Sumbangan IBNU SINA Dalam Bidang Perubatan PDF

Title Sumbangan IBNU SINA Dalam Bidang Perubatan
Course Introduction to Human Resource Management
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 3
File Size 79.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 520
Total Views 943

Summary

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATANKarya dalam PerubatanIbnu Sina merupakah tokoh islam terulung dalam pelbagai bidang khususnya bidang perubatan. Sejak seawal usia remaja lagi beliau telah menulis karya sebanyak 450 karya dalam pelbagai bidang. Dalam bidang perubatan beliau banyak menghasilk...


Description

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN Karya dalam Perubatan Ibnu Sina merupakah tokoh islam terulung dalam pelbagai bidang khususnya bidang perubatan. Sejak seawal usia remaja lagi beliau telah menulis karya sebanyak 450 karya dalam pelbagai bidang. Dalam bidang perubatan beliau banyak menghasilkan karya seperti ‘al -Qanun fi al-Tib’ ,‘al -Adwiyah al Qalbiyyah’ , dan ‘al -Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa yang boleh difahami oleh pelbagai kaum seperti Inggeris, Hebrew dan Latin. Karya teragungnya iaitu al-Qanun Fittibb (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid merupakan sumber rujukan utama di universitiuniversiti di Eropah hingga abad 1500 M dan menjadi khazanah yang tidak ternilai dalam bidang perubatan. Karya itu juga telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden yang diguna pakai pada masa kini banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina seperti dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Karya al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum beralih ke dalam bahasa Inggeris iaitu Canon of Medicine. Karya tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Karya Al-Qanun Fit-Tibb telah dicetak sebanyak 21 kali pada abad ke 16 M. Karya ini juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di universiti-universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin pada abad ke 17 M. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah di cetak ke dalam 15 buah bahasa. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan sehinggakan lukisan potret wajahnya

masih

tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan, Universiti Paris. Karya Al-Qanun Fit-Tibb juga turut membincangkan mengenai penyakit saraf. Selain itu, ia juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Karya tersebut juga memaparkan gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam. Buku Remedies for The Heart adalah hasil daripada karya Ibnu Sini mengenai sajak-sajak perubatan yang menceritakan 760 jenis penyakit dan berserta cara rawatan yang boleh merawat setiap penyakit tersebut. Berikut ialah pencapaian beliau dalam bidang perubatan iaitu penemuan penyakit baru dan puncanya seperti pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti TB, penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya. Ibn Sina pernah juga diberi gelaran sebagai “Medicorum Principal” yang bermaksud Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin Skolastik

dan gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya ialah Raja Ubat. Dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai “Zenith” iaitu tahap tertinggi dalam ilmu kedoktoran. Selain itu, kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan beliau juga diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama) yang menjadi mahaguru kepada penuntut ilmu dalam bidang perubatan ketika itu. Salah satu pencapaian terbeasr ialah berjaya menyembuhkan Sultan Nuh bin Mansur di Bukhara pada tahun 997 Masihi yang menyebabkan beliau dianggap sebagai doktor diraja. Pada tahun 1955 M beliau telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” disebabkan kepakaran dan kehebatannya dalam bidang perubatan. Sumbangan Dalam Bidang Farmasi Beliau juga menyumbang dari segi penemuan dalam bidang farmasi seperti penghasilan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit seperti menghasilkan ubat bius, membangunkan teknologi perubatan, mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari yang digunakan sehingga kini. Kesan peninggalan beliau dalam perubatan memperkenalkan kaedah pemerhatian (observation ) dan analisis. Walaupun Ibnu Sina telah memberikan sumbangan yang besar,namun beliau sendiri masih merujuk dan mengambil manfaat daripada karya-karya tokoh sebelum beliau untuk membuat kajian lanjut dalam bidang perubatan sebagai contoh Galen.

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran ialah Ibnu Sina telah menghasilkan karya yang berjudul alNajah iaitu membicarakan persoalan falsafah. Hal ini kerana beliau merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap di Khawarizm sewaktu umurnya seawal 21 tahun. Sebanyak 116 karya yang telah dihasilkan oleh Ibnu Sina dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik,astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karya-karya tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir dan diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Liga Arab yang bertajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’ pada tahun 1950. Disebabkan sumbangan dalam bidang perubatan dan keilmuan beliau yang terlalu besar dan amat dihargai oleh masyarakat ketika itu, maka wujudlah sebuah institusi pendidikan di Hungary yang dinamakan sebagai ‘Avicenna College’. Ibnu Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu perkaitan antara psikilogi dengan kesihatan. Ibnu Sina juga telah menjelaskan pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan psikologi. Minatnya yang mendalam dalam bidang yang berkaitan dengan kesan

akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada karyanya berkisarkan gangguan psikologi. Beliau telah menggunakan kaedah ini untuk merawat seorang kerabat pemerintah Jurjan dan seorang pembesar. Penemuan-Penemuan Baru Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmupengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Bidang Geografi Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi hebat pada ketika itu. Hal ini kerana, beliau arif dalam ilmu geografi sebagai contoh beliau mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai boleh berhubung dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Di samping itu, beliau telah mengemukakan suatu hipotesis yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani sejak dari zaman Aristotles. Bidang Geologi, Kimia Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat dinafikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral ) yang menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau turut juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia yang boleh di aplikasikn oleh orang lain. Manakala menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa logam mempunyai pelbagai jenis logam yang berbeza. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Contoh karyanya ialah Aqsam al-Ulum al-Aqliyah iaitu On the Divisions of the Rational Sciences tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional. Bidang metafizik pula ialah “Ilahiyyat ” (Ilmu ketuhanan). Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat ” (Book of Deliverence) buku yang menceritakan tentang kebahagiaan jiwa. Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf ” iaitu risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf. Bagi bidang syair dan prosa pula ialah karya “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair iaitu mengenai jiwa manusia. Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) iaitu buku tentang politik....


Similar Free PDFs