Bab 7 Nota Sekularisme - Lecture notes 1 PDF

Title Bab 7 Nota Sekularisme - Lecture notes 1
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 12
File Size 133.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 580
Total Views 980

Summary

BAB 7Sekularisme dan kemunculan Ideologi Semasa “Seseorang yang dilahirkan dalam keadaan Islam tetapi tidak mengenal erti jahiliah sedikit pun maka dia akan merobohkan Islam sedikit demi sedikit” -Saidina Umar al-Khattab-Pendahuluan Abad ke-21 menyaksikan pertembungan pelbagai ideologi dan aliran pe...


Description

BAB 7 Sekularisme dan kemunculan Ideologi Semasa “Seseorang yang dilahirkan dalam keadaan Islam tetapi tidak mengenal erti jahiliah sedikit pun maka dia akan merobohkan Islam sedikit demi sedikit” -Saidina Umar al-KhattabPendahuluan Abad ke-21 menyaksikan pertembungan pelbagai pemikiran yang amat rencam.

ideologi dan aliran

Sebahagian besar ideologi-ideologi moden dan

pascamoden ini berakar umbi daripada falsafah Sekularisme. Makalah ini akan meneliti definisi Sekularisme dan latarbelakang kemunculannya. Seterusnya unsurunsur sekularisasi yang merupakan asas

dalam kelahiran ideologi moden dan

pascamoden akan dikenalpasti. Makalah

ini juga akan membincangkan kesan

sekularisasi atau pensekularan ini terhadap peradaban manusia khususnya umat Islam.

Definisi Sekularisme Sekularisme, berdasarkan etimologinya berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ yang mempunyai pengertian masa dan tempat. Perkataan saeculum memberi maksud ‘masakini di sini’; yang mana ‘masakini’ merujuk kepada masa sekarang, dan ‘di sini’ pula merujuk kepada di dunia ini. Menurut al-Attas (2019), sekularisme adalah satu faham pemisahan antara yang bersifat agama (sacred) dan yang bersifat dunia (profane) yang saling tidak dapat dipertemukan (Ugi Suharto, 2002, Al-Attas, 2019). Seawal tahun 1846, George J. Holyoake telah mula mepersoalkan tentang agama dan memperkenalkan doktrin sekularisme dalam majalahnya

Reasoner

di

England.

Beliau

1

memberikan

penumpuan

untuk

mengasaskan masyarakat sekular demi menangani pengaruh institusi agama (David Paterson, 2001). Seterusnya Harvey Cox (1965), seorang ahli teologi Harvard telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk The Secular City di mana beliau menghuraikan tentang proses sekularisasi sebagai pembebasan manusia daripada kawalan agama dan metafizik daripada aqal dan bahasanya (Harvey Cox, 1965 dalam nota kaki al-Attas, 2019). Latarbelakang kemunculannya Sekularisme adalah faham yang memisahkan pemikiran dan kehidupan beragama daripada seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara (Nik M. Rosdi, 2019). Menurut al-Attas (2019) dan al-Qardhawi (1994), sekularisme mempunyai landasan pemikiran falsafahnya daripada aliran falsafah Greek Aristotelianisme yang memandang bahawa Tuhan tidak mempunyai hubungan dengan alam, tidak mengetahui sesuatu daripada alam ini dan tidak mentadbirnya (Ugi Suharto, 2002). Latarbelakang sekularisme ini amat berkait rapat dengan sejarah perkembangan agama Kristian di Barat. Asas pemikiran yang memisahkan alam daripada Pencipta-Nya; memisahkan alam daripada makna rohaninya ini telah bermula sejak munculnya ahli-ahli falsafah Yunani lagi. Konsep Tuhan contohnya, telah dipengaruhi oleh falsafah Aristotle yang beranggapan Tuhan adalah terpisah daripada alam, tidak mentadbir mahupun mengerakkannya (al-Qardhawi, 1994). Menurut Aristotle, Tuhan hanyalah penggerak pertama ( Prime Mover) alam semesta; Tuhan terpisah dan tidak pedulikan alam dunia. Maka para agamawan Kristian pada zaman pertengahan memberikan reaksi balas dengan merendah-rendahkan dunia, aqal fikiran, ilmu pengetahuan dan sains (Mohd Sani, 2014). Maka zaman pertengahan juga dianggap sebagai ‘Zaman Gelap’ (Dark Ages), zaman kegelapan ilmu pengetahuan, apatah lagi apabila berlakunya pertentangan di antara sains dan 2

agama; di antara saintis dengan gereja. Walaubagaimanapun aliran rationalisme dan naturalisme yang telah lama mempengaruhi worldview masyarakat Kristian Barat; akhirnya mempengaruhi perkembangan agama Kristian itu sendiri (Al-Attas, 2019). Pada abad ke-15 dan 16, masyarakat barat mula hilang minat terhadap agama dan sebaliknya lebih berminat terhadap karya-karya seni, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi; hingga timbulnya gerakan yang memperjuangkan kebebasan berfikir dan mengeluarkan

pendapat (Mohd

Sani, 2014) yang

disebut sebagai

Zaman

Renaissance (kebangkitan atau kelahiran semula) dalam sejarah masyarakat Eropah. Fasa kebangkitan dan pencerahan Eropah (Renaissance) tercetus apabila mereka mula mempelajari ilmu-ilmu sains Islam termasuklah ilmu perubatan, falsafah, astronomi, matematik dan lain-lain. Gerakan penterjemahan ilmu-ilmu sains Islam daripada Bahasa Arab ke Bahasa Latin di Andalus kemudiannya telah membuka minda masyarakat Eropah terhadap Ilmu pengetahuan dan kajian-kajian ilmiah.

Zaman Kebangkitan Eropah (Renaissance): Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sekularisme bertapak di Barat, termasuklah

faktor

perkembangan

agama

Kristian

pada

fasa

Renaissance

(Kebangkitan) dan Elightenment (Pencerahan). Renaisance adalah istilah Perancis yang bermaksud ‘rebirth’ atau ‘kelahiran semula’. Ia merujuk kepada fasa transisi di antara zaman pertengahan dan zaman moden apabila berlakunya kebangkitan, pembaharuan dan pemindahan ilmu pengetahuan melalui gerakan penterjemahan khazanah ilmu Islam daripada Bahasa Arab ke Bahasa Latin. Perubahan tahap pemikiran masyarakat Eropah tersebut mendorong mereka mengkritik indoktrinasi dan dominasi gereja sehingga mereka mensekularkan agama Kristian dari dalam (AlAttas, 2019). Sejak awal abad ke 14 hingga akhir abad ke-16 lagi, telah bermulanya 3

gerakan reformasi gereja yang telah dipelopori oleh Martin Luther, seorang ahli teologi German yang mengasaskan mazhab Protestant. Amalan para penguasa gereja yang terlibat dengan unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dalam menguruskan hal ehwal keagamaan telah dipersoalkan oleh masyarakat pada waktu itu. Akibatnya kedudukan dan amalan gereja Katolik, termasuk amalan menjual surat pengampunan dosa (Indulgence) kepada mereka yang ingin bertaubat telah dikritik hebat oleh penganut agama Kristian sendiri. Martin Luther telah menulis Ninety-five thesis dalam usahanya menentang keras amalan Indulgence tersebut sehingga akhirnya beliau dianggap murtad oleh Gereja Katolik (Hans J. Hillerbrand, Encyclopaedia Britannica). Bahkan proses permindahan harta gereja (Katolik) kepada pihak Protestant juga digelar sebagai ‘secularization’ (Encyclopaedia of Sciences and Religion, 2013). Pada abad ke-14 dan 15, masyarakat barat mula hilang minat terhadap agama untuk menguruskan

hal-ehwal

kemasyarakatan. Masyarakat

barat

beransur-ansur

memandang rendah dan meminggirkan gereja. Menurut John Ruskin (1886), para pemikir moden amat benci terhadap golongan Kristian sehingga memanggil mereka sebagai the dunce (benak dan bebal) (Mohd Sani, 2014). Maka berlakulah proses pensekularan dari dalam agama Kristian itu sendiri secara beransur-ansur. Golongan yang digelar ‘moden’ adalah golongan yang mendustakan kerasulan (prophecy) dan perkara-perkara ghaib (James Orr,1906 dalam nota Mohd Sani, 2014). Akhirnya gerakan pemikiran para intelektual ini telah mencetuskan gerakan pencerahan (Enlightenment) pada abad 17 hingga ke19. Zaman Pencerahan (Enlightenment) Pada abad ke 17 hingga ke 19, gerakan pemikiran para intelektual Perancis membenci dan menghina tradisi keagamaan Kristian dan paderi-paderi gereja. Ilmu

4

pengetahuan dan sains ketara bertentangan dengan doktrin gereja. Fasa ini juga dikenali sebagai Zaman Moden – the Age of Adventure and Discovery (Mohd Sani, 2014). Zaman ini membuktikan kejayaan manusia mengembara dengan pelbagai pengalaman baru dan penemuan-penemuan saintifik apabila mereka bebas daripada kongkongan gereja. Maka akhirnya alam ini dapat diterokai dan dijelaskan dengan Ilmu Sains, tanpa perlu merujuk kepada Tuhan dan sumber-sumber metafizik. Tokohtokoh pemikir gerakan ini terdiri daripada ahli-ahli falsafah, pakar-pakar politik, ahliahli ekonomi, ahli-ahli ekonomi dan sosial termasuklah John Locke (1632-1704), Montesquieu (1689-1755), Voltaire (1694- 1778), dan Rousseau (1712-1778). Ia menjadi satu revolusi intelektual untuk membebaskan pemikiran manusia daripada metafizik, mitos, fantasi dan kepercayaan-kepercayaan lama termasuk agama (Zulfakhri Hasan, n.d.). Pada fasa pencerahan (enlightenment) ini, manusia mengagungkan akal dan kudrat usahanya dalam menguruskan hal-ehwal dunia setelah mereka berjaya bebas daripada kongkongan gereja dan agama Kristian.

Sekularisme Gerakan pembebasan intelektual pada zaman pencerahan tersebut hakikatnya bertepatan dengan definisi ‘sekularisme’ yang diperkenalkan oleh Cornelis van Peursen yang kemudiannya dinukilkan oleh Harvey Cox sebagai ‘pembebasan insan daripada kongkongan agama dan metafizik ke atas bahasa dan aqalnya’ (Al-Attas, 2019). Secularisme adalah ideologi yang mempertentangkan dunia dengan teologi, urusan duniawi daripada ukhrawi dan menjadikan urusan agama sebagai urusan peribadi (George J. Holyoake, 2013). Faham sekularisme ini juga membawa maksud perubahan dan keduniaan. Perubahan yang dimaksudkan

itu merujuk kepada

perubahan dalam pemikiran manusia menurut perubahan-perubahan yang berlaku di

5

alam sekeliling; ya’ni perubahan nilai, serta kepercayaan dan ilmu, yang terus menerus berlaku sebagai suatu evolusi (Al-Attas, 2001). Proses pensekularan pula dijelaskan dalam bukunya Risalah untuk Kaum Muslimin (2019) bermaksud : ‘menayangkan maksud keadaan sekular atau gerak-daya yang sedang berlaku yang mengisbatkan yang sekular’

Unsur-unsur Sekularisme: Proses pensekularan tersebut dicirikan oleh tiga ciri utama : (al-Attas, 2001, Mohd Sani, 2014) Pertama: pembebasan alam tab’ii dari tafsiran keagamaan. Ia merujuk kepada pemisahan alam tabi’ii dari makna rohaniah. Alam semesta bebas daripada kekuasaan Tuhan, roh, dewa dsb. Maka manusia bebas mengeksploitasi dan memanipulasi alam semesta tanpa batasan. Kedua: penafian kepimpinan yang disahkan oleh agama. Ia bermaksud menafikan kewujudan dewa-dewa, alam ghaib dan tauliah dari Tuhan. Oleh itu,setiap manusia berhak menjadi pemimpin walaupun tidak mempunyai kelayakan rohaniah, akhlaq dan aqal. Ketiga: penafian kesucian dan kekekalan nilai-nilai hidup. Ini bermaksud tiada nilai yang kekal dan suci seluruh masa, melainkan ia sentiasa akan menempuh penyemakan semula serta perubahan mengikut zaman (al-Attas, 2001, Mohd Sani 2014) Kesan Sekularisme terhadap peradaban manusia: 1. Dualisme dalam sistem kehidupan masyarakat Faham pemisahan tersebut akhirnya mengukuhkan faham dualisme dalam pemikiran masyarakat barat. Faham yang mempertentangkan dua realiti kewujudan termasuklah 6

faham yang mengatakan bahawa agama bertentangan dengan sains; dunia bertentangan

dengan

akhirat;

negara

bertentangan

dengan

gereja

dan

seumpamanya. Sistem kehidupan berasaskan dualisme yang bertapak di Eropah ini akhirnya meminggirkan institusi

gereja daripada arus perdana. Agama hanyalah

sekadar ritual di gereja dan tidak melibatkan urusan pentadbiran hal ehwal keduniaan yang melibatkan urusan politik, ekonomi , sosial dan sebagainya. Sistem dualism ini akhirnya tersebar ke seluruh tanah-tanah jajahan mereka termasuklah Tanah Melayu. 2. Pensekularan secara ilmiah dalam pemikiran golongan terpelajar Proses pensekularan secara ilmiah dalam golongan terpelajar adalah disebabkan oleh kejahilan tentang Islam sebagai agama yang benar-benar ditanzilkan; Islam sebagai suatu tamadun dan hakikat kebenarannya sebagai suatu pandangan alam mengakibatkan kekeliruan dalam dirinya (al-Attas, 2019). Kehilangan, perubahan serta penyempitan makna rohaniah daripada bahasa dan aqal budinya, akibat pengaruh kemodenan seterusnya mempengaruhi sistem nilai dan menambah kekeliruan dalam masyarakat. Di antara perubahan yang berlaku apabila sistem yang berasaskan dualisme ini bertapak dalam sistem pendidikan, terpancar pada bahasa yang digunakan. Di Tanah Melayu contohnya, bahasa jawi telah ditukar kepada rumi atas dasar kemodenan. Bahasa Melayu terputus drp tunjang dan akar kata Bahasa Arab dan akhirnya berlakulah penyempitan makna dalam bahasa. Kalimah ‘ilmu’ contohnya, disempitkan maknanya menjadi fekah dan hukum hakam; ‘keadilan’ diertikan dengan tiada menyebelahi mana-mana pihak’ atau sama rata (al-Attas, 2019). Akhirnya bahasa yang asalnya sarat dengan pandangan alam Islam yang bersumberkan wahyu ini semakin lama semakin jauh daripada makna asalnya. Maka tersebarlah pandangan alam baru yang semakin jauh daripada makna asal pandangan alam Islam. 7

3. Lahirnya sistem dan institusi-institusi yang mendokong proses pensekularan Seterusnya golongan terpelajar yang berpengaruh ini menjadi para pemimpin yang membina sistem dalam bidang kepakaran masing-masing di institusi-institusi pendidikan, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Tanpa disedari, mereka akhirnya menyebarkan wabak kekeliruan dalam masyarakat berdasarkan kekeliruan dalam pandangan alam yang terkesan dengan proses pensekularan atau sekularisasi. Maka makna perubahan dan kemajuan yang diaplikasikan tanpa disedarinya, adalah menurut acuan yang telah berakar umbi dalam peradaban Barat. Seterusnya, berlakulah kehilangan identiti diri atau konflik identiti yang akhirnya meninggalkan kesan serius ke atas masyarakat keseluruhan, khususnya ke atas umat islam. Sistem dan institusi ini akhirnya menjadi ejen penyebar konflik identiti ke atas umat Islam. Penutup Sekularisme adalah akar umbi pohon segala ideologi-ideologi moden dan pascamoden. Sekularisme merujuk kepada ideologi pemisahan yang meminggirkan agama daripada hal ehwal kehidupan dan pentadbiran dunia ini, akhirnya meminggirkan Tuhan dan segala aspek metafizik termasuklah ruh, akhirat, alam ghaib daripada worldview dan kehidupan mereka. Maka wujudlah dualisme dalam aliran pemikiran mereka yang menyebabkan tradisi dan autoriti agama dianggap kuno lalu terpinggir. Ia juga mendorong kepada pengagungan terhadap sumber-sumber ilmu akali dan pancaindera sehingga meremehkan sumber-sumber ilmu wahyu. Apabila aliran pemikiran modenisme yang mengagungkan akal ini digunakan untuk menguasai alam sewenang-wenangnya demi kepentingan peribadi manusia, maka muncul pula aliran pascamoden yang menentang egologi manusia untuk kembali 8

kepada ekologi alam yang seimbang. Namun aliran pascamoden ini pula menuntut kebebasan mutlak daripada batas akali dan indera manusiawi.

Sebagian ciri yang patut mendapat perhatian dalam peredaran perkembangan ilmu pada zaman gerakan pencerahan adalah munculnya pandangan baru mengenai ilmu pengetahuan. Pandangan itu merupakan kritikan terhadap pandangan Aristoteles, iaitu bahawa ilmu pengetahuan sempurna tak boleh mencari keuntungan, namun harus bersikap kontemplatif, akan tetapi telah diganti dengan pandangan bahawa ilmu pengetahuan harus mencari keuntungan, iaitu digunakan untuk memperkuat kemampuan manusia di bumi ini.

9

Secularism espouses the cause of the world versus theology; of the secular and temporal versus the sacred and ecclesiastical. Secularism claims that religion ought never to be anything but a private affair; it denies the right of any kind of church to be associated with the public life of a nation, and proposes to supersede the official influence which religious institutions still exercise in both hemispheres.

Rather than abolish religion orparalyse its influence, The Open Court Publishing Co. would advocate on the one hand to let the religious spirit pervade the whole body politic, together with all public institutions, and also the private life of every single individual; and on the other hand to carry all secular interests into the church, which would make the church subservient to the real needs of mankind.

What is Secularism?

Agama Kristian bukan agama sebenarnya yg dibawa oleh Nabi Isa. PEmikir2 Yahudi banyak mempengaruhi agama Kristian. Sekular – masa dan tempat. Masa sekularisasi – dipengaruhi Yahudi. Kristianiti kuat dipengaruhi oleh sekularisasi. Secular Christianity.

Ms.51 Kesan sekarang . gereja berubah melalui proses sekularisasi ini. Prof Al-Attas mengingatkan umat Islam supaya mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.

10

Agama Islam terpelihara dengan Nass – al-Quran. Hadith dan Ulama’ yang benar. Berbeza dgn Kristian ketiadaan Text asal dan akhirnya Kristian menjadi agama budaya. Walaupun agama Islam terpelihara ttp sekularisasi atau proses pensekularan meninggalkan kesan kekeliruan terhadap umat Islam. Telah masuk dalam diri kita, Sifat kebaratan dalam cara berfikir berkepercayaan menimbang kebenaran ikutan sesetengah masyarakat modenis dan ulama naqali yang mengkagumi Barat atas pencapaian teknologi mereka. Agama dah disempitkan pada ritual, urusan peribadi dsb… 2 kelompok yg menjadi agen sekularisme – 1) Modenis – Madrasah Abduh yg kagum dengan perkembangan Barat. Mereka yg memaksakan tafsiran liberal ke atas Islam. Faham Barat yg dipaksakan ke atas Nass. Cth Virus = syaitan yg mengalir dalam urat darah. Jadi tafsiran mrk yg kebaratan ke atas Islam. 2) Golongan Literalis – pseudo salafis mengkagumi Barat ttp mrk tidak kenal Barat – rigid dan literal dlm memahami Nass. Rigid dlm beragam ttp cara hidup mrk menerima barat…hidup dalam dualism. Cth kalimah Allah dua kelompok ini boleh duduk semeja.

Umat Islam tidak sedar kesannya ke atas umat Islam. Cth kesan buruk 4.0 – kita juga menerima kesan buruk 4.0. Adalah fardhu bagi kita memahami perkara ini- dasar aqidah kita dan dasar falsafah barat. Golongan liberal – kefahaman Islam tidak sempurna. Ttp disebabkan mrk tiada kefahaman yg sempurna ttg agama – mrk tidak boleh menyaring dgn baik. Golongan tradisionalist dan pseudo salafis – ulama yg tidak expose pada Barat – tidak mampu memahami barat dgn baik… kritikan mrk tidak memberi impak krn kritikan mrk tidak tepat – lebih pd sentiment. Salafis – awal2 lagi dah menolak kalam, logic, falsafah. Dalam Islam – Metafizik, Ontologi ttg Tuhan. Al-Attas bercakap ttg Tasawuf dlm Metafizik Dalam Barat – mrk nak bebas drp agama – kongkongan agama, metafizik ke atas aqal dan bahasa. Rujuk definisi Sekularisme dalam Islam and Sekularisme ms 17.

Perkara yg thabit - dah tetap dlm agama dirungkai semula…cth aurat dulu tutup aurat sbb padang pasir, dsb Imam perempuan? Kuasa talaq perempuan? Agama disesuaikan dgn kehidupan semasa… sedangkan kehidupan tersebut dah disekularisasikan. Cth baca Quran dlm bas dah jadi pelik…baca majalah lain takpa…Kehidupan kita tanpa disedari dijauhkan drp agama. Agama menjadi urusan peribadi. Cara berfikit/metodberfikir barat diaplikasikan atasagama Islam. Nasib – tidak hanya ditentukan oleh usaha ikhtiyar manusia tetapi Taqdir – Qada’ Qadar Allah. Tiada kebetulan dalam Taqdir…(Qadariyah- Jabariyah)

11

Taqdir di luar kawalan kita… Pentingnya memahami pandangan alam Islam. Budaya dibentuk oleh agama…skrg Agama dibentuk oleh budaya dengan tafsiran sosiologi. Logik diterima dlm Islam…Salah satu Kaedah yg betul utk menerima kebenaran. Cth Faham keadilan dlm harta pusaka…bukan samarata – tp letakkan sesuatu pd tempatnya. Islamisasi - Tidak dikongkong oleh khurafat, logic yg salah…pandangan alam barat….dasar2 aqidah barat. Kita perlu faham Pandangan Alam Islam dan Pandangan Alam Barat…barulah berlakunya perbincangan yg sihat. Ada juga tafsiran Islam yg sempit – alternative yg rigid….jadi akhirnya orang tolak Agama. Ada pula tafsiran yg loose – longgar. Faham yg benar ttg ISLAM. Konflik dan pertembungan antara ulama dl bidang2 tertentu menggambarkan kefahaman/kerangka/ worldview bermasalah. Kembali pada perbincangan ttg Ilmu – apa worldview yg betul dan salah utk faham Pandangan Alam Islam.

David Paterson.2001. Conservatisme and Liberalisme. Oxford. Heinneman, 25. Title: English Secularism A Confession Of Belief Author: George Jacob Holyoake Release Date: November 22, 2011 [EBook #38104] Last Updated: January 25, 2013 Language: English Character set encoding: ISO-8859-1 *** START OF THIS PROJECT GUTENBERG EBOOK ENGLISH SECULARISM ***

12...


Similar Free PDFs