Agama buddha DOCX

Title Agama buddha
Author Rachel Tan
Pages 2
File Size 15.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 297
Total Views 465

Summary

Kepercayaan dan Agama Tamadun China Agama Buddha Satu ajaran asing yang agak sebati dalam kehidupan masyarakat China iaitu ajaran Buddha. Dalam perkembangan Tamadun China, mereka jarang menerima unsur-unsur asing sebagai salah satu cara hidup mereka tetapi dalam kes ajaran Buddha, masyarakat China d...


Description

Kepercayaan dan Agama Tamadun China Agama Buddha Satu ajaran asing yang agak sebati dalam kehidupan masyarakat China iaitu ajaran Buddha. Dalam perkembangan Tamadun China, mereka jarang menerima unsur-unsur asing sebagai salah satu cara hidup mereka tetapi dalam kes ajaran Buddha, masyarakat China dapat menerima ajaran in dengan baik. Penciptanya ialah Putera Siddhartha Gautama dan asal-usul ajaran ini bermula bukannya di China tetapi di India. Beliau mengajar tentang empat kebenaran mulia, jalan lapan lapis dan Nirvana. Dalam ajaran Buddha, ia menyentuh soal kehidupan manusia yang penuh dengan penderitaan yang datang dari nafsu manusia itu sendiri. Oleh itu lari dari penderitaan , manusia harus mendekati jalan yang akhirnya akan membawa ke arah kebenaran iaitu Nirvana. Pengaruh agama Buddha ke China agak perlahan pada peringkat awal dan perkembangannya melalui jalan laut dan darat. Dikatakan semasa pemerintahan Maharaja Han, Ming Ti (Di) pernah mengarahkan menghantar rombongan ke India untuk mendapat imej dan kitab-kitab untuk dan diterjamahkan ke dalam bahasa Cina. Namun demikian pengaruh ajaran Buddha ini masih terhad, Ia tidak berkembang pesat sehingga kemunculan Dinasti Wei Utara. Antara faktor penrik terhadap penerimaan rakyat biasa kepada ajaran baru ini ialah janji bagi menjawab persoalan penderitaan dan menenagkan mereka pada zaman perang. Sami–sami Buddha China menjelajah ke India dan Sri Lanka untuk membawa balik kitab-kitab dan sutra Sanskrit dan menterjemahkannya dalam bahasa Cina. Pengembara Cina pertama yang menjelajah India ialah Chu Shihhsing yang menuntut di Khotan pada tahun 260 sehinngga beliau meninggal dunia. Namun demikian Fa-hsien yang mengadakan pengembaraan ke India pada tahun 399 banyak memberi maklumat mengenai pengembaraan beliau ke seberang laut. Beliau banmyak menulis dan mengumpul manuskrip untuk diterjemahkan. Antara tulisan yang beliau hasilkan ialah Report on the Buddhist Kingdoms. Selain sua tokoh ini ramai lagi sami Buddha China yang mengembara ke India seperti Hui-sheng, Sung Yun, Yang Hsien-chih dan Husan Tsang. Manakala aktiviti menterjemah juga telah dilakukan sejak separuh abad...


Similar Free PDFs