CTU - Proses Kejadian Manusia Mengikut Agama PDF

Title CTU - Proses Kejadian Manusia Mengikut Agama
Author arin han
Course STATISTIC FOR SOCIAL SCIENCE
Institution Universiti Utara Malaysia
Pages 1
File Size 47.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 36
Total Views 199

Summary

Menurut perspektif Islam, kejadian manusia ada diceritakan didalam Al-Quran iaitu surah Al- Mu’minun. ayat 12-14. Kejadian manusia bermula apabila saripati air mani disatukan dalam rahim. Kemudian titisan itu menjadi Alaqah. Alaqah terbahagi kepada 3 maksud iaitu pembekuan darah, digantung dan linta...


Description

1. Menurut perspektif Islam, kejadian manusia ada diceritakan didalam Al-Quran iaitu surah AlMu’minun. ayat 12-14. Kejadian manusia bermula apabila saripati air mani disatukan dalam rahim. Kemudian titisan itu menjadi Alaqah. Alaqah terbahagi kepada 3 maksud iaitu pembekuan darah, digantung dan lintah di mana ketiga tiga maksud ini berkait rapat dalam menerangkan tentang sifat embrio. Embrio boleh digambarkan sebagai ketulan darah beku dan ianya bersambung dengan tangkai yang terbentuk selepas pembentukan embrio dan mempunyai struktur seperti lintah. Kemudian Alaqah ini bertukar menjadi seketul benjolan, seterusnya benjolan itu menjadi tulang. Tulang itu kemudian disaluti dengan daging Akhir sekali, ianya membesar dan mengembang sehingga terbentuknya jasad manusia. 2. Di dalam Islam, kita mempunyai tanggungjawab terhadap Allah SWT sebagai seorang hamba dengan menunaikan solat, berpuasa, membayar zakat serta melaksanakan haji. Seseorang individu juga bertanggungjawab dalam mengukuhkan diri dengan ilmu seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Selain itu, maruah diri juga perlua dijaga dengan tidak melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri.. Sebagai manusia yang hidup secara sosial, kita mestilah mengingati bahawa setiap individu dalam kalangan masyarakat mempunya kepentingan yang pelbagai. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat terhadap setiap individu. 3. Buddha : Berdasarkan Aganna Sutta iaitu pengetahuan asal usul agama Buddha, bumi terdiri dari air dan gelap gelita. Makhluk-makhluk tidak dapat dibezakan jantinanya. Mereka mempunyai tubuh yang bercahaya dan hidup melayang di angkasa. Setelh sekian lamaya, tanah sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon lalu mereka pun menjamah tanah itu dan terngiur akan sari tersebut. Lalu tubuh mereka memadat akan daripada makan sari tanah itu. Cahaya tubuh mereka lenyap dan jadilah matahari , bulan dan bintang. Mereka yang indah sangat memandang rendah kepada tubuh yang tidak cantik. Lama kelamaan sari tanah hilang dan muncullah tumbuhan dari tanah. Akibat sombong, tumbuhan dari tanah tersebut lenyap dan muncul pula tumbuhan menjalar. Kemudian muncullah tanaman padi. Setelah waktu yang lama, mereka mendapat acuan yang sesuai dan tubuh mereka menjadi padat serta boleh nampak perbezaan bentuk yang jelas antara elaki dan perempuan. Kristian: Menurut Kitab Bible, manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan ialah dari debu tanah dan nafas hidup dihembuskan ke dalam hidungnya yang disebutkan sebagai Adam Pertama. Terdapat paradigm Kristian tentang Adam Pertama dan Adam Akhir. Menurut mereka, manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa yang dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan Adam dan pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan dosa warisan tersebut. Dosa penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderipaderi tertentu apabila mereka membuat pengakuan di hadapannya....


Similar Free PDFs