Sejarah tarian DOCX

Title Sejarah tarian
Author Nisha Zulkifli
Pages 2
File Size 21 KB
File Type DOCX
Total Downloads 59
Total Views 149

Summary

Sejarah tarian Tarian Asyik adalah sejenis tarian klasik (daerah) Kelantan yang pada asalnya dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan). Barisan penarinya ialah kalangan dayang istana. Kini, Tarian Asyik dipersembahkan juga pada hari temasya negeri dan negara. Dari segi sejarah (Hikayat Pattani),...


Description

Sejarah tarian Tarian Asyik adalah sejenis tarian klasik (daerah) Kelantan yang pada asalnya dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan). Barisan penarinya ialah kalangan dayang istana. Kini, Tarian Asyik dipersembahkan juga pada hari temasya negeri dan negara. Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan, yang memerintah Patani pada 1644, ada menyimpan 12 penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik. Menurut maklumat daripada Wikipedia Bahasa Melayu, Asyik berert kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak-geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertban. Tarian ini dimulai dengan 10 penari masuk ke dewan tarian terlebih dulu, lalu duduk bersimpuh dengan tertbnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tiga alat muzik pentng yang digunakan ialah rebab, gambang dan gedombak. Menurut seorang bomoh diraja Kelantan yang bernama Pak Man, tarian Asyik dibawa ke Kelantan pada sekitar tahun 1683 di Jembal. Ketika itu, Jembal berada di bawah penguasaan Raja Loyar. Raja tersebut mempunyai seorang puteri yang bernama Puteri Saadong. Tarian Asyik merupakan persembahan yang sangat disukai oleh Puteri Saadong. Ketika itu juga, tarian Asyik dikenali sebagai 'gerak jinjang raja' yang merujuk pergerakan lemah gemalai. Asal usul tarian ini dihikayatkan daripada seorang raja yang memelihara seekor burung kesayangannya di istana. Suatu hari beliau mendapati burungnya terlepas dari sangkar, lalu diikut burung itu ke hutan belantara dengan harapan untuk mendapatkannya semula. Selepas bertahun- tahun burung kesayangannya masih tidak dapat diambil kembali, lalu raja berkenaan kembali ke istana dengan penuh kekecewaan. Bagi menghilangkan rindunya terhadap burung itu, raja terbabit memerintahkan supaya mencipta satu tarian yang meniru gerak-geri burung kesayangannya. Untuk tujuan berkenaan, maka kumpulan dayang istana terpaksa menari di depan baginda dan ternyata baginda begitu asyik dengan persembahan berkenaan meskipun ketika itu raja masih terkenangkan burungnya. Alat muzik Alat muzik yang mengiringi Tarian Asyik ialah gedombak asyik sebanyak 11 jenis, selain gambang dan rebab. Tiga alat muzik utama ini mesti ada untuk mengiringi tarian berkenaan. . Asas pergerakan Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana....


Similar Free PDFs