Konsep Insan ( Kejadian Manusia DARI Aspek Agama & Falsafah) PDF

Title Konsep Insan ( Kejadian Manusia DARI Aspek Agama & Falsafah)
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 25
File Size 891.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 321
Total Views 799

Summary

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT (IM245) FALSAFAH DAN ISU SEMASA (CTU552)KONSEP INSAN: KEJADIAN MANUSIA DARI ASPEKAGAMA DAN FALSAFAHDISEDIAKAN OLEH:1. NURAINA FIRZANI BINTI MOHD AZAHANI 20211001472. CHE FATIN NOOR AIDA BINTI CHE SEMAN 20211061993. NUR SHAHIR...


Description

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT (IM245) FALSAFAH DAN ISU SEMASA (CTU552)

KONSEP INSAN: KEJADIAN MANUSIA DARI ASPEK AGAMA DAN FALSAFAH DISEDIAKAN OLEH: 1. NURAINA FIRZANI BINTI MOHD AZAHANI

2021100147

2. CHE FATIN NOOR AIDA BINTI CHE SEMAN

2021106199

3. NUR SHAHIRAH BINTI HAMZAH

2021127949

4. NUR ATIQAH BINTI MASDDI

2021121459

5. NUR ADILAH BINTI ABDUL RAHMAN

2021127939

DISEDIAKAN UNTUK: PN. NURUL HIDAYAH AWANG @ AB RAHMAN TARIKH HANTAR: 6 MEI 2021

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN......................................................................................................................................ii 1.

2.

3.

KEJADIAN MANUSIA DARI ASPEK AGAMA ISLAM..............................................................1 1.1

Asal kejadian manusia menurut Al-Quran..............................................................................1

1.3

Penentuan Jantina Menurut Al-Quran....................................................................................8

KEJADIAN MANUSIA DARI ASPEK FALSAFAH....................................................................10 2.1

Perbezaan ahli falsafah lama dan ahli falsafah baru............................................................10

2.2

Kejadian Manusia Mengikut Ahli Falsafah Lama................................................................10

2.3

Kejadian Manusia Mengikut Ahli Falsafah Baru.................................................................11

2.3.1

Peringkat Kejadian Manusia Menurut Teori Evolusi...................................................11

2.3.2

Peringkat Kejadian Manusia Menurut Charles Robert Darwin..................................11

HIKMAH PENCIPTAAN ORGAN BADAN................................................................................13 3.1

Cap Jari Manusia....................................................................................................................15

3.2

Kulit Manusia..........................................................................................................................16

RUMUSAN..............................................................................................................................................18 KESIMPULAN........................................................................................................................................20 RUJUKAN...............................................................................................................................................21

1

PENDAHULUAN Antara tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT adalah kesempurnaanNya dalam penciptaan setiap kejadian di langit, di bumi dan di antara keduanya. Setiap perkara yang ada di muka bumi ini pastilah ada penciptanya. Adakah bangunan itu terjadi sendiri. Jawapannya tidak. Sudah pasti ada pembuatnya. Adakah matahari dan bulan itu terjadi sendiri. Jawapannya juga tidak. Hakikatnya semua perkara di dunia ini dicipta oleh Yang Maha Hidup iaitu Allah Yang Maha Pencipta. Semuanya diciptakan tidaklah dengan sia-sia kecuali dengan tujuan dan kebaikan. Manusia juga makhluk yang diciptakan Allah dengan tujuan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diperintahkan olehNya. Perkataan manusia berasal daripada perkataan ‘manu’ dalam bahasa Sanskrit dan ‘mens’ dalam bahasa Latin yang memberi maksud berfikir dan makluk yang berakal. Dari sudut istilah, manusia sebagai konsep, fakta, gagasan realiti, kelompok atau seseorang individu. Ahli falsafah barat, Socrates menyatakan bahawa manusia adalah makhluk hidup yang berkaki dua yang tidak berbulu dengsn kuku datar dan lebar. Allah telah menceritakan di dalam Al-Quran bahawa manusia telah diciptakan dengan rupa bentuk yang sebaik-baiknya (At-Tin:4), manusia jugak adalah makhluk yang paling mulia (Al-Isra’:70), manusia diberi kebebasan untuk memilih dan membezakan perkara yang baik atau perkara buruk (As-Shams:7,10). Sebelum kedatangan islam, dunia ilmu pegetahuan masih lagi gelap dan dipenuhi dengan kepercayaan dan khayalan yang tidak masuk akal hingga hasilya bukanlah ilmu pengetahuan yang ilmiah tetapi hanyalah khayalan, mitos, dan, kepercayaan yang tidak masuk akal yang terpesong dari segala cabang ilmu. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa Allah yang telah menciptakan manusia. Proses kejadian manusia bermula daripada tanah dan selanjutnya sehinggalah terbentuknya manusia yang melalui liku-liku dan halangan di dalam kehidupan mereka. Manusia yang berada dalam kejahilan ilmu telah mewujudkan pemahaman dan kepercayaan yang tidak masuk akal tentang proses kejadian manusia. Kedatangan islam telah menyelamatkan manusia dari kejahilan dan kegelapan ilmu dan membawa manusia ke jalan yang benar dengan memeluk agama islam, iaitu agama yang sebenar-benarnya. Jadi, sebagai umat

2

islam yang bertaqwa dan beriman, kita mestilah mempunyai ilmu pengetahun yang mantap dan tidak terpesong daripada ajaran islam.

1. KEJADIAN MANUSIA DARI ASPEK AGAMA ISLAM 1.1 Asal kejadian manusia menurut Al-Quran Merenung hakikat bahawa setiap kejadian itu tidak diciptakan dengan sia-sia, setiap dari manusia itu perlu mencari makna dan peranan tentang keberadaannya sebagai insan di dunia ini. Bahkan Allah yang menjadikan manusia dan Dia yang jadikan semua perkara di dunia ini. Jika Allah tidak menciptakan otak, bagaimanakah manusia boleh berfikir untuk membuat rumah, kenderaan dan lain-lain lagi. Namun, penciptaan manusia mengikut ideologi Barat amatlah bercanggah sekali. Sudah pasti fikiran manusia amatlah terhad dan amatlah jauh sekali berbeza dengan Pencipta alam ini. Didalam Al-quran telah dinyatakan bahawa Allah yang telah menciptakan manusia bermula daripada tanah dan selanjutnya dengan pembiakan sperma dan ovum sehingga menjadi manusia. Al-quran juga ada menyatakan proses penciptaan manusia melalui empat tahap. Tahaptahap tersebut adalah percampuran air mani lalu menjadi alaqah (ketulan darah) dan menjadi mudghah (ketulan daging) dan seterusnya menjadi tulang-tulang. Hal ini telah terbukti di dalam Al-quran pada surah Al-Mukminun dan bukti ini juga telah diterima oleh setiap manusia. Sebelum manusia ditugaskan untuk menjadi khalifah, manusia telah diberikan beberapa keistimewaan oleh Allah. Keistimewaan tersebut juga telah dinyatakan dalam Al-quran dimana manusia telah diangkat darjatnya disisi Allah. Oleh itu, kita sebagai manusia yang beriman pada agama Islam haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab agar tidak dipandang hina oleh masyarakat dan kita haruslah melaksanakan segala perintah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada kita. 1.2 Kejadian manusia dalam rahim Proses kejadian manusia dalam rahim ibu bermula dengan persenyawaan antara ovum dan sperma. Persenyawaan adalah proses penembusan sperma ke dalam ovum. Selepas sperma masuk ke dalam ovum, nukleus sperma dan nukleus ovum bersatu untuk membentuk zigot. Zigot adalah peringkat terawal dalam pembentukan embrio. Pada ketika ini, zigot yang sedang 3

berkembang mempunyai bilangan kromosom yang lengkap. Separuh disumbangkan oleh sperma dan separih lagi disumbangkan oleh ovum. Pergantungan fetus yang sedang berkembang kepada uterus dinamakan sebagai penempelan. Embrio menempel dengan merembeskan sejenis enzim untuk memecahkan sel-sel uterus untuk mengorek kepada dinding uterus ibu. Sel-sel uterus ibu membesar dan mengelilingi embrio tersebut. Selepas itu, salur darah ibu bersatu dengan embrio untuk membekalkan makanan kepada embrio. Penempelan berlaku pada masa-masa yang berbeza dalam pelbagai spesies haiwan. Matlamat utamanya adalah untuk membekalkan makanan atau membuang bahan-bahan kumuh. Dalam manusia ia berlaku enam atau tujuh hari selepas persenyawaan.

Fasa Nutfah ke Alaqah

“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan) oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (Ayat 2 Surah Al-Insan)

Untuk menjelaskan ayat kedua didalam Surah Al-Insan diatas, perkataan ‘nutfa’ di sini menunjukkan mu’jizat Al-quran. Nutfa dalam bahasa Arab bermaksud setitis air yang kecil, dan di dalam ayat ini dijelaskan sebagai ‘‫’امشاج‬, yang bermaksud bentuknya mengandungi campuran yang digabungkan. Ini sesuai dengan penemuan saintifik kerana zigot berbentuk tetesan dan mengandungi campuran kromosom lelaki dan kromosom perempuan.

4

Fasa Alaqah ke Mudgha

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah.” (Ayat 12 Surah Al-Mukminun)

“Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (Ayat 14 Surah Al-Mukminun)

Dalam ayat 14 perkataan

mempunyai tiga maksud iaitu ‘alaqah sebagai binatang

pacat atau sesuatu yang bergantung ataupun darah beku. Peringkat alaqah bermula pada hari yang ke-15 dan tamat pada hari ke-23. Selepas itu embrio secara beransur-ansur berubah kepada dinding uterus dengan uri dan kemudiannya darah terbentuk dalam salur darah berbentuk seperti 5

sebuah pulau tertutup, dan ia tidak dialirkan dalam salur darah, menyebabkan ia kelihatan seperti darah beku. Manakala dalam ayat 12 surah Al-Mukminun pula menjelaskan perkataan

yang

bermaksud ‘saripati’ iaitu bahagian yang terbaik atau paling penting dalam sesuatu benda. Maksud yang lainnya ialah ‘bahagian dariapda keseluruhan’ yang menunjukkan bahawa asal usul kejadian manusia adalah dari bahagian air mani dan bukannya semua. Salah satu makna sulalah juga ialah sesuatu yang kelihatan seperti ikan yang berekor panjang.

Rajah 1.0 Sumber: https://islampapers.wordpress.com/2013/01/19/response-to-dr-william-campbell/

Rajah 1.1 6

Sumber:https://sumberbelajar.belajar.kemdikbud.go.id/sumberbelajar/tampil/PERTUMBUHANmDAN-PERKEMBANGAN-MANUSIA-2012-/konten5.html Berdasarkan rajah-rajah diatas, jelaslah bahawa maksud alaqah yang dinyatakan dalam Al-Quran sesuai dengan hakikat embrio selepas proses penempelan pada dinding uterus (endometrium) kerana embrio tersebut kelihatan seperti pacat ketika proses menempel pada dinding uterus menerusi uri iaitu salur darah yang berbentuk pulau yang tertutup dan ini menyebabkan ia kelihatan segumpal darah beku. Fasa alaqah ini merupakan fasa kedua dalam perkembangan embrio. Terdapat satu perubahan yang cepat berlaku daripada alaqah kepada mudgha iaitu dalam masa dua hari sahaja (hari 24 hingga hari ke 26). Oleh kerana itu, Al-Quran menyatakan perubahan tersebut dengan isyarat ‘fa’ (yang bermaksud dan seterusnya) menunjukkan ia sebagai satu perkembangan yang cepat. Justeru, penggunaaan perkataan fa menunjukkan satu keajaiban yang menunjukkan fasa perkembangan embrio yang berlaku dengan cepat. Fasa mudgha bermula dengan pertumbuhan dan penambahan sel-sel yang banyak. Embrio tersebut berubah daripada fasa alaqa kepada fasa awal mudgha iaitu pada hari ke 24 hingga hari ke 26 dan ini menunjukkan masa yang singkat sekiranya dibandingkan dengan perubahan daripada nutfa kepada alaqa. Fasa ini bermula dengan kemuculan somite pada hari ke 24 atau hari ke 25 yang muncul di bahagian atas skapula embrio dan kemudian secara perlahanlahan muncul di punggung embrio. Pada hari ke 28 embrio membentuk beberapa bonggol dengan peparit antaranya dan ini menyebabkan embrio kelihatan seperti gula-gula getah yang dikunyah. Pada fasa ini, embrio berpusing dan berguling dalam rongga uterus dan fasa ini berakhir pada minggu ke 6. Fasa Mudgha ke Izhom dan Lahm Mudgha kelihatan seperti sepotong daging yang tidak mempunyai bentuk tertentu, dan kemudian selepas beberapa hari bermula fasa pembentukan, di mana beberapa organ mula terbentuk seperti mata, lidah dan bibir namun sifat-sifat yang jelas tidak muncul kecuali pada minggu yang ke 8. Kaki dan tangan juga telah muncul pada peringkat ini. Pada minggu ke 5, jantung mula berdenyut dan ketika ini embrio telah membina plasenta dan karung amniotik.

7

Plasenta mengorek ke dalam dinding uterus untuk mendapatkan oksigen, dan bahan makanan dari darah ibu.

Rajah 1.2 Ayat 12-14 Surah Al-Mukminun Sumber: https://www.slideshare.net/noraneez/proses-kejadian-manusia-30902135

Fasa Peniupan Roh Didalam Kandungan Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (‫)النطفة‬, segumpal darah (‫)العلقة‬, kemudian seketul daging (‫المضغة‬. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang

8

difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (‫ )جمع الخلق‬yang diriwayatkan oleh Imam AlBukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

‫أمه‬ ( ‫ُه في بطن‬

‫إن“أحدكم يُجمع خلق‬: ‫قال‬- ‫ وهو الصادق المصدوق‬- ‫صلى ال عليه وسلم‬

‫ ثم يبعث ال ملكا ً يؤمر بأربع كلمات ويقال‬،‫ ثم يكون مضغة مثل ذلك‬،‫َ ذلك‬

‫حدثنا رسول ال‬

‫ ثم يكون علقة مثل‬،‫أربعين يوما‬

3208 ) ‫ صحيح البخاري رقم‬.(”…‫ ثم ينفخ فيه الروح‬.‫له اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد‬:). Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208]. Berdasarkan yang disebut dalam hadis, mereka menafsirkan bahawa roh ditiup ke dalam janin pada waktu ianya berupa seketul daging, yang pada zahirnya selepas 40 hari yang ketiga. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa ulama’ yang mengeluarkan fatwa bahawa boleh menggugurkan kandungan dalam masa 4 bulan pertama dari kehamilan dengan tidak ada sebab yang dharurah. Ini kerana, pada fahaman mereka janin hidup pada peringkat ini sebagai hidupan tumbuh-tumbuhan dan belum ditiup roh sebagai manusia lagi. Fahaman ini telah tertanam dalam dengan kuatnya bagi sesetengah ulama’ sehingga ianya telah menjadi satu fahaman yang diterima dalam Syariah bahawa kejadian janin peringkat pertama melalui tiga kali 40 hari, sedangkan fahaman ini telah bercanggah dengan hakikat ilmiah (saintifik) yang muktamad dalam ilmu kejadian janin di zaman moden. Perkara tersebut menyebabkan terdapat segolongan orang Islam yang tidak mengetahui secara mendalam tentang ilmu agama telah menolak hadis-hadis yang seumpama ini. Demikian juga dengan golongan anti Islam, mereka telah menjadikan hadis-hadis seumpama ini sebagai senjata untuk menghentam Islam.

9

1.3 Penentuan Jantina Menurut Al-Quran

Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”

Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud ‘air mani lelaki’, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu ‘airnya yang sedikit’. Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara terperinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan. Teori Y dan XX Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi. 10

Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranya kromosom X

lelaki

bercantum

dengan

kromosom

X

perempuan,

maka

bayi

itu

menjadi

perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki. “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (Surah Al-Insaan 76:2) “Dialah yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah A-li’Imraan 3:6)

11

2. KEJADIAN MANUSIA DARI ASPEK FALSAFAH 2.1 Perbezaan ahli falsafah lama dan ahli falsafah baru

AHLI FALSAFAH LAMA  Plato (Ensiklopedia Funk dan Wagnalls

AHLI FALSAFAH BARU  Teori Evolusi

jilid 12)

 Diutarakan oleh Jean Baptiste Lamarck

 Idea dikemukakan adalah setiap objek dalam dunia nyata merupakan limpahan bayangan bagi suatu keadaan yang bersifat abadi

dan dipelopori kemudian oleh Charles Robert Darwin(1809-1882)  Suatu

benda(bahan)

mengalami

perubahan dari yang tidak sempurna menuju kesempurnaan

2.2 Kejadian Manusia Mengikut Ahli Falsafah Lama

Rajah 2.0 12

Sumber: https://slideplayer.info/slide/16758307/ 2.3 Kejadian Manusia Mengikut Ahli Falsafah Baru 2.3.1 Peringkat Kejadian Manusia Menurut Teori Evolusi

Rajah 2.1 Sumber: http://falsafahkejadianman.blogspot.com/ 2.3.2 Peringkat Kejadian Manusia Menurut Charles Robert Darwin

Rajah 2.2

13

Sumber: http://falsafahkejadianman.blogspot.com/ Menurut ahli falsafah baru kejadian manusia bermula dengan Australopithecus. Australopithecus ialah perkataan daripada latin, austalis selatan, Yunani yang bermaksud kerala. Australopithecus adalah genus beberapa fosil yang ditemui ternyata menunjukkan bahawa hominids memang berasal dari benua afrika. Sehingga kini para saintis mempercayai keturunan dari hominids era awal seperti keturunan spesies. Selain itu. menurut ahli falsafah baru juga peringkat kejadian manusia yang seterusnya ialah homo habilis(Latin ‘manusia kemampuan’) iaitu spesies manusia yang telah pupus dari genus hom...


Similar Free PDFs