Contoh DAN Maksud Budaya Barat PDF

Title Contoh DAN Maksud Budaya Barat
Course Family Institution
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 4
File Size 289.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 366
Total Views 937

Summary

PENGERTIAN BUDAYA BARAT :Menurut Abu Mardhiyyah (2021), pengaruh barat secara umumnya boleh dimaksudkan sebagai gerakan barat dan segala penjajahan yang berfikiran dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata. Sebagai contoh, ia bertujuan untuk menundukkan negara itu kepada ku...


Description

PENGERTIAN BUDAYA BARAT : Menurut Abu Mardhiyyah (2021), pengaruh barat secara umumnya boleh dimaksudkan sebagai gerakan barat dan segala penjajahan yang berfikiran dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata. Sebagai contoh, ia bertujuan untuk menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Kesannya, mereka akan kehilangan identiti diri. Malah, mereka juga akan mengahayati budaya cara dan hidup barat dalam kehidupannya. Secara ringkasnya yang boleh dikatakan, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat termasuklah negara Eropah yang boleh merosakkan diri setiap orang. Budaya ini bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Budaya barat ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malah ianya boleh menyebabkan akidah seseorang itu menjadi goyah. Contoh budaya barat ialah Black Metal, Punk, Hedonisme dan pengatuh seks bebas.

Contoh-contoh Budaya Barat : Terdapat pelbagai contoh budaya barat yang telah dipengaruhi oleh remaja di Malaysia. Antaranya ialah Hedonisme. Hedonisme ialah perkataan Greek iaitu 'hedone' yang bermaksud keseronokan, kelazatan dan kegembiraan. Orang yang menyokong budaya ini beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan ialat tujuan utama dalam kehidupan mereka. Malah, mereka juga sanggup meninggalkan pegangan agama semata-mata untuk mencapai kesenorokan dan menolak segala bentuk penderitaan, kesakitan, dan kepayahan hidup. Kehidupan mereka hanya melibatkan hiburan seperti karaoke, konsert, parti dan sebagainya.

Selain itu, Black metal juga salah satu contoh budaya barat. Black Metal ialah kumpulan muzik yang mengadakan persembahan seperti orang kurang siuman dengan menggunakan kata-kata yang sukar difahami, berunsurkan lucah dan berpakaian seperti hantu serta lirik-lirik lagu yang mempunyai unsur-unsur pemujaan iblis dan roh. Selain itu, kumpulan Black metal ini mempunyai simbol mereka iaitu berbentuk tatu salib terbalik yang dibuat daripada gurisan duit syiling yang tersendiri sebagai pengenalan mereka ke dalam kumpulan tersebut. Malah, ahli yang menyertai kumpulan ini dikenakan syarat iaitu memakai pakaian serba hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu digariskan di dagu dan mengenakan tatu bintang berbucu lima. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.

Contoh seterusnya adalah budaya punk. Budaya ini telah mula sejak sekitar tahun 1970-an dan popular di ibu kota negara-negara besar seperti New york dan London. Budaya ini merupakan budaya daripada muzik rock yang pada asalnya berunsurkan politik berhaluan kiri. Namun, budaya ini telah berkembang menjadi satu budaya yang dapat didefinisikan melalui fesyen,muzik,kelakuan dan dikaitkan dengan kegelapan dan berunsurkan pemberontakan. Orang yang mengikuti budaya punk ini mempunyai personaliti yang berbeza dan dapat dilihat dari segi pemakaian dan kelakuan. Mereka memakai pakaian serba hitam, berseluar ketat dan gaya rambut mengikut potongan Mohawk yang diwarnakan dengan pelbagai warna serta memakai kasut but. Dari segi kelakuan, mereka sering bertindak ganas, suka memberontak dan agresif seperti pemabuk bahaya.

Akhir sekali, fesyen barat juga menjadi contoh budaya barat yang terdapat di Malaysia. Hal ini kerana ia dikaitkan dengan meniru fesyen terutamanya dari segi pemakaian.Sebagai contoh, skirt pendek, seluar jeans ketat, berpakaian jarang dan memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Fesyan barat sememangnya mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi.Namun, Orang muda sekarang lebih memilih untuk mengenakan pakaian yang berfesyen ala barat. Salah satu punca seseorang meniru fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya hidup moden.Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Meraka lebih suka mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan

dan globalisasi. Bagi mereka pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman. Berpakaian sebegitu akan mengundang perkara buruk seperti kelucahan dan gangguan seksual....


Similar Free PDFs