Teks Ucapan Pengacara Majlis PDF

Title Teks Ucapan Pengacara Majlis
Course Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 4
File Size 138.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 834
Total Views 979

Summary

Download Teks Ucapan Pengacara Majlis PDF


Description

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TEMPAT: DEWAN MUTIARA, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA BANGI TARIKH: 14 DISEMBER 2020 MASA 8:30 pagi

AGENDA Pengumuman sebelum majlis bermula

TEKS UCAPAN Assalamualaikum Mohon perhatian Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar mematikan atau memastikan telefon bimbit berada dalam pengaturcaraan senyap Apabila diumumkan ketibaan para tetamu jemputan masuk ke perkarangan majlis, para hadirin diminta untuk berdiri bagi menghormati tetamu jemputan. Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.

8:35 pagi

Ketibaan YAB Menteri Besar Selangor dan alualuan Pengacara Majlis

Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor diiringi Yang Berbahagia Profesor Datuk Puan Asirah binti Roslan, Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam. Sirih Berlipat Sirih Pinang Sirih Dari Pulau Mutiara Pemanis Kata Selamat Datang Awal Bismillah Pembuka Bicara Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu Yang Amat Berhormat Dato’ Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor Yang Berbahagia Profesor Datuk Puan Asira binti Roslan, Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam.

FATIN BATRISYA BINTI IBRAHIM 2020173261 BA118 2A

Pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua-Ketua Jabatan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian

8:47 pagi

Bacaan Doa

Petik Kenanga indah disemat, Gubahan di olah bawa berangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis dengan ini mempersilakan Saudara Mohammad Ariff bin Rahman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. -Bacaan DoaAmin ya Rabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Mohammad Ariff bin Rahman atas bacaan doa itu tadi.

8:50 pagi

Ucapan Yang Berbahagia Timbalan Rektor

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat. Hadirin yang dimuliakan Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Institut Pendidikan Guru Malaysia, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Profesor Datuk Puan Asira binti Roslan, Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam untuk memberikan ucapan Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

FATIN BATRISYA BINTI IBRAHIM 2020173261 BA118 2A

-ucapan Yang Berbahagia Timbalan RektorMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Profesor Datuk Puan Asira binti Roslan, Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam atau ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi 9:20 pagi

Ucapan YAB Menteri Besar Selangor dan Perasmian Bangunan Baharu

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, majlis dengan takzimnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan bangunan baharu Institut Pendidikan Guru Malaysia. Dengan penuh takzim dipersilakan. -Ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar SelangorDengan ini, dipersilakan kepada Yang Berbahagia Profesor Datuk Puan Asira binti Roslan, Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam untuk mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shaari ke pentas utama untuk upacara perasmian. -Upacara Perasmian-

10:30 pagi

Persembahan Tarian

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shaari atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu IPG sebentar tadi. Para hadirin sekalian, Majlis pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh mahasiwa mahasiswi dari kelab kebudayaan IPG. -persembahan tarianMajlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman. persembahan yang kita saksikan tadi merupakan

FATIN BATRISYA BINTI IBRAHIM 2020173261 BA118 2A

11:00 pagi

Kata-kata Penutup

tarian yang digabungkan daripada tarian tiga kaum utama di Malaysia dan dihasilkan serta dikoreografikan sendiri oleh para mahasiwa mahasiswi. Hadirin yang dimuliakan Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat mempelai direnjis dipilis, Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah kita di penghujung Majlis. Majlis merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shaari, Menteri Besar Selangor atas kesudian untik hadir ke Majlis Perasmian Bangunan Baru Institut Pendidikan Guru. Saya mewakili warga kerja, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini. Semoga dapat kita bersua kembali dalam pertemuan yang lain. Akhir kata Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatu dan sekian

11:30

YAB Menteri Besar Selangor ke jamuan

FATIN BATRISYA BINTI IBRAHIM 2020173261 BA118 2A

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shaari, Menteri Besar Selangor ke majlis jamuan makan tengah hari yang telah disediakan....


Similar Free PDFs