Kepentingan Seni dan Kebudayaan Kepada Masyarakat PDF

Title Kepentingan Seni dan Kebudayaan Kepada Masyarakat
Course karangan bahasa melayu
Institution Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said
Pages 15
File Size 135.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 10
Total Views 181

Summary

Kepentingan Seni dan Kebudayaan Kepada Masyarakat...


Description

Kepentingan Seni dan Kebudayaan Kepada Masyarakat Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita juga dikenali sebagai sebuah negara yang multikultural (multi-culture) di mana sifat-sifat kemajmukannya dalam konteks kemasyarakatan yang luas juga. Konsep kemajmukannya yang merujuk kepada pelbagai masyarakat campuran kumpulan manusia yang mengamalkan cara hidup yang berlainan, mereka turut membentuk suatu entiti berasaskan kaum sendiri dalam lingkungan komuniti yang luas. Keadaan ini bukan sahaja menjadikan masayarakat itu menjadi kompleks sebaliknya melahirkan pelbagai aktiviti sosial dan membentuk kehidupan sosial yang dikongsi bersama berdasarkan prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Tahap-tahap masyarakat ini terus bekembang daripada entiti keluarga, komuniti, negara dan global (Zaid Ahmad, et al., 2013). Kepelbagaian masyarakat dari segi ras, etnik dan identiti etnik ini mencetuskan perbezaan individu-individu dalam banyak aspek seperti agama, pekerjaan, bahasa, dan politik (Marshall, 1994). Keadaan ini akan mencorak kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat heterogen di negara ini. Dalam hal ini, ahli masyarakat akan terus berinteraksi dan berkongsi pola kebudayaan mereka namun tidak kurang pula yang bersifat ekstrem dan teguh berpegang kepada prinsip mempertahankan budaya masing-masing. Hal ini bukan menjadi masalah besar sekiranya semua golongan masyarakat heterogen ini memahami akan konsep multikultural ini sepenuhnya. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak diwujudkan dalam masyarakat, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka, (3) mendalami keunikan budaya yang wujud, (4) mengakui perbezaan kebudayaan antara kaum serta (5) mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Melalui pemahaman seperti ini, persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam kalangan masyarakat. Kupasan idea yang berkaitan dengan isu ini bukan sahaja tertumpu kepada aspek budaya semata-mata malah aspek seni yang terkandung di dalamnya juga. Sesuai dengan keperluan tugasan ini, fokus perbincangan adalah menjurus kepada kepentingan bidang seni dan kebudayaan kepada masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini amat penting di mana setiap

masyarakat harus menerimanya dengan tangan dan dada terbuka. Persefahaman budaya ialah kesediaan setiap kaum menerima, mengakui, memahami dan mengiktiraf unsur kebudayaan kaum lain (Fatimah Daud, 1984). Selain daripada itu, melalui persefahaman seperti ini, proses asimilasi budaya dapat diterima dengan hati yang terbuka dan tidak menimbulkan konflik. Definisi Seni dan Kebudayaan Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang saling berkait rapat dan bergantungan antara satu sama lain. Cakupan kedua-dua bidang ini sangat luas dan kompleks, didapati juga seolah-olah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai identiti seni dan kebudayaannya yang tersendiri lantas membentuk keunikan cara hidup mereka. Tidak terkecuali di Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum dan keturunan sudah pasti mempunyai kepelbagaian aspek seni dan kebudayaannya juga. Sifat multikultural (kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal-usul keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan kegiatan ekonomi turut mencorak aspek seni dan budaya. Perkara ini menjadi sebahagian daripada cara hidup dan pegang sejak zaman berzaman lagi dan diteruskan sehingga sekarang. (i)

Definisi Seni

Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan (Kamus Dewan, 2005). Sesuatu yang dikatakan seni pula adalah suatu bentuk karya seperti pantun, ukiran, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat yang tersendiri. Perkataan ‘seni’ jika ditambah dengan imbuhan ‘ke’ (awalan) dan ‘an’ (akhiran) membentuk perkataan ‘kesenian’ yang membawa pengertian yang lebih luas lagi iaitu perihal seni, yang berkaitan dengan keindahan dan ketelitian penciptaan sesebuah karya seni tersebut. Kesenian telah menjadi identiti dan amalan yang amat penting kepada kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sejak turun temurun lagi. Dengan kepelbagaian amalan kesenian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, identiti masyarakat Malaysia yang bersifat multikultural lebih terserlah dan dikenali ramai.

(ii)

Definisi Kebudayaan

Manakala, takrifan kebudayaan pula yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu ‘buddhayah’ yang berasal daripada bentuk jamak dari ‘buddhi’ membawa maksud budi atau akal. Pengertian ini boleh diertikan sebagai halhal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut ‘culture’ yang berasal daripada perkataan Latin ‘colere’, iaitu bermaksud mengolah atau mengerjakan. Pengertian ini bertolak daripada tradisi pekerjaan utama manusia yang berbentuk mengolah tanah atau bertani (kerja-kerja pertanian). Namun, pengertian kebudayaan yang bersabit dengan tradisi akal dan budi manusia ini lebih menjurus kepada cara hidup sesuatu bangsa atau umatnya. Untuk kita memahami gaya hidup berbagai jenis manusia termasuklah diri kita sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya, yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini juga berkait rapat dengan bidang seni, sastera, dan muzik klasik serta merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat kita. Kepelbagaian kebudayaan ini lebih merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada : (1) memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal (perspektif universal), (2) mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik (perspektif etnik) dan (3) mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka (perspektif budaya). Jadi, setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pula mempunyai keunikannya. kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, mempunyai perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat. Fungsi Seni Dan Kebudayaan

Bidang seni dan kebudayaan mempunyai tujuan tertentu. Sudah tentu kepentingan kedua-dua bidang ini memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. Sejak berzaman lagi, bidang seni dan kebudayaan ini telah memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat Malaysia. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan juga merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam kalangan masyarakat kita. Di antara fungsi-fungsi bidang seni dan kebudayaan ini adalah sebagai aktiviti riadah masyarakat. Masyarakat kita memang gemar beriadah khususnya apabila waktu kelapangan. Bagi masyarakat yang tinggal di kampung, masa senggang mereka diisi dengan aktiviti-aktiviti riadah seperti tarian, silat, muzik dan sebagainya. Mereka mempelajari sesuatu tarian bukan sahaja untuk tujuan keriangan sebaliknya mengisi masa lapang selain menjalin hubungan sesame mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti mereka. Dari sudut kesihatan, aktiviti seumpama ini dapat memberi satu bentuk senaman dan latihan anggota badan agar menjadi sihat dan cergas. Bagi golongan lelaki, aktiviti bersilat juga aktiviti riadah yang baik mengasah mental, emosi serta fizikal mereka agar sihat sejahtera. Bagi aktiviti seni dan kebudayaan yang berkait rapat dengan agama, seluruh penduduk dan masyarakat kampung terbabit dalam aktiviti berkenaan. Dari sudut agama, hukumnya adalah wajib. Aktiviti-aktiviti seperti nasyid, marhaban dan hadrah merupakan aktiviti kesenian Islam yang berkait rapat dengan amalan keagamaan. Melalui aktiviti kesenian sebegini, pemupukan amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberi keinsafan sebagai seorang Islam. Hal ini dapat mendidik ahli masyarakat supaya akur dengan perintah agama dan mengerjakan perkaraperkara yang wajib dan sunat. Hubungan masyarakat adalah amat penting. Proses sosialisasi yang membabitkan sebilangan besar masyarakat adalah perlu bagai memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan mereka. Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing. Keadaan ini merupakan harapan bagi kebanyakan masyarakat, khasnya bagi masyarakat berbilang kaum (Ting, 1997). Proses sosialisasi ini menggambarkan hubungan etnik sosial dalam masyarakat. Melalui aktiviti ini, perpaduan antara kaum serta sikap saling hormat menghormati dapat dibentuk sekaligus melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni.

Dari segi pendidikan, bidang ini dapat memupuk bakat dan minat dalam jangka masa panjang supaya memiliki ciri insan yang memiliki seni dan budaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di sekolah, pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang guru seni yang kreatif dan inovatif amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berkesan dan relevan. Hal ini dapat menjadikan muridmurid lebih berkreativiti bagi melahirkan insan pelajar yang celik dalam bidang seni dan kebudayaan. Sebagai ahli dalam masyarakat, aspek komunikasi yang berkesan amat penting. Proses penyampaian komunikasi yang baik dan berkesan dapat mencerminkan perspektif sosialisasi yang baik. Bidang seni dan kebudayaan ini sebagai media mendidik dan mengkritik yang lazim digunakan pada zaman dahulu dan berkesan sebagai media komunikasi. Aspek seni seperti wayang kulit, wayang orang dan seni teater, syair dan seumpamanya mempunyai pesanan atau mesej dalam bentuk komunikasi lisan dengan tujuan mendidik masyarakat. Oleh yang demikian, komunikasi adalah alat dan sumber kepada manusia untuk terus berhubung dengan orang lain. Tuan Yacob (1998), menyatakan komunikasi sebagai informatif, iaitu seseorang individu itu mengerti dan mengetahui, dan juga sebagai persuatif, iaitu agar seseorang individu itu bersedia menerima sesuatu perubahan atau keyakinan untuk melakukan sesuatu perbuatan atau kegiatan. Seterusnya, aspek identiti. Identiti masyarakat merupakan medium seni dan kebudayaan dalam masyarakat Malaysia. Aktiviti seni dan kebudayaan telah membentuk suatu identiti bangsa Malaysia yang amat unik sekali. Identiti ini seterusnya menjadi pegangan dan amalan hidup seharian masyarakat di negara kita. Keunikan identiti ini telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai salah sebuah masyarakat di dunia yang mempunyai kepelbagaian amalan dan aktiviti seni dan kebudayaan. Justeru, hal ini merupakan simbol keagungan negara di mata dunia sebagai sebuah negara multikultural yang disanjung tinggi serta dihormati. Penglibatan Masyarakat Konsep budaya dan masyarakat memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat kata pepatah Melayu, ‘bagai aur dengan tebing’ begitulah keakraban hubungan kedua-dua entiti ini. Kepelbagaian budaya bukanlah merupakan halangan hubungan kaum di negara ini. Masyarakat Malaysia mulai menerima

kepelbagaian budaya yang diamalkan dalam kehidupam seharian. Misalnya, amalan budaya makanan dalam masyarakat Malaysia semakin diterima dan dikongsi secara bersama. Menururt Zaid Ahamad et al,.(2013) semangat penerimaan kepelbagaian budaya ini sekaligus telah memajukan masyarakat Malaysia dengan nama ‘kesatuan dalam kepelbagaian’. Dalam konteks seni dan kebudayaan yang melibatkan masyarakat secara keseluruhannya ianya banyak memberi manfaat serta penting dalam pertumbuhan hubungan antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan ini penglibatan masyarakat dalam memberi impak ke atas daya kecergasan fizikal, perpaduan kaum, dan pertumbuhan ekonomi. Kecergasan Fizikal Penglibatan masyarakat di dalam aktiviti seni dan kebudayaan dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Hal ini dapat dibuktikan melalui aktiviti yang dilakukan iaitu permainan tradisional yang melibatkan banyak pergerakan yang ringkas tetapi mampu memberikan impak senaman ringan yang sesuai untuk dilakukan setiap hari. Melalui aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia berbentuk seni suara, seni gerak , seni rupa, dan permainan tradisional masyarakat dapat bergerak aktif dan menggunakan tulang empat kerat sepenuhnya. Pergerakan yang berlaku secara optimum ini bukan sahaja sebagai latihan fizikal tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan dan dapat dianggap sebagai satu bentuk senaman. Bagi kebanyakan bentuk seni, seni tari misalnya tidak lepas daripada pergerakan. Suatu pergerakan yang berirama merupakan medium ekspresi individu melalui gerak-geri berirama yang indah yang membawa kepada kecergasan fizikal. Selain itu juga, aktiviti seperti galah panjang juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal masyarakat kerana apabila mereka bermain bersama di dalam suasana yang gembira dan kondusif, mereka dapat menunjukkan seratus peratus potensi diri dan seterusnya menjamin kesihatan diri kerana aktiviti senaman seumpama ini dapat membakar kalori di dalam badan. Perpaduan Kaum Penumpuan penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti seni dan kebudayaan juga menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Aspek perpaduan kaum bukan suatu isu yang remeh temeh. Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara

dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia. Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan. Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada bidang seni dan kebudayaan ini Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Program untuk mendidik dan menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai budaya, seni dan warisan di kalangan masyarakat diberi penekanan agar selari dengan hasrat penyatuan kaum di Negara ini dicapai. Kesemua ini amat penting kepada masyarakt bagi menjamin hubungan kaum terus terpelihara dan negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Ekonomi Dari sudut ekonomi, aktiviti seni dan kebudayaan juga tidak kurang penting sumbangnya. Perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif adalah salah satu sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara maju. Misalnya, di Amerika Syarikat, industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya Malaysia, industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting industri ini dibangunkan secara bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang komprehensif (Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, 2005). Antara lain, usaha yang berterusan diambil untuk membangun dan meningkatkan kualiti kraf Malaysia. Usaha ini meliputi penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi baru. Usaha mempromosi kraf Malaysia di pasaran tradisi dan baru dilaksanakan secara meluas dengan kerjasama sektor swasta. Kaedah pemasaran yang inovatif

dan kreatif serta penjenamaan kraf negara diusahakan. Potensi ekonomi industri budaya kreatif terus berkembang dan menyediakan peluang perniagaan kepada para usahawan. Industri kraftangan juga dapat memastikan keutuhan ekonomi melalui bidang pelancongan iaitu menarik minat pelancong asing membeli barangan tersebut. Justeru itu, penglibatan masyarakat amat penting bagi menarik kedatangan pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia, melalui aktiviti seni dan kebudayaan ini masih relevan dilakukan dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara Malaysia. Penglibatan Murid Di peringkat bangku sekolah, penglibatan murid dalam aktiviti seni dan kebudayaan turut penting dan memberi kesan positif ke atas perkembangan diri dan kemajuan akademik mereka. Bagi memaksimumkan pencapaian ini, sebagai seorang murid yang berdaya saing dan tabah menghadapi cabaran, kemahiran komunikasi mereka juga turut terserlah di mana hubungan mereka secara personal dan interpersonal dapat ditingkatkan lagi sejajar dengan nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang lain di sekolah. Hubungan baik dengan rakan-rakan dan guru merupakan aspek yang penting bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat. Keadaan ini akan mendorong proses pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang tinggi serta memberi faedah kepada semua pihak. Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid. Kepelbagaian budaya yang datang dari setiap pelosok negara turut mencorakkan lagi landskap kebudayaan dan kesenian di Malaysia. Dalam hal ini, aktiviti seni dan kebudayaan yang dapat melibatkan murid adalah aktiviti tarian dan permainan tradisional. Tarian Tarian adalah boleh didefinisikan sebagai sebagai suatu pergerakan yang berirama. Dalam kebudayaan masyarakat Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian ini termasuklah tarian siti payung, mak inang, asyik , gamelan dan sebagainya.

Berkenaan dengan penglibatan murid dalam seni tarian ini ianya lazim berlaku di peringkat sekolah. Murid-murid selalunya mengemari aktiviti tarian ini sejak kecil lagi dan bergerak aktif sebagai gerak kerja luar bilik darjah mereka. Penglibatan murid-murid dalam tarian dapat menonjolkan lanskap bakat dan potensi diri mereka keseluruhannya. Dalam pergerakan seni tarian ini, pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif (meliputi aktiviti gerak tari) bertujuan untuk membantu muridmurid menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masingmasing (expressive and functional ). Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana murid-murid bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari. Potensi pergerakan murid-murid boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keiginan untuk bergerak dan sentiasa aktif...


Similar Free PDFs