Creditors Petition PDF

Title Creditors Petition
Author Nur Najla Syakirah Jafry
Course bankruptcy
Institution Universiti Sains Islam Malaysia
Pages 5
File Size 131.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 71
Total Views 572

Summary

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBANDALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIAKEBANKRAPAN NO: NA- 29NCC-788 -09 TAHUN 2019BERKENAAN: ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM(No. K/P: 801204-05-5361) PENGHUTANG PENGHAKIMANEX-PARTE : NILAI INDLAND REVENUE BERHAD (No. Syarikat: 859695-U) PEMIUTANG PENGHAKIMAN...


Description

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA KEBANKRAPAN NO: NA- 29NCC-788 -09 TAHUN 2019

BERKENAAN: ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM (No. K/P: 801204-05-5361) EX-PARTE :

NILAI INDLAND REVENUE BERHAD (No. Syarikat: 859695-U)

PENGHUTANG PENGHAKIMAN

PEMIUTANG PENGHAKIMAN

PETISYEN PEMIUTANG

Kami, NILAI INDLAND REVENUE BERHAD (NO. SYARIKAT: 811810-U)

adalah sebuah

badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mempunyai pejabat berdaftar di Jalan Sri Emas 1, Kota Seri Emas 71980 Nilai, Negeri Sembilan diwakili oleh NAZLEE BIN SALLEH (NO. K/P: 640425-01-5685) adalah Ketua Unit, CRC Negeri Sembilan di Nilai Indland Revenue Berhad dan wakil sah bagi pihak kami yang telah diberikuasa dengan sempurna di bawah meterai biasa untuk menandatangani dan mengemukakan Petisyen ini ke Mahkamah bagi pihak Pempetisyen dengan ini memohon kepada Mahkamah supaya satu Perintah Penerimaan dibuat ke atas harta, ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM yang beralamat di No. 23, JalanKasia 1/3, Taman Desa Kasia, 71800 Nilai Negeri Sembilandan menyatakan:-

1.

Bahawa Penghutang Penghakiman tersebut adalah berdomisil dalam Persekutuan atau dalam manamana negeri atau dalam masa satu (1) tahun sebelum tarikh penyerahan Petisyen ini telah biasanya tinggal atau mempunyai rumah kediaman di No. 23, Jalan Kasia 1/3, Taman Desa Kasia, 71800 Nilaim Negeri Sembilan Darul Khusus.

2.

Bahawa ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM (NO. K/P: 801204-05-5361 ) yang tersebut adalah dengan sesungguh dan sebenarnya berhutang wang kepada kami sebanyak RM 258, 052.19 yang dikira setakat 16.09.2019 termasuk kos sehingga tarikh penyelesaian yang dihutang atas Penghakiman yang diperolehi oleh kami terhadap beliau dalam Mahkamah Sesyen Seremban pada 23.07.2018.

BUTIR-BUTIR TUNTUTAN JUMLAH HUTANG YANG DIKIRA SETAKAT 16.09.2019 Jumlah yang terhutang menurut Penghakiman bertarikh 23.07.2018 di Mahkamah Sesyen di Seremban dalam Saman No: 52-1592 TAHUN 2018. Jumlah wang yang terhutang dibawah Penghakiman bertarikh 23.7.2018

RM 245, 847.36

Tambah: faedah pada kadar 4.00% setahun keatas RM245, 847.36 Dari tarikh 23.7.20`18 sehingga 15.9.2019 (418 hari)

RM 11,261.83

Tambah: Kos Penghakiman

RM 943.00 ---------------------RM 258, 052.19 ===========

Jumlah terhutang setakat 16hb September 2019

3.

Bahawa kami dan juga mana-mana orang bagi pihak kami masih lagi memegang cagaran atas harta Penghutang Penghakiman tersebut, atau atas mana-mana bahagian daripadanya bagi pembayaran wang tersebut.

4.

Bahawa dalam masa enam (6) bulan sebelum tarikh penyerahan permohonan ini, ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM (No. K/P: 801204-05-5361 ) telah melakukan perbuatan iaitu kegagalannya untuk mematuhi permintaan-permintaan Notis Kebankrapan bertarikh 16.09.2019 yang telah diserahkan ke atas Penghutang Penghakiman tersebut secara serahan ganti pada 04.10.2019 sepertimana yang dinyatakan dalam Afidavit Penyampaian Ganti Rohaizad Bin Ruzlan yang diikrarkan pada 23.05.2019 dan telah melakukan satu perbuatan kebankrapan pada 17.10.2019.

Bertarikh pada

Ditandatangani oleh bagi pihak Pempetisyen di hadapan

} } }

, 2019

.…….……........................... NAZLEE BIN SALLEH (NO. K/P: 640425-01-5685)

Diberi kuasa dengan sempurnanya. Dibawah meterai biasa dan perlembagaan serta tataurus Syarikat untuk bertindak bagi pihaknya untuk kesemua atau mana-mana tujuan di bawah Akta Kebankrapan 1967.

Ditandatangani oleh pihak yang memohon di hadapan :-

Tandatangan saksi

:

……………………………. [NAMA PEGUAM] [NO. K/P: ….] PEGUAMBELA & PEGUAMCARA

Alamat

:

Tetuan XYZ & Co. No. 3, Bandar Baru Nilai, Jalan Aksasia 3 /78, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

PE N G I N D O R SAN

Oleh kerana permohonan ini telah diserahkan kepada Mahkamah pada __________________ maka adalah diperintahkan bahawa permohonan ini hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Seremban, pada ______________________ pada pukul 9.00 pagi.

Dan kamu, ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM (No. K/P: 801204-05-5361) yang tersebut hendaklah mengambil ketahui bahawa jika kamu bercadang hendak mempertikaikan kebenaran, mana-mana pernyataan yang terkandung dalam Petisyen itu kamu mestilah memfailkan suatu notis kepada Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar ini menunjukkan alasan-alasan yang kamu bercadang hendak mempertikaikannya, dan mengirimkan sesalinan notis tersebut melalui pos kepada Pempetisyen tiga (3) hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraannya.

Bertarikh pada

, 2019

....……………………………… Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus.

PETISYEN PEMIUTANG ini difailkan oleh Tetuan … ., Peguamcara bagi pihak Pemiutang Penghakiman yang mempunyai alamat penyampaian di … No. Tel: 06- 6322141/ 6322 137 No. Faks: 06- 6322143 No. Rujukan: FC/NLI/797/2019

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN

DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA KEBANKRAPAN NO: NA- 29NCC-788 -09 TAHUN 2019

BERKENAAN: ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM (No. K/P: 801204-05-5361) EX-PARTE :

PENGHUTANG PENGHAKIMAN

NILAI INDLAND REVENUE BERHAD (No. Syarikat: 859695-U)

PEMIUTANG PENGHAKIMAN

AFIDAVIT MENENTU-SAH PETISYEN PEMIUTANG

Saya, NAZLEE BIN SALLEH (NO. K/P: 640425-01-5685) adalah warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat pejabat di Jalan Sri Emas 1, Kota Seri Emas 71980 Nilai, Negeri Sembilan, dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:1.

Saya adalah Ketua Unit, CRC Negeri Sembilan di Nilai Indland Revenue Berhad, di pihak Pemiutang Penghakiman yang beralamat di Jalan Sri Emas 1, Kota Seri Emas 71980 Nilai, Negeri Sembilan dan dari rekod-rekod pejabat Pemiutang Penghakiman dan mempunyai akses. Saya juga telah diberikuasa sepenuhnya oleh Pemiutang Penghakiman untuk membuat Afidavit ini bagi pihak Pemiutang Penghakiman.

2.

Bahawa segala fakta yang dideposkan adalah didalam pengetahuan saya sendiri kecuali dinyatakan sebaliknya.

Diikrarkan oleh NAZLEE BIN SALLEH (NO. K/P: 640425-01-5685) Diikrarkan di Pada 2019

} } } }

.........................................

Dihadapan saya,

.....…………………………………. Pesuruhjaya Sumpah

AFIDAVIT MENENTU-SAH PETISYEN PEMIUTANG ini difailkan oleh Tetuan …., Peguamcara bagi pihak Pemiutang Penghakiman yang mempunyai alamat penyampaian di …. No. Tel: 06- 6322141/ 6322 137 No. Faks: 06- 6322143 No. Rujukan: FC/NLI/797/2019...


Similar Free PDFs