif Kajian 1. mengenapasti proses penerbitan ayat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah 2. mengetahui peranan keluarga dan guru dalam menggalakkan proses penerbitan pertuturan dalam kalangan kanak-kanak. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan satu kajian tentang penerbitan ayat dikalangan kanak-kanak prasekolah dan peranan guru dan keluarga dalam proses penerbitan pertuturan dalam kalangan kanak-kanak. Proses yang berlaku sewaktu kanak-kanak Melayu cuba memperoleh bahasa ibundanya terdiri daripada dua jenis. Jenis yang pertama ialah pemahaman manakala yang kedua ialah penerbitan. Pemahaman melibatkan kebolehan mengamati ayat-ayat yang didengar. Proses 7

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

penerbitan pula melibatkan kebolehan menghasilkan ayat-ayat sendiri. Apabila kedua-dua proses ini telah dikuasai oleh kanak-kanak, baharulah dia dikatakan mempunyai kebolehan linguistik. Subjek Kajian Subjek kajian dalam kajian ini ialah seorang kanak-kanak lelaki yang dirujuk sebagai SF berusia 2 tahun dan ibunya SK. Kaedah pemerhatian Kaedah ini memerlukan pemerhatian tentang penerbitan ayat beberapa orang kanak-kanak prasekolah.

Dapatan Kajian Kanak-kanak mula menyebut kata-katanya yang pertama ketika berumur 4 bulan dan ada juga yang muncul sewaktu umur 18 bulan dan ada juga yang lebih tua daripada itu. Secara puratanya, kanak-kanak boleh menuturkan kata pertamanya pada sekitar 10 bulan. Pada umur 5tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak mengalami peringkat perkembangan ayat yang kompleks. Kanak-kanak mula menggunakan nafian, soalandan struktur ayat yang lebih kompleks dan berguna dalam bahasanya. Walaubagaimanapun, dalam proses untuk memperoleh sesuatu bahasa dan menerbitkan ayat dibahagikan kepada tiga proses: Peringkat Fonologi iaitu peringkat mengeluarkan bunyi-bunyi dan membiasakan diri dengan bunyi-bunyi yang telah didengar. Peringkat Morfologi ialah peringkat menggabungkan unit-unit bunyi menjadi bunyibunyi yanh bermakna.

Peringkat Sintaksis ialah peringkat menggabungkan morfem-morfem menjadi ungkapan-ungkapan atau ayat-ayat yang bermakna. Kemahiran menerbitkan

ayat

atau sesuatu bahasa dikalangan kanak-kanak berlaku secara

beransur-ansur. Pada mulanya mereka mengeluarkan bunyi-bunyi kemudian mencantum unit-

8

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

unit bunyi menjadi perkataan dan selepas itu, mencantumkan perkataan-perkataan menjadi ungkapan atau ayat. Kanak-kanak juga memerhati dan mendapatkan kemahiran bahasa daripada penuturpenutur di sekelilingnya. Lama kelamaan mereka akan mahir dengan sendirinya. Kaedah pemerhatian Saya menggunakan kaedah pemerhatian ke atas murid –murid prasekolah. Di sekolah tersebut murid- murid prasekolah terdiri daripada kanak-kanak berumur 2 tahun sehingga 6 tahun. Pada amatan yang telah saya lakukan, penerbitan ayat di kalangan murid-murid prasekolah banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran yang ada di sekeliling mereka. Sebagai contoh, Contoh 1 AB: apa ma? Oyi. (Apa abah? Lori) SF: Ni? (Ini?) AB: ipa.(Selipar) SF: Ni? (Ini?) AB: Ayon. (Payung) SF: Ni? (Ini?) AB: Acuk. (Kasut) *AB: emak SF: subjek kajian

9

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

Cadangan Guru dan keluarga terutamanya ibubapa merupakan individu yang sangat penting dalam mempengaruhi penerbitan pertuturan bagi seseorang kanak-kanak. Mereka ini individu yang paling dekat dan sentiasa bersama dengan kanak-kanak. Selain itu, rakan-rakan juga mempengaruhi pertuturan kanak-kanak. Peranan seorang guru dalam pertuturan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak prasekolah ialah seseorang guru boleh menggunakan teknik bersoal jawab. Bersoal jawab disini bermaksud guru perlu banyak bertanya kepada kanak-kanak prasekolah dan ini memberi peluang untuk kanak-kanak berfikir dan berusaha untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru mereka. Pada tahap prasekolah, kanak-kanak sudah memahami ayat-ayat yang kompleks dan boleh menutur dengan ayat-ayat yang kompleks. Sebagai contoh: AB: Anis sihat? SK: Tak sihat AB: Anis dah pergi klinik? SK: Dah. AB: Anis dah makan ubat? SK: Dah AB: Siapa yang suapkan Anis ubat? SK: Mama yang suapkan. Di samping itu, seseorang guru boleh menggunakan teknik bercerita. Teknik bercerita merupakan satu teknik yang boleh menarik perhatian kanak-kanak dalam pengajaran. Apabila kanak-kanak mendengar guru bercerita, ini merangsang mereka mendengar dan memberi respon kepada cerita guru. Sebagai contoh

kajian yang telah saya lakukan apabila seorang guru

bercerita kisah “Sang Arnab dan Sang Kura-kura” dalam satu kelas prasekolah, tiba-tiba seorang kanak-kanak bangun memberitahu gurunya bahawa di rumahnya terdapat dua ekor arnab. Kaedah bercerita boleh merangsang kanak-kanak untuk bertutur. Selain itu, kaedah nyanyian juga membolehkan kanak-kanak boleh menuturkan ayatayat yang kompleks. Nyanyian salah satu tarikan buat kanak-kanak. Kanak-kanak lebih 10

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

cenderung kepada nyanyian kerana dengan nyanyian kanak-kanak merasa seronok dan gembira. Saya telah membuat satu kajian adakah kaedah nyanyian boleh membantu kanak-kanak dalam menerbitkan ayat.

Ya, ianya membantu kanak-kanak dalam pertuturan dan menerbitkan ayat

kompleks malah kaedah ini juga membuatkan pengajaran menjadi menarik. Sebagai contoh lagu “Bapaku pulang dari kota” Bapaku pulang dari kota, Bapaku belikan kereta, Kereta kecil warna merah, Boleh ku bawa ke sekolah Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Kereta kecil ku berbunyi Marilah adik mari naik Boleh ku bawa ke rumah nenek Apabila guru menyanyikan lagu di atas, kanak-kanak prasekolah kelihatan begitu teruja dan mereka dapat menyanyikan lagu tersebut dengan sebutan yang betul dan jelas. Ini terbukti bahawa nyanyian boleh membantu pertuturan kanak-kanak. Selain itu, peranan keluarga juga faktor yang membantu kanak-kanak dalam pertuturan. Ibu dan bapa merupakan individu yang sangat penting dalam hidup semua kanak-kanak. Malah ibu dan bapa individu yang bertanggungjawab melahirkan kanak-kanak yang cerdik dan pandai. Di rumah, ibubapa haruslah melatih anak-anak mereka supaya dapat bertutur dengan betul dan jelas. Ibubapa perlu menuturkan ayat-ayat yang betul dan jelas, ini kerana anak-anak mereka mudah mengikut bahasa yang diucapkan oleh ibubapa mereka. Oleh yang demikian, ibubapa tidak patut mengeluarkan kata-kata yang kesat. Pada masa yang sama, ibu dan bapa perlu membetulkan ayat-ayat yang diucapkan oleh anak-anak mereka. Ini membolehkan kanak-kanak tersebut boleh belajar bahasa secara tidak langsung. Ibubapa perlu aktif dan banyakkan pertanyaan kepada anak mereka dan ini membantu kanak-kanak menjadi lebih aktif bertutur. Faktor persekitaran di sekeliling kanak-kanak tersebut juga boleh menjadi sebab penerbitan ayat dikalangan kanak-kanak prasekolah. Mereka banyak bersama dengan rakan11

SAMPLE OF GOOD ASSIGNMENT

rakan mereka samada ketika belajar mahupun bermain. Kadang kala kanak-kanak ini boleh bertutur dengan rakan-rakannya sahaja kerana mereka hanya percayakan rakan mereka daripada guru mereka sendiri. Kesimpulan Pendidikan prasekolah adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak selepas pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu guru prasekolah haruslah memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha mengajar kanak-kanak ini guru tidak seharusnya memikirkan pe...


Similar Free PDFs