4.1 Reaksi masyarakat tempatan PDF

Title 4.1 Reaksi masyarakat tempatan
Author Lorna Breetney
Course Applied Chemistry
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 20
File Size 320.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 79
Total Views 153

Summary

NOTES...


Description

4.1 Reaksi masyarakat tempatan

4.1 Reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat (China & India) 4.1.1 Reaksi Masyarakat Tempatan China Soalan 86: Bincangkan isu-isu atau Faktor-faktor yang merenggangkan hubungan China dan Barat. Pendahuluan § Pertengahan abad ke 19, imperialis Barat mula mengasak China yg membuatkan era baharu dalam sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa Barat. Hal demikian membawa kepada kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China masih berbangga dengan menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’. iaitu mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana menggangap orang Barat sebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing) § Sistem pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi tertinggi diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi. Timbul ketegangan hubungan antara kuasa Barat dengan China hingga membawa peperangan kedua belah pihak dan memberi impak besar kepada sejarah perjalanan China. Isi-isi penting: Isu perdagangan § Pedagang barat terutamanya British mengharapkan keuntungan perdagangan yang berlipat ganda jika mereka menjalankan perdagangan dengan Negara China tetapi impian mereka tidak kesampaian disebabkan kerajaan Manchu mengamalkan dasar tutup pintu atau disebut dasar pemencilan . Masyarakat China mempunyai pandangan yang negatif terhadap perdagangan dan menganggap perdagangan sebagai pekerjaan yang hina. Justeru, perdagangan tidak digalakan terutama dengan kuasakuasa barat. Sebaliknya perhatian diberikan kepada pertanian sara diri. § Pemerintaha China mengenakan pelbagai sekatan keatas pedagang asing. Pedagang asing dibenarkan sebagai Co-hong .Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co-hong . Isu candu § Perdagan barat dengan China lebih menyebelahi pihak China. Pihak British cuba membawa barang mereka dari India dengan memperkenalkan barangan tekstil di China tetapi gagalmenembusipasaran China. Mereka amat memerlukan eh dan sutera dari China yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. Keengganan China membeli barang dari britian menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan kerajaan British. Oleh yang demikian bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah itu ,pedagang Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu dari IIndia. § Candu kemudiannya menjadi barang paling digemari oleh masyarakat China tidak kira golongan bangsawan atau atasan. § Kemasukan Candu mengakibatkan pengaliranwang keluar yang banyak .Keadaan ini telah menjejaskan ekonomi China.Pada tahun 1838,Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perdagangan candu. Isu perundangan § Isu perundangan turut menjadi isu yang merenggangkan hubungan China dengan kuasa-kuasa Barat . Mengikut prinsip keadilan China “ seseorang yang dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan “. § Falsafah undang-undang di China berbeza dengan falsafah undang-undang barat .Undang-undang barat berdasarkan konsep “ tanggungjawab individu “ manakal China pula “doktrin tanggungjawab berkumpulan “ diamalkan. Isu agama Kristian

§ Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pendalaman dan luar dari Canton. Ramai rakyat China Berjaya dikristiankan . § Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang China yang berpegang kepada kepecayaan nnek moyang,Confucius,dan Taoisme. Isu kawasan petempatan orang asing § Mempunyai sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal oleh pemerintahan China. Penduduk hanya perlu membayar pajakan kepada China. Di wilayah pajakan ini, orang asing membentuk majlis perbandaran mereka sendiri, undang-undang, mahkamah, polis dan pasukan pertahanan awam. § Pihak British dan Amerika Syarikat bersetuju menggabungkab wilayah konsensi mereka kepada satu pentadbiran. Kuasa Barat juga menceroboh secara langsung wilayah China . Pengambilan Hong kong oleh British, Macau oleh Portugis, China juga menghadapi masalah pencerobohan Rusia di lli, singkiang. Isu Pengenalan teknologi Barat. § Pengenalan teknologi barat di China telah menyebabkan pengganguran berlaku dalam masyarakat China dalam jumlah yang ramai.Pengenalan teknik baharu dalam bidang perlombongan mempercepatkan penggunaan sumber alam yang jumlahnya terhad. § Sarjana China percaya bahawa barat tidak ikhlas mengajar. Mereka juga percaya bahawa pengenalan teknologi Barat hanya membawa keuntungan jangka masa pendek sahaja. Penutup § Akibat tindakan-tindakan tersebut, akhirnya kuasa-kuasa Barat berjaya menguasai China. China terpaksa diperintah oleh kuasa Barat. Soalan 87: Huraikan tindakan yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap campur tangan pihak asing. Pendahuluan § Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh imperialis Barat. Keadaan ini memulakan era baharu dalam searah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa barat. Ketidakpuasan hati para pedagang dan pegawai Barat mula memuncak dengan pelbagai insiden yang mereggangkan hubungan antara pihak Barat dan kerajaan China. § Kerenggangan hubungan China terhadap kuasa Barat berpunca kepada beberapa isu iaitu isu perdagangan, candu, perundangan, agama Kristian, kawasan petempatan orang asing, dan teknologi Barat. Atas masalah ini, China telah melakukan beberapa tindakan. Isi-isi penting: 1. Tindakan anti terhadap kuasa asing. Terdapat dua kumpulan anti asing di China. Kumpulan pertama ialah golongan yang membenci orang asing tetapi tidak bertindak. Kumpulan kedua ialah golongan yang menolak semua kehadiran asing seperti agama Kristian dan teknologi Barat. Agama Kristian yang dibawa oleh orang Barat megancam kedudukan agama dan kepercayaan tradisi China seperti Confucius, Taoisme dan Buddha. Pada tahun 1870, berlaku gerakan menentang mubaligh Kristian di Tientsin. Orang China berprasangka buruk terhadap aktiviti membaptis yang dijalankan oleh rahib wanita terhadap kanak-kanak China yang sakit.Golongan mubaligh dituduh mencungkil mata kanakkanak untuk tujuan membuat logam yang berharga. Ada juga tuduhan menyatakan bahawa kanak-kanak China disihir, dipotong badan, diambil hati, dan mata mereka untuk dijadikan ubat. 2. Pemberontakan boxer Pada tahun 1899, orang China marah dengan tindak-tanduk kuasa asing yag menceroboh wilayah China. Peristiwa ini dikenali sebagai pemberontakan boxer. Pengikut Boxer mendakwa aktiviti orang asing telah membawa kemarahan Tuhan yang menurunkan bencana kepada penduduk China. Oleh itu, orang China bertanggungjawab untuk menghapuskan oraang asing yang ada

dibumi China. Kumpulan Boxer (peninju) medapat restu daripada maharani dan gabenor-gabenor wilayah. Mereka menggalakkan perkembangan kongsi gelap bertujuan memperkuatkan China supaya tidak terjejas oleh kemaraan kuasa-kuasa barat yang semakin berleluasa ketika itu. 3. Maharani Dowager juga telah mengisytiharkan perang terhadap kuasa Barat. Tindakan tersebut merupakan akibat rasa terkilan kerana campur tangan Barat dalam urusan Negara China. Keputusan mengisytiharka perang tidak medapat sokongan daripada pegawai-pegawainya di beberapa wilayah China. Pegawai seperti Chang Chih-tung dan Li Hung-chang telah mengabaikan arahan Maharani Dowager berperang dengan Barat. Ada juga pegawai di wilayah tertentu yang memberi jaminan utuk melindungi warga asing. Oleh itu, kebangkitan Gerakan Boxer hanya meletus di beberapa kawasan sahaja seperti Peking, Shansi, Tientsin, Manchuria, dan Mongolia. 4. Pemberontakan Boxer telah menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk menghantar tentera ke China. Pada tahun 1900, terdapat lebih 45000 tentera bersekutu di utara China. Satu pasukan tentera yang terdiri daripada pelbagai Negara telah dibentuk oleh Setiausaha Amerika Syarikat, iaitu John Hays. Pasukan ini telah berjaya mengalahkan pasukan Boxer dan kerajaan China di Peking pada Ogos 1900. Maharani Dowager, maharaja dan pengikutnya telah melarikan diri ke Sian. Pada tahun 1901, satu perjanjian telah ditandatangani untuk menamatkan Pemberontakan Boxer yang dikenali sebagai Protokol Boxer. 5. Protokol Boxer 1901, kandungannya ialah yang pertama Kerajaan China perlu menghadap Maharaja Jerman untuk menyampaikan rasa kesal atas pembunuhan Baron Von Ketteler. Kerajaan China juga diminta membina tugu peringatan kematian von Kettler di tempat beliau dibunuh. Tugu itu ditulis dengan kata-kata kekesalan pihak Maharaja China atas kematian von kettler dalam tiga bahasa, iaitu Latin, Jerman, dan China. Tentera asing dibenarkan bertempat di 12 kawasan strategik sepanjang jalan kereta api dari Peking hingga ke Shanhaikuan. Kuasa Barat mendapat hak untuk mengekalkan tentera di Peking yang bertujuan untuk menjaga kedutaan asing. Kerajaan China akan membayar kerugian sebanyak 67.5 juta paun secara insuran selama 39 tahun. Menyekat pengimportan senjata api dan peluru ke China selama lima tahun. Menghukum pemimpin-pemimpin yang menyokong Pemberontakan Boxer. Penutup § Akibat tindakan-tindakan tersebut, akhirnya kuasa-kuasa Barat berjaya menguasai China. China terpaksa diperintah oleh kuasa Barat. Soalan 88: Huraikan faktor-faktor Perang Candu Pertama (1839-1842). Pendahuluan : § Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China Pertama kerana ekoran tercetusnya pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan. Dalam pada itu, peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di China dan ia menandakan dinasti Machu telah mengalami kemerosotan. § Peperangan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan kesan. Isi-isi penting : Faktor-faktor: (a) Konsep perdagangan yang bertentangan. § Kerajaan China dan negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan yang bertentangan. Kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan negara-negara Barat

kerana negara China mampu memenuhi keperluannya dan sumber ekonomi utamanya berasaskan pertanian. Masyarakat Cina menganggap aktiviti perdagangan sebagai kegiatan yang hina. § Masyarakat Barat berpegang kepada dasar perdagangan bebas. Negara-negara Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan pasaran dan bahan mentah untuk kilang-kilang yang muncul ekoran Revolusi Perindustrian. Terdapat permintaan yang tinggi bagi barangan China seperti the dan sutera di Britain. (b) Sekatan terhadap perdagangan asing. § Pada tahun 1757, Maharaja Chien Lung mengeluarkan perintah bahawa pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa anggota keluarga mereka ke pelabuhan Canton. Setelah selesai menjalankan urusan perniagaan di Canton, mereka dikehendaki kembali ke Macau. § Pedagang-pedagang asing dibenarkan untuk menjalankan urusan perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang di kenali sebagai Co-hong. Tindakan kerajaan China mengenakan cukai-cukai yang tinggi menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pedagang-pedagang asing. (c) Sistem hubungan antarabangsa yang bertentangan. § China menganggap dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat dunia yang bertamadun. Maharaja China menganggap dirinya sebagai anak syurga dan pemerintah sejagat. Orang Cina menganggap orang Barat sebagai orang gasar yang tidak bertamadun. Negara China menganggap negara-negara Barat bertaraf rendah dan tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf. § China menganggap semua duta Barat sebagai pembawa ufti yang harus kowtow, iaitu melutut tanda hormat di hadapan Maharaja. Percubaan British menghantar utusan yang diketuai oleh George Macartney (1793) dan Lord Amherst (1816) ke Peking untuk menuntut perwakilan dan syarat-syarat perdagangan yang liberal menemui kegagalan. (d) Pertentangan konsep undang-undang. § Mengikut konsep undang-undang China, seseorang itu dianggap bersalah sehingga ia membuktikan bahawa ia tidak bersalah. Konsep undang-undang Barat pula menekankan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga kesalahannya dapat dibuktikan. § Pertentangan konsep undang-undang China dan Barat menyebabkan hubungan China dan British menjadi bertambah buruk. (e) Kekejaman undang-undang China. § Pada tahun 1784, seorang kelasi kapal Lady Hugnes telah melepaskan tembakan hormat apabila sampai di Whampoa yang menyebabkan seorang Cina terbunuh. Kelasi berkenaan telah dicekik sehingga mati tanpa sebarang perbicaraan apabila diserahkan kepada kerajaan China. § Pada bulan Julai 1839, kelasi-kelasi Inggeris yang mabuk tekah membunuh seorang Cina yang bernama Lin Wei-hsi. Kerajaan China menuntut agar pesalah tersebut diserahkan kepalanya manakala pihak British enggan berbuat demikian. (f) Kemasukan Candu. § Faktor serta-merta yang menyebabkan tercetus Perang Candu Pertama ialah tindakan orang Inggeris membawa masuk bekalan candu ke China. Orang Inggeris menjual candu bagi mengimbangkan perdagangan teh dengan China. § Antara tahun 1821 hingga 1839, jumlah candu yang diimport telah meningkat kepada 4244 buah peti kepada 40 200 buah peti. Perkembangan ini telah mengakibatkan imbangan perdagangan yang tidak menguntungkan China. Pengimportan candu menyebabkan pengaliran keluar wang perak yang telah menjejaskan kesihatan dan menimbulkan masalah sosial dalam kalangan penduduk China. (g) Tindakan Lin Tsu-hse. § Tindakan drastik yang diambil oleh Lin Tsu-hse bagi menghapuskan perdagangan candu telah menyebabkan tercetus perang antara kerajaan China dengan British. Pada tahun 1839, Maharaja China telah melantik Lin Tsu-hse sebagai pesuruhjaya imperial untuk menghapuskan perdagangan candu. Pada

18 Mac 1839, Lin Tsu-hse telah mengeluarkan titah perintah meminta orang asing supaya menyerahkan semua candu kepada kerajaan China dan memberi akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China. § Kapten Charles Elliot menyerahkan 20 283 buah peti candu kepada kerajaan China untuk dimusnahkan namun British enggan memberi surat akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China. Kapten Elliot bertindak menyerang Chuenpi pada bulan November 1839. British menjadikan peristiwa candu sebagai alasan Penutup : § Sikap angkuh kerajaan China menyebabkan British terpaksa menggunakan kekerasan bagi memaksa kerajaan China membuka pintu kepada kuasa Barat. Perkembangan ini menyebabkan British mengisytiharkan peperangan terhadap kerajaan China pada tahun 1839 yang dikenali sebagai perang Candu Pertama. § Perang Candu Pertama meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perang ini juga meletakkan asa tercetusnya Perang Candu Kedua. Soalan 89: Huraikan kesan-kesan Perang Candu Pertama (1839-1842). Pendahuluan : § Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China Pertama kerana ekoran tercetusnya pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan. Dalam pada itu, peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di China dan ia menandakan dinasti Machu telah mengalami kemerosotan. § Peperangan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan kesan. Isi-isi penting : Kesan-kesan Perang Candu Pertama Kesan Politik § Kemerosotan dinasti Manchu. i. Perang Candu jelas sekali menunjukkan bahawa dinasti Manchu mengalami kemerosotan yang amat ketara. Kekalahan kerajaan China dalam peperangan tersebut menunjukkan bahawa dinasti Manchu tidak mempunyai keupayaan untuk menghadapi penentangan kuasa-kuasa Barat. ii. Kelemahan dinasti Manchu menyebabkan rakyat mula menentang kerajaan hingga tercetus Pemberontakan Taiping. § Muncul gerakan menguatkankan diri. i. Perjanjian Nanking menunjukkan kelebihan kuasa-kuasa Barat dalam bidang sains dan teknologi. Perjanjian ini telah menyedarkan masyarakat China tentang kepentingan menguasai ilmu pengetahuan dari Barat. ii. Kesedaran ini telah membangkitkan minat masyarakat China untuk memulakan gerakan menguatkan diri. Kesan Ekonomi § Muncul golongan pedagang baru. i. Penghapusan Co-hong menyebabkan muncul golongan pedagang baharu di China. Golongan ini terlibat dalam penubuhan pelbagai jenis industri dan perusahaan. ii. Perkembangan ini menyebabkan muncul sistem ekonomi moden menggantikan sistem ekonomi tradisional.

§ Perniagaan candu meningkat. i. Perniagaan candu telah meningkat secara mendadak selepas Perang Candu. Perjanjian Nanking yang menamatkan Perang Candu tidak menyentuh tentang sekatan terhadap perdagangan candu. ii. Perkembangan ini menyebabkan jumlah candu yang dibawa masuk oleh saudagar-saudagar Barat meningkat. Umpamanya import candu meningkat sebanyak 300 peratus pada tahun 1858. Kesan Sosial § Penyebaran agama Kristian. i. Masyarakat China terdedah kepada penyebaran agama Kristian. Mubalighmubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di pelabuhan-pelabuhan. ii. Perkembangan agama Kristian menyebabkan kebudayaan dan adat resam masyarakat Cina terjejas. Masyarakat Cina juga terdedah kepada pemikiran dan pengaruh kebudayaan Barat. § Penghapusan amalan kowtow. i. ii.

Selepas perjanjian Nanking ditandatangani, amalan kowtow ditamatkan. Orang Barat tidak perlu menyembah Maharaja China dengan cara kowtow.

Penutup : § Sikap angkuh kerajaan China menyebabkan British terpaksa menggunakan kekerasan bagi memaksa kerajaan China membuka pintu kepada kuasa Barat. Perkembangan ini menyebabkan British mengisytiharkan peperangan terhadap kerajaan China pada tahun 1839 yang dikenali sebagai perang Candu Pertama. § Perang Candu Pertama meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perang ini juga meletakkan asa tercetusnya Perang Candu Kedua. Soalan 90.Huraikan faktor faktor dan kesan kesan perang candu kedua (1856-1860) Pendahuluan § Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali sebagai Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. § Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam hubungan antara China dan British. Hubungan antara mereka tetap runcing sehingga mengekibatkan peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow. Isi-isi Penting: Faktor-faktor Perang Candu Kedua 1. Kelemahan Perjanjian Nanking. Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F. Beers mendakwa kelemahan Perjanjian Nanking merupakan faktor utama meletuskan peperangan yang kedua antara China dengan British pada 1856-1860. Keengganan China untuk mematuhi syarat-syarat Perjanjian Nanking dan tindakan British untuk memaksa China mematuhinya serta menuntut keistimewaan-keistimewaan tambahan telah meruncingkan hubungan antara China dan British.

2. Masalah Amoy dan Ningpo. Mengikut Perjanjian Nanking 1842, China membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Walau bagaimanapun, selepas perjanjian tersebut ditandatangani, British mendapati Amoy dan Ningpo tidak sesuai dari segi perdagangan. Oleh itu, mereka telah mendesak China menukar pelabuhan-pelabuhan tersebut dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih sesuai. Selain itu, British berhasrat untuk mengembangkan kegiatan perdagangan ke seluruh China. Mereka tidak mahu kegiatan perdagangan hanya tertumpu di 5 pelabuhan perjanjian. Oleh itu, mereka telah mendesak China membuka lebih banyak pelabuhan kepada pedagang asing. Kehendak British tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat. Keengganan China untuk memenuhi kehendak British dan tindakan British untuk memaksa China memenuhi tuntutan mereka sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dan British. 3. Masalah Canton dan Foochow. Mengikut Perjanjian Nanking, pedagang-pedagang asing diberi kebebasan berdagang di kesemua 5 pelabuhan perjanjian. Walau bagaimanapun, pedagang-pedagang asing masih lagi dikenakan sekatan-sekatan dan tekanan-tekanan terutamanya di Canton dan Foochow. Keadaan ini berlaku kerana sikap anti asing penduduk tempatan lebih-lebih lagi kerana mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana yang merasai kepentingan mereka terjejas akibat kehadiran barat. Selain itu, Maharaja China yang baru menaiki takhta pada 1850 iaitu Hsien Feng dan Pesuruhjaya Tinggi China yang baru dilantik pada 1852 iaitu Yeh Ming Chen juga bersikap anti asing. Pendudukpenduduk tempatan telah memulaukan barang-barang barat. Selain itu, berlaku di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan...


Similar Free PDFs