Assignment ADSQ1103 - tugasan subjek pengenalan ulum al quran PDF

Title Assignment ADSQ1103 - tugasan subjek pengenalan ulum al quran
Author Mohamad Adnan
Course Barchelor of Islamic Studies (Islamic Management)
Institution Open University Malaysia
Pages 17
File Size 451.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 776
Total Views 909

Summary

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER SEPTEMBER 2017 ADSQ1103 PENGENALAN KEPADA ULUM KARYA TAFSIR YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI MASJID KAMPUNG KOI, ULU CHEKA, SERTA METODE PENULISANNYA NO. MATRIKULASI : 001 NO. KAD PENGENALAN : 06 6037 NO. TELEFON : 019 ...


Description

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER 2017

ADSQ1103 – PENGENALAN KEPADA ULUM AL-QURAN

KARYA TAFSIR YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI MASJID KAMPUNG KOI, ULU CHEKA, SERTA METODE PENULISANNYA

NO. MATRIKULASI : 921222066037 - 001 NO. KAD PENGENALAN : 921222 - 06 - 6037 NO. TELEFON : 019 - 9164911 PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN LEARNING CENTRE

0|Page

KANDUNGAN. Halaman Kandungan

1

1. Pengenalan

2

2. Karya Tafsir Yang Digunakan Di Masjid Kampung Koi, Ulu Cheka

3-5

3. Metode Penulisan Dan Kategori Karya Tafsir Yang Digunakan

6 - 12

4. Kekuatan Dan Kekurangan Karya Tafsir Yang Digunakan

13 - 14

5. Kesimpulan

15

Rujukan

16

1|Page

1. PENGENALAN. Pada masa kini, masyarakat Islam di Malaysia sudah semakin sedar akan kepemtingan agama di dalam kehidupan mereka. Dan di sinilah peranan masjid dan surau yang terdapat di sesebuah komuniti penduduk untuk menganjurkan kuliah-kuliah agama. Terdapat pelbagai jenis pengajaran yang ada di kuliah agama yang dianjurkan oleh pihak masjid dan surau. Ada yang berkonsepkan kuliah mingguan mahupun bulanan dan juga ceramah atau forum perdana. Dan kuliah-kuliah yang dianjurkan pula mempunyai pelbagai cabang ilmu agama yang ada di dalam Islam. Antaranya adalah ilmu tafsir Al-Quran. Dan untuk tugasan bagi mata pelajaran ADSQ1103 Pengenalan Kepada Ulum Al-Quran bagi semester September 2017 ini, saya diminta untuk memperkenalkan karya tafsir yang digunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam masyarakat setempat dan metode penulisannya. Tugasan ini terbahagi kepada empat bahagian utama yang perlu dibentangkan. Bahagian pertama adalah mengenalpasti dan menjelaskan mengenai karya tafsir yang telah digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran di maasjid yang dipilih. Bahagian kedua pula adalah mengupas lebih kurang empat metode penulisan karya tafsir yang digunakan. Dan mengkategorikan ianya sama ada ia adalah karya tafsir bi al-Ma’thur ataupun karya tafsir bi ar-Ra’yi. Bahagian ketiga pula adalah menyatakan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada karya tafsir yang digunakan. Dan bahagian terakhir mengagaskan kesimpulan mengenai apa yang boleh diperolehi atau dapatan kajian yang saya lakukan bagi subjek ADSQ1103 Pengenalan Kepada Ulum Al-Quran semester September 2017. Dan di akhir kajian ada disediakan rujukan-rujukan yang saya gunakan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.

2|Page

2. KARYA TAFSIR YANG DIGUNAKAN DI MASJID KAMPUNG KOI, ULU CHEKA. 2.1 Lokasi Masjid Kampung Koi, Ulu Cheka.

Rajah 2.1.1 Peta Masjid Kampung Koi menggunakan aplikasi Google Maps. Masjid Kampung Koi terletak di Kampung Koi, Ulu Cheka 27030 Jerantut, Pahang. Menjadi pusat berkumpul bagi penduduk di Kampung Koi dan juga kampung-kampung disekitarnya Masjid ini mempunyai kapasiti jemaah dalam sekitar 101 ke 250 orang. Biarpun hanya menampung bilangan jemaah yang kecil sahaja, masjid ini agak aktif dalam menganjurkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk masyarakat setempat. Pihak pengurusan masjid juga sering menjemput penceramah baik dari dalam kampung mahupun dari luar untuk menyampaikan ceramah di masjid berkenaan. Dan salah satu dari kuliah yang dianjurkan adalah kuliah mengenai tafsir Al-Quran yang disampaikan oleh saudara Habiballah Fekri bin Hairudin atau lebih dikenali oleh penduduk kampung dengan panggilan Ustaz Habib. Beliau berusia dalam lingkungan 30-an, berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Dan beliau merupakan seorang guru agama di sebuah sekolah menegah agama di sini. Kuliah beliau diadakan pada setiap hari rabu pertama dan ketiga setiap bulan. Kuliah beliau diadakan bermula selepas waktu Maghrib dan berakhir apabila masuk waktu Isyak. Semasa kuliah, beliau telah menggunakan kitab ‫أير‬฀‫ال‬ 3|Page

‫ عبر‬Tafsir Al-Quran (Tafsir Al-Quran Di Radio).

2.2 Karya Tafsir Yang Digunakan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Masjid Kampung Koi.

Rajah 2.2.1

Kitab Tafsir

‫أير‬฀‫ عبر ال‬Karya Ustaz Ahmad Sonhadji B. Mohamad

Untuk kuliah Maghrib yang dikendalikan oleh ustaz Habib ini, beliau menggunakan kitab tafsir

‫أير‬฀‫عبر ال‬

Tafsir Al-Quran (Tafsir Al-Quran Di Radio) yang ditulis oleh Ustaz

Ahmad Sonhadji bin Mohamad. Kitab yang diterbitkan oleh Pustaka Salam ini mengupas tafsir Al-Quran bagi juzuk yang ke-30. Jika dilihat melalui isi kandungan kitab ini, penulis mengupas mengenai apa yang terdapat di dalam surah-surah yang ada di juzuk 30 yakni juzuk terakhir yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran. Kitab tafsir ini tidaklah terlalu tebal dan ini akan memudahkan penceramah untuk mengupas apa yang terkandung di dalam kitab tersebut. Ditambah pula dengan keadaan masyarakat kampung yang tidak memerlukan penerangan yang panjang lebar untuk sesuatu perkara. Ini kerana masyarakat kampung lebih gemar jika sesuatu yang diajar jika prosesnya dijalankan secara santai dan ringkas serta mudah dihadam oleh mereka. Selain itu, penulis juga ada menyelitkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik penurunan ayat pada surah-surah terbabit. Banyak kupasan yang menarik yang yang disediakan oleh penulis bagi memudahkan penceramah membuat rujukan menggunakan kitab ini semasa menyampaikan kuliah mereka. Dengan adanya kisah-kisah yang terdapat disebalik penurunan 4|Page

ayat tersebut, penduduk kampung yang datang untuk mendengar kuliah akan merasa lebih tertarik dengannya.

5|Page

3. METODE PENULISAN KARYA TAFSIR ‫أير‬฀‫ال‬

‫ عبر‬DAN KATEGORINYA.

Metode penulisan adalah satu ilmu yang digunakan untuk membincangkan tentang cara yang tersusun bagi memperolehi pemahaman yang sebenarnya daripada ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah bersesuaian dengan kemampuan pemikiran hamba-Nya. Menurut AlFarmawi, terdapat empat metode yang digunakan dalam mentafsirkan Al-Quran iaitu Ijmali, Tahlili, Muqaran dan Maudhu’i. 3.1 Metode Ijmali. Metode penafsiran secara Ijmali adalah satu metode tafsir yang menafsirkan ayat-ayat AlQuran menggunakan maksud yang umum. Ianya menafsirkan ayat-ayat Al-Quran secara ringkas tetapi mudah untuk difahami, menggunakan bahasa yang tidak menyukarkan pembaca serta selesa dibaca oleh mereka yang mempelajari kitab tersebut. Selain itu, cara penyampaiannya juga tidak terlalu jauh dari gaya bahasa Al-Quran. 3.1.1 Ciri-Ciri Metode Ijmali. Di dalam metode Ijmali, para munfasir telah mentafsirkan ayat Al-Quran secara terus dari awal ayat sehingga ke akhir. Cara ini hampir serupa dengan metode Tahlili yang akan dijelaskan nanti. Akan tetapi metode Ijmali menafsirkan ayat Al-Quran secara umum. Namun, ada terdapat ayat-ayat yang tertentu di mana cara penafsirannya agak mendalam, tetapi tidak mencapai ke taraf metode Tahlili. 3.1.2 Contoh Ayat Ijmali.

(4) ‫ أو يذكر فتنفعه الذكرى‬3 () ‫وما يدريك لعله يزكى‬ Tahukah engkau boleh jadi ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa) (3) Atau (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?(4) Yakni : Manalah tahu orang yang buta ini ingin membersihkan dirinya sebaik sahaja engkau ajarkan dia ilmu pengetahuan, atau setelah dia mendengarkan pengajaranmu dia akan mendapat manfaat dan faedah? (Surah ‘Abasa : 3 - 4) 6|Page

3.2 Metode Tahlili. Metode Tahlili adalah metode yang menafsirkan ayat-ayat Al-Quran dengan mengupas segala perkara yang terkandung di dalam ayat yang ditafsirkan dan menerangkan makna-makna yang terdapat di dalamnya. Ia bersesuaian dengan keahlian dan kecenderungan para munfasir yang menafsirkan ayat-ayat tersebut. 3.2.1 Ciri-Ciri Metode Tahlili. Dalam Metode Tahlili, para munfasirnya dilihat berusaha untuk menjelaskan makna yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-Quran secara keseluruhan dan mendalam. Tidak kiralah dari kategori al-Ma’thur mahupun dari kategori al-Ra’yi. Dalam penafsiran metode ini, ayatayat Al-Quran ditafsirkan ayat demi ayat secara berturutan. Ia juga menerangkan asbab kenapa turunnya ayat tersebut. 3.2.2 Contoh Ayat Tahlili.

(2 ) ‫ ( أن جاءه العمى‬1) ‫عبس وتولى‬ (Muhammad) telah bermasam muka dan berpaling. (1) Kerana dia telah didatangi seorang yang buta. (2) Huraiannya : Surah ini dimulai dengan menyebutkan kisah seorang sahabat Nabi yang buta. Oleh kerana ia terlibat dan menjadi bahan cerita di dalam kitab suci Al-Quran, jadilah ia seorang tokoh sahabat yang terkemuka. Namanya Abdullah bin Ummi Maktum ( ‫عبد الله بن أمي‬ ‫ ) مكتوم‬atau Amru bin Qais ( ‫) عمرو بن قيس‬, anak bapa saudara sebelah ibu kepada Sayidatina Khadijah (r.a.). Dia seorang yang buta dari kumpulan Muhajirin yang mula-mula sekali berhijrah ke Madinah. Pernah Nabi (s.a.w.) mewakilkannya berkali-kali sebagai pengganti baginda di Madinah menjadi imam, mengetuai orang ramai di dalam sembahyang dan pernah menjadi Muazin (tukang bang) selepas Bilal bin Rabah ( ‫) بللا بن رباح‬. Mengikut kisahnya, dia telah mendatangi Rasulullah (s.a.w.) pada masa itu masih berada di Mekah. Apabila Abdullah Ibnu Ummi Maktum datang, Nabi (s.a.w.) sedang melayani pemimpin-pemimpin Quraisy, iaitu Utbah ( ‫ ) عتبة‬dan Syaibah ( ‫) شيبة‬, keduaduanya anak Rabi’ah ( ‫ ) ربيعة‬juga Abu Jahal Amr bin Hisyam ( ‫أبو جهل عمرو بن‬ 7|Page

‫) هشام‬, Al-Abbas bin Abdul Mutalib ( ‫) العباس بن عبد المطلب‬, Umaiyah bin Khalaf ( ‫ ) أمبة بن خلف‬dan Al-Walid bin Al-Mughirah

( ‫) الواليد بن المغيرة‬. Mereka

mendatangi Nabi (s.a.w.) itu diseru supaya masuk Islam. Baginda juga mengingatkan mereka adanya hari akhirat, seraya mempertakuti mereka dengan azab Allah Maha Kuasa, selain menjanjikan kepada mereka akan adanya adanya sebaik-baik pahala daripada-Nya, sekiranya mereka masuk Islam. Baginda teringin sangat agar mereka mahu menyahut seruannya. Pada pandangannya, orang ramai pasti akan masuk Islam sebaik sahaja pemimpin mereka itu masuk Islam. Sebab di tangan merekalah terletak kekuasaan untuk mempengaruhi orangorang Arab. Pada masa itu Ibnu Ummi Maktum memanggil Nabi (s.a.w.): “Ya Rasulullah ajarkanlah saya mengaji Quran dan ajarkan ilmu, yang Allah ajarkan kepada tuan hamba.” Kata-kata ini diulang-ulangnya beberapa kali, tanpa menyedari bahawa Nabi (s.a.w.) sedang sibuk melayan sekumpulan kaum, maklumlah dia buta. Rasulullah (s.a.w.) tidak bersenang hati, kerana percakapannya terputus dipotong oleh percakapan Ibnu Ummi Maktum tersebut, sehingga terbayanglah di wajahnya perasaan kurang senang. Lalu baginda bermasam muka dan berpaling tidak mengendahkannya. Itulah sebabnya Allah telah menegurnya : “Muhammad telah bermasam muka dan berpaling, lantaran dia telah didatangi seorang yang buta.” Maksudnya, tidak patut Nabi-Nya bermasam muka dan berpaling dari melayani orang yang buta. Perbuatan yang demikian menjadikan hati orang miskin lagi lemah itu berasa pilu, sepatutnya semakin menyayanginya. Kemudian setelah turunnya ayat yang menegur sikap Nabi (s.a.w.) itu, maka setiap kali baginda didatangi oleh Abdullah Ibnu Ummi Maktum atau melihatnya, baginda pun berkata : ‫ ( مرحبا بمن عاتبنى فيه ربى‬Selamat datang kepada orang yang menyebabkan saya dimarahi oleh Tuhan saya ). Lalu dibentangkan serbannya sebagai tempat duduk untuk menghormatinya. ( ‘Abasa : 1 - 2 )

3.3 Metode Maudhu’i. 8|Page

Metode Maudhu’i adalah metode yang menafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut tema atau tajuk yang telah ditetapkan. Kesemua ayat-ayat yang mempunyai hubungan akan dikumpulkan dan kemudiannya dikaji dengan terperinci dari segi berbagai aspek sama ada dari sebab turun ayat, kosa kata dan sebagainya. Ayat-ayat tersebut ditafsirkan secara jelas dan terperinci, dan disokong oleh dalil-dalil sama ada dari ayat Al-Quran mahupun hadis ataupun pandangan yang rasional. 3.3.1 Ciri-Ciri Metode Maudhu’i. Metode Maudhu’i ini memfokuskan kepada tema, judul ataupun topik pembahasan. Maka para munfasir akan mencari tema ataupun topik yang berkaitan. Kemudian tema yang dipilih itu dikaji secara menyeluruh dari pelbagai aspek, dan bersesuaian dengan kandungan yang terdapat di dalam ayat-ayat yang ingin ditafsirkan. Tetapi penafsiran yang diberikan tidak boleh jauh daripada pemahaman ayat Al-Quran, supaya penafsirannya tidak akan termasuk ke dalam kategori al-Ra’yi al Mazmum iaitu yang dicela. 3.3.2 Contoh Ayat Maudhu’i.

‫ ( من نإطفة‬18 ) ‫ ( من أي شىء خلقه‬17) ‫قتل النإسن ما أكفره‬ ) ‫فسسأقبره‬ ) ‫سره‬ ‫سه‬ ‫يسس‬ ‫أماتس‬ 20 ‫سبيل‬ ‫أم‬฀ ( ‫السس‬ 19) ‫فقدره‬ ‫أم‬฀ ‫خلقه‬ ( (23) ‫( كل لما يقض ما أمره‬22 ) ‫أم إذا شاء أ نإشره‬฀ 21 ( Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar itu) alangkah besar kekufurannya. (17) (Tidakkah terfikir) daripada apakah dia diciptakan (oleh Allah). (18) Daripada setitis air mani, Allah menciptakannya dan menentukan takdirnya. (19) Kemudian Dia menentukan jalannya. (20) Kemudian Dia mematikannya lalu dikebumikannya ke dalam kubur. (21) Kemudian apabila dia berkehendak, Dia membangkitkannya kembali. (22) Janganlah sekalikali (ia menyangkal lagi) sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya. (23) Yakni : Di sini Allah menyumpah perbuatan orang kafir lagi derhaka terhadap-Nya. Padahal telah banyak menerima kurnia dan kebaikan Allah Taala iaitu : ‫قتل النإسن ما أكفره‬ 17)) Menggunakan ungkapan kata seperti gaya manusia yang sedang marah. “Binasalah hendaknya manusia-manusia yang ingkar itu, alangkah besarnya kekufurannya.” Tidak patut

9|Page

dia dibiarkan hidup dengan kekufurannya itu. Manusia yang begitu hina kejadiannya tidak sepatutnya bersikap angkuh dan sombong, kerana ia terjadi daripada setitis air mani. Allah menciptakannya, lalu menentukan takdirnya dalam rahim ibunya. Semenjak kejadiannya berupa air kemudian menjadi darah, lalu menjadi seketul daging hinggalah sempurna rupanya. Kemudian ditentukan kadar rezekinya, ajalnya, amalannya, nasibnya yang baik atau yang celaka. Kemudian Allah memudahkan jalannya,yakni ; mudah lahir ke dunia melalui anggota pelepasan sebanyak dua kali (alat jantina lelaki dan perempuan). Atau Allah memberi persediaan kepadanya untuk menjalani jalan yang benar atau sesat. Kemudian Allah mematikan lalu dikebumikannya ke dalam kubur secara hormat, tidak pula mayatnya dilemparkan secara sembarangan menjadi makanan binatang buas atau dikerat-kerat menjadi bahan tontonan dan permainan. Kemudian apabila Allah berkehendak untuk menghidupkannya pastilah dibangkitkan dari kubur untuk dihisab dan diberi pembalasan, sama ada baik mahupun buruk sesuai dengan amalan yang dikerjakannya di dunia. Janganlah sekali-kali orang kafir itu menyangkal lagi, sebenarnya dia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya supaya beriman dan mentaati Allah. ( ‘Abasa : 17 - 23 ) 3.4 Metode Muqarin. Metode Muqarin adalah metode yang menafsirkan ayat-ayat Al-Quran dengan cara membuat perbandingan. Perbandingan tersebut dilakukan sama ada dengan menggunakan sama ada membandingkan dengan ayat Al-Quran dengan ayat Al-Quran yang lain, ataupun membandingkan dengan hadis Nabi S.A.W, atau membandingkan dengan pendapat para munfasir yang lain. 3.4.1 Ciri-Ciri Metode Muqarin. Metode Muqarin ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

10 | P a g e

1. Membandingkan ayat Al-Quran dengan ayat Al-Quran yang lain yang memiliki persamaan editorial dalam dua perkara atau lebih. Atau mempunyai editorial yang berbeza satu-satu yang perkara yang sama. 2. Membandingkan ayat Al-Quran dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W, yang pada asalnya dilihat agak berbeza. 3. Membandingkan dengan menggunakan pelbagai pendapat dari ulama tafsir yang lain. 3.4.2 Contoh Ayat Muqaran.

‫قرئ عليهم القسسرءان ل يسسسجدون‬ 20 )‫وإذا‬ ‫يؤمنون‬ ( ‫فما لهم ل‬ (21) Mengapa mereka tidak mahu beriman? (20) Dan apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak mahu sujud? (21) Yakni : Pertanyaan ini dihadapkan kepada mereka yang syirik tidak mahu beriman kepada Allah, tidak percaya adanya hari kebangkitan selepas mati, padahal dalil kebenaran telah ditegakkan. Inilah pertanyaan yang mengandung cercaan. Apa pula yang sudah berlaku kepada mereka sehinggakan tidak mahu mengakui kesucian Al-Quran itu apabila dibacakan? Mereka tidak mahu sujud, yakni tunduk mengakui kebenaran Quran tersebut. Alangkah ajaibnya pekerti mereka? Sebagai ahli bahasa yang bijaksana, sudah pasti memahami bahasa dan sastera Quran itu, bahawa kerasulan Muhammad (s.a.w.) adalah benar dan wajiblah mereka mentaatinya, sebaliknya orang-orang kafir tetap mendustakannya. Mengikut Imam Asy-Syafie dan yang bersetuju dengannya, ayat ini merupakan ayat As-Sajdah, yang disunatkan sujud tilawah semasa mendengarkan atau membacanya. Dalam Hadis Al-Bukhari dan Muslim, diriwayatkan oleh Rafi’ ( ‫) رافع‬, katanya yang bermaksud : Saya mengerjakan sembahyang bersama Abu Hurairah waktu malam, ia membaca surah : ‫إذا‬ 1) ‫ )السماء انإشقت‬lalu dia pun sujud tilawah. Saya pun bertanya kepadanya : “Sujud apakah ini?” Dia menjawab : “Saya telah sujud disebabkan membaca ayat ini, mengikut Abil Qasim ( ‫ ) أبي القاسم‬atau Nabi Muhammad (s.a.w.). Maka saya sentiasa melakukan sujud pada masa membaca ayat tersebut, sehingga saya temui dia.

11 | P a g e

Dalam Hadis Muslim, Abu Hurairah menyebutkan, maksudnya : Kami sujud tilawah bersama Rasulullah (s.a.w.) semasa kami membaca : ‫إقرأ باسم ربك‬ 1 ) ‫ )الذي خلق‬dan juga semasa membaca : 1) ‫)إذا السماء انإشقت‬ ( Al-Insyiqaq : 20-21 ) 3.5 Kategori Kitab Tafsir ‫أير‬฀‫ال‬

Kitab tafsir

‫أير‬฀‫عبر ال‬

‫عبر‬.

boleh dikategorikan sebagai kitab tafsir al-Ma’thur. Ini kerana

kitab ini menerangkan ayat Al-Quran dengan ayat Al-Quran yang lain. Selain itu ianya juga ditafsirkan berpandukan dengan sunnah-sunnah dan juga darpada perkataan sahabat dan para tabiin. penulis kitab ini tidak berijtihad mengenai penjelasan sesuatu makna tanpa ada sebab yang kukuh.

12 | P a g e

4. KEKUATAN DAN KEKURANGAN KITAB TAFSIR

‫أير‬฀‫عبر ال‬.

Setiap karya pasti mempunyai kekuatan dan kekurangan. Ini membolehkan penceramah memilih karya yang sesuai untuk mereka gunakan bagi menyampaikan kuliah mereka. Begitu juga dengan kitab ini. Dan antara kekuatan dan kelemahan kitab ‫أير‬฀‫ال‬

‫ عبر‬adalah :

4.1 Kekuatan. Terdapat beberapa kekuatan bagi kitab ‫أير‬฀‫ال‬

‫عبر‬

iaitu :

4.1.1 Penggunaan Bahasa Melayu Dan Tulisan Rumi. Penggunaan bahasa Melayu akan memudahkan penceramah untuk menggunakan kitab ini sebagai panduan mereka ketika menyampaikan kuliah. Selain itu, ianya juga memudahkan pendengar untuk menyemak bab atau tafsiran surah yang dibincangkan. Ini juga bertujuan untuk menarik minat golongan muda untuk mendengar kuliah. Penggunaan tulisan rumi juga memudahkan pendengar menghayati setiap apa yang ditulis terutamanya golongan muda. Ini akan membuatkan golongan muda lebih berminat untuk mendalami ilmu tafsir Al-Quran. Ianya memberi ruang kepada para pembaca untuk menghayati dan mendalami apa yang cuba disampaikan oleh penulis kitab ini. 4.1.2 Huraian Yang Jelas. Penulis menghuraikan ayat-ayat Al-Quran dengan jelas sekali untuk kesemua metode penulisan. Ini akan memudahkan penceramah menyampaikan apa yang dinyatakan oleh satusatu ayat Al-Quran yang telah diterjemahkan. Ianya turut memudahkan penceramah menberi pengupasan yang menyeluruh mengenai apa tujuan ayat-ayat tersebut diturunkan. Selain itu, penulis juga turut menyatakan fakta yang bersesuaian dengan ayat yang ingin dihuraikan. Maka penceramah tidak perlu merujuk sumber yang lain bagi mencari bahan tambahan untuk membantu pengupasan tafsir mereka. Dan ianya juga memberi kepuasan kepada para pendengar yang ingin menyemak huraian ketika kuliah dijalankan.

13 | P a g e

4.1.3 Cara Penyusunan Yang Baik. Penulis kitab ini menyusun mengikut giliran surah-surah di dalam Al-Quran. Ini memudahkan penceramah kerana apabila kitab disusun menurut turutan, penceramah akan berasa mudah untuk mengajar penduduk kampung. Selain ianya kelihatan lebih sistematik dan boleh menarik minat penduduk untuk mendengar kuliah. 4.1.4 Ada Perbincangan Mengenai I...


Similar Free PDFs