Tajuk 7 Ideologi Semasa PDF

Title Tajuk 7 Ideologi Semasa
Author Mohammad Mahyuddin Khalid
Pages 44
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 71
Total Views 171

Summary

Tajuk 7 Ideologi Semasa Mohammad Mahyuddin Khalid 2 Ideologi Semasa Sekularisme Hasil Pembelajaran Kandungan • Menjelaskan cabaran sekularisme sebagai Modernisme ideologi yang mengasaskan ideologi-ideologi semasa. Pasca Modenisme • Menjelaskan ideologi relativisme pasca moden yang merupakan reaksi t...


Description

Tajuk 7 Ideologi Semasa

Mohammad Mahyuddin Khalid

Ideologi Semasa

Kandungan

2

Sekularisme Modernisme Pasca Modenisme Ideologi Relativisme Pasca Moden Dualisme

Hasil Pembelajaran • Menjelaskan cabaran sekularisme sebagai ideologi yang mengasaskan ideologi-ideologi semasa. • Menjelaskan ideologi relativisme pasca moden yang merupakan reaksi terhadap kegagalan modeniti • Menghuraikan implikasi relativisme pasca moden dalam menafikan kebenaran dan hakikat dalam kehidupan semasa • Menganalisis jawapan agama dan tradisi terhadap cabaran ideologi relativisme pascamoden dalam kehidupan semasa

Mohammad Mahyuddin Khalid

3

Pasca modernisme • Ideologi: relativisme, subjektivisme, skeptisisme

Medieval • gereja/agama

Garis Masa Ideologi Barat Modernisme • Ideologi: sekularisme, humanisme, liberalisme

4

Sekularisme Sebagai Asas Ideologi Moden • Dari sudut etimologi berasal daripada perkataan Latin saeculum yang bermaksud tempoh masa yang tertentu (fixed period of time). • Dari sudut terminologi menurut Oxford Advanced Learners’ Dictionary, secularism bermaksud > a belief that religion should not be involved in the organization of society, education, etc

Mohammad Mahyuddin Khalid

5

Sekularisme dari Sudut Terminologi Muhammad Qutb

Fahaman falsafah yang memisahkan urusan keduniaan daripada urusan keagamaan, iaitu dengan memisahkan peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan kehidupan manusia.

Muhammad al-Bahi

Peraturan dan pelaksanaan untuk mengetepikan setiap bentuk keimanan dengan kepercayaan bahawa agama dan urusan gereja atau ketuhanan tidak boleh dicampurkan dengan tugas-tugas kerajaan.

Corenlis van Peursen

Ahli teologi Belanda mendefinisikan sekularisme sebagai pembebasan manusia dari kongkongan agama, kemudian dari kongkongan metafizik yang mengatur akal dan bahasanya.

Mohammad Mahyuddin Khalid

6

Latar Belakang Sekularisme

Konsep Pemisahan

Konsep utama dalam sekularisme

• di antara Agama dan Negara / Church vs State • di antara Agama dan Dunia

Pemisahan antara sacred (suci) dan profane (tidak suci)

Pemisahan antara spirit (rohani) dan matter (material/ benda)

Mohammad Mahyuddin Khalid

Pemisahan antara revelation (wahyu) dan reason (akal)

7

Disenchantment • Menghilangkan (melupuskan) makna spiritual (kepercayaan) of nature daripada alam kehidupan

Ciri-ciri Utama Sekularisme

De-sacralization of politics

• Menghilangkan unsur-unsur keagamaan di dalam politik daripada hal ehwal manusia

De-consecration of values

• Menghilangkan unsur-unsur penyucian nilai (agama) daripada minda dan tingkah laku manusia

Menghilangkan (melupuskan) makna spiritual (kepercayaan) daripada alam kehidupan

Pemisahan alam tabi’e dari makna rohaniah (tuhan, dewa, dan lain-lain.

Disenchantment of Nature

Alam tabi’e bebas dari kekuasaan tuhan, dewa, roh

Maka manusia boleh mengeksploitasi dan memanipulasi alam dengan sesuka hati tanpa takut, was-was, pantang dan sebagainya

Menghilangkan unsur-unsur keagamaan di dalam politik daripada hal ehwal manusia

Penafian kepimpinan yang disahkan oleh agama

De-sacralization of Politics

Menafikan wujudnya keturunan dewa-dewa, perkenan dari alam ghaib, tauliah dari tuhan Setiap manusia boleh dan berhak menjadi pemimpin walaupun tidak mempunyai kelayakan rohaniah, akhlak dan akal

Menghilangkan unsur-unsur penyucian nilai (agama) daripada minda dan tingkah laku manusia

Penafian kesucian dan kekekalan nilai-nilai hidup

De-consecration of Values

Sistem nilai sebagai hasil kebudayaan bersifat relatif dan sementara sahaja – termasuk agama

Agama hanyalah alat untuk mendapatkan sokongan, pengaruh dan sebagainya.

11

Modenisme • Dari sudut etimologi berasal dari perkataan Latin modo yang bermaksud recently atau just now. • Menurut Shamsul Amri (1995): > Modenisme dan modeniti merupakan dua komponen utama yang menjadi teras kepada proses modenisasi. > Modeniti sebagai asas material kepada modenisasi > Modenisme pula merupakan gagasan ideologikal yang mengiringi fenomena modenisasi.

> Modenisasi pula walaupun tidak diterjemahkan secara khusus, tetapi ia disebut sebagai proses sosial yang membawa perubahan terhadap politik, ekonomi dan ideologi.

Mohammad Mahyuddin Khalid

12

Perkembangan Modenisme Rasa tidak puas hati dan kemarahan golongan intelektual Barat yang akhirnya memberi ruang kepada kelahiran Zaman Renaissance, Pencerahan (Enlightenment) dan Modenisme. Modenisme adalah aliran pemikiran dan gerakan yang berjuang untuk menggantikan segala pemikiran tradisionalisme agar sesuai dengan keadaan semasa yang dianggap ‘moden’. Ia juga gerakan penentangan terhadap agama kerana modenisme lahir daripada ideologi sekularisme (zaman Renaissance). Muncul kaedah ilmu moden seperti rasional, empirikal, saintifik dan logik yang bersesuaian dengan kehidupan zaman ini.

Aliran ini berkembang pada abad ke-18 iaitu Zaman Pencerahan (Enlightenment)

Mohammad Mahyuddin Khalid

13

Modernisme dan Gerakan Enlightenment

Karl Max melancarkan Gerakan Enlightenment yang mendokong falsafah rasionalisme dan nilai kebebasan dan kebolehan manusia. • Aliran ini menekankan akal fikiran rasional dalam menentukan kebenaran, mencipta sesuatu kejayaan atas dasar kemanusiaan (humanisme) bukan keagamaan. • Manusia boleh mencapai kemajuan dengan akal fikiran semata-mata untuk mewujudkan masyarakat manusia yang baru (rasionalisme) • Matlamat utama aliran ini untuk mengejar kesenangan duniawi, pengabaian moral dan menolak tanggungjawab manusia kepada tuhan. Mohammad Mahyuddin Khalid

Beberapa Gagasan Modenisme Manusia sebagai pusat (centre) dunia • Individu memiliki keistimewaan dan potensi diri yang dapat membentuk dan menentu-arah mengikut acuan dan potensi diri sendiri.

Subjek dimiliki alam fenomena (nature) dan alam nomena (intelligible)

Pendewaan akal fikiran dan pembebasan dari keagamaan

• Manusia bebas menentukan pendirian bagi menghasilkan buah fikiran untuk merubah sesuatu keadaan.

• Asas kepada kewujudan budaya kehidupan baharu seperti penghapusan ikatan sosial dalam masyarakat

Emansipasi Wanita • Membebaskan wanita dari tradisi sebagai ibu, isteri

14

15

16

Pasca Modenisme dari Sudut Termonologi Encyclopedia of Cultural Anthropology (1996)

Satu gerakan dari pelbagai sistem atau falsafah, bermula dalam reka bentuk dan falsafahestetik.

Jean Francois Lyotard - The Postmodern Condition

Tiada kebenaran terhadap metanaratif yang akhirnya membawa kepada penafian terhadap wahyu dan berubah kepada pandangan dunia yang berasaskan sains semata-mata.

Charles Jencks (1989)

Satu daripada anjakan utama ke arah dunia pasca moden ialah berlakunya perubahan dalam epistemologi, kefahaman terhadap pengetahuan dan bagaimana pengetahuan itu berkembang dan dikaitkan dengan anggapan-anggapan lain.

Mohammad Mahyuddin Khalid

• Pasca Modenisme merupakan fenomena baharu kesan dari ketidakpuasan hati terhadap gagasan modenisme yang dilihat gagal dan menindas manusia:

Pengenalan Pasca Modenisme

> Kepercayaan modenisme bahawa akal dan sains dapat membawa kemajuan dan kebenaran serta menyelesaikan sebarang masalah. > Modenisme bersifat logocentric yang tidak seimbang sedangkan manusia terdiri daripada intelek, rohani, emosi, intuitif. > Kegagalan modenisme untuk memberikan suatu pemikiran baru dan solusi dalam pandangannya terhadap ilmu pengetahuan. 17

18

Pasca Modenisme • Ciri utama pasca modenisme: > Anti-realis > Permainan Bahasa > Menentang metanaratif > Sikap tidak mengambil kisah kepada kehilangan sejarah, jati diri, agama, tradisi

• Aliran pasca modenisme meliputi disiplin ilmu antropologi, psikologi, sosiologi, sejarah, politik dan lain-lain • Sebagai contoh, Thomas Kuhn mempersoalkan objektiviti ilmu sains dalam pemikiran moden i.e.; > ilmu sains mengandungi juga aspek bukan rasional/logical > boleh dipengaruhi oleh faktor psikologi dan sosiologi (berkait dengan perasaan manusia) > bukan berdasarkan logik semata-mata Mohammad Mahyuddin Khalid

Ciri-ciri Pasca Modenisme

Tiada kebenaran mutlak dan absolute

• Idea tentang wujudnya kebenaran mutlak suatu ilusi yang dibuat-buat oleh sesetengah pihak untuk berkuasa dan mempengaruhi manusia lain.

Benar dan salah saling sinonim

• Suatu yang dianggap fakta hari ini boleh dinilai salah di kemudian hari.

Pengkonsepsian diri sendiri dan rasionalisasi

• Metodologi saintifik bersandarkan teori yang objektif digantikan dengan kebergantungan kepada pandangan diri sendiri.

Kuasa autoriti oleh institusi tradisi seperti agama adalah palsu dan korup (menyeleweng)

• Nilaian moral yang dipandu agama atau institusi sekular disebut suatu kekangan manakala kewujudan pihak autoriti agama dipertikaikan. 19

Ciri-ciri Pasca Modenisme

Prinsip moral bersifat personal atau peribadi

• Kod moral ditentukan sendiri secara peribadi oleh setiap individu tanpa dia perlu merujuk dan mengikut nilai dan peraturan ‘tradisional.’

Kepentingan globalisasi dan pengantarabangsaan

• Kewujudan negara bangsa yang bersempadan menghalang komunikasi antara manusia bahkan disebut terbukti mengakibatkan peperangan.

Setiap agama mempunyai kedudukan • Dakwaan kebenaran eksklusif oleh sesuatu agama wajar sama benar menurut perspektif dikutuk. penganut masing-masing (pluralisme) 20

Tokoh Aliran Pasca Modenisme 21

Pasca moden bukan lahir sebagai satu tahap sejarah, tetapi satu keadaan dan tanggapan terhadap kehidupan yang terhasil kerana perubahan dalam pengorganisasian ilmu pengetahuan.

Jean Francois Lyotard dan The Postmodern Condition

Pasca moden merupakan perkembangan pesat dalam pengeluaran dan pemasaran ilmu secara global.

Pasca moden ialah aliran idea dan sikap yang menampilkan apa yang tidak ditampilkan dan apa yang dianggap songsang oleh pemodenan, mengiktiraf pihak lain yang enggan menerima, malah mempersoalkan sistem nilai dan cita rasa golongan yang berkuasa. Pasca moden tidak mengiktiraf naratif aliran utama atau metanaratif, yang mempunyai kaitan untuk memberi pengiktirafan kepada naratif “pihak lain” yang selama ini tidak kelihatan, tidak bersuara dan tidak dihiraukan oleh pemodenan. 22

Jacques Derrida dan Deconstruction and Differance

Konstruksi keilmuan ini hendak dirubah, diperbaiki, dan disempurnakan oleh pemikir pasca modenis iaitu proses dekonstruksisme. Metode dekonstruksi (deconstruct) sebagai suatu proses kritikan terhadap teks khususnya untuk mencari dan menyelongkar makna di sebalik apa yang tertera pada teks. Konstruksi dasar keilmuan yang telah kukuh dalam zaman moden yang dikenali sebagai grand theory itu telah ditentang kesahihan dan kekuatan hegemoninya Pemikir pascamodenisme tidak meyakini keabsahan asas pembinaan keilmuan yang baku selama ini disusun oleh generasi modenis. Manusia memilih aspek alam yang berkait dengan kepentingan diri untuk mencipta ilmu yang berguna kepada mereka.

23

Michel Foucault dan Discourse and Discursive

Pemodenan melahirkan ilmu dalam bentuk discursive iaitu ilmu yang dibina, disusun, diiktiraf serta dihubungkaitkan antara satu sama lain dengan tujuan untuk mengesahkan keilmuan terhadap sistem pemikiran dan budaya masyarakat barat moden. Pemikiran pasca moden Foucault (1970) tidak mengiktiraf sejarah sebagai disiplin yang menerangkan apa yang “sebenarnya” terjadi.

Sejarah daripada kaca mata pasca moden ialah ilmu yang cukup sekadar menyatakan apa yang telah terjadi daripada satu sudut pandangan yang ideologi dan kepentingan tertentu.

24

Modenisme gagal mewujudkan pemulihan ke arah masa depan kehidupan yang lebih baik sebagaimana yang diharapkan oleh para pendukungnya.

Ilmu pengetahuan moden tidak mampu melepaskan diri daripada penyalahgunaan kuasa keilmuan demi kepentingan kekuasaan.

Penolakan Pascamodenisme Terhadap Modenisme

Terdapat banyak percanggahan antara teori dengan fakta dalam perkembangan ilmu moden.

Keyakinan bahawa ilmu pengetahuan moden mampu memecahkan segala persoalan yang dihadapi manusia adalah meleset apabila kini munculnya pelbagai penyakit sosial.

Ilmu moden kurang memerhatikan dimensi mistik dan metafizik manusia kerana terlalu menekankan sifat fizikal individu

26

Modenisme vs Pasca Modenisme MODENISME

PASCA MODENISME

Naratif-Naratif Besar

Naratif-Naratif Kecil

Barat=Kemajuan

Barat=Penjajahan

Keluarga sebagai unit asas

Keluarga Alternatif?

Kesahihan dan Keaslian

Simulacra dan Realiti Ciptaan

Penggunaan Massa

Niche dan Identiti Kumpulan

27

Modenisme vs Pasca Modenisme MODENISME

PASCA MODENISME

Sejarah sebagai Fakta

Sejarah ditulis pemenang

Pertarungan Kelas

Pertarungan Etnik

Agama Tradisional

Sekte-sekte (sects)

Budaya Tahap Tinggi

Budaya Tinggi dan Rendah Kabur

Keseriusan Niat dan Tujuan

Permainan Niat dan Tujuan

28

Modenisme vs Pasca Modenisme MODENISME

PASCA MODENISME

Kebenaran: Mutlak & Objektif

Kebenaran: Relatif & Subjektif

Sentralisasi

Desentralisasi

Konstruksi

Dekonstruksi

Hermeneutis

Nihilisme

Budaya Tinggi

Budaya Rendah

Hierarki

Anarki

29

Modernisme dan Pasca Modernisme

Sumber: Stephen R.C. Hicks (2004) Explaining Postmodernism: Skepticism and Socialism from Rousseau to Foucault

30

Kaedah Penyebarluasan Pascamodenisme Kaedah Perlaksanaan

Fenomena & Manifestasi

Objektif

Deconstructionisme

Hyperreality Realiti-Realiti Baru Pseudo-Realiti Virtual Realiti

Memusnahkan realiti / makna lama dan mencipta realiti / makna baru

Teknologi, keganasan, dadah dan media mencipta hakikat-hakikat baru

Relativisme

Ilmu sebagai komoditi Komersialisasi universiti

Memusnahkan atau menyamaratakan hiraki realiti, ilmu dan nilai

Teknologi, keganasan, dadah dan media menisbikan realiti, ilmu dan nilai

Pluralisme

Pluralisme Agama LGBT

Memusnahkan keunikan realiti, ilmu dan nilai dengan menerbitkan pilihan yang pelbagai

Teknologi, keganasan, dadah dan media menjadikan kerencaman sebagai semulajadi

Fethishisme

Konsumerisme Cyborgs Robot Klon Manusia

Mengisi atau mencipta ruh atau semangat baru dari kemusnahan dan penciptaan baru ini.

Teknologi, keganasan, dadah dan media mencipta ruh atau semangat pada benda

Mohammad Mahyuddin Khalid

Mekanisme Penyebaran

31

Cabaran Pascamodenisme Terhadap Akidah & Pemikiran Islam

Ontologi

Epistemologi

Aksiologi

Faham Wujud (Hakikat-hakikat kewujudan dan hubungan antara mereka)

Faham Ilmu (Kaedah, sumber dan pengesahan ilmu pengetahuan)

Faham Nilai (Prinsip-prinsip akhlak, etika dan moral)

Penjelasan Akidah (Ilmu Kalam)

Allah, Malaikat, Rasul, Hari Akhirat

Kitab Al-Qur’an, Allah, Rasul

Qada ,tarihkA iraH ,radaQ & ’ lusaR

Pendirian & Sikap Islam

Mengisbatkan kewujudan hakikathakikat sebagai benar lagi objektif atau realiti yang benar dan wujud.

Mengisbatkan kebolehcapaian dan kebenaran ilmu-ilmu melalui kaedah dan sumber diatas.

Mengisbatkan prinsip-prinsip yang tetap tentang baik dan buruk atau salah dan silap dari sudut etika dan estetika.

Pendirian & Sikap Modenisme

Mengisbatkan hanya wujud fizikal

Mengisbatkan hanya ilmu akli dan inderawi

Tiada prinsip nilai yang tetap tetapi menurut situasi

Pendirian & Sikap Pascamodenisme

Semua kewujudan relatif (nisbi)

Semua kebenaran relatif (nisbi)

Semua nilai relatif (nisbi)

Mohammad Mahyuddin Khalid

Ideologi Pasca Moden: Relativisme • Relativisme, merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu perkara yang bersifat tidak tetap dan mutlak. Ianya boleh berubah mengikut suasana persekitaran. • Doktrin bahawa ilmu pengetahuan, kebenaran dan nilai moral ditentukan secara berkait dengan budaya, masyarakat dan konteks pensejarahan.

• Teori atau pengetahuan bahawa penilaian adalah relatif dan berbeza-beza menurut situasi, peristiwa dan individu yang mengalaminya. • Kebenaran dinilai relatif, tidak mutlak dan saling berbeza antara budaya dengan budaya yang lain, individu dengan individu yang lain dan situasi dengan situasi yang lain. • Relatif sebagai kata antonim bagi mutlak dan absolute

32

Ciri-ciri Relativisme

Menafikan universalisme • Tidak wujud satu persetujuan sejagat berkenaan kebenaran, kebaikan dan lain-lain.

Menafikan absolutisme

Menafikan objectivisme

Menafikan monisme

• Tidak wujud nilainilai yang bersifat tepat dan tidak berubah seperti nilai kebenaran, kebaikan, keburukan dan lainlain.

• Nilai kognitif, etika dan estetika tidak bebas dari pengaruh minda (mind independent). • Nilai ini tidak mampu bebas tanpa bergantung kepada pemikiran manusia (yang saling berbeza).

• Tiada bidang yang menyediakan hanya satu pandangan, penilaian dan norma yang tepat. • Relativisme mungkin menerima nilaian tempatan (local monism) tetapi bukan nilaian sejagat (universal monism).

Domain Relativisme

Sesuatu makna

Kebenaran

Metafizik

Realiti

• direlatifkan oleh bahasa

• direlatifkan dengan teori

• direlatifkan dengan paradigma saintifik

• direlatifkan dengan budaya

Nilai ilmu

Nilai moral

Nilai seni

• direlatifkan dengan masyarakat

• direlatifkan oleh individu

• direlatifkan oleh tempoh sejarah

Agama

Relativisme Pasca Moden: Kehidupan Tanpa Hakikat Dan Kebenaran

Intipati cabaran ideologi semasa yang sedang dihadapi oleh umat manusia lokal dan global yang terbit dari pemikiran falsafah relativisme yang menafikan kewujudan hakikat dan kebenaran yang boleh diketahui di luar diri manusia sebaliknya bergantung pada kerangka pemikiran masingmasing.

Etika

Psikologi/sosiologi

Politik/ekonomi

Konteks Relativisme Pasca Moden

Agama

Etika

Psikologi/sosiologi

Politik/ekonomi

Skeptisisme

Relativisme etika & moral

Pluralisme seks

Politik pascakebenaran & anarki

Masyarakat sebagai pemutus nilai

P...


Similar Free PDFs