Assignment CTU552 - HUBUNGAN INSAN DAN ALAM BERDASARKAN TEORI BARAT DAN ISLAM PDF

Title Assignment CTU552 - HUBUNGAN INSAN DAN ALAM BERDASARKAN TEORI BARAT DAN ISLAM
Author Xabara 천넉
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 36
File Size 557.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 185
Total Views 783

Summary

KERJA KURSUS CTU 552TAJUK:HUBUNGAN INSAN DAN ALAM BERDASARKAN TEORIBARAT DAN ISLAMDISEDIAKAN OLEH:NAMA NO MATRIK MUHAMMAD AZIZI BIN ISMAIL 2020975275 MUHAMMAD AMIR HAMZAH BIN ZURAINI 2020982353 MUHAMMAD FAKHRUL BIN DENY ISHAR 2020982425DISEDIAKAN UNTUK:PUAN SHAHIRAH BINTI SAIDFAKULTI KEJURUTERAAN ME...


Description

KERJA KURSUS CTU 552 TAJUK: HUBUNGAN INSAN DAN ALAM BERDASARKAN TEORI BARAT DAN ISLAM DISEDIAKAN OLEH: NAMA

NO MATRIK

MUHAMMAD AZIZI BIN ISMAIL

2020975275

MUHAMMAD AMIR HAMZAH BIN ZURAINI

2020982353

MUHAMMAD FAKHRUL BIN DENY ISHAR

2020982425

DISEDIAKAN UNTUK: PUAN SHAHIRAH BINTI SAID FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (EMD3M5B) KATEGORI PENILAIAN Pengenalan Penyataan Masalah Objektif Kajian Kajian Literatur Metodologi Kajian Dapatan dan Perbincangan Kesimpulan Rujukan Total

MARKAH

Isi kandungan

Kandungan

Muka surat

Abstrak

1

Penghargaan

2

Pengenalan

4

Pernyataan masalah

6

Objektif kajian

8

Skop dan batasan kajian

9

Kajian literatur

10

Metodologi kajian

20

Dapatan kajian dan perbincangan

25

Kesimpulan

32

Rujukan

33

Abstrak

Kajian ini dijalankan atas tujuan mengkaji hubungan antara insan dan alam berdasarkan teori barat dan Islam. Mengenal pasti peranan manusia di muka bumi sebagai khalifah untuk menjaga alam sekitar. Selain itu, mencari persamaan dan perbezaan pandangan daripada gaya pemikiran barat dan Islam tentang hubungan antara manusia dan alam. Kajian ini juga mengupas isu-isu berkaitan manusia yang menolak amalan beragama yang menyebabkan kerosakan alam sekitar. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah secara kualititatif dan kuantitatif serta gabungan antara dua kaedah tersebut. Dapatan kajian telah dibincangkan dengan mendalam meliputi aspek teori fahaman barat dan Islam terhadap hubungan antara manusia dan alam.

1

Penghargaan

Alhamdulillah ,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus (CTU 552) ini dengan jayanya dalam masa yang ditetapkan. Tanpa izin dari-Nya mustahil bagi kami untuk menyelesai tugasan ini mengikut apa yang telah kami rancang. Sesungguhnya, Dia lah sebaik-baik perancang.

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Shahirah Said selaku pensyarah bagi mata pelajaran CTU 552 yang telah banyak membantu kami dalam merangka dan menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami juga berterima kasih kerana telah berusaha memastikan segala penyampaian pembelajaran difahami oleh kami serta banyak mencetuskan idea kepada kami sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini.

Di kesempatan ini, kami mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas EMD3M5B yang telah banyak mendorong kami untuk terus menyiapkan tugasan ini hingga selesai. Terlalu banyak bantuan dan idea tercetus sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah kami pelajari sepanjang menyelesaikan kerja kursus ini. Ianya memberikan seribu satu makna dalam menimba ilmu.

2

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Segala bantuan, maklumat dan idea yang telah disumbangkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan dari anda semua tidak mungkin tugasan ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Sekian.

3

Pengenalan

Menurut Khamus Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama (Edisi Baru) 1989, hubungan bermaksud sambungan atau rangkaian. Insan pula membawa maksud manusia. Manakala, alam bermaksud segala yang ada di langit dan di bumi. Melalui terjemahan ini, kita boleh menjelaskan bahawa hubungan insan dan alam membawa maksud rangkaian antara kehidupan manusia dengan segala kehidupan yang ada di langit dan di bumi seperti planet, binatang, tumbuhan dan sebagainya.

َ ِ‫ِمِّ ن‬ Hubungan manusia tidak terhad kepada hubungan dengan Allah (ِ‫ِل ّلاه‬ ‫)حَبل ِ ه‬ dan hubungan sesama manusia (ِ‫الناس‬ ‫ِِمِِِّنَ ّ ه‬ ‫ ) ِحَبلِ ه‬sahaja. Malah Islam mengajar kita agar menjaga hubungan dengan alam. Allah s.w.t bersifat dengan segala kesempurnaan dan Maha Suci dari segala kekurangan. Allah s.w.t telah menciptakan manusia dan alam ini dengan penuh kesempurnaan dan kasih sayang.

Oleh kerana itu, untuk memelihara alam yang telah diciptakan ini, terdapat garis panduan yang perlu diikuti bagi menjamin kehidupan yang sempurna antara manusia dan alam. Dalam surah al-Baqarah ayat 30, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud

: Dan

(ingatlah)

ketika

Tuhanmu

berfirman

kepada

Malaikat;

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

4

Khalifah bermaksud generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat,

negara

dan

antarabangsa.

(Ustaz

Abd

Aziz

bin

Harjin,

Pensyarah Universiti Teknologi MARA Perlis).

“Sesungguhnya hubungan manusia dan alam sekitar sememangnya rapat, malah kedua-duanya saling memerlukan. Namun, sekiranya satu musnah, maka sengsaralah pihak yang satu lagi.” Petikan ini dipetik dari teks khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertarikh 3 Ogos 2018.

Jelaslah bahawa kehidupan manusia sangat berkait dengan alam ini. Oleh yang demikian, dalam penulisan kerja kursus ini kami akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai peranan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini dalam aspek alam sekitar. Selain itu, kami juga akan mencari perbezaan pandangan daripada gaya pemikiran barat dan Islam tentang hubungan manusia dan alam serta mengupas isu-isu berkaitan yang merosakkan alam sekitar.

5

Pernyataan masalah

Falsafah merupakan salah satu disiplin ilmu yang dianggap sebagai disiplin yang tinggi. Falsafah Islam ialah falsafah yang tidak boleh dipisahkan dari dua sumber utamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ini bermaksud semua bidang yang dibincangkan melalui falsafah hendaklah tidak bercanggah dari dua sumber utamanya. Pandangan hidup Islam bermula dengan persoalan ketuhanan iaitu mempercayai kewujudan Allah s.w.t. sebagai pencipta seluruh alam. Persoalan ketuhanan ini yang mencorakkan pengertian dan konsep Pendidikan Islam sehingga matlamat tertingginya iaitu penyembahan atau Ubudiah kepada Allah s.w.t. Persoalan insan juga penting dalam Falsafah Islam. Pengertian falsafah tersebut dianggap tidak bermakna apabila tiada insan yang mengaplikasikan konsep falsafah tersebut dalam kehidupan mereka.

Namun, falsafah barat mentafsirkan insan atau manusia kepada beberapa pandangan. Mohammad Thalib (1977:9) telah membahagikan definisi manusia menurut pemikir barat kepada pandangan: 1. Manusia adalah haiwan yang berfikir dengan menonjolkan dimensi rasionalnya, 2. Manusia adalah haiwan yang bersifat ramah di mana menonjolkan naluri interaksi sosialnya, 3. Manusia adalah makhluk yang datang dari langit ke bumi iaitu tentang Nabi Adam yang termakan godaan Syaitan sehingga dicampakkan ke bumi,

6

Pemikir barat menyatakan bahawa akal adalah medium utama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.

Hubungan antara manusia dan alam adalah berkaitan kerana manusia adalah makhluk yang bertanggungjawab dalam menjaga dan mengekalkan alam sekitar daripada musnah. Namun, apabila sesebuah negara semakin maju, penjagaan alam sekitar semakin tidak diendahkan oleh manusia berikutan sikap tamak dan ingin mencuba sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan kepada dunia. Contohnya, pelbagai pencemaran telah berlaku di sesebuah negara yang sedang membangun seperti pencemaran air, bunyi dan pembuangan sisa bahan toksik dari kilang. Tambahan pula, wabak Covid-19 yang semakin berleluasa sehingga merebak ke negara-negara yang lain disebabkan sikap sesetengah manusia yang ingin meneroka tentang hidupan liar sehingga tidak menjaga dan mengekalkan alam.

7

Objektif kajian

Objektik dalam kajian ini adalah untuk menghuraikan intipati hubungan manusia dan alam berdasarkan dari fahaman pemikir barat dan Islam. Berdasarkan topik “Hubungan Insan dan Alam berdasarkan Teori Barat dan Islam”, terdapat beberapa objektif kajian yang perlu diterangkan dalam memahami hubungan insan dan alam berdasarkan teori barat dan Islam iaitu :

1. Mengenal pasti peranan manusia di muka buni sebagai khalifah untuk menjaga alam sekitar.

2. Memahami atau mencari perbezaan pandangan daripada gaya pemikirab barat dan Islam tentang hubungan manusia dan alam.

3. Isu-isu berkaitan manusia yang menolak amalan beragama yang menyebabkan kerosakan alam sekitar.

8

Skop dan batasan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang besar secara lebih khusus. Oleh itu, pengkaji membataskan kajian ini supaya dapatan kajian adalah memuaskan. Pengkaji meletakkan skop dan batasan yang sempit dalam batasan kajian, namun begitu keseluruhan aspek dan teks karya tersebut merupakan inti pati yang menyeluruh. Dalam kajian ini, pengkaji hanya membataskan bahan kajian kepada skop yang kecil iaitu kajian hanya tertumpu kepada fahaman pemikir Barat dan Islam tentang hubungan manusia dan alam sekitar. Dalam kajian ini topik yang dipaparkan adalah umum. Oleh itu, pengkaji hanya mengambil cabang soalan yang mendasari topik hubungan manusia dan alam berdasarkan teori Barat dan Islam.

Selain itu, teori yang digunakan dalam kajian ini adalah dari teori barat seperti teori Darwin tentang kejadian manusia dan teori Islam iaitu berpandukan AlQuran dan As-Sunah. Tinjauan atas talian tidak digunakan dalam kajian ini kerana fakta-fakta tentang Falsafah Islam dan fahaman pemikir barat hanya diambil dari journal-journal dan kajian dari pakar-pakar falsafah. Di samping itu, beberapa rujukan kajian yang diambil daripada pakar-pakar falsafah hanya diambil secara umum dan menyeluruh. Had masa yang diambil untuk mendapatkan rujukan kajian adalah terhad.

9

Kajian literatur

Berdasarkan kajian “Beberapa Persoaalan Berkaitan Konsep Insan menurut Fakhr Al-Din Al-Razi (2017) oleh Che Zarrina Sa’ari dan Mohd Manawi Mohd Akib, yang menghuraikan persoalan berkenaan konsep insan atau psikologi yang menjadi salah satu isu perbahasan dalam kalangan ahli falsafah terdahulu seperti Plato dan Aristotle. Malah ia juga turut dibahaskan oleh para ahli falsafah Muslim yang lain seperti Ibn Sina, Al-Ghazali, Al-Razi dan lain-lain yang bertepatan dengan pandangan Islam. Mutakhir ini,perbahasan konsepinsan menurut barat yang hanya melihat insan dari aspek material semata-mata tanpa dikaitkan dengan agama yang lebih didedahkan kepada masyarakat. Konsep yand dibawa oleh barat ini lebih menjurus kepada pengenalan berkaitan hakikat dan tabiat insan dari sudut fizikal tanpa melihat dari sudut spiritual. Kajian ini menekankan penelitian awal beberapa persoalan berkaitan konsep insan menurut seorang sarjana Muslim yang juga dipanggil sebagai ulamak ensiklopedik iaitu Fakhr al-Din al-Razi menerusi karyanya Kitab Al-Nafs wa al-Ruh wa Sharh Quwahuma. Antara persoalan yang disentuh adalah mengenai definisi jiwa menurut al-Razi.

Insan merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang terbaik sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi berbekalkan akal fikiran yang dianugerahkan. Insan yang dicipta tersebut perlulah merujuk kepada Sang PenciptaNya iaitu Allah SWT melalui penelitian dan pengamatan terhadap ayat-ayat al-Quran dan juga As-Sunah. Selain itu, kajian menyatakan pandangan ahli falsafah Muslim juga harus diteliti kerana perbahasan melalui konsep insan juga merupakan salah satu tema perbahasan dalam disiplin ilmu falsafah. Namun, perbincangan berkaitan konsep insan pada 10

masa kini tidak mengetengahkan pandangan daripada pemikir Islam sedangkan mereka banyak memberi sumbangan keilmuan dalam bidang psikologidan banyak karya mereka berkaitanilm upsikologi yang diterjemahkan dalam bahsa Latin dan dikembangkan di Eropah, bahkan ia memberi kesan yang besar kepada ahli falsafah barat pada zaman kebangkitannya.

Jika diteliti, idea yang dibawa oleh ahli psikologi barattidak dapat menghuraikan persoalan psikologi secara menyeluruh, sebaliknya mereka mengecilkan lagi skop perbincangan dengan cari pemikiran secara empirikal semata-mata. Sedangkan perbincangan psikologi menurut konsep Yunani dan Muslim menyentuh kedua-dua aspek iaitu fizikal dan rohani yang merupakan asas utama dalam mendapatkan sesuatu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mutakhir ini, seorang tokoh psikologi Amerika, William James menyatakan bahawa punca utama kelemahan manusia adalah tiada aspek penekanan secara spriritual dan pergantungan kepada Tuhan. Justeru, pemikir Muslim iaitu Fakhr al-Din al-Razi dipilih berkaitan konsep insan kerana beliau merupakan salah seorang tokoh Falsafah Islam yang tinggi sekaligus tokoh Mufassir bi al-Rayi terawal dengan karyanya Mafatih al-Ghayb.

Kajian Amer Saifude Bin Ghazali berjudul “Manusia dan Alam Sekitar: Hubungan dari Perspektif Islam”, membahaskan akal adalah anugerah istimewa Allah SWT kepada manusia yang tidak ada pada makhluk-makhluk lain. Dengan akal, manusia mampu menetukan corak kehidupan mereka. Pertimbangan perkara baik dan buruk juga mempengaruhi cara interaksi manusia kepada alam sekitar yang lain. Perlakuan dan tindakan manusia haruslah seiring dengan keimanan rohani. 11

Tanpa keimanan rohani dalam diri manusia, sikap tanggungjawab dan kesedaran untuk menjaga alam sekitar tidak akan hadir dalam rohani sesorang manusia tersebut. Kajian juga menyatakan, sebagai hamba Allah SWT di muka bumi, manusia haruslah mematuhi beberapa perkara semasa berinteraksi dengan alam sekitar. Antaranya dialah tauhid, khalifah dan amanah, adil dan i’tidal serta syariah.

Tauhid merupakan konsep yang paling penting dan berkaitan dengan alam sekitar kerana etika dan penguasaan moral seseorang manusia tersebut haruslah bertunjangkan ajaran Islam. Konsep khalifah dan amanah haruslah disertakan bersama sama dalam menjaga alam sekitar. Selain beribadat kepada Allah SWT, manusia juga telah ditugaskan sebagai khalifah dimuka bumi dan alam sekitar adalah ujian kepada manusia untuk menetukan samada manusia mampu berinteraksi dengan alam sekitar (menjaga atau memusnahkan) . Manusia diberi kebebasan untuk mengeksploitasi alam sekitar untuk kelangsungan hidup tanpa merosakkannya. Manusia yang tidak beramanah tentunya akan gagal dan akan mendapat pembalasan akhirat kelak. Kajian menegaskan hak manusia dalam menguasai alam sekitar adalah untuk memakmurkan sumber-sumbernya tanpa merencatkan sumber alam sekitar yang boleh merendahkan kualiti kehidupan,

Alam sekitar adalah anugerah Allah SWT kepada manusia. Sumber -sumber semulajadi seperti hutan yang dijadikan sebagai tempat bekalan air tawar, laut yang menjadi sumber makanan untuk manusia seta galian perut bumi yang boleh dijadikan sumber ekonomi negara. Kajian menegaskan kewujudan dan peranan manusia hendaklah difahami dengan jelas kerana kedudukan manusia istimewa berbanding makhluk-makhluk yang lain. Manusia berupaya menjadi makhluk yang 12

terbaik disisi Allah SWT dan ini dibuktikan melalui kewujudan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang teragung dan Baginda pada asalnya adalah manusia biasa. Disamping itu, manusia pada umumnya sanggup menerima tugas mentadbir alam setelah makhluk-makhluk yang lain menolaknya.

Sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzab ayat ke-27 yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, burnt dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikulJah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia ini amat zalim dan amat bodoh ".

Allah SWT telah menawarkan kepada makhluk-makhluk lain seperti langit, bumi dan gunung untuk mentadbir alam ini. Kesemuanya tidak sanggup untuk menerima tugas tersebut yang dirasakan sangat membebankan. Tugas yang diamanahkan kepada mereka sudah memadai dan lebih baik menolak tugas untuk mentadbir alam daripada terpaksa menerima pembalasan akibat kecuaian di kemudian hari. Amanat yang dimaksudkan dalam ayat ini merupakan perumpamaan perintah Allah SWT. Dalam Surah Al-Hasyr ayat 21, digambarkan gunung yang hancur berkecai apabila Allah SWT menurunkan Al-Quran ke atasnya. Hal ini menunjukan bahawa kemuliaan perintah Allah yang harus dipatuhi dan dilaksanakan. Manusia sanggup memikul tugas tersebut sedangkan mereka mempunyai sifat zalim dan bodoh.Manusia dianggap zalim kerana mensia-siakan perintah Allah SWT dan sanggup menyekutuNya. Manusia juga dianggap bodoh kerana tidak mahu menghargai diri sendiri dengan meyesatkan diri mereka dalam kekeliruan dan kemaksiatan. 13

Tugas khalifah ini mestilah disertai dengan nilai-nilai tauhid, amanah, syariah adil dan I’tidal. Selain daripada itu, manusia haruslah melakukan tugas-tugas perhambaan (al-ubudiyah) terhadap Allah SWT. Sebagai hamba Allah SWT, manusia haruslah bersikap merendah diri dan menerima segala ketentuannya. Sebagai khalifah, manusia hendaklah memakmurkan alam, mengekalkan keseimbangannya seterusnya menyebarkan kurniaan Allah SWT. Tugas ini amat bersesuaian dengan asal kejadian manusia yang boleh menyelesaikan sesuatu perkara dengan akal yang dikurniakan Allah SWT. Penguasaan manusia terhadap alam sekitar hanya dibataskan kepada keadaan yang tidak mengatasi undang-undang yang ditetapkan Allah.

Berdasarkan kajian oleh Zu’lazmi Yaakob “Falsafah Alam Dalam Konteks Falsafah Ketuanan Menurut Hamka”menjelaskan Isu alam sekitar pada hari ini tidak lagi terhad kepada bidang fizikal mahupun teknikal semata-mata. Perbincangannya telah melangkaui sempadan di serata dunia dan mempunyai kaitan dalam pelbagai bidang. Dari perspektif agama, alam adalah ciptaan Tuhan dan merupakan objek yang mengandungi nilai batin atau metafizik tertinggi bagi manusia yang ingin mengenali dan mendekati Tuhan. Oleh itu, alam perlu diamati secara etika dan spiritual bagi masyarakat beragama (Akhtaruddin Ahmad 1997). Di kalangan ahli falsafah atau pemikir agama dari dunia Melayu di era moden yang mempunyai pandangan sedemikian, didapati Hamka adalah salah seorang daripadanya.

14

Sarjana alam sekitar Malaysia seperti Zaini Ujang menjelaskan, kebelakangan ini begitu ramai pihak yang prihatin tentang isu krisis alam sekitar. Ada yang mengaitkannya dengan masalah sistem pendidikan dan sistem sosial masyarakat, serta terdapat juga pandangan yang mempersoalkannya dari sudut falsafah, teknikal dan sains. Pada hari ini, isu alam sekitar turut menjadi perhatian dalam konteks agama (Zaini Ujang 1993). Fenomena sedemikian menggambarkan betapa persoalan alam atau alam sekitar telah menjadi salah satu isu yang semakin penting untuk diperbahaskan, malah adakalanya menjadi isu yang setaraf atau mengatasi bidang lain seperti politik, sukan dan hiburan. Perbincangan tentang alam dalam ruangan agama bukanlah sesuatu yang baru kerana ajaran ataupun doktrin agama telah memaparkannya sejak awal lagi dari sudut penghayatan zahir dan batin. Namun, keprihatinan masyarakat masa kini tentang isu alam ataupun alam sekitar terlalu ketara dalam ruangan sains dan teknikal berbanding ruangan agama yang mementingkan pengamatan spiritual. Dalam pemikiran Hamka, beliau secara terang-terangan menjelaskan bahawa kewujudan alam adalah berhubung secara langsung dengan konsep ciptaan dan Pencipta. De...


Similar Free PDFs