AH20503 OSHA PROPOSAL PDF

Title AH20503 OSHA PROPOSAL
Author Syerah Rapilin
Pages 76
File Size 1.2 MB
File Type PDF
Total Downloads 333
Total Views 516

Summary

AH20503 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN (FKSW) KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TUGASAN BERKUMPULAN : TINJAUAN KAJIAN MENGENAI TRADISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SYARIKAT MALAYSIA AIRPORT BERHAD (MAB) KOTA KINABALU NAMA PENSYARAH : PUAN SALMIE JEM...


Description

AH20503 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN (FKSW) KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

TUGASAN BERKUMPULAN : TINJAUAN KAJIAN MENGENAI TRADISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SYARIKAT MALAYSIA AIRPORT BERHAD (MAB) KOTA KINABALU NAMA PENSYARAH : PUAN SALMIE JEMON NAMA PELAJAR

NO MATRIK

SAIFUL FAHMI BIN MOHAMMAD

(BA14110579)

MOHAMED HAZIQ AZAHAN BIN IBRAHIM

(BA14110299)

NURUL SYAFIRAH BINTI MUNIRSAH

(BA14110539)

ROSMINAH BINTI BAHARON

(BA14110572)

NUR FADZERAH BINTI ABDUL RAHMAN

(BA14110465)

NURUL HANIYAH BINTI JEMAN

(BA14161179)

SHARIFAH MASTURAH BINTI ABDUL S. KADIR

(BA14110593)

BAB SATU PENGENALAN

1.1

PENGENALAN

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA) telah wujud selama 37 tahun secara umumnya dan ia ditubuhkan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja lelaki mahupun wanita di sesebuah negara. Agensi itu adalah bertujuan untuk membantu serta menyelamatkan beriburibu nyawa pekerja di samping mengurangkan kecederaan dan penyakit semasa berada di tempat kerja (OSHA, 2009). Ini bermaksud, penubuhan agensi ini bukan sahaja bertujuan untuk melindungi para pekerja tetapi ia juga berperanan dalam mengatasi risiko kecederaan. Bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia pula ia telah bermula sejak 120 tahun yang lalu, iaitu pada akhir abad ke-19. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) adalah akta yang telah digubal bagi tujuan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja terjamin. Akta ini juga bertujuan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan orang lain yang berada di tempat kerja selain daripada mereka yang menjalankan aktiviti kerja. Ini adalah bertujuan untuk memastikan sesiapa sahaja yang berada di dalam organisasi perlu menjaga keselamatan dan kesihatan. Antara tujuan lain akta ini adalah untuk menggalakkan suatu persekitaran tempat kerja yang bersesuaian dengan keperluan fisiologi dan psikologi para pekerja. Akta ini juga berfungsi bagi mengekalkan atau memperbaiki piawaian keselamatan dan kesihatan. Skop bagi Akta ini adalah termasuklah mereka yang bekerja yakni pekerja yang menerima gaji atau dibayar oleh sesuatu pihak yang dipanggil majikan. Ia juga meliputi pekerja dari syarikat lain yang diberi kontrak oleh syarikat. Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan adalah untuk memperincikan aktiviti pekerjaan selamat dan sihat untuk semua pihak yang terlibat. Majikan juga tertakluk kepada kod amalan ini di mana kewajipan am majikan atau orang yang bekerja sendiri terkandung dalam Seksyen 15 (Kewajipan Am Majikan dan Orang yang Bekerja Sendiri) manakala bagi kewajipan am pekerja pula termaktub dalam Seksyen 24 (Kewajipan Am Pekerja yang Sedang Bekerja) akta berkenaan. Secara amnya keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja adalah dilindungi oleh undang-undang. Justeru itu, majikan khususnya pihak pengurusan tertinggi bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi dan menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan kepada pekerja mereka. Pekerja

pula bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri dan orang lain yang terlibat dalam pekerjaan mereka. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan, pekerja dikehendaki berbincang dengan majikan atau wakil majikan agar ianya dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan setiap pihak dilindungi (Miros, 2007). Ini bermakna, kewujudan keselamatan dan kesihatan bukan sahaja di laksanakan di dalam organisasi malah telah digubal menjadi akta. Ini kerana, melalui akta yang sedia ada mengenai keselamatan dan kesihatan, para pekerja dapat memastikan mereka berada di dalam keadaan yang baik. Ini kerana, segelintir organisasi tidak menitikberatkan keselamatan dan kesihatan ini dan akhirnya berlakulah kecederaan dan sebaliknya. Di samping itu, melalui akta, para pekerja dapat menitikberatkan dan lebih peka dalam menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri di tempat kerja. Ini kerana, segelintir pekerja di dalam organisasi melanggar prosedur keselamatan seperti pemakaian sut keselamatan dan sebagainya. Dengan adanya agensi di bawah akta ini, maka pekerja dapat diawasi dan dapat memberi latihan keselamatan dalam memastikan risiko kemalangan dapat diatasi dengan segera. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu ditubuhkan di tempat kerja bagi mengurangkan kes kemalangan di tempat kerja kerana JKKP ialah sebuah jabatan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja serta melindungi orang ramai daripada bahaya atas keselamatan dan kesihatan mereka yang timbul akibat aktiviti dari pelbagai sektor perindustrian yang terdapat di dalam negara ini. Hal ini kerana, apabila punca-punca ini tidak dikawal dengan cepat, ia akan mendatangkan kesan kepada individu, majikan mahupun organisasi itu sendiri. Dewasa ini, terdapat banyak syarikat yang kian giat membangun dalam industri di Malaysia dengan seiring kemajuan ekonomi dan juga pelbagai aspek seperti pelancongan, perindustrian, pertanian, dan sebagainya. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah dalam sektor penerbangan. Syarikat Penerbangan Malaysia Airport Berhad (MAB) merupakan salah satu syarikat yang besar dalam memacu ekonomi Malaysia dalam sektor swasta. Dalam erti kata lain, kemajuan sesebuah syarikat yang mendatangkan kesan yang positif dalam perkembangan syarikat adalah melalui bagaimana kelancaran interaksi antara majikan dan pekerja dalam organisasi. Selain itu, daripada kelancaran interaksi dalam organisasi adalah organisasi dalam syarikat tersebut meningkatkan amalan dari segi keselamatan serta kesihatan pekerja dalam keadaan kondusif. Dalam kehidupan pekerja perkara yang utama dilakukan

adalah untuk bekerja dalam keadaan yang selamat untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja. Budaya keselamatan iaitu ‘Safety Culture’ ialah merupakan elemen terpenting dalam dunia pekerjaan dan ia merupakan kaedah serta budaya yang harus menjadi pegangan di tempat kerja khususnya dalam syarikat besar seperti Syarikat Malaysia Airport Berhad (MAB).

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengukuran persepsi, kesedaran dan kepuasan orang ramai merupakan elemen penting dalam mengintrepetasikan keberkesanan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, lebih efisyen dan lebih efektif kepada pemegang saham atau pelanggan. Dalam erti kata lain, sesebuah organisasi atau syarikat itu perlu memenuhi kriteria-kriteria dalam perkhidmatan dan saling berpaut dengan budaya keselamatan yang merupakan keutamaan dan tanggungjawab bersama. Selain itu, dalam sesebuah syarikat atau organisasi elemen yang penting juga adalah bagaimana pengurusan dilakukan terhadap pekerja dan komuniti. Syarikat yang besar seperti syarikat Malaysia Airport Berhad (MAB) adalah syarikat penerbangan yang memiliki pelbagai cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan segala proses pengurusan berjalan dengan lancar. Syarikat Malaysia Airport Berhad merupakan syarikat yang kini diambil alih oleh Khazanah iaitu syarikat yang berunsurkan daripada pihak swasta. Syarikat Malaysia Airport Berhad adalah merupakan nama syarikat yang baru dan sebelumnya adalah Syarikat Penerbangan Malaysia Airline System (MAS). Berkenaan dengan syarikat Malaysia Airport Berhad (MAB) menurut En. Mazu dalam menemubual beliau menyatakan bahawa lapangan terbang Kota Kinabalu bermulanya dibina semasa Perang Dunia Kedua. Ujar responden lagi pada 1 December 2015, jika menjadi kenyataan akan berlaku penyatuan iaitu Terminal 2 yang dimiliki oleh syarikat Air Asia akan berpindah ke Terminal 1 dan ini merupakan antara gabungan dua syarikat tersebut. Bangunan Terminal dibina pada 1958 dan pada tahun 1973 DCA telah menaiktarafkan bangunan Terminal serta selesai pada 7 Julai 1986 di mana ia dinamakan atau dikenali sebagai Terminal 1. Selain itu, Terminal 2 dibina pada tahun 2007 dan tempoh pembinaan untuk Terminal 2 tersebut tidak mengambil masa yang lama seperti Terminal 1, tempoh jangka masa pembinaan Terminal 2 tidak smpai setahun. Gaya Lounge dan Domestic Arrival beroperasi pada 1 Januari 2013 ia merupakan khas untuk penerbangan hanya di Sabah sahaja yang tidak memerlukan passport dan menggunakan kapal terbang Fokker F-50 iaitu MASwings. Menurut beliau lagi

dalam syarikat Malaysia Airport Berhad (MAB) ini mempunyai kakitangan seramai 513 orang daripada pelbagai agensi iaitu yang merangkumi agensi dalaman seperti pentadbiran. Selain daripada itu, isu yang dihadapi oleh syarikat tersebut adalah dari segi masalah yang dapat dirungkaikan melalui bagaimana syarikat atau organisasi itu mengamalkan sistem budaya keselamatan dalam syarikat atau organisasi mereka. Secara langsungnya faktor budaya keselamatan merupakan elemen yang penting dalam sesebuah syarikat atau organisasi khususnya syarikat swasta yang berprestij seperti syarikat penerbangan ini. Syarikat Malaysia Airport Berhad (MAB) ini haruslah lebih mementingkan budaya keselamatan sama ada ketika masa bekerja ataupun tidak bekerja. Budaya keselamatan perlu dititikberatkan apabila di tempat kerja kerana ia merupakan elemen yang penting dalam sistem pekerjaan dan merupakan tanggungjawab setiap pekerja. Syarikat Malaysia Airport Berhad (MAB) dalam elemen budaya keselamatan adalah perlu diperluaskan kepada setiap unit yang berada di dalam organisasi tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan di tempat kerja. Kajian ini akan mengupas sedikit sebanyak tentang bagaimana budaya keselamatan ini telah diamalkan dengan sebaik mungkin oleh pekerja dalam Syarikat Malaysia Airport Berhad (MAB). Ia juga akan memberi jawapan terhadap objektif atau matlamat dalam kajian yang akan dilakukan ini iaitu dari segi sejauh manakah pengetahuan mereka khususnya pekerja terhadap budaya keselamatan. Dalam kajian ini juga, turut melontar beberapa kaedah metodologi yang akan digunakan untuk merungkai pendapat yang akan diutarakan iaitu dari segi pemerhatian, temubual dan soal selidik.

1.3

PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam permasalahan kajian, terdapat beberapa perkara yang ingin kami bangkitkan berdasarkan tajuk kajian. Dalam menjalankan sesuatu kajian, pasti akan timbulnya masalah yang terpaksa kita hadapi. Dalam penyelidikan ini dalam aspek permasalahan kajian adalah tentang apa dan kenapa kita menjalankan kajian dengan tajuk kajian iaitu tradisi keselamatan dan kesihatan pekerja dalam syarikat MAB di kota kinabalu.

Kajian kami dijalankan bertujuan untuk memahami budaya keselamatan yang ada dalam industri penerbangan Malaysia iaitu syarikat MAB di Kota Kinabalu. Budaya keselamatan adalah berkaitan dengan sikap, tingkah laku, sistem dan faktor persekitaran yang

mempromosikan secara berkesan pengurusan kesihatan dan keselamatan. Budaya keselamatan dan kesihatan boleh ditakrifkan sebagai satu set kepercayaan, sikap dan amalan teknikal sosial yang berkaitan dengan tahap yang minimum, terhadap pendedahan kepada individu serta organisasi terhadap keadaan yang berkaitan dengan bahaya atau kemalangan.

Dalam sebuah organisasi budaya keselamatan merupakan aspek penting yang harus ditekankan. Hal ini kerana, ia melibatkan keselamatan pekerja dalam organisasi. Tujuan pengkaji melaksanakan kajian tentang budaya keselamatan adalah untuk memastikan bahawa semua kakitangan memahami bahaya yang mungkin mereka terdedah agar dapat mencegah kemudaratan diri dan orang lain. Dengan memahami bahaya yang bakal mereka hadapi langkah awal untuk mengatasi masalah dapat dilakukan dengan segera. Hal ini memudahkan pihak pengurus untuk memikir langkah-langkah yang harus dilaksanakan agar dapat menghalang bahaya yang bakal terjadi. Selain itu, pengkaji ingin mengetahui tentang langkah-langkah yang diambil oleh pihak pengurus tentang budaya keselamatan di syarikat MAB. Langkah yang dilaksanakan sama ada sesuai dengan kondisi pekerjaan atau sebaliknya. Keselamatan Penerbangan merupakan hal yang terpenting dalam pengoperasian pesawat terbang, kerana dalam suatu penerbangan yang dioperasikan oleh suatu airline, hal yang terpenting harus dipenuhi oleh airline tersebut iaitu faktor keselamatan dalam penerbangan. Selain itu juga dalam dunia penerbangan terdapat tiga hal yang saling berkaitan, yaitu keamanan, keselamatan dan kemalanagan penerbangan. Menurunnya tingkat keamanan dan keselamatan penerbangan mengakibatkan terjadinya kemalangan dalam penerbangan. Sehubungan dengan itu, kebanyakan majikan dan pekerja berpendapat bahawa isu kebajikan, keselamatan, dan kesihatan pekerja ini hanya diuruskan oleh pihak majikan sahaja tanpa perlu campurtangan golongan pekerja. Pekerja pula hanya mampu menurut arahan daripada pihak majikan. Hal ini telah menyebabkan pekerja tidak dapat menyuarakan pendapat mereka untuk terlibat sama dalam membuat keputusan dalam mengubal polisi-polisi keselamatan dalam organisasi. Selain itu, terdapat juga organisasi yang tidak begitu peka terhadap isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta menganggap isu ini adalah isu yang remeh. Keadaan ini menyebabkan kes kemalangan di tempat kerja semakin meningkat terutama dalam sektor perkilangan dan pembinaan (Kamal Halili Hassan & Rozanah Ab. Rahman, 2014). Dalam kajian lepas yang telah dilakukan oleh John A.Flannery (2001) menyatakan bahawa Hudson (2001, m/s. 13) Budaya Keselamatan organisasi adalah satu proses evolusi

daripada tidak selamat kepada selamat dan oleh itu hanya dengan satu pendekatan tertentu dalam pembangunan sesebuah organisasi sebagai langkah keselamatan yang cukup serius untuk mempunyai budaya keselamatan. Dalam manual polisi Airservices Australia (2001 AA: Safe-001, p. 1) : “Airservice Australia akan membangunkan budaya di kalangan semua pengurus dan kakitangan yang meningkatkan pemahaman yang semakin meningkat tentang kepentingan keselematan dalam semua aktiviti dan tanggungjawab yang dihasilkan setiap individu. Airservice Australia akan menyediakan suatu persekitaran, sokongan dan latihan yang perlu untuk mencapai matlamat ini” Pernyataan diatas dapat disimpulkan bahawa dua komponen utama intrinsik (nilai, kepercayaan, andaian, 'siapa dan apa kita', apa yang kita dapati penting') dan unsur-unsur ekstrinsik (kelakuan, norma, ritual, simbol, 'bagaimana kita pergi tentang perkara-perkara di sekitar sini'). International Civil Aviation Organisation (1992) mengatakan budaya keselamatan yang baik terdiri daripada ciri-ciri berikut: 

Pengurusan kanan memberi penekanan yang kuat ke atas keselamatan



Kakitangan yang mempunyai pemahaman tentang bahaya di tempat kerja



Kesediaan pengurusan kanan untuk menerima kritikan dan keterbukaan kepada pihak lawan.



1.4

Pengurusan kanan memupuk suasana yang menggalakkan maklum balas

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang dijalankan adalah untuk melihat : 1. Apakah budaya keselamatan yang diamalkan oleh pekerja dalam Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu?

Dalam persoalan kajian yang pertama, pengkaji ingin mengetahui budaya keselamatan yang diamalkan oleh pekerja dalam Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu. Seperti yang kita ketahui, terdapat 13 elemen dalam budaya keselamatan di Malaysia. Oleh itu, pengkaji ingin mengetahui lebih lanjut mengenai budaya keselamatan yang diamalkan oleh pekerja di dalam Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu. 2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu dalam memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam syarikat? Pengkaji ingin mengetahui lebih lanjut langkah-langkah yang diambil oleh pihak Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa dalam keadaan baik. Dalam persoalan ini, pengkaji ingin mengetahui langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak syarikat terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam syarikat berkenaan. 3. Sejauh manakah tahap kesedaran pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu? Dalam persoalan ini, pengkaji ingin mengetahui sejauh manakah tahap kesedaran pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu.

1.5

OBJEKTIF KAJIAN

Berlandaskan persoalan kajian di atas terdapat beberapa objektif yang telah dikemukakan : 1. Mengenalpasti budaya keselamatan yang diamalkan oleh pekerja dalam Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu. 2. Mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam syarikat sentiasa dalam keadaan baik. 3. Mengenalpasti tahap kesedaran pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam Syarikat Malaysia Airline Berhad (MAB) Kota Kinabalu.

1.6

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat menjelaskan strategi atau langkah penyelesaian kepada pihak majikan atau organisasi untuk mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan memaksimakan penggunaan peruntukan undang-undang bagi mengelakkan kemalangan dalam sektor perkhidmatan berasaskan penerbangan dan pentadbiran. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat penyelidik membantu pihak pengurusan dan ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk merancang dan membuat polisi berkaitan dengan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja dengan lebih efektif dan sistematik. Seterusnya, hasil penemuan kajian ini sudah pastinya akan menunjukkan kelebihan serta kekurangan peranan yang terdapat dalam JKKP dalam menangani isu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Oleh itu, dengan pendedahan ini maka sudah pastinya akan memberi maklumat kepada Jabatan Sumber Manusia untuk mengetahui sejauh manakah amalan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui konsep penyertaan pekerja diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi terutamanya di dalam sektor perkhidmatan penerbangan ini. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi pengetahuan dan pengalaman tentang budaya keselamatan dan langkah yang perlu diambil oleh pihak organisasi berkaitan kemalangan-kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja terutama tempat kerja yang mempunyai risiko atau bahaya (hazard) yang tinggi berlakunya kemalangan seperti Syarikat Malaysia Aiport Berhad (MAB).

1.7

SKOP KAJIAN

Kajian ini mengenai tinjauan tradisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan tentang budaya keselamatan serta langkah untuk mengatasinya di Syarikat Malaysia Airport Berhad (MAB) Kota Kinabalu. Skop kajian ini adalah menumpukan kepada pengurusan dan pengoperasian budaya keselamatan yang diamalkan dan langkah untuk mencegah daripada kemalangan

berlaku. Kajian ini juga membincangkan keberkesanan atau peranan polisi syarikat dalam menyelia atau mengawal dari segi budaya keselamatan.

BAB DUA SOROTAN KAJIAN

2.1

DEFINISI KONSEPTUAL

2.1.1 Konseptual Kesihatan Dan Keselamatan Pengenalan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994. Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupaka...


Similar Free PDFs