ASAS KOMlm 2014 - Asas Komunikasi PDF

Title ASAS KOMlm 2014 - Asas Komunikasi
Author Didi Idzwa
Course bm perundangan
Institution International Islamic University Malaysia
Pages 19
File Size 315.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 58
Total Views 144

Summary

Asas Komunikasi...


Description

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya

BAB 1 ASAS KOMUNIKASI Pendahuluan Dua pertiga daripada kehidupan manusia sebenarnya diisi dengan aktiviti komunikasi. Kehidupan tanpa komunikasi iaitu suatu “kematian”. Ia adalah salah satu elemen utama dalam kehidupan manusia. Sejak dilahirkan kita telah pun berkomunikasi. Seorang bayi menangis untuk mengkomunikasikan perasaan lapar atau kesakitan yang dialaminya dan ia ketawa untuk menyatakan kegembiraannya secara bukan verbal. Apabila kita dewasa, kita melengkapkan interaksi kita dengan orang lain dengan komunikasi verbal. Manusia sememangnya tidak boleh kalau tidak berkomunikasi. Kita perlu berkomunikasi untuk berkongsi perasaan, membantu dan mendapatkan bantuan, mengajar dan belajar serta menjalin dan mengekalkan hubungan. Pendek kata, kita perlu berkomunikasi untuk mengekalkan status kehidupan kita sebagai seorang manusia. Nabi Muhammad S.A.W juga pernah menekankan betapa pentingnya kita berkomunikasi. Baginda bersabda dalam hadis yang memberi maksud bahawa hukumnya adalah haram bagi seseorang muslim yang berniat tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pada hari tersebut. Kesimpulannya, komunikasi merupakan satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseoramg individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain.

Mengapa Manusia Perlu Berkomunikasi Terdapat banyak sebab mengapa manusia perlu Keperluan-keperluan ini boleh dikategorikan sebagai: Keperluan Keperluan Keperluan Keperluan

berkomunikasi.

Kesihatan Fizikal dan Mental. Identiti. Sosial untuk mencapai matlamat.

Keperluan Kesihatan Fizikal dan Mental Kajian telah membuktikan bahawa orang yang tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain akan didatangi berbagai masalah kesihatan fizikal dan mental. Kajian-kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa komunikasi merupakan suatu keperluan asas dalam kehidupan manusia. Berikut adalah masalah-masalah yang boleh dialami oleh seseorang jika 1

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya

mereka memilih untuk mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain: 

Orang yang kurang berkomunikasi menghidapi risiko koronari atau serangan sakit jantung yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang sering berkomunikasi.



Orang yang terpinggir daripada orang ramai empat kali lebih mudah dihidapi selesema berbanding orang yang aktif dalam masyarakat.



Orang yang tidak suka berkomunikasi adalah dua tiga kali lebih pendek usianya berbanding dengan orang yang terlibat dalam hubungan sosial, seperti perkahwinan, persahabatan, keagamaan dan sebagainya.



Lelaki dan perempuan yang bercerai mudah diserang jantung, barah, dan tekanan darah tinggi, tibi, dan juga membunuh diri berbanding dengan orang yang hidup kekal sebagai suami isteri.



Orang yang kehilangan seseorang yang rapat hubungan dengannya kerana kematian juga berisiko menghidap kematian awal jika dia memilih untuk tidak berkomunikasi dengan orang lain.



Dari segi mental, seseorang boleh mengalami halusinasi (khayalan sedang berinteraksi dengan seseorang) jika dia terpencil seorang diri atau dinafikan keperluannya untuk berkomunikasi. Misalnya, tentera udara-Amerika yang dikurung di dalam penjara semasa perang Vietnam telah mengalami berbagai masalah mental semasa dipenjarakan dan juga setelah dibebaskan.

Keperluan Identiti Kita perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk mengetahui siapa diri kita sebenarnya. Kita tidak mungkin tahu sama ada kita seorang yang pandai atau bodoh, cantik atau hodoh, mahir atau tidak dalam sesuatu bidang kecuali ada orang lain yang menilai dan menyatakannya pada diri kita. Lazimnya, kita malu menjalin hubungan dengan orang yang mengesahkan identiti kita. Kita lebih suka dengan orang yang menyokong kita daripada orang yang merendah-rendahkan kita. Dengan itu, komunikasi memainkan peranan penting dalam menentukan konsep kendiri seseorang. Keperluan Sosial Adalah mustahil seseorang itu boleh hidup tanpa melibatkan dirinya dengan aktiviti sosial. Kita mewujudkan hubungan dengan orang lain untuk memenuhi keperluan sosial melalui komunikasi. Seseorang memerlukan kasih sayang, keseronokan, perasaan dipunyai, riadah, 2

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya

kawalan dan sebagainya melalui interaksinya dengan orang Sebagaimana yang dinyatakan dalam Hirarki Keperluan Maslow.

lain.

Keperluan untuk Mencapai Matlamat. Untuk mencapai sesuatu matlamat, kita perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk mencapai apa yang kita inginkan. Komunikasi antara perseorangan adalah kaedah komunikasi yang lebih berkesan untuk mempengaruhi dan mengubah perilaku orang daripada komunikasi massa. Komunikasi massa hanya mampu untuk menyalurkan maklumat tetapi tidak berkeupayaan untuk mempengaruhi seseorang untuk mengubah kepercayaan atau perilakunya. Oleh itu, komunikasi antara perseorangan boleh membantu kita dalam banyak perkara dalam kehidupan seharian. Misalnya, seorang pelajar yang baru menamatkan pengajian memerlukan kebolehannya untuk berkomunikasi dengan berkesan semasa temu duga mendapatkan pekerjaan. Mengikut kajian yang telah banyak dijalankan terbukti bahawa kemahiran berkomunikasi adalah faktor penting untuk seseorang mendapatkan pekerjaaan, peningkatan gaji dan juga kenaikan pangkat.

Komunikasi dan Komunikasi Antara Perseorangan Definisi Sebenarnya komunikasi antara perseorangan telah didefinisikan oleh ramai pengkaji dengan berbagai-bagai definisi. Bagi memahaminya, terlebih dahulu kita perlu mengetahui peringkat-peringkat komunikasi kemanusiaan. Komunikasi kemanusiaan mempunyai beberapa peringkat seperti dalam jadual yang berikut: Peringkat Komunikasi Komunikasi Intrapersonal (Komunikasi Dalaman)

 

Komunikasi Interpersonal (Komunikasi antara Perseorangan)





Komunikasi Kumpulan Kecil



Sifat-sifat Komunikasi Melibatkan seorang komunikator yang berkomunikasi dengan dirinya sendiri iaitu Monolog (Bicara Hati). Membantu dalam penganalisaan, penilaian tentang diri sendiri dan juga dalam membuat keputusan. Komunikasi yang melibatkan dua orang komunikator yang berinteraksi secara dua hala dan mereka saling mempengaruhi. Penting dalam menjalinkan dan mengekalkan hubungan memujuk dan mempengaruhi orang lain. Komunikasi dua hala yang melibatkan kumpulan terdiri daripada tiga (3) 3

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya



Komunikasi Publik (Komunikasi Awam)





hingga dua belas (12) orang lain. Penting untuk berkongsi maklumat, mendapatkan idea, menyelesaikan masalah dan bantu-membantu. Misalnya, dalam mesyuarat atau sesi kaunseling. Komunikasi yang melibatkan seorang komunikator berkomunikasi dengan audiens yang ramai. Biasanya bersifat sehala. Berguna untuk memberitahu, memujuk, mempengaruhi dan menghibur.

Komunikasi Massa  



Komunikasi sehala yang melibatkan seorang komunikator dengan audiens yang sangat ramai. Penggunaan saluran-saluran tertentu bagi menyebarkan mesej seperti media cetak, elektronik, dan sebagainya. Berguna untuk memberitahu, memujuk, mempengaruhi dan menghibur.

Definisi Komunikasi dalam Konteks Luas Sebenarnya definisi komunikasi adalah sangat luas dan bersifat sangat subjektif. Terlalu banyak definisi komunikasi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar komunikasi dan masing-masing mendefinisikan berdasarkan kepada berbagai konteks dan tahap komunikasi. Secara umumnya ia didefinisikan sebagai: a. b. c. d.

Perkongsian makna Proses perlakuan komunikasi Proses memberikan tindakan terhadap sebarang maklumat. Mesej sebenar atau mesej yang dihantar atau diterima.

Walau bagaimanapun, fokus buku ini ialah mengenai komunikasi kemanusiaan yang melibatkan proses memberikan makna dalam kehidupan dan berkongsi dengan orang lain akan makna tersebut.

Definisi Komunikasi Perseorangan

4

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya

Menurut Bee, Beebe & Redmond (1999), komunikasi antara perseorangan ialah komunikasi yang berlaku apabila seseorang berinteraksi secara serentak dengan orang lain dan saling mempengaruhi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mengendalikan hubungan. Ringkasnya, mereka membuat penjelasan bahawa: 

Dalam berkomunikasi antara perseorangan, berinteraksi secara serentak bermaksud kedua-dua orang komunikator bertindak ke atas maklumat yang sama pada masa yang sama. Kedua-duanya menyampaikan dan menerima mesej pada masa yang sama. Misalnya, ketika seorang ibu memarahi anaknya, mesej yang diterima oleh anaknya disampaikan kembali kepada ibunya melalui komunikasi bukan verbal seperti bermasam muka atau berdiam diri.



Saling mempengaruhi bermaksud kedua-dua komunikator menerima kesan daripada interaksi itu. Misalnya, ibu yang marah pada anaknya tadi mungkin berasa semakin geram apabila melihat anaknya menunjukkan perasaaan tidak puas hati melalui perlakuan bukan verbal seperti bermasam muka.

Adler, Rosenfeld dan Towne (1999), mendefinisikan komunikasi antara perseorangan sebagai suatu proses transaksi yang berterusan, melibatkan komunikator-komunikator daripada persekitaran yang sama ataupun berbeza dan mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej yang kebanyakannya dipengaruhi oleh gangguan atau halangan luaran, fisiologi dan psikologi. Menurut mereka, komunikasi boleh didefinisikan dengan dua cara iaitu secara kuantitatif dan kualitatif.

Definisi secara Kuantitatif.  Definisi ini jelas tertumpu kepada bilangan komunikator yang terlibat. Ia merupakan interaksi antara dua komunikator yang biasanya berlaku secara bersemuka.  Kadangkala disebut juga sebagai komunikasi diad.  Ia bersifat impersonal atau lebih formal. Contoh-contoh komunikasi diad ialah interaksi antara juru jual dan pembeli, polis trafik yang menyaman pemandu cuai dan sebagainya. Mereka yang terlibat dalam komunikasi diad tidak mempunyai hubungan peribadi atau personal antara satu sama lain.  Komunikasi diad adalah tidak sama seperti komunikasi yang melibatkan ramai komunikator. Tidak seperti publik, komunikasi diad bersifat lengkap dan tidak boleh dibahagikan. Misalnya, jika salah seorang komunikator menarik diri daripada interaksi dengan pasangannya maka interaksi itu akan putus atau hubungan itu akan berakhir. 5

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya

Definisi secara Kualitatif  Definisi ini menyatakan komunikasi antara perseorangan berlaku apabila komunikator-komunikator yang berinteraksi menganggap diri mereka sebagai individu-individu yang unik antara satu sama lain tanpa mengira konteks di mana interaksi itu berlaku dan bilangan komunikator yang terlibat.  Tidak seperti komunikasi-komunikasi kumpulan kecil, publik atau massa yang bersifat formal atau impersonal, komunikasi antara perseorang adalah bersifat peribadi atau personal. Perkembangan Model Komunikasi Antara Perseorangan Bagaimanakah model komunikasi antara perseorangan terbentuk? Model yang termudah dan tersulung mempamerkan komunikasi sebagai suatu tindakan iaitu pemindahan mesej. Laswell (1942), merumuskan model komunikasinya seperti berikut: Siapa? Berkata apa? Dengan saluran apa? Kepada siapa? Dengan kesan apa? Model Laswell menggambarkan komunikasi itu sebagai suatu proses input / output linear iaitu bersifat komunikasi sehala. Shanon dan Weaver (1949), telah membentuk sebuah model komunikasi sama seperti model Laswell seperti berikut:  Sumber Maklumat - termasuklah idea dan emosi  Sumber atau transmitter- iaitu tempat wujud atau asalnya idea atau emosi.  Enkod- menterjemahkan idea atau emosi kepada kod.  Dekod-

interpretasi kod oleh penerima. Penerima akan mendekodkan dan cuba memahami apa yang telah diterimanya iaitu mesej yang mengandungi makna kepada penerima.

 Saluran-laluan mesej sama ada melalui bunyi, visual, bau atau sentuhan.  Halangan-Mungkin menjejaskan disampaikan. 6

makna

sebenar

mesej

yang

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya

Pada tahun 1940-an dan awal 1950-an kefahaman kita tentang komunikasi kemanusiaan digambarkan sebagai suatu interaksi atau pertukan mesej yang melibatkan perkara-perkara berikut:  

Maklumbalas iaitu respons kepada mesej. Konteks iaitu persekitaran fizikal dan komunikasi yang sedang berlangsung.

psikologikal

proses

Contoh yang sesuai untuk menggambarkan definisi ini ialah interaksi di antara dua komunikator melalui internet seperti chatting. Pendekatan ini masih menggambarkan bahawa komunikasi masih terbatas kepada suatu proses linear. Dalam tahun 1960-an model ini kini digunakan menggambarkan komunikasi kemanusiaan sebagai suatu transaksi iaitu pembentukan mesej.  Kedua-dua komunikator sentiasa menghantar dan menerima mesej.  Mereka saling mendefinisikan simbol-simbol yang digunakan bukan sekadar memindahkan mesej daripada seorang komunikator kepada komunikator yang lain.  Penerimaan dan penghantaran mesej berlaku melalui episod-episod dan melibatkan mesej seorang komunikator yang mempengaruhi seorang komunikator lain. Model komunikasi ini sudah pasti akan berubah dengan kemajuan teknologi komunikasi yang semakin hari semakin kompleks dan canggih.

Prinsip-prinsip Asas dalam Komunikasi Antara Perseorangan. Dalam memahami komunikasi antara perseorangan, adalah penting memahami prinsip-prinsip komunikasi antara perseorangan yang berikut: Kita tidak dapat mengelak daripada berkomunikasi. Semua orang tidak boleh tidak berkomunikasi. Maksudnya di sini ialah apa jua yang kita lakukan sama ada bercakap atau tidak, berdiam diri atau bergerak, semua ini adalah perlakuan komunikasi. Kita menghantar mesej secara verbal dan bukan verbal. Berdiri mungkin bermakna kita penat atau marah atau terlalu sedih. Apabila seorang lelaki bersiul kepada perempuan dia mungkin membawa seribu satu makna yang mudah atau sukar difahami. Kita juga menghantar mesej secara sengaja dan bukan sengaja dianggap sebagai perlakuan komunikasi. Komunikasi antara perseorangan tidak boleh ditarik balik. Komunikasi adalah peristiwa. Jika ia telah terlaksana maka adalah mustahil bagi kita untuk membatalkan apa yang telah dilakukan. Oleh itu kita harus berhati-hati apabila berkomunikasi dengan orang lain semasa berkonflik terutamanya penggunaan kata-kata yang boleh melukai 7

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya

perasaan orang lain. Walaupun kita boleh meminta maaf, adalah mustahil untuk kita menarik balik kata-kata yang telah diluahkan kepadanya. Komunikasi antara perseorangan adalah sangat rumit. Menurut Beebe, Redmond (1999), terdapat sekurang-kurangnya enam ‘orang’ yang terlibat dalam perbualan antara dua komunikator iaitu: o Who you think you are? (Persepsi kita tentang diri kita) o Who you think the person is? (Persepsi kita tentang orang itu) o Who you think the other person think you are? (Persepsi kita terhadap persepsi orang terhadap kita) o Who the other think he or she is? (Persepsi orang itu terhadap dirinya sendiri) o Who the other person think you are? (Persepsi orang itu terhadap kita) o Who the other thinks you think he or she is? (Persepsi orang itu terhadap persepsi kita terhadap orang itu) Dalam komunikasi antara perseorangan terdapat banyak simbol dan mesej yang boleh diinteraptasikan dengan berbagai-bagai maksud dan situasi. Akibatnya, salah faham mungkin boleh terbit dan mencetuskan konflik. Komunikasi antara perseorangan bersifat kontekstual. Terdapat lima (5) konteks dalam komunikasi antara perseorangan iaitu: o Konteks psikologi yang melibatkan keinginan, keperluan, nilai, personaliti, konsep kendiri dan nilai kendiri pada kedua-dua komunikator. o Kontek hubungan yang melibatkan tahap kepercayaan, kuasa, kawalan, tahap pendedahan kendiri dan pengalaman mengenai diri masing-masing dalam hubungan mereka. o Konteks situasi yg melibatkan persekitaran fizikal di mana keduadua komunikator sedang berkomunikasi. o Konteks budaya yang melibatkan unsur-unsur budaya yang mempengaruhi interaksi kedua-dua komunikator.

Komunikasi antara perseorangan tidak boleh diulang semula. Oleh sebab komunikasi merupakan peristiwa, maka adalah mustahil bagi kita menggulung semula peristiwa yang sama. Misalnya, jika senyuman anda boleh mengambil hati seseorang hari ini mungkin ia tidak dapat lakukan semula dengan orang yang sama pada esok hari. Kelakuan kita adalah sifat adalah bersifat sementara. Ia sentiasa berubah sebagaimana 8

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya

komunikasi yang sentiasa berubah setiap kali ia dinyatakan atau dilakukan. Konsep yang Salah Mengenai Komunikasi Ramai orang mempunyai konsep yang salah mengenai komunikasi. Oleh sebab komunikasi bersifat rumit maka kita perlu memahami kesilapankesilapan ini untuk mengelak daripada timbulnya masalah yang lebih besar semasa berkomunikasi dengan orang lain. Kata-kata tidak semestinya membawa makna yang sebenar. Kadangkala kata-kata yang kita luahkan tidak memberi makna yang sama dengan orang yang mendengarnya. Sipenerima mungkin mendekodkan mesej dengan erti yang berbeza dengan apa yang kita maksudkan. Misalnya, jika kita berkata “Kamu kaki bangku” kepada seorang kanakkanak mungkin dia mempunyai sangkaan bahawa kakinya adalah serupa dengan kaki bangku yang betul. Lebih banyak berkomuniksi tidak selalunya lebih baik. Tidak berkomunikasi sama sekali boleh menjejaskan kesihatan kita tetapi terlalu banyak berkomunikasi juga adalah tidak berfaedah terutamanya dalam komunikasi yang dipenuhi dengan kemarahan dan emosi. Kadangkala berdiam diri (komunikasi bukan verbal) adalah lebih baik. Misalnya, seorang suami harus banyak mendiamkan diri daripada banyak bercakap apabila isterinya sedang berleter. Tindakannya itu boleh menyelamatkan suasana yang tegang. Seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud, ”Berdiam diri itu adalah satu kebijaksanaan tetapi tidak ramai orang yang mengetahuinya.” Komunikasi tidak boleh menyelesaikan semua masalah. Kadangkala komunikasi yang jelas dan ikhlas juga boleh menyebabkan konflik. Misalnya, jika seorang isteri yang gemuk bertanya suami mengenai dirinya dan suami pula meberikan jawapan yang benar dan ikhlas maka konflik sudah pastinya akan tercetus.

Komunikasi tidak selalunya boleh mempengaruhi orang lain. Perubahan seseorang dari segi perlakuan atau tindakan tidak semestinya boleh dilakukan melalui komunikasi semata-mata. Banyak faktor lain seperti faktor emosi, kesihatan, budaya dan lain-lain perlu dipertimbangkan oleh seseorang untuk membuat keputusan setelah dipujuk ataupun diugut. Komunikasi bukanlah suatu kebolehan semula jadi.

9

Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya

Ramai orang menyangka bahawa kemahiran berkomunikasi merupakan kebolehan semulajadi atau keturunan. Komunikasi seperti kemahiran sukan atau memasak memerlukan masa dan latihan yang secukupnya untuk dikuasai. Ia bukan milik peribadi suatu keturunan atau bangsa. Komunikasi dalam Hubungan antara Perseorangan. Salah satu fungsi komunikasi ialah untuk menjalin dan mengekalkan hubungan. Oleh itu, dalam mengkaji komunikasi antara perseorangan, kita pastinya perlu juga memahami konsep hubungan antara komunikatorkomunikator yang terlibat. Hubungan antara perseorangan ialah hubungan yang dijalin oleh dua orang komunikator melalui proses komunikasi. Menurut Beebe, dan Redmond (1999), hubungan antara perseorangan mempunyai beberapa cirri tertentu. Hubungan antara perseorangan merupakan sistem dan terdiri daripada elemen-elemen yang saling berkait. Perubahan satu elemen akan mengubah jenis komunikasi dalam suatu hubungan. Hubungan sentiasa berubah. Ia bermula daripada hubungan yang formal (impersonal) kepada hubungan yang lebih intim dan tahap hubungan itu boleh dikenali melalui jenis maklumat atau mesej yang digunakan oleh kedua-dua orang komunikator dalam hubungan mereka. Maklumat atau mesej mengenai diri komunikator boleh dikenali daripada:  Maklumat Budaya iaitu maklumat umum m...


Similar Free PDFs