Sample Penyata Utama Keterangan Plaintif PDF

Title Sample Penyata Utama Keterangan Plaintif
Course Law of Evidence
Institution Universiti Sains Islam Malaysia
Pages 10
File Size 110.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 435
Total Views 843

Summary

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAMDI SHAH ALAM SELANGORDARUL EHSANSAMAN NO: [1432-103-0243-2021]“PENYATA UTAMA KETERANGAN PLAINTIF”ANTARAHANIZA BINTI LEMANNO. KP: 720109-04-6000 ..... PLAINTIFDANSAMSIAH BINTI JUMAATNO. KP: 550917-01-5342 ..... DEFENDANSaya Haniza Binti Leman (No K/P: 720109-...


Description

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM DI SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN NO: [1432-103-0243-2021]

“PENYATA UTAMA KETERANGAN PLAINTIF”

ANTARA

HANIZA BINTI LEMAN NO. KP: 720109-04-6000

….. PLAINTIF

DAN

SAMSIAH BINTI JUMAAT NO. KP: 550917-01-5342

….. DEFENDAN

Saya Haniza Binti Leman (No K/P: 720109-04-6000) ialah seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam dan beralamat di Lot 331, Jalan Kenanga, Country Height Kajang, Selangor Darul Ehsan, bersumpah dan menyatakan seperti berikut: 1.

Saya adalah Plaintif yang dinamakan di atas dan segala perkara yang dinyatakan di sini adalah benar dan berada dalam pengetahuan saya melainkan yang dinyatakan sebaliknya.

2.

Saya bersetuju Keterangan Utama Plaintif ini dijadikan sebagai keterangan utama saya dalam kes ini. Walau bagaimana pun, saya merizabkan hak

saya untuk memasukkan apa-apa keterangan tambahan sekiranya perlu selepas ini.

3.

Soalan

: Sila nyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan pekerjaan Puan?

Jawapan

: Saya, Haniza binti Leman (No. KP: 720109-04-6000) berumur 49 tahun dan bekerja sebagai seorang kerani di Pustaka Rakyat. [Mohon

Mahkamah

merujuk

kepada

Salinan

Kad

Pengenalan di muka surat 1 Ikatan Dokumen yang Dipersetujui dan selepas ini dirujuk sebagai ekshibit P-1 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah]

4.

Soalan

: Boleh nyatakan apakah tuntutan Puan?

Jawapan

: Saya membuat tuntutan mengenai bahagian saya dalam harta sepencarian sepanjang perkahwinan bersama si mati terhadap semua hartanya termasuklah rumah yang saya diami sekarang sebelum pembahagian harta secara faraidh berjalan.

5.

Soalan

: Di manakah alamat tempat tinggal Puan bersama si mati?

Jawapan

: Alamat tempat tinggal bersama si mati ialah di Lot 331, Jalan Kenanga, Country Height Kajang, Selangor Darul Ehsan.

6.

Soalan

: Sudah berapa lama Puan tinggal di rumah berkenaan bersama si mati?

Jawapan

: Saya sudah tinggal di alamat yang dinyatakan selama 15 Tahun bermula dari Tahun 2005 sehingga kini, Tahun 2021.

[Mohon

Mahkamah

merujuk

kepada

Salinan

Surat

Perjanjian Jual Beli Rumah di muka surat 4 Ikatan Dokumen yang Dipersetujui dan selepas ini dirujuk sebagai ekshibit P-2 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah]

7.

Soalan

: Adakah Puan mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini?

Jawapan

: Saya pernah bekerja sebagai seorang Setiausaha di Syarikat Megah Holdings selama 4 tahun dan kemudian berhenti selepas saya melangsungkan perkahwinan bersama si mati pada Tahun 1999. [Mohon Mahkamah merujuk kepada Salinan Slip Gaji di muka surat 2 Ikatan Dokumen yang Dipersetujui dan selepas ini dirujuk sebagai ekshibit P-3 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah]

8.

Soalan

: Adakah ini bermakna sepanjang tempoh perkahwinan Puan bersama si mati, Puan merupakan suri rumah sepenuh masa?

Jawapan

: Ya benar. Suami lebih selesa untuk saya membantunya dalam urusan rumah tangga dan suami juga mampu untuk menyara saya dan anak-anak.

9.

Soalan

: Boleh nyatakan rutin harian Puan sebagai seorang suri rumah?

Jawapan

: Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, rutin saya bermula dengan bangun sebelum Subuh untuk mula menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suami. Selepas menyediakan sarapan, saya akan mengejutkan anak-anak dan suami untuk bangun solat Subuh dan bersiap untuk ke sekolah dan tempat kerja. Sekitar jam 6.55 pagi, kebiasaanya saya

akan bersedia untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan apabila selesai menghantar mereka, saya akan ke pasar bagi membeli barangan basah untuk menyediakan makan tengah hari. Pulang daripada pasar, saya akan mengemas rumah terlebih dahulu seperti menyapu lantai, membasuh baju, menyidai baju dan mengemas bilik anak anak. Kira-kira jam 10 pagi, saya akan mula menyediakan makanan tengah hari dan setelah selesai, saya terus mengemas dapur. Pada jam 1 petang, saya akan mengambil anak-anak pulang daripada sekolah dan terus pulang ke rumah sekiranya tiada keperluan lain untuk keluar. Sampai sahaja di rumah, anak-anak akan mandi, solat dan makan tengah hari bersama saya dan suami sekiranya suami pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Kemudian, pada jam 2.15 petang, saya akan bergegas menghantar anak ke-4 dan ke-5 saya untuk ke sekolah agama sesi petang dan akan mengambil mereka pada jam 6 petang. Sebelum saya mengambil mereka pulang, sekitar jam 5 petang, saya akan menyediakan dahulu minum petang untuk keluarga atau jika tidak sempat, saya akan membeli sedikit kuih muih semasa dalam perjalanan mengambil anak pulang sekolah agama. Selepas itu, saya akan memastikan anak-anak dan suami bersiap sedia untuk solat berjemaah Maghrib dan Isya bersama. Seusai solat Isya, saya akan memantau anakanak menyiapkan kerja rumah mereka selama 1 jam 30 minit sehingga jam 10.30 malam. Selepas itu, anak-anak akan masuk berehat dan tidur di bilik masing masing dan saya juga akan beransur untuk rehat. Begitulah rutin harian saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.

10. Soalan Jawapan

: Berapa orangkah anak Puan bersama si mati? : Kami dikurniakan 5 orang cahaya mata. Anak sulung sudah berusia 18 tahun manakala anak bongsu berusia 8 tahun.

11. Soalan Jawapan

: Sila nyatakan tarikh kematian si mati. : Tarikh kematian suami saya ialah pada 31 Disember 2020.

[Mohon Mahkamah merujuk kepada Salinan Sijil Kematian di muka surat 2 Ikatan Dokumen yang Dipersetujui dan selepas ini dirujuk sebagai ekshibit P-4 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah]

12. Soalan Jawapan

: Sudah berapa lama usia perkahwinan Puan dan si mati? : Sudah 20 tahun. [Mohon Mahkamah merujuk kepada Salinan Sijil Nikah di muka surat 3 Ikatan Dokumen yang Dipersetujui dan selepas ini dirujuk sebagai ekshibit P-5 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah]

13. Soalan

: Adakah perhubungan antara si mati dan Puan sepanjang tempoh perkahwinan baik baik sahaja?

Jawapan

: Alahmdulillah. Sepanjang tempoh perkahwinan kami, tiada pergaduhan yang serius berlaku. Setakat merajuk suami isteri yang biasa sahaja. Suami seorang yang sangat memahami saya.

14. Soalan

: Boleh Puan nyatakan, mengapa Puan kembali bekerja sebagai seorang kerani selepas kematian si mati?

Jawapan

: Saya kembali bekerja untuk menyara keperluan diri dan anakanak saya.

15. Soalan

: Di manakah tempat pekerjaan terbaru Puan selepas kematian suami?

Jawapan

: Saya bekerja sebagai kerani di kedai alat tulis Pustaka Rakyat.

[Mohon Mahkamah merujuk kepada Salinan Slip Gaji di muka surat 1 Ikatan Dokumen yang Dipersetujui dan selepas ini dirujuk sebagai ekshibit P-6 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah]

16. Soalan

: Adakah Puan ingin menyatakan bahawa Puan dan anak-anak kekurangan wang selepas kematian si mati?

Jawapan

17. Soalan

: Ya, benar.

: Bukankah si mati meninggalkan sejumlah harta yang banyak untuk Puan dan anak-anak?

Jawapan

: Ya, benar. Akan tetapi, harta-harta peninggalan si mati menjadi rebutan bersama dengan keluarga mertua.

18. Soalan

: Mengapa Puan mahu memohon untuk menuntut harta sepencarian daripada kesemua harta-harta si mati sebelum dibahagikan mengikut faraidh?

Jawapan

: Saya memohon untuk menuntut harta sepencarian daripada kesemua harta harta si mati termasuklah rumah di alamat Lot 331, Jalan Kenanga, Country Height Kajang, Selangor Darul Ehsan kerana saya mempunyai hak ke atas harta-harta tersebut yang diperoleh oleh suami bersama dengan saya sepanjang perkahwinan kami dan saya juga telah memberikan sumbangan dalam perkahwinan kami sepanjang tempoh 20

tahun perkahwinan kami. Tambahan lagi, desakan daripada keluarga mertua yang mahukan pembahagian harta ini secara sama rata kepada semua waris membuat saya berasa tidak adil untuk saya dan anak-anak.

19. Soalan

: Adakah Puan ada memberikan sumbangan secara langsung ke atas mana-mana harta peninggala si mati?

Jawapan

20. Soalan

: Ya, ada.

: Boleh Puan nyatakan apakah sumbangan secara langsung tersebut?

Jawapan

: Saya telah membuat bayaran deposit bagi rumah di alamat Lot 331, Jalan Kenanga, Country Height Kajang, Selangor Darul Ehsan, yang juga merupakan tempat tinggal saya sekarang. [Mohon

Mahkamah

merujuk

kepada

Salinan

Resit

Pemindahan Wang untuk Bayaran Deposit di muka surat 3 Ikatan Dokumen yang Dipersetujui dan selepas ini dirujuk sebagai ekshibit P-7 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah]

21. Soalan

: Sila nyatakan, apakah sumbangan secara tidak langsung Puan sepanjang tempoh perkahwinan ini?

Jawapan

: Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, saya pastinya sentiasa ada bersama dengan suami dan anak-anak. Saya yang bertanggungjawab menguruskan suami dan anak-anak, menyediakan makan dan minum suami dan anak-anak, menjalankan tugas-tugas di rumah seperti mencuci pakaian dan saya juga sentiasa memberikan sokongan moral kepada mereka.

22. Soalan

: Adakah Puan mengetahui senarai harta yang ditinggalkan si mati?

Jawapan

: Ya, saya tahu kerana dokumen-dokumen harta ini tersimpan rapi di rumah kami.

23. Soalan Jawapan

: Adakah benar ini merupakan senarai harta tersebut? : Ya, benar. [Mohon Mahkamah merujuk kepada Salinan DokumenDokumen aset di muka surat 4, 5 dan 6 Ikatan Dokumen yang Dipersetujui dan selepas ini dirujuk sebagai ekshibit P-8, P-9 dan P-10 dan diterima sebagai bukti di Mahkamah]

24. Soalan

: Apakah harta-harta yang menjadi isu tuntutan ini adalah harta sepencarian yang diperolehi atau harta yang dibangunkan dalam masa perkahwinan antara Puan dan si mati?

Jawapan

25. Soalan

: Ya, benar.

: Adakah Puan mengetahui bahawa terdapat perbincangan antara si mati dan keluarganya berkaitan dengan harta peninggalannya?

Jawapan

26. Soalan

: Tidak. Saya tidak dimaklumkan mengenai hal ini.

: Adakah Puan mengetahui hal perbincangan tersebut setelah si mati meninggal dunia?

Jawapan

: Ya benar. Saya hanya mengetahui mengenai hal ini beberapa minggu setelah kematian suami apabila keluarga mertua saya

mengajak saya dan anak-anak untuk berbincang mengenai pembahagian harta si mati.

27. Soalan

: Boleh Puan ceritakan, apakah yang dimaklumkan kepada Puan dan anak-anak semasa perbincangan bersama keluarga mertua itu?

Jawapan

: Ibu mertua saya mengatakan bahawa sebelum kematian suami, suami saya telah berjumpa dengan mereka dan memaklumkan bahawa dia mempunyai penyakit kronik. Lalu suami memberitahu mereka untuk menguruskan hartanya dengan melakukan pembahagian secara sama rata ke atas semua waris.

28. Soalan Jawapan

29. Soalan Jawapan

: Adakah Puan bersetuju dengan perkara itu? : Saya tidak bersetuju.

: Mengapa Puan tidak bersetuju? : Kerana saya mempunyai hak ke atas harta sepencarian saya sepanjang perkahwinan ini dan anak-anak saya juga mempunyai bahagian mereka yang adil dalam pembahagian secara faraidh. Pembahagian secara faraidh juga akan melibatkan kedua ibu dan ayah mertua saya.

30. Soalan

: Ada Puan jelaskan mengapa Puan tidak bersetuju serta cadangan Puan kepada keluarga mertua?

Jawapan

: Ya, ada. Akan tetapi mereka tidak bersetuju dan saya akhirnya membuat keputusan untuk memfailkan tuntutan ini.

31. Soalan

: Bagaimanakah hubungan Puan bersama dengan keluarga mertua?

Jawapan

: Hubungan kami baik-baik sahaja sebelum ini. Namun ianya berubah selepas kematian suami. Ditambah pula dengan isu pembahagian harta suami.

32. Soalan

: Adakah Puan bersetuju untuk menjadikan penyata keterangan ini sebagai keterangan lisan Puan dalam Mahkamah ini?

Jawapan

33. Soalan Jawapan

: Ya, saya setuju.

: Akhir sekali, apa yang Puan ingin beritahu pada Mahkamah? : Saya memohon pada Mahkamah yang mulia ini untuk membenarkan tuntutan Harta Sepencarian saya.

Diangkat sumpah oleh: Haniza Binti Leman (No K/P: 720109-04-6000) Pada 26 hari bulan Mei 2021 Di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam

Di hadapan saya,

………………………. Hakim/Pendaftar Penyata Utama Keterangan Plaintif ini telah difailkan oleh Shukri, Ayuni & Associates yang beralamat di Level 2, Wisma AB Kajang, Jalan Pelita 2, Kajang Perdana, 43000 Selangor, Malaysia....


Similar Free PDFs