CTU552 BAB 4 - Konsep Insan DAN Matlamat Penciptaan Manusia Menurut Agama PDF

Title CTU552 BAB 4 - Konsep Insan DAN Matlamat Penciptaan Manusia Menurut Agama
Author Firdaus Azhar
Course Islamic & Asian Civilisation
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 9
File Size 124.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 395
Total Views 812

Summary

KONSEP INSAN DAN MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT AGAMAKONSEP INSANNURFA FAILASUF: Hari ini kita pergi ke Kuliah Keempat iaitu Konsep Insan dalam Perspektif Falsafah. Bila kita lihat balik falsafah Greek silam dan falsafah Timur, mereka ini menekankan konsep keagamaan dan konsep ini telah ditelus...


Description

KONSEP INSAN DAN MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT AGAMA KONSEP INSAN NURFA FAILASUF: Hari ini kita pergi ke Kuliah Keempat iaitu Konsep Insan dalam Perspektif Falsafah. Bila kita lihat balik falsafah Greek silam dan falsafah Timur, mereka ini menekankan konsep keagamaan dan konsep ini telah ditelusuri untuk mencapai kebahagiaan ataupun kita panggil kesejahteraan hidup. Jadi Prof., Nurfa nak tanyalah, bagaimana falsafah Greek silam dan juga falsafah Timur ini menekankan konsep keagamaan lalu ia diinterpretasi kepada ‘kebahagiaan diri’. Bagaimana untuk mencapai kebahagiaan? Boleh tak Prof. terangkan.

PROF. HAZIM SHAH: Ya, memang benar bahawa dalam sejarah falsafah khususnya Falsafah Greek silam dan juga Falsafah Ketimuran ataupun oriental philosophy, sudah ada orientasi ke arah menggunakan pemikiran falsafah untuk mencari jalan dan langkah bagaimana manusia dapat mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan ini. Jadi falsafah disitu bukan hanya berperanan untuk memikirkan tentang masalah- masalah metafizikal, epistemologi dan sebagainya yang mana kecenderungan ini terdapat dalam falsafah moden masa kini, tetapi aspek-aspek kehidupan juga memainkan peranan penting dalam bidang falsafah. Dengan itu, falsafah bukanlah sesuatu yang terpisah daripada kehidupan itu sendiri kerana ia adalah relevan terhadap usaha manusia untuk mencari kebahagiaan . Selain itu, jika kita lihat daripada sudut Falsafah Greek, falsafah dianggap sebagai kecintaan terhadap hikmah. Hikmah ini atau wisdom berkait rapat dengan cara kehidupan manusia kerana kalau kita mempunyai hikmah sudah tentu ini akan membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih bermakna. Bagaimanakah peranan falsafah atau bagaimanakah falsafah itu boleh memainkan peranan dalam usaha manusia untuk mencari kebahagiaan atau kesejahteraan itu. Ada berbagai cara dimana kaitan itu kita dapat lihat. Pertama, dalam konsep insan itu sendiri seperti yang dilihat dalam sejarah falsafah. Apakah yang dimaksudkan dengan insan dan apakah sifat insan itu sendiri? Kefahaman tentang sifat insan itu sudah tentu dapat membantu kita ke arah mencari kesempurnaan dalam kehidupan dan juga mencari apakah sifat-sifat insan yang mulia dan insan-insan yang sempurna dan sejahtera. Dengan adanya pengetahuan seperti ini, akan membantu atau membimbing kita kearah menghadapi atau menjalani hidup yang lebih bermakna kerana berpandukan kepada konsep insan seperti yang telah difikirkan oleh ahliahli falsafah. Seperti yang dikatakan oleh Socrates misalnya, satu petikan dari Socrates, the unexamined life is not worth living. Bermaksud bahawa kehidupan ini jika tidak direnungi dan jika kita tidak mencari apakah makna yang sebenar akan kehidupan itu dan kita tidak menyoal akan tabiat-tabiat yang biasa kita punyai dan tidak ada usaha untuk membetulkan keadaan yang silap dalam apa yang kita amalkan, maka sudah tentulah kita tidak akan dapat mencapai kebahagiaan. Jadi tumpuan kepada aspek kemanusiaan dalam falsafah adalah satu cara dimana kebahagiaan itu boleh dicapai. Tidak lupa juga seperti yang saya katakan tadi konsep kesejahteraan itu bukan sahaja terdapat dalam Falsafah Barat seperti dalam Falsafah Greek, tetapi juga dalam Falsafah Timur ataupun oriental philosophy seperti yang terdapat dalam Falsafah Islam, Falsafah India dan juga

Falsafah Cina. Malahan, ada pengkaji-pengkaji yang menganggap bahawa Falsafah India dan Falsafah Cina, ciri yang utamanya ialah untuk mencari kebahagiaan menggunakan pemikiran falsafah sebagai satu cara atau wahana utuk mencapai kebahagiaan. Ini dimungkinkan oleh adanya hakikat bahawa dalam tamadun Asia dan tamadun Islam, falsafah itu tidak dipisahkan dari keagamaan. Jadi misalnya kalau kita membincangkan tentang Chinese Philosophy atau Indian Philosophy. Kita tidak boleh memisahkannya dari Chinese Religious Philosophy ataupun Indian Philosophy dan kita tahu bahawa dalam pemikiran kegamaan yang menjadi perkara pokoknya ialah hubungan manusia dengan tuhan dan hubungan manusia dengan alam. Kefahaman tentang perkara tersebut demi untuk mencapai satu kesejahteraan dalam kehidupan manusia dengan adanya hubungan yang betul antara manusia dan tuhan dan ataupun penciptanya dan juga hubungan yang betul antara manusia dan alam dan juga hubungan antara manusia sesama manusia. Jadi ini semua dapat dijelaskan melalui pemikiran falsafah dimana pemikiran falsafah itu bersifat lebih conceptual, systematic dan analytical. Ini dapat diaplikasikan kepada idea-idea tentang kemanusiaan ketuhanan dan alam sekitar seperti yang terdapat dalam fahaman keagamaan dan dirumus kembali dalam bentuk falsafah supaya dibentangkan secara jelas secara konseptualnya bagi membimbing manusia untuk menjalani kehidupan dengan lebih teratur bermakna dan bermanfaat kepada semua pihak. Kalau kita lihat juga ini adalah suatu jalan yang baik dalam orientasi falsafah kerana ia menjadikan falsafah itu relevan terhadap kehidupan manusia dan bukannya suatu bidang yang bersifat intelektual atau akademik sahaja yang tidak mempunyai nilai bagi menimbulkan suatu keadaan yang lebih baik bagi kehidupan manusia kearah mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan.

KONSEP INSAN MENURUT TAMADUN BARAT

NURFA FAILASUF: Terima kasih Prof., kerana dapat memberikan jawapan yang menarik. Baik Prof. Nurfa nak tanyalah bagaimana konsep insan ini daripada perspektif tamadun Barat, tamadun Asia juga tamadun Islam? Boleh tak Prof. tolong jelaskan?

PROF. HAZIM SHAH: Baik. Jadi soalannya ialah mengenai apakah konsep insan dan kemanusiaan didalam tamadun-tamadun seperti tamadun Barat, tamadun Islam dan tamadun Asia. Memang betul bahawa pemikiran tentang insan dan kemanusiaan itu terdapat dalam pelbagai aliran falsafah yang dikaitkan dengan tamadun-tamadun yang tertentu. Jadi saya mulakan dengan konsep insan dalam tamadun Barat. Apakah konsep insan dalam tamadun Barat? Baik, saya merujuk kepada pemikiran ahli Falsafah Greek yang masyhur iaitu Aristotle. Dimana beliau menganggap bahawa manusia itu mempunyai ciri atau sifat utamanya iaitu pemikirannya yang rasional ataupun akal fikiran yang rasional. Jadi, disebut disitu bahawa mengikut Aristotle dalam Bahasa Inggeris, man is a rational animal. Manusia adalah insan ataupun kejadian yang berfikir. Manusia adalah kehidupan yang berfikir. Man is a rational being; a man is a rational animal. Jadi, pemikiran rasional menjadi ciri utama kemanusiaan ataupun seseorang insan itu. Ini membezakannya dari haiwan atau umpamanya ataupun daripada alam jasad yang tidak bernyawa. Kebolehan berfikir secara

rasional ini dikatakan suatu keistimewaan yang dipunyai oleh manusia yang tidak dipunyai oleh kewujudan-kewujudan yang lain. Ini dikritik oleh sesetengah pihak dalam kalangan ahli Falsafah Barat itu sendiri, dimana mereka melihat ini sebagai suatu penumpuan yang agak berat sebelah terhadap sifat intelektual manusia iaitu apa yang dikatakan Logosentrisme. Logosentrisme itu bermaksud berpusatkan kepada akal fikiran yang bersifat rasional dan intelektual semata-mata. Apakah yang boleh kita kontrakan dengan konsepsi man is a rational being. Ini kita boleh kontrakan dengan konsep yang ditimbulkan oleh seorang lagi ahli falsafah Barat Friedrich Nietzsche, seorang ahli falsafah Jerman.

Bagi Nietzsche beliau mengatakan bahawa, yang menarik tentang konsep insan atau kemanusiaan ini bukannya seperti yang dinyatakan oleh Aristotle yang bersifat logosentrik. Tetapi yang menariknya adalah cerita-cerita ataupun sastera yang terdapat dalam sastera Greek silam atau Greek kuno dimana aspek-aspek kemanusiaan yang berteraskan bukan kepada akal fikiran yang rasional tetapi berteraskan kepada emosi manusia yang mungkin tidak bersifat rasional. Jadi, Nietzsche mengatakan bahawa “Greek literature is interesting because it presents a different side of man. It gives us a picture of the dark side of humanity”. Jadi disitu kita lihat bahawa konsep manusia sebagai insan yang berfikir itu dicabar oleh Nietzsche dan juga oleh ahli-ahli falsafah golongan Counter- Enlightenment yang mencabar konsep man as a rational being and man as having to adopt a scientific approach to life yang dianjurkan oleh golongan Counter-Enlightenment. Pada abad ke-18 dan ke 19 golongan Counter-Enlightenment menekankan aspek-aspek emosi dan intuitif dalam kehidupan dan dalam sifat insan itu sendiri. Jadi kita lihat disini bahawa apa yang ingin saya sampaikan ialah konsep insan dalam falsafah Barat itu bukan sesuatu yang bersifat sealiran ataupun monolitik tetapi didalam falsafah Barat juga terdapat kepelbagaian mengenai konsep insan dan ini tidak termasuk lagi didalam kalau dilihat dari sudut falsafah Barat, Zaman Pertengahan dimana konsep manusia itu banyak dipengaruhi oleh fahaman agama khususnya agama Kristian dan disitu konsep manusia itu sebagai makhluk tuhan dan sebagai ciptaan tuhan yang seharusnya patuh kepada hukum-hukum tuhan itu ditekankan di dalam perspektif keagamaan dalam menghuraikan akan konsep dan sifat kemanusiaannya itu. Jadi kita lihat terdapat pelbagai aliran mengenai konsep insan itu didalam falsafah barat itu. Ini tidak termasuk lagi kalau kita lihat dari sudut falsafah moden umpamanya fahaman Existentialisme yang dibawa oleh ahli-ahli fasafah seperti Jean Paul Sarte dan sebagainya yang menganggap bahawa manusia itu dilahirkan tanpa apa-apa panduan dalam hidup, tanpa apa- apa sifat kerohanian yang bersifat semula jadi ataupun sudah sedia ada secara essential tetapi dianggap bahawa manusia itu dilahirkan ke muka bumi ini dalam keadaan yang tidak mempunyai apa- apa sandaran ataupun dalam bahasa mudahnya manusia yang bogel iaitu tidak ada apa-apa panduan dalam hidup. Tugas manusia apabila berada didunia ini ialah untuk mencari makna dalam kehidupannya sendiri. Jadi ini adalah satu fahaman yang boleh dikatakan bersifat existentialist dan juga post-modernist. Jadi disitu apa yang saya huraikan disini ialah hanya kalau kita lihat hanya tumpukan hanya pada satu tamadun sahaja iaitu tamadun Barat, sudah terlihat akan kepelbagaian itu. Jadi konsep manusia atau insan bukanlah semudah yang mungkin kita fikirkan dimana kita anggap mungkin didalam tamadun Barat ada fahaman A, kemudian tamadun Timur ada fahaman B.

Tetapi sebaliknya yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam sesuatu tamadun itu juga terdapat kepelbagaian dalam konsep insan mereka dalam erti kata lain mereka mempunyai perbezaan pendapat dalam konsep insan itu sendiri.

KONSEP INSAN MENURUT TAMADUN ISLAM Baik yang kedua, konsep insan dalam tamadun Islam. Apakah konsep Islam ataupun fahaman Islam mengenai konsep insan? Oleh kerana Islam adalah suatu agama, maka falsafah yang berteraskan kepada fahaman Islam itu mestilah berlandaskan kepada ajaran agama Islam itu sendiri dan kepercayaan dalam agama Islam. Disini kita lihat bahawa agama Islam mementingkan konsep ketuhanan dalam memahami tentang kehidupan ini. Insan itu atau manusia itu tidak boleh dipisahkan dengan hubungannya dengan Tuhan. Jadi, untuk memahami konsep insan dan kemanusiaan kita mesti memahami konsep ketuhanan terlebih dahulu dan memahami apakah hubungan manusia dan Tuhan. Konsep insan didalam agama Islam menekankan bahawa kita tidak boleh meleraikan hubungan diantara manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam dan jadikan konsep insan itu sebagai sesuatu yang berdiri sendiri itu harus difahami. Jadi kalau lihat dari sudut itu, kita akan faham bahawa dalam Islam manusia itu adalah hamba kepada tuhan; man is a servant of God dan konsep hamba itu bermaksud ataupun membawakan konotasi bahawa ianya tidak bebas kerana hubungan diantara hamba dan Tuhannya adalah suatu hubungan yang boleh kita katakan sebagai berat sebelah dalam erti kata bahawa manusia harus patuh kepada tuannya iaitu Tuhan. Jadi sebagai hamba dia tidak boleh melanggar peraturan yang telah ditentukan oleh tuannya. Sebagai hamba dia mesti mengikut apakah yang telah ditentukan ataupun apakah hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Tuhan. Ini adalah konsep manusia sebagai hamba Tuhan; man is a servant of God. Satu lagi konsep yang terdapat dalam fahaman Islam ialah manusia ialah khalifah Tuhan di muka bumi ini. Jadi sebagai khalifah dia cuma berfungsi dan berperanan sebagai wakil Tuhan dimana Tuhan itu adalah tuannya dan dia cuma menjalankan amanah dimuka bumi ini dengan memikul tanggungjawab sebagai pemegang amanah tidak lebih dari itu. Bermaksud bahawa dia tidak boleh bertindak ke atas alam tabi’i ini dengan sesuka hatinya ataupun sewenangwenangnya kerana sebagai pemegang- pemegang amanah dia harus akur akan apakah yang dikehendaki oleh Tuhan untuk manusia itu lakukan dimuka bumi ini. Jadi terdapat kekangankekangan yang jelas dalam peranan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi ini. Contohnya tentang bagaimana manusia itu harus bertindak terhadap alam sekitar. Jadi di sini sebagai wakil Tuhan dimuka bumi, dia haruslah menjaga alam sekitar itu kerana alam sekitar itu cuma sesuatu yang dipinjamkan ataupun yang diamanahkan kepada manusia bagi kegunaan dan kepentingan manusia tetapi manusia tidak mempunyai hak yang mutlak terhadap alam itu kerana dia cuma sebagai ejen Tuhan sebagai pemegang amanah. Jika Tuhan menanggap alam itu haruslah dihormati ataupun diperlakukan dengan secara yang baik dan tidak melampaui batas. Maka manusia tidak harus melanggar peraturan itu iaitu dia tidak boleh melampaui batas tetapi apa yang terdapat sekarang ini adalah manusia telah melampaui batas dengan bertindak ke atas alam itu dengan secara agresif sekali untuk memenuhi keperluan dan juga nafsunya terhadap kehidupan yang kononnya lebih selesa dan sebagainya kearah menggunakan sumber-sumber alam dengan secara tidak bertanggungjawab kadangkala hingga menimbulkan masalah-masalah seperti masalah alam sekitar dan

sebagainya. Jadi itu timbul kerana manusia tidak memainkan peranannya sebagai insan dalam konsep Islam yang mana ianya cuma sebagai khalifah ataupun pemegang amanah. KONSEP INSAN MENURUT TAMADUN INDIA Baik seterusnya konsep insan didalam tamadun Asia. Disini saya ambil secara ringkas dua tamadun iaitu tamadun India dan tamadun Cina. Bagi tamadun India, kita lihat bagaimana manusia itu dilihat dari perspektif keagamaan iaitu agama Hindu. Dalam agama Hindu, manusia itu dianggap sebagai suatu kejadian yang mempunyai roh ataupun disebut sebagai Atman dalam fahaman Hindu dimana idealnya ialah untuk Atman (individual soul) itu bergabung dengan Brahman mungkin boleh dianggap sebagai alam ketuhanan ataupun the divine. Juga terdapat konsep kefahaman kelahiran semula didalam fahaman Hinduisme dimana bentuk dan sifat dimana manusia itu dilahirkan semula bergantung kepada apa yang dilakukannya di muka bumi ini dalam kehidupannya sekarang ini. Jadi jika dia melakukan kebaikan dalam hidupnya pada masa kehidupan yang ada sekarang ini, maka dia akan mendapat balasan yang baik dan akan dilahirkan semula dalam bentuk yang lebih baik. Sekiranya ia melakukan kejahatan, maka dia kan dilahirkan dalam bentuk yang lebih rendah martabatnya daripada manusia seperti haiwan dan sebagainya. Jadi ini konsep insan yang mempunyai unsur metafizika dan juga etika. Metafizikal dalam erti kata ia menganjurkan konsep kelahiran semula atau rebirth dan etika dalam erti kata bahawa ia menganjurkan tentang apakah tindakan yang akan dilakukan oleh manusia untuk mencapai darjat yang lebih tinggi iaitu untuk mencari kesejahteraan didalam hidupnya. Satu lagi fahaman yang boleh kita kaitkan dengan tamadun India ataupun, dalam kes ini merentasi batas India dan Cina iaitu fahaman Budhisme. Menariknya tentang fahaman Budhisme ini ialah ianya satu-satunya agama yang tidak mempunyai kosep ketuhanan dan juga konsep insannya agak berbeza sedikit kerana ia menganggap bahawa konsep self atau diri itu ataupun ‘aku’ itu tidak wujud ataupun diri manusia itu sebagai sesuatu yang kekal yang berasingan mempunyai identiti yang berasingan dan ‘kekal’ itu ditolak dalam fahaman Buddhisme. Buddhisme juga mempunyai konsep bahawa kehidupan ini adalah kesengsaraan dan penderitaan. Jadi mungkin dianggap dalam sesetengah pihak sebagai satu pandangan yang agak pesimistik tetapi bagi fahaman Buddhisme ini adalah realiti kehidupan iaitu manusia itu akan sentiasa menghadapi penderitaan dan kesengsaraan dan ini adalah keadaan semula jadi kehidupan manusia tetapi ini tidak bermakna bahawa manusia tidak boleh berbuat apa-apa untuk memperbaiki keadaan ini manusia juga boleh melakukan sesuatu untuk membebaskan ataupun melepaskan dirinya daripada ikatan penderitaan dan kesengsaraan. Bagaimana caranya? Iaitu dengan menghadapi ataupun memahami apakah realiti sebenar kehidupan ini yang berlaku ataupun bertindak mengikut realiti itu. Apa yang dimaksudkan dengan konsep ini iaitu bagi seseorang penganut agama Buddha, mereka menganggap tidak ada suatu agama kekal dalam dunia ini, everything is in a state of impermanence or a state of flux. Semuanya akan berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, tidak ada yang kekal. Jadi, apabila manusia bergantung ataupun mempunyai kecintaan yang berlebihan terhadap sesuatu itu, sedangkan sesuatu itu tidak kekal, maka sudah tentulah apabila keadaannya berubah ataupun sesuatu yang mana dia mengharapkan kasih-sayang ataupun mengharapkan kebaikan darinya itu berubah, maka ia akan mengalami suatu keadaan kesengsaraan ataupun penderitaan. Jadi bagi fahaman Buddhis untuk mengelak dari kesengsaraan, seseorang itu tidak harus mempunyai pergantungan atau attachment terhadap dunia ini, terhadap kebendaan atau material, manusia, pangkat, kekayaan dan sebagainya

kerana semua ini tidak kekal. Kebergantungan kepada sesuatu yang tidak kekal akan membawa kepada kesengsaraan.

Ada juga prinsip-prinsip etika lain seperti yang terdapat dalam eight fold path dan sebagainya untuk membebaskan manusia dari kesengsaraan. Pembebasan disini yang dimaksudkan ialah pembebasan dalam setiap kelahiran semula. Selagi manusia itu tidak mencapai kesempuranan dia tidak akan mencapai nirvana iaitu paling tinggi yang tidak akan ada lagi kesengsaraan. Selagi manusia itu tidak mencapai nirvana, ia akan dilahirkan semula dan akan mengalami semula kitaran kesengsaraan. Jadi, tujuan kehidupan ialah untuk mencapai kepada taraf atau peringkat nirvana itu.

KONSEP INSAN MENURUT TAMADUN CHINA Baik kita beralih kepada fahaman falsafah Cina mengenai insan dan dalam hal ini ada dua aliran utama dalam falsafah Cina iaitu aliran Konfusianisme (Confucianism) yang pertama dan kedua aliran Taoisme. Dalam fahaman Konfusianisme ianya bukanlah sesuatu yang bersifat keagamaan kerana Confucius sendiri menganggap bahawa idea-ideanya adalah hasil dari pemikirannya yang rasional dan bukannya bersifat wahyu dan kebanyakan idea-idea ini adalah berkaitan dengan prinsip-prinsip etika yang harus diikuti untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan manusia jadi disini umpamanya antara prinsip-prinsip tersebut ialah penghormatan ataupun rasa hormat yang harus diberikan oleh anak-anak kepada ibubapa mereka. Anak-anak tidak harus melawan ibubapa ataupun menyakiti ibubapa tetapi sebaliknya membahagiakan ibubapa dan berkhidmat untuk ibubapa. Jadi ini satu idea didalam fahaman Konfusianisme dan juga tentang bagaimana untuk mentadbir masyarakat dengan secara adil saksama dan membawa kepada kebahagiaan masyarakat manusia. Ini juga tumpuan Konfusianisme. Satu lagi fahaman yang dikaitkan dengan falsafah cina ialah fahaman Taoisme. Apakah fahaman ataupun peranan Taoisme terhadap konsep insan ataupun apakah yang dilihat sebagai manusia ataupun ciri-ciri manusia itu mengikut fahaman Taoisme. Dalam hal ini kita harus faham bahawa manusia itu haruslah dilihat dalam konteks hubungannya dengan apa yang disebut sebagai tao dalam fahaman Taoisme dimana tao ini adalah sesuatu tidak boleh dilihat ataupun disamakan dengan apa- apa kewujudan yang ada dan tidak boleh dberikan satu gambaran yang jelas; the concept Tao is something that is indefinable and ineffable. Tetapi tao memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia dan manusia haruslah mempunyai hubungan yang betul dengan tao ini. Dan keduanya ialah manusia itu haruslah dilihat dalam konteks hubungannya dengan alam sekitar ataupun kadangkala disebut sebagai mother nature. Jadi konsepsi alam sekitar itu adalah sesuatu yang dikaitkan dengan sifat feminin iaitu mother nature dan manusia dianjurkan supaya bertindak bukan secara bertentangan dengan alam bukannya melaku...


Similar Free PDFs