Sumber Ilmu Pengetahuan India DOCX

Title Sumber Ilmu Pengetahuan India
Author Firqin Izzuddin
Pages 17
File Size 510.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 33
Total Views 107

Summary

SADN 1013 ISLAMIC AND ASIAN CIVILIZATION | A151 BAB I PENGENALAN 1.1 TAMADUN INDIA Tamadun India adalah antara tamadun tertua di dunia. Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 SM. Tarikh sebenar bermulanya tamadun India sukar dikesan ekoran kurangnya bukti mengenai bahan-bahan arkeologi kaji purba....


Description

SADN 1013 ISLAMIC AND ASIAN CIVILIZATION " A151 BAB I PENGENALAN 1.1 TAMADUN INDIA Tamadun India adalah antara tamadun tertua di dunia. Tamadun ini wujud antara tahun 2500- 1800 SM. Tarikh sebenar bermulanya tamadun India sukar dikesan ekoran kurangnya bukti mengenai bahan-bahan arkeologi kaji purba. Hanya terdapat beberapa jenis batu kuarzit ditemui di beberapa kawasan di India seperti di daerah Chingleput (Madras), daerah Banda (Agra). Walaubagaimanapun tamadun ini mempunyai satu sejarah yang sangat panjang dan telah banyak mempengaruhi peradaban lain selepasnya. Sebagai sebuah tamadun yang eksotik, tamadun India mampu berdiri secemerlang tamadun dunia lain seperti tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Yunani dan tamadun Rom. Tamadun India ini juga amat dinamik dan kedinamikannya boleh dilihat menerusi system sosialnya, corak kehidupan masyarakat, budaya, politik pemerintahan, falsafah, kepelbagaian agama, ekonomi, sains dan teknologi serta keunikan keseniannya. 1.2 TAMADUN INDIA: PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun. Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik, senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya. 1...


Similar Free PDFs