Cakap ajuk cakap pindah PDF

Title Cakap ajuk cakap pindah
Author Huiling C
Course Civil engineering
Institution Universiti Malaysia Pahang
Pages 3
File Size 100.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 48
Total Views 98

Summary

MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.a. Langkah menukarkan ayat: Jangan mengubah makna asalnya. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan) Lakukan perubahan perkataan: contoh: saya → dia kamu. → dia kami → mereka hamba → dia di sini → di situ...


Description

MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH: A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH. a. Langkah menukarkan ayat: 1. Jangan mengubah makna asalnya. 2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan) 3. Lakukan perubahan perkataan: contoh: saya → dia kamu. → dia kami mereka hamba dia → → di sini di situ/di sana begini begitu → → kini ketika itu → 4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya. contoh: mengapa → punca/sebab bagaimana → cara/keadaan berapa → jumlah/harga bila → masa 5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal. contoh: Ayat penyata berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi. Ayat silaan mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak. Ayat permintaan meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati. Ayat suruhan menyuruh, mengarahkan, memerintahkan Ayat larangan melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang Ayat tanya bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian. Ayat seruan Amboi - memuji Hai - menegur Cis - berasa marah Syukurlah - mengucapkan syukur Syabas - mengucapkan Eh - berasa terkejut taniah Oh begitu - mengiyakan Wah - berasa kagum Aduh - mengaduh Wahai Ah - mengingatkan/ - melehirkan menasihatkan perasaan tidak bersetuju 6. Contoh penukaran ayat: (a) Ayat Suruhan

Contoh

: “Bawa minuman itu ke situ.” Kata Ali

Jawapan : Ali menyuruh membawa minuman ke situ. (b) Ayat Larangan

Contoh

: “Jangan bermain di tepi sungai tu kerana bahaya,” kata Ali

kepada Ahmad. Jawapan: Ali melarang/menegah Ahmad bermain di tepi sungai itu kerana berbahaya. (c) Ayat Permintaan

Contoh

: “Tolong bawa kerusi ini ke kelas,” kata Cikgu Ali kepada

pelajar itu. Jawapan: Cikgu Ali meminta pertolongan daripada pelajar untuk membawa kerusi itu ke kelas. (d) Ayat Silaan

Contoh

: “Silalah masuk,” kata Ali kepada kawannya

Jawapan : Ali mempersilakan/ menjemput kawannya masuk * Ayat Silaan yang tidak menggunakan kata-kata perintah tetapi menggunakan kata penegas “lah”

(e) Ayat Seruan

Contoh

: “Duduklah,” kata Ali kepada Ahmad

Jawapan

: Ali mempersilakan Ahmad duduk

Contoh

: “Aduh, sakitnya kakiku!” kata Ali

Jawapan : Ali mengaduh kerana kakinya sakit

Latihan Pengukuhan Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah 1. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ 2. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ 3. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ 4. "Jemput makan kuih itu!" kata Salbiah kepada Cikgu Hazimah. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ 5. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ 6. "Hai, apa khabar Munirah?" kata Fai Jun Pui. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ 7.

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ? FELIX : Mi Pedas. MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ? FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas. MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah? FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:

Jawapan: 1. Ali memberitahu Azim bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut. 2. Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon 3. Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut 4. Salbiah menjemput Cikgu Salbiah supaya makan kuih itu. 5. Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu. 6. Ashikin menegur Munirah sambil bertanyakan khabarnya 7. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian namanya sekali lagi daripada Felix. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata- mata makan Mi Pedas. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu....


Similar Free PDFs