DOA Pembuka Majlis Rasmi PDF

Title DOA Pembuka Majlis Rasmi
Author HAZZIQ HUSAINIE HEDZIR
Course International Trade
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 2
File Size 58.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 20
Total Views 142

Summary

doa majlis...


Description

DOA PEMBUKA MAJLIS RASMI ALFATIHAH Auzubillahiminassyaitannirrajim Bismillahi Rrahmaani Rrahiim. Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin. Wasolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin, wa ‘alaaalihi wasohbihi ajma’in. Ya Allah, YA Rahman Ya Rahim Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Bersempena dengan majlis Seminar Career Hacks pada hari ini, kami memohon kehadrat mu Ya Allah, agar Engkau berkatilah majlis ini. Engkau rahmatilah sekalian yang hadir di dalam majlis ini. Jadikanlah segala usaha dan amal kami, sebagai amal yang engkau redhai. Ilhamkanlah dalam fikiran kami idea2 yang bernas, kreatif,kritis dan positif. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram, Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah, apabila Engkau kehendaki. Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan matahari-Mu selamalamanya.

Rabbana aatinaa fid dunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘azaaba Nnaar. Wasallallu‘ala aalihi wa sohbihi wassalim tasliimann kathiira, subahana rabbika robbi izzati amma yaksifun. Wasalammu alal mursalim. walhamdulillahi robbil ‘alamiin....


Similar Free PDFs