Tema 1:Sejarah Seni dan Kebudayaan DOCX

Title Tema 1:Sejarah Seni dan Kebudayaan
Author Thomphson Memuas
Pages 3
File Size 18.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 83
Total Views 815

Summary

Tema 1:Sejarah Seni dan Kebudayaan Tajuk :Sejarah Budaya Miring Masyarakat Iban Di Pasai, Sibu Sehingga Tahun 2015 Pengenalan : Konsep budaya miring bagi masyarakat Iban ialah diadakan untuk memberkati penduduk, melindungi dan memberi mereka, dan membawa kebahagiaan kepada mereka. Dalam konteks ini,...


Description

Tema 1:Sejarah Seni dan Kebudayaan Tajuk :Sejarah Budaya Miring Masyarakat Iban Di Pasai, Sibu Sehingga Tahun 2015 Pengenalan : Konsep budaya miring bagi masyarakat Iban ialah diadakan untuk memberkati penduduk, melindungi dan memberi mereka, dan membawa kebahagiaan kepada mereka. Dalam konteks ini, masyarakat Iban sangat percaya akan amalan miring sejak zaman berzaman bak kata pepatah biar sesat di belantara, asal jangan sesat adat. Budaya miring dilakukan sebelum aktiviti penting berlangsung atau sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini berlaku. Budaya miring juga perlu dilakukan apabila berpindah ke rumah panjang yang baharu, atau sebelum melakukan aktiviti bersawah. Dalam budaya miring tersebut, terdapat empat tahap penggunaan piring, iaitu 3 piring, 5 piring, 7 piring dan 9 piring. Bagi tahap 5 dan ke atas, babi perlu digunakan semasa proses miring dilakukan. Dalam piring biasa, perlu dimasukkan sesaji atau persembahan kepada "petara" seperti nasi pulut putih, nasi putih, rokok apung, tembakau, telur yang dimasak atau yang telah direbus, sirih dan pinang, garam, sagun dan "rendai". Semua bahan-bahan tersebut iaitu piring yang telah habis dilakukan perlu disiram dengan air tuak. Bukan sahaja perlu disiram malahan dalam piring tersebut perlu diletakkan "telaga" iaitu air tuak yang diisi dalam bekas kecil atau tudung botol dan diletakkan di atas piring. Oleh itu, di kawasan Pasai, Rumah Ambi Pasai Siong, Sibu yang telah ditubuhkan sejak tahun 1988. Masyarakat Iban di rumah panjang ini telah mengamalkan budaya miring ini sejak dahulu sehingga sekarang. Objektif Kajian:...


Similar Free PDFs