Tajuk 4 Konsep Insan PDF

Title Tajuk 4 Konsep Insan
Author Mohammad Mahyuddin Khalid
Pages 55
File Size 723.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 423
Total Views 569

Summary

Tajuk 4 Konsep Insan Mohammad Mahyuddin Khalid 2 Konsep Insan Asal-usul manusia Hasil Pembelajaran Kandungan Hakikat Insan dan Keinsanan Menurut • Menjelaskan kefahaman mengenai Pelbagai Perspektif Agama asal-usul Insan dan keinsanan. dan Kepercayaan • Menjelaskan hakikat dan sifat Insan • Menghurai...


Description

Tajuk 4 Konsep Insan

Mohammad Mahyuddin Khalid

Konsep Insan

Kandungan

2

Asal-usul manusia Hakikat Insan dan Keinsanan Menurut Pelbagai Perspektif Agama dan Kepercayaan Pembinaan Insan Sejahtera Kedudukan Manusia Dalam al-Quran Cabaran Insan Sejahtera

Hasil Pembelajaran • Menjelaskan kefahaman mengenai asal-usul Insan dan keinsanan. • Menjelaskan hakikat dan sifat Insan • Menghuraikan konsep Insan Sejahtera melalui Perlembagaan Insan JERI • Menganalisis Konsep Insan Sejahtera dalam mendepani cabaran-cabaran kemanusiaan.

Mohammad Mahyuddin Khalid

3

Insan Dari Sudut Etimologi • Istilah al-insan dari sudut etimologi bermaksud harmoni, lemah lembut, tampak atau pelupa. • Al-Quran menyebut manusia dengan istilah yang pelbagai. > Istilah basyar 35 kali dalam bentuk mufrad dan sekali dalam bentuk muthanna. > Istilah al-ins18 kali. > Istilah al-insan 65 kali. > Istilah an-nas 240 kali > Bani Adam 7 kali. > Zuriyah Adam 1 kali.

• Istilah al-insan digunakan dalam al-Quran untuk menunjuk kepada manusia dengan jiwa dan raganya.

Mohammad Mahyuddin Khalid

4



an-Nisa’: 1 • “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

5

Manusia dari Sudut Etimologi • Istilah manusia berasal dari perkataan manu dari bahasa Sanskrit serta mens dalam bahasa Latin yang bermaksud berfikir, berakal budi atau makhluk yang berakal budi (mampu menguasai makhluk lain).

Mohammad Mahyuddin Khalid

6

Dari Sudut Terminologi • Dari sudut istilah: > Manusia sebagai konsep, fakta, gagasan realiti, kelompok (genus) atau seorang individu.

• Menurut Kamus Dewan > Manusia sebagai makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang.

• Manusia membawa maksud homo makhluk yang mempunyai budi. • Manusia adalah animal rational, yang membawa maksud binatang yang berfikir.

Mohammad Mahyuddin Khalid

7

Manusia dari Perspektif Ahli Falsafah Socrates

Manusia adalah makhluk hidup berkaki dua yang tidak berbulu dengan kuku datar dan lebar

Adam Smith

Manusia sebagai makhluk sosial (manusia perlukan manusia lain untuk berinteraksi)

Erbe Sentanu Manusia adalah makhluk sempurna yang diciptakan olehNya

Mohammad Mahyuddin Khalid

Manusia Menurut Konteks Ilmu Pengetahuan Teori psiko-analisis

Teori behaviorisme

Teori kognitif dan biologi

• Manusia sebagai homo volans (makhluk berkeinginan). • Manusia juga adalah makhluk yang memiliki perilaku interaksi antara komponen biologi, psikologi, dan sosial • Di dalam diri manusia terdapat unsur hidupan (alhayawan), rasional (akal), dan moral (nilai).

• Manusia sebagai homo mechanicus (makhluk mesin). • Menurut aliran ini segala tingkah laku manusia terbentuk sebagai hasil proses pembelajaran terhadap lingkungannya.

• Manusia sebagai homo sapiens (manusia berfikir) iaitu spesies primata mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi.

8

9

Hakikat Kejadian Insan

Fizikal – biologi/jasad

Manusia Spiritual – roh

Mohammad Mahyuddin Khalid

10

Elemen Utama dalam diri Manusia • Manusia terdiri dari 3 komponen yang menyusun kehidupannya iaitu:

Hati Akal Nafsu

Mohammad Mahyuddin Khalid

11

Teori Kejadian Manusia • Terdapat berbagai teori berkaitan kejadian manusia. • Kepelbagaian teori tersebut adalah kesan daripada perbezaan epistemologi (falsafah ilmu) yang mendasari teori tersebut. • Oleh kerana itu, wujud perbahasan berkaitan asal-usul manusia dan ke mana manusia selepas kematian. • Ahli falsafah klasik Yunani dan Barat mengemukakan teori kejadian manusia dengan merujuk kepada dua sumber ilmu, iaitu: > akal > pancaindera

• Manakala teori kejadian manusia menurut Islam adalah merujuk kepada sumber tertinggi ilmu menurut epistemologi Islam iaitu: > al-Quran > sunnah Nabi Muhammad

Mohammad Mahyuddin Khalid

12

Hakikat Kejadian Manusia menurut Islam • Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Adam a.s. • Daripada Adam, Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini. • Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s iaitu dari air, tanah (at-turab), dari pati tanah (at-tin), dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib), dari tanah yang panas dan berbau (hama'in masnun), dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar) dan meniupkan roh. • Firman Allah S.W.T: al-Hijr: 26 • "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya."

Mohammad Mahyuddin Khalid

13

Hakikat Kejadian Manusia menurut al-Quran al-Mu’minun:12-14 • “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; • Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; • Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” Mohammad Mahyuddin Khalid

14

Proses Kejadian Manusia menurut al-Quran

Nutfah Bermula selepas persenyawaan Percantuman sel sperma dan ovum

Alaqah Sel yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin)

Mohammad Mahyuddin Khalid

Mudghah Tahap ‘organogenesis’ Darah beku bertukar menjadi seketul daging. Otak, saraf tunjang dan anggota lain mulai terbina beserta sistem pernafasan dan degupan jantung.

15

Proses Kejadian Manusia menurut al-Quran Izham dan lahm Peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot Apabila tulang-tulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut Darah mulai mengalir dan membentuk sistem pernafasan

Khalqan akhar Penyempurnaan organ yang lebih kompleks seperti perut, usus, hati, kaki, tangan, buah pinggang

Mohammad Mahyuddin Khalid

Nafkhur ruh Peringkat peniupan roh Ulama bersepakat peniupan roh ini berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh

16

Kejadian Manusia menurut Sains • Ahli falsafah dan sains, apabila memberikan pendapat mengenai sesuatu, cenderung untuk percaya kepada apa yang dapat dikaji dan dilihat. • Inilah epistemologi keilmuan dan sains yang menjadi tonggak kepada setiap pemikiran dan tingkah laku mereka. • Manusia dari perspektif sains terjadi melalui proses evolusi yang bermula dengan satu sel. • Manusia bermula daripada proses percantuman sperma dan ovum lalu menjadi zigot, embrio, fetus dan bayi. • Sains tidak mengiktiraf elemen roh kerana tidak dapat dilihat dan dikaji.

Mohammad Mahyuddin Khalid

17



18

Proses Kejadian Manusia Menurut Sains Tahap Pre-embrionik • Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim • Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.

Tahap Embrionik • Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. • Pada masa ini bayi disebut sebagai embrio. • Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

Mohammad Mahyuddin Khalid

Tahap Fetus • Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai fetus. • Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. • Ciri khusus tahap ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. • Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3cm, kesemua organnya telah nampak. • Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.

19

Hakikat Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Kristian • Kitab Injil / Bible iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan ialah daripada debu tanah. > "then the lord God formed man from the dust of the ground....“ Genesis (2:7)

• Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir. > Adam Pertama disebutkan sebagai "Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya.

• Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati. • Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa dan dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan oleh Adam. • Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut. • Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya. Mohammad Mahyuddin Khalid

20

Hakikat Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Buddha • Proses kejadian manusia menurut pandangan agama Buddha berlaku melalui proses yang lama. • Proses ini juga melalui beberapa evolusi. • Proses evolusi ini mirip dengan Teori Evolusi Darwin tetapi mempunyai beberapa perbezaan. • Jasad timbul dan berkembang kerana 4 sebab: > Jasad muncul kerana kamma sebagai penyebab; disebut kammajarupa > Jasad muncul kerana citta sebagai penyebab; disebut cittajarupa > Jasad muncul kerana utu iaitu haba sebagai penyebab; disebut utujarupa > Jasad muncul kerana ahara iaitu makanan sebagai penyebab; disebut aharajarupa Mohammad Mahyuddin Khalid

21

Hakikat Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Hindu • Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri. • Manu maknanya berfikir. > Dari akar kata manu timbul kata manusia yang bermaksud keturunan manu.

• Selanjutnya, setelah manusia pertama tercipta atas kehendak Tuhan, maka manusia itu sendirilah yang berkembang. • Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan. • Agama Hindu juga mengajar penganutnya tentang kelahiran semula. > Kelahiran semula diyakini sebahagian dari proses Hukum Karma.

• Seseorang yang masih sangat terikat dengan kehidupan keduniaan akan lahir kembali dan akan menjelma ke dunia ini sehingga dirinya terbebas dari ikatan karma dan mendapat kebebasan yang disebut dengan Moksha Mohammad Mahyuddin Khalid

22

Hakikat Kejadian Manusia Dari Perspektif Konfusianisme • Ajaran yang di bawa oleh Kong Zi /Confucius bukanlah ajaran agama. • Beliau telah menyebarkan ajaran yang lebih menjurus kepada soal kehidupan sosial manusia sesama manusia. • Beliau juga tidak pernah mengkaji mengenai kematian atau sebarang perkara yang melibatkan kematian atau ilmu ghaib.

Mohammad Mahyuddin Khalid

23

Matlamat Penciptaan Insan Penciptaan Insan

Pandangan Islam

Hamba

Khalifah

Pandangan lain

Barat

Hindu

Konfusianisme

Mohammad Mahyuddin Khalid

24

Manusia menurut Pandangan Islam • Manusia menurut pandangan Islam adalah makhluk yang paling mulia • Diciptakan oleh Allah s.w.t dan diturunkan ke muka bumi untuk: > melaksanakan ibadat dan > berkhidmat kepada Allah s.w.t dan

• Mereka akan kembali menemui Tuhan mereka setelah mati • Manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah yang mesti dipikul iaitu melakukan kebaikan di muka bumi ini untuk mendapat balasan yang baik di akhirat. • Penciptaan manusia diperjelaskan dengan mantap melalui Al-Quran dan begitu juga tanggungjawab yang perlu dilakukannya Mohammad Mahyuddin Khalid

25

Manusia sebagai Hamba dan Khalifah Firman Allah SWT:

al-Zariyat: 56 • “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” al-Baqarah : 30 • “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"

Mohammad Mahyuddin Khalid

Patuh kepada segala suruhan

Peranan Hamba Allah

26

Memakmurkan bumi

Peranan Khalifah

27

28

Matlamat Penciptaan Manusia mengikut Barat/Kristian

• Dosa warisan (inherited sins) adalah dosa yang dilakukan oleh Adam dan menyebabkan terputusnya hubungan manusia dengan Tuhan. • Jiwa manusia adalah bersih suci sehinggalah berlakunya dosa warisan dan meletakkan manusia berada dalam kematian yang tidak baik. • Sebagai orang buangan untuk menebus dosa melalui derita • “Kerana engkau mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari buah pohon, yang telah Kuperintahkan kepadamu: Jangan makan daripadanya, maka terkutuklah tanah kerana engkau; dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu” (Genesis 3:17) Mohammad Mahyuddin Khalid

29

• Bible menyuruh supaya manusia tidak dikuasai oleh hawa nafsu • “Sebab itu hendaklah dosa jangan berkuasa lagi di dalam tubuhmu yang fana, supaya kamu jangan lagi menuruti keinginannya” (Romans 6:12). • Kebencian dan kebodohan juga dikecam dalam Bible. Ada lebih 71 pepatah yang membahas “orang bodoh,” dan tidak satupun darinya bernada positif. Kebencian juga merupakan keadaan yang negatif. • “Kebencian menimbulkan pertengkaran, tetapi kasih menutupi segala pelanggaran” (Acts 10:12).

Mohammad Mahyuddin Khalid

30

Tujuan Penciptaan Manusia mengikut Hindu • Pada pandangan agama Hindu, manusia hidup di dunia sentiasa berusaha mencari kemewahan dan keseronokan (Artha dan Kama- wealth and pleasure). • Manusia seharusnya sedar bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab atau Dharma (duty or obligation) dan sekiranya manusia tidak melaksanakan tanggungjawab mereka maka mereka tidak akan dapat melepaskan diri daripada kesengsaraan terperangkap dengan ketidaksempurnaan hidup di dunia. • Matlamat kehidupan manusia menurut ajaran Hindu adalah untuk mencapai Moksha. • Kesempurnaan atau Mokhsa (enlightenment) hanya dapat dicapai melalui manusia melakukan kebaikan di dunia ini kerana mereka akan hidup lagi pada dasa warsa yang akan datang (re-incarnation) • Agama Hindu juga menekankan sifat “ketuhanan” yang wujud dalam setiap diri manusia dan lantaran kerana itu sifat ketuhanan ini menjelaskan kenapa agama Hindu menganggap manusia sendiri bersifat abadi dan tidak musnah. Mohammad Mahyuddin Khalid

31

Tujuan Penciptaan Manusia mengikut Buddha • Manusia pada pandangan agama Buddha hidup berasaskan Karma atau ketentuan. • Bagaimanapun ketentuan ini tidak dianggap sebagai “preordained fate” atau ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali. • Karma merujuk kepada perbuatan manusia sama ada baik atau buruk ketika hidupnya. • Matlamat kehidupan manusia menurut ajaran Buddha adalah untuk mencapai Nirvana iaitu tercapainya suatu kebahagiaan, baik kebahagiaan yang bersifat duniawi iaitu memadamkan nafsu, kebodohan dan kebencian. Mohammad Mahyuddin Khalid

32

Tujuan Penciptaan Manusia mengikut Konfusianisme • Ajaran konfusianisme menekankan bahawa manusia agung mestilah mempunyai sifat yang tetap penuh dengan perasaan kasih sayang dan segala pergerakannya bebas daripada penyelewengan dan sifat kekerasan. • Mereka yang mempunyai sifat yang sedemikian ini akan dianggap sebagai seorang yang mempunyai peribadi yang agung dan budiman serta dikenali sebagai Chun Tze. • Chun Tze merupakan matlamat utama dalam ideologi kemanusiaan Konfusianisme. Semua manusia berpotensi untuk menjadi Chun Tze iaitu orang yang berpendidikan tinggi

Mohammad Mahyuddin Khalid

33

Hakikat Keinsanan di dalam Islam

Dari Mana?

Ke Mana?

Untuk Apa? Mohammad Mahyuddin Khalid

34

Dari Mana Manusia Datang • Al-Quran dan para Rasul untuk memberikan penjelasan dalam menjawab pertanyaan ini. Seluruh manusia berasal dari Allah, dalam erti bahawa Allah yang menciptakan dan menghidupkan mereka dari asalnya tidak ada. Firman Allah SWT:

al-Insan: 1-2 • “Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? • Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”

Mohammad Mahyuddin Khalid

35

Untuk Apa Manusia Diciptakan Firman Allah SWT:

al-Zariyat: 56 • “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Ad-Dukhan : 38-39 • “Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; • Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” Mohammad Mahyuddin Khalid

36

Ke Mana Manusia Akan Pergi • Kematian adalah suatu yang pasti di dalam mana-mana kepercayaan. • Dalam Islam kematian adalah pintu yang memisahkan antara alam dunia dan akhirat yang merupakan tempat pembalasan di atas apa jua amalan semasa hidup di dunia. Firman Allah SWT:

an Nahl : 61 • “Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.”

Mohammad Mahyuddin Khalid

37

Kematian dalam Kristian • Secara umum dalam Bible, kematian adalah peralihan status “hidup” kepada status “tidak hidup” • Orang-orang yang meninggal bukan lagi “jiwa yang hidup” sebagaimana statusnya sejak ia tercipta, seperti dalam Corinthians15:45, sebab ia sudah ditinggalkan oleh Roh yang kembali kepada Tuhan, satu-satunya yang tidak pernah mati (Ecclesiastes 12:7; Timothy 6:16). • Dalam Bible, kematian paling sering muncul dalam konteks kebangkitan, bukan dalam konteks kebinasaan.

Mohammad Mahyuddin Khalid

38

Kematian dalam Hindu • Dalam ajaran Hindu atman (jiwa) tidak akan mengalami kematian. Kematian hanya akan berlaku kepada fizikal manusia sahaja. Jiwa seseorang akan sentiasa hidup dan merasai ...


Similar Free PDFs