ASSIGNMENT I'JAZ AL-QURAN PDF

Title ASSIGNMENT I'JAZ AL-QURAN
Author Sharifah Zainab
Pages 24
File Size 955.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 65
Total Views 132

Summary

HIQ 3063 I’JAZ AL-QURAN TUGASAN (INDIVIDU): TAJUK I’JAZ ILMI DALAM AL-QURAN: TUMPUAN TERHADAP KEJADIAN MANUSIA DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. ID NO. TELEFON KUMP. SHARIFAH ZAINAB BINTI SYED IBRAHIM D 20102043644 019-5739325 UPSI 02 NAMA PENSYARAH: DR. ABD RAHMAN BIN ABD GHANI FAKULTI SAINS DAN KEMANUSIAA...


Description

HIQ 3063 I’JAZ AL-QURAN TUGASAN (INDIVIDU): TAJUK I’JAZ ILMI DALAM AL-QURAN: TUMPUAN TERHADAP KEJADIAN MANUSIA

DISEDIAKAN OLEH: NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

KUMP.

SHARIFAH ZAINAB BINTI SYED IBRAHIM

D 20102043644

019-5739325

UPSI 02

NAMA PENSYARAH: DR. ABD RAHMAN BIN ABD GHANI FAKULTI SAINS DAN KEMANUSIAAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TARIKH SERAH : 21 NOVEMBER 2013

1

KANDUNGAN BIL

PERKARA

HALAMAN

Penghargaan

3

1.0

Pendahuluan

4

2.0

Definisi I’jaz al-Quran

5

3.0

Bahagian – Bahagian I’jaz

6

3.1. I’jaz al-Lughawi 3.2. I’jaz Ilmi 3.3. I’jaz Tasyri’i 3.4. I’jaz Tarbawi 4.0

Sejarah I’jaz al-Quran

10

5.0

Faedah mempelajari I’jaz al-Quran

12

6.0

Kesan mempelajari I’jaz al-Quran

14

7.0

I’jaz Ilmi :Tumpuan terhadap kejadian manusia

17

7.1 Pendahuluan 7.2 Kejadian manusia : Peringkat pertama 7.3 Kejadian manusia : Peringkat kedua 7.4 Kejadian manusia : Peringkat ketiga 7.5 Kejadian manusia : Peringkat keempat 7.6 Kejadian manusia : Peringkat kelima 7.7 Kejadian manusia : Peringkat keenam 8.0

Penutup

23

9.0

Bibliografi

24 2

Penghargaan

Di kesempatan ini, ingin saya mencurahkan rasa penghargaan dan terima kasih saya terhadap beberapa pihak yang banyak memberi ihsan dan bakti dalam pelbagai cara sepanjang kami menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya. Dengan penuh kerendahan hati, ingin saya titipkan nama-nama mereka di lembaran ini. Paling utama, alhamdulillah segala rasa syukur kami ucapkan kepada Allah Yang Maha Esa atas segala keberkatan dan kemurahan nikmat yang diperturunkan selama ini kepada kehidupan saya sekeluarga. Keduanya, untuk Dr. Abd. Rahman Bin Abd. Ghani, pensyarah yang kami hormati yang akan membuat penilaian terhadap tugasan HIQ 3063 – I‟jaz al-Quran yang berkaitan dengan tajuk : I’jaz Ilmi dalam al-Quran :Tumpuan Terhadap Kejadian Manusia. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat Dr. Abd. Rahman Bin Abd. Ghani atas penilaian ini. Seterusnya, buat suami dan keluarga yang dikasihi yang sabar, memahami dan memberi kata-kata semangat pada saat suka dan duka. Akhir sekali kepada rakan-rakan guru seperjuangan yang sama-sama mengharungi Program Pensiswazahan Guru (PPG), Pendidikan Jarak Jauh 2013. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan tidak mampu dibalas dengan ucapan terima kasih.

3

1.0 Pendahuluan Pengajian yang melibatkan bidang I‟jaz al-Quran merupakan satu bidang ilmu yang penting untuk membolehkan seseorang itu memahami menghurai seterusnya mentafsir tentang sesuatu ilmu yang dibentangkan di dalam al-Quran dengan baik dan sempurna. Isi-isi al-Quran terus menerus dikaji dan diteliti oleh para ilmuan al-Quran dengan baik dan sempurna untuk mencari jawapan bagi sesuatu persoalan yang melibatkan bidang tarbawi , ilmi mahupun tasyri‟i. Walaupun begitu istilah I‟jaz atau mukjizat al-Quran tidak terdapat di dalam al-Quran secara khusus malah tidak pernah digunakan sama sekali oleh para tabi‟in. Itilah ini mula dikenalpasti penggunaanya bermula abad ke-3 hijrah.Penggunaan perkataan yang berkaitan dengan I‟jaz terdapat 26 tempat di dalam al-Quran dengan kepelbagaian makna seperti mengatasi, menyaingi,melepaskan diri dan sebagainya lagi namun tidak terarah kepada penggunaan mukjizat al-Quran itu sendiri.Kajian al-Quran sebagai mukjizat berkenaan dengan kehebatan al-Quran dalam menentang dan mengalahkan berbagai usaha orang arab jahiliah yang mencari kelemahan al-Quran. Kehebatan dan kemampuan menangkis segala tohmahan palsu mereka itu turut dinamakan I‟jaz atau mukjizat al-Quran. Selain daripada itu I‟jaz dan mukjizat al-Quran turut menyumbang kepada kajian tentang bagaimana al-Quran mampu menjadi hujah untuk berhadapan dengan berbagai serangan kejumudan dan ketidakpercayaan bangsa arab ketika itu terhadap Rasulullah. Al-Quran juga dilihat mampu menjadi benteng pertahanan pusat dalam mematahkan serangan tuduhan palsu yang tidak berasas tentang al-Quran. Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad sebagai rasul berserta diwahyukan juga kitab al-Quran sebagai mukjizat. Dengan kehebatan mukjizat itu juga seseorang rasul akan mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk dijadikan sandaran dalam berdakwah dan menyampaikan ajaran islam.Dengan perantaraan mukjizat, Allah mengingatkan manusia bahawa para rasul itu merupakan utusan yang mendapat sokongan dan bantuan dari Allah. Mukjizat yang telah diberikan kepada para nabi mempunyai fungsi yang sama, iaitu memainkan peranannya dan mengatasi kepandaian kaumnya disamping membuktikan bahawa kekuasaan Allah itu mengatasi segala-galanya.

4

2.0 Definisi I’jaz al-Quran Dari sisi etimologi, i‟jaz berasal dari kata a‟jaza yu‟jizu i‟jazan (kata kerja transitif) yang ertinya melemahkan, memperlemah, atau menetapkan kelemahan. A‟jaztu fulanan ertinya aku melemahkan seseorang. Kata i‟jaz sendiri awalnya berasal dari kata dasar a‟jaza ya‟jizu (kata kerja intransitif) yang ertinya lemah atau tidak mampu. Pengertian ini merujuk kepada surah alMaidah ayat 31:

“… Berkata Qabil: „Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung Gagak itu, lalu aku mampu menguburkan mayat saudaraku ini?‟…” Kata yang berbaris bawah ini terjemahan dari kata aa‟jaztu. Dari sisi terminologi, i‟jaz didefinisikan oleh Manna Khalil al-Qaththan dan Ali alShabuny dalam tulisan Usman.Manna Khalil al-Qaththan mendefiniskan i‟jaz sebagai “menampakkan kebenaran Nabi saw dalam pengakuan orang lain-sebagai seorang rasul utusan Allah swt. dengan menampakkan kelemahan orang-orang Arab untuk menandinginya atau menghadapi mukjizat yang abadi, iaitu al-Quran dan kelemahan-kelemahan generasi-generasi sesudah mereka.” Sementara Ali al-Shabuny mengartikan i‟jaz sebagai “menetapkan kelemahan manusia baik secara kelompok atau bersama-sama untuk menandingi hal yang serupa dengannya…” Jadi i‟jaz ini mampu untuk menegaskan kebenaran seorang nabi dan pada masa yang sama ia juga menegaskan kelemahan manusia yang meragukan dan mengingkari kenabian. Wajar dalam konsep i‟jaz ini konsep kenabian dinyatakan sebagai kebenaran yang tidak boleh dibantah, apalagi dikalahkan. Sementara itu, secara bahasa, mu‟jizat juga berasal dari kata a‟jaza yu‟jizu i‟jazan, yang ertinya melemahkan atau menjadikan tidak mampu. Secara istilah, mu‟jizat didefinisikan oleh

5

Manna al-Qaththan dalam tulisan Rosihan sebagai “suatu kejadian yang keluar dari kebiasaan, disertai dengan unsur tentangan, dan tidak akan dapat ditandingi.” Kesimpulannya, ia adalah sesuatu yang melemahkan manusia dan di luar kemampuannya serta tidak mampu dilakukan oleh manusia atau sesuatu yang manusia terpaksa akur dengan ketentuan pemerintahnya. Selain dari aspek bahasa, sains, dan syariat, ia juga termasuk cara bacaanya yang bertajwid dan tulisanya menggunakan Rasm Uthmani kerana keduanya adalah datang dari Allah s.w.t.

3.0 Bahagian-bahagian I’jaz 3.1. I’jaz al-Lughawi Al-Quran wujud hingga hari ini dalam bentuk mashaf. Dari segi nahu, saraf dan balaghah, semuanya begitu indah hingga Berjaya memukau banyak hati-hati kepada Islam. Pernahkah kedengaran ada yang mendakwa terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa dalam alQuran? Pastinya tidak. Inilah juga mukjizat utama al-Quran. Buktinya hingga kini tiada makhluk pun mampu mencabar al-Quran. Allah berfirman

yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): „Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Isra‟ 17: 88) Para ahli bahasa Arab telah menekuni ilmu bahasa arab ini dengan segala fariasinya sejak bahasa itu tumbuh sampai remaja. Mereka mampu mengubah puisi dan prosa, kata-kata bijak dan masal yang tunduk pada aturan bayan dan diekpresikan dalam uslub-uslubnya yang memukau, dalam gaya hakiki dan majazi serta itnab dan ijaznya. Meskipun bahasa itu telah

6

meningkat dan tinggi tetapi dihadapan Quran, dengan kemukjizatan bahasanya ia menjadi pecahan kecil yang tunduk pada uslub quran. Kemukjizatan bahasa Quran dapat kita temukan pada keteraturan bunyinya yang indah melalui nada huruf-hurufnya. Kita juga dapat kemukjizatan Quran pada Lafad-lafadnya yang memenuhi hak setiap makna pada tempatnya. Tidak ada kelebihan dan kekurangan pada setiap lafad-lafadnya. Tidak ada satupun peneliti yang mengatakan perlu menambah suatu lafad karena ada kekurangan dan mengurangi suatu lafad karena ada kelebihan. Kemukjizatan bahasa dapat kita temui juga pada macam-macam khitab dimana berbagai golongan manusia yang berbeda tingkat intelektualitas dapat memahami khitab itu sesuai dengan tingkatan akalnya, sehingga masing-masing dari mereka memandang cocok dengan tingkatan akalnyadan sesuai dengan keperluannya, baik dari golongan orang awam maupun para ahli.Sifat Quran yang dapat memuaskan akal dan menyenangkan perasaan juga merupakan mukjizat. Quran dapat memenuhi perasaan , jiwa maupun pemikiran manusia secara sama dan berimbang. 3.2. I’jaz Ilmi Kemukjizatan ilmiah Quran bukanlah terletak pada pencakupannya tentang teori-teori ilmiah yang selalu baru dan berubah serta merupakan hasil usaha manusia dalam penelitian dan pengamatan. Tetapi ia terletak pada dorongannya untuk berfikir dan mengunakan akal. Orang yang mengatakan bahwa kemukjizatan ilmiah terletak pada teori-teori ilmiah merupakan anggapan yang salah kerana teori-teori ilmu pengetahuan itu selalu baru dan muncul seiring dengan kemajuan zaman. Ilmu pengetahuan selalu berada dalam kekurangan dan kadang-kadang terdapat kesalahan, sebab masalah ilmu pengetahuan itu tunduk pada hukum kemajuan yang sentiasa berubah dan bahkan runtuh dari asas-asasnya. Jadi, kemukjizatan Quran secara ilmiah ini terletak pada dorongannya kepada umat islam untuk berfikir disamping membukakan bagi mereka pintu-pintu pengetahuan dan mengajak mereka memasukinya, maju didalamnya, dan menerima segala ilmu pengetahuan baru yang mantap dan stabil.

7

3.3. I’jaz Tasyri’i Manusia merupakan mahluk sosial yang dalam kehidupannya selalu memerlukan orang lain. Kerjasama antara sesama manusia merupakan tuntutan sosial yang harus dilakukan oleh umat manusia. Akan tetapi, manusia seringkali berbuat zalim terhadap sesamanya. Jika mereka dibiarkan tanpa aturan yang membatasi kehidupannya dan menjaga hak-hak dan kehormatannya, tentu kehidupan mereka akan kucar- kacir. Dengan demikian maka manusia harus mempunyai sistem dan tasyri‟i (undang-undang) yang mengatur kehidupannya dan dapat mewujudkan keadilan diantara individu-individunya. Al-Quran merupakan asas tasyri‟i yang sempurna dalam menegakkan kehidupan manusia di atas dasar konsep yang paling utama. Dan kemukjizatan tasyri‟inya ini bersama dengan kemukjizatan ilmiah dan kemukjizatan bahasanya sentiasa sesuai untuk selamanya. Dan tidak seorangpun dapat mengingkari bahwa al-Quran telah memberikan pengaruh besar yang dapat mengubah wajah sejarah dunia. 3.4. I’jaz Tarbawi Ijaz tarbawi hanya akan dibincangkan ketika membicangkan berkenaan ijaz tasyri‟i, Dr. Mustafa Muslim dalam kitabnya Mabahith Fi Ijaz al-Quran membahagikan ijaz tasyri‟i kepada tiga bahagian iaitu dari segi akidah, syariah dan akhlak. Al-Quran meletakkan akhlak pada kedudukan yang tertinggi, ketiga-tiga perkara ini adalah saling berkait rapat. Manusia yang mempunyai akidah yang benar iaitu mengesakan Allah s.w.t akan melaksanakan syariat yang Allah s.w.t tetapkan dalam kehidupan seharian. Kesan daripada membenarkan dan melaksanakan syariat Islam tersebut akan menjadikan manusia tersebut berakhlak mulia. Hakikatnya manusia ditarbiyah secara langsung oleh Allah s.w.t melalui syariatNya di dalam al-Quran Mannaq Khalil al-Qattan dalam karyanya Mabahith Fi ulum al-Quran turut menyebut secara umum berkenaan Ijaz Tarbawi, tidak membincangkan secara terperinci. Beliau membincangkan di bawah topik mukjizat al-Quran dari aspek hukum. Baginya al-Quran mengajar atau mendidik manusia untuk memiliki sifat misali yang dapat menjadi teladan. Antaranya sabar, jujur, adil, ihsan, sopan santun, pemaaf dan merendah diri

8

Daripada beberapa pandangan ini dapat disimpulkan bahawa Ijaz Tarbawi sangat berkait rapat dengan Ijaz Tasyri‟i. Ini kerana tujuan tasyri‟ itu dilaksanakan adalah untuk kemaslahatan dan juga membentuk akhlak yang baik. Ia sangat bertepatan dengan konsep tarbiyah yang telah dijelaskan di atas. Kehebatan mukjizat al-Quran yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w ialah dari segi maknawi antaranya ianya rasional dan dapat diterima akal fikiran. Al-Quran berbicara dengan manusia sehingga menjadikan segala perkhabaran di dalam al-Quran sangat rasional sehingga kini. Antara lain ia bersifat abadi, yakni kekal kehebatannya sehingga akhir zaman. Malah semakin banyak kajian terhadap al-Quran dilakukan, maka semakin hebat tampak isi kandungan dan relevensinya dengan kehidupan manusia. Kalimah Tarbawi pula dinisbahkan kepada tarbiyyah (pendidikan). Di dalam tarbiyyah tersebut terdapat pengajian dari segi akademik (Dirasah akadimiyyah) dan kaedah-kaedah pentarbiyahan. Ibnu Miskawih mendefinisikan pendidikan dengan “ pendidikan adalah adab syariat dan melaksanakan tugas-tugas serta syariat-syriatnya sehingga menjadi tradisi bagi anak. Ibnu Sina menyatakan pendidikan ialah kecenderungan anak-anak, lalu mengarahkannya pada karya nyata seperti kecenderungannya. 4.0 Sejarah I’jaz al-Quran

Ilmu ini dibahaskan secara jelas pada kurun pertama dengan kemunculan kitab "Ta'wil Musykilah Al-Quran" oleh Abu Qotainah, dan kitab-kitab perundangan Al-Quran menonjol sehingga membawa kepada perbahasan kepada ilmu i'jaz Al-Quran ini. Kemudian, muncul peranan-peranan yang dibawa melalui tulisan-tulisan yang jelas seperti "Risalah An-Nuqat fi I'jaz Al-Quran" oleh Ali bin Isa Ar-Romani. Kemudian muncul juga penulisan lain di dalam i'jaz seperti "Bayan I'jaz Al-Quran" oleh Amad bin Muhammad Khatabi (meninggal 388 H). Beliau menolak pandangan pemikiran as-sarfah dari segi i'ja Al-Quran. Assarfah bererti menolak pandangan yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya mampu membuat yang seumpama dengan Al-Quran, namun ditutup oleh Allah hati mereka untuk melakukan hal itu.

9

Pada kurun keempat, muncul pula kitab "I'jaz Al-Quran Lil Baqilaini" oleh Abu Bakar Muhammad bin At-Tiib Al-Ba'qilani (meninggal 403 H). Beliau memaparkan bahawa balaghah dan keistimewaan bahasanya masuk di dalam i'jaz Al-Quran. Beliau juga mengakui informasi Al-Quran berkaitan ilmu ghaib, peristiwa masa hadapan dan kisah-kisah umat yang terdahulu adalah i'jaz. Letak kemukjiatan ini pada nabi yang buta huruf, tidak tahu baca tulis dan tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum Al-Quran. Kemudian, muncul Qodi Abdul Jabbar Al-Hamdani. Menurutnya, uslub Al-Quran merupakan segi utama i'jaz, kefasihannya membuatkan bangsa Arab lemah dan tidak mampu untuk menandinginya. Beliau tidak mengabai pentingnya makna, namun menegaskan fasohahlah yang memberikan keistimewaan, sementara kefasihan Al-Quran berada pada tahap yang paling tinggi. Kemudian, muncul pula Abdul Qohir Al-Jurjani (meninggal 471H) dengan dua buah kitabnya. Kitab pertamanya, "Asrar Al-Balaghah" dan kitab kedua, "Dalail Al-I'jaz." Beliau dianggap sebagai pemikir pertama yang mengkaji nazham Al-Quran secara mendalam. 5.0 Faedah mempelajari I’jaz al-Quran 1) Membuktikan bahwa Nabi Muhammad saw yang membawa mukjizat kitab Al-Qur‟an itu adalah benar-benar seorang Nabi dan Rasul Allah. Beliau diutus untuk menyampaikan ajaranajaran Allah SWT kepada umat manusia dan untuk mencanangkan tentangan supaya menandingi al-Qur‟an kepada mereka yang ingkar. 2) Membuktikan bahwa kitab al-Qur‟an itu adalah benar-benar wahyu Allah SWT, bukan buatan malaikat Jibril dan bukan tulisan Nabi Muhammad saw. Sebab pada kenyataannya mereka tidak bisa membuat tandingan seperti al-Qur‟an sehingga jelaslah bahwa al-Qur‟an itu bukan buatan manusia. 3) Menunjukkan kelemahan mutu sastera dan balaghahnya bahasa manusia, kerana terbukti pakar-pakar pujangga sastera dan seni bahasa Arab tidak ada yang mampu mendatangkan kitab tandingan yang sama seperti al-Qur‟an, yang telah ditantangkan kepada mereka dalam berbagai tingkat dan bahagian al-Qur‟an.

10

4) Menunjukkan kelemahan daya upaya dan keupayaan umat manusia yang tidak sebanding dengan keangkuhan dan kesombongannya. Mereka ingkar tidak mahu beriman dan sombong tidak mahu menerima kitab suci itu. 5) Dapat membentuk masyarakat yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.Kerana manusia itu sentiasa memerlukan panduan dalam meneruskan kehidupan di atas muka bumi kerana manusia ini dicipta dengan sifat lemah dan sentiasa memerlukan Sesutu untuk panuan hidup. 6) Membentuk manusia bersifat mahmudah antara satu sama lain. Sifat mahmudah sebenarnya dapat mendorong manusia untuk terus saling bantu membantu dan salin ingatmengigati antara satu sama lain dalam usaha menuju kesempurnaan hidu di dunia dan jambatan ke akhirat. 7) Membangunkan masyarakat dengan pelbagai ilmu pendidikan dan pengetahuan.Setelah mengkaji dan memahami I‟jaz sesuatu ayat-ayat al-Quran dapat mengubah berbagai persepsi negatif dalam bidang ilmu-ilmu islam. Kerana dapat mencari jawapan sebenar bagi setiap persoalan yang timbul .Dengan cara ini ilmupengetahuan umat islam akan lebih berkembang untuk dijadikan rujukan masa akan datang. 8)Dapat dijadikan panduan atau petunjuk kepada seluruh umat manusia apabila berdepan dengan sesuatu masalah yang dihadapi 9) Dapat mengetahui dan mengakui kebesaran Allah dan betapa agungnya kitab al-Quran. 10) Menyakini dan mengenalpasti bahawa al-Quran benar-benar kitab ciptaan Allah dan bukan ciptaan manusia.

11

6.0 Kesan mempelajari I’jaz al-Quran Mempelajari bidang ilmu I‟jaz al-Quran sememangnya dapat meninggalkan kesan yang mendalam di dalam jiwa umat islam. Dengan mempelajari I‟jaz al-Quran akan bertambah keimanan terhadap Allah s.w.t.Hakikat keimanan adalah nur yang Allah pancarkan ke dalam jiwa umat islam yang dapat mendalami dengan sepenuh hati dan akal akan I‟jaz sesuatu ayatayat al-Quran. Tidaklah Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril itu sia-sia melainkan untuk memberi pengajaran dan menguatkan iman kepada Allah Taala. Dengan mempelajari I‟jaz sesuatu ayat-ayat al-Quran sudah pasti dapat melembutkan hati dan jiwa umat islam yang keras dan bercelaru kerana Allah telah menyatakan bahawa ayatayat al-Quran itu mampu melembutkan hati orang-orang yang dikehendaki memiliki hidayah daripada Allah sepertimana kisah Saidina Umar sebelum pengislamannya yang menyerbu masuk ke dalam rumah lalu menampar adik perempuannya yang sedang membaca ayat-ayat al-Quran daripada surah Taaha sehingga berdarah mulutnya. Apabila disuruh membaca sekali lagi hatinya terus cair dan terus berjumpa Rasulullah unuk mengislamkanya.Itulah kuasa al-Quran berjaya melembutkan hati yang keras. Selain itu, dengan mempelajari I‟jaz al-Quran akan menetapkan akidah kita kepada Allah s.w.t. Lihatlah bagaimana al-Quran mampu membulatkan hati dan jiwa Pejuang wanita islam Sumaiyyah yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan akidah islam yang telah dipupuk di dasar jiwanya dan keluarganya. Kisah keluarga Yassir yang sanggup dibunuh demi mempertahankan akidah merupakan bukti al-Quran mampu menguatkan akidah umat islam tanpa berbelah bagi lagi. Redha dengan takdir Allah juga sebahagian daripada kesan yang dapat dipetik daripada mempelajari I‟jaz al-Quran.Seseorang yang berpegang teguh dengan ayat-ayat Allah pasti akan redha dengan ketentuan Allah ke atas dirinya kerana yakin setiap apa yang telah Allah tentukan ke atas umat islam merujuk kepada asas rukun iman yang terakhir iaitu beriman kepada qada‟ dan qadar Allah. Banyak sekali I‟jaz di dalam al-Quran yang mendasari fak...


Similar Free PDFs