TEORI NEGARA IDEAL ( MADINAH AL-FADHILAH ) MENURUT AL-FARABI DOCX

Title TEORI NEGARA IDEAL ( MADINAH AL-FADHILAH ) MENURUT AL-FARABI
Author Sakinah Mohammad
Pages 1
File Size 34.3 KB
File Type DOCX
Total Downloads 78
Total Views 434

Summary

1 TEORI NEGARA IDEAL ( MADINAH AL-FADHILAH ) MENURUT AL-FARABI 1. PENDAHULUAN Perbincangan mengenai konsep kenegaraan bukanlah suatu isu perbincangan baru dalam bidang ilmu falsafah, Hal ini kerana, konsep ini telah ditimbulkan oleh ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam bukunya yang berjudul The Rep...


Description

1 TEORI NEGARA IDEAL ( MADINAH AL-FADHILAH ) MENURUT AL-FARABI 1. PENDAHULUAN Perbincangan mengenai konsep kenegaraan bukanlah suatu isu perbincangan baru dalam bidang ilmu falsafah, Hal ini kerana, konsep ini telah ditimbulkan oleh ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam bukunya yang berjudul The Republic. Konsep kenegaraan Al-Farabi ini didakwa diadaptasikan daripada idea Plato, akan tetapi konsep Madinah Al-Fadilah yang dibawa oleh Al-Farabi ini merupakam satu asas atau doktrin dalam agama Islam. Oleh yang demikian, tidak timbullah isu teori yang diperkenalkan oleh Al-Farabi berunsurkan falsafah Greek. (Ahmad Sunawari Long, 2006, 165) Para orientalis barat yang membuat dakwaan terhadap karya Al-Farabi ini bertujuan untuk melahirkan keraguan terhadap keaslian pemikiran Al-Farabi. Dakwaan ini bukanlah tertumpu kepada Al-Farabi sahaja malahan ia juga dirasai oleh ahli falsafah Islam yang lain. Sejauh manakah dakwaan mereka ini dapat kita kupas melalui keaslian teori kenegaraan yang dibawa oleh Al-Farabi. Keaslian yang terdapat di dalam teori Madinah Al-Fadilah dapat dilihat melalui cetusan idea yang dikemukakan oleh Al-Farabi yang berlandaskan Islam dan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Idea Al-Farabi ini bermotifkan bahawa agama dan falsafah adalah berlandaskan kepada kebenaran. Oleh sebab yang demikian, Al-Farabi yang merupakan ahli falsafah Islam menukilkan teori Al-Madinah Al-Fadilah untuk mengharmonikan antara agama dan falsafah. Konsep kenegaraan yang terdapat dalam teori Al-Farabi ini banyak mencontohi bentuk dan hakikat kepimpinan Rasullullah s.w.t sebagai seorang Rasul dan khalifah yang agung dimuka bumi ini. Sikap kepimpinan Rasullullah menjadi titik tolak kepada kecenderungan Al-Farabi dalam melahirkan pemikiran mengenai konsep kenegaraan. Pemikiran Al-Farabi ini penting dalam menyelesaikan kemelut masyarakat bagi mencari teladan kepimpinan yang ideal. (Idris Zakaria, 1986, 17) 2.BIOGRAFI AL-FARABI...


Similar Free PDFs