Tajuk 3 Logik dan Metodologi PDF

Title Tajuk 3 Logik dan Metodologi
Author Mohammad Mahyuddin Khalid
Pages 52
File Size 3.7 MB
File Type PDF
Total Downloads 564
Total Views 711

Summary

Tajuk 3 Logik dan Metodologi Mohammad Mahyuddin Khalid 2 Logik dan Metodologi Definisi Etimologi & Hasil Pembelajaran Kandungan Terminologi • Menjelaskan tentang ilmu logik Kepentingan Ilmu logik dengan ilmu falsafah serta Kedudukan logik Dalam kepentingan ilmu logik. Hierarki Ilmu • Menguraikan...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Tajuk 3 Logik dan Metodologi Mohammad Mahyuddin Khalid

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Persepsi & Logik Joanes J. Psikologi pendidikan 3 Andi Irfhana Ardhi Pendekat an Behaviorisme Pendekat an Kognit if Pendekat an Humanis Pendekat an Psikoanalisis akiz faizal

Tajuk 3 Logik dan Metodologi

Mohammad Mahyuddin Khalid

2

Kandungan

Logik dan Metodologi Definisi Etimologi & Terminologi Kepentingan Ilmu logik Kedudukan logik Dalam Hierarki Ilmu Kaedah Pemikiran Logik Logik Moden Falasi

Hasil Pembelajaran • Menjelaskan tentang ilmu logik dengan ilmu falsafah serta kepentingan ilmu logik. • Menguraikan klasifikasi ilmu kepada ontologi, epistemologi dan aksiologi serta kategori logik. • Menganalisis logik dan penghujahan untuk penghasilan dan penjanaan ilmu-ilmu baru.

Mohammad Mahyuddin Khalid

3

Logik dari Sudut Etimologi • Logik berasal daripada bahasa Yunani logos, yang bermaksud: > idea atau > alasan hasil daripada kajian tentang kebenaran tentang sesuatu samada secara inferens ataupun melalui kajian.

• Logik adalah cabang falsafah dalam bahagian aksiologi yang mengkaji prinsip-prinsip penaakulan yang betul.

Mohammad Mahyuddin Khalid

4

Logik dari Sudut Terminologi

Kamus Dewan

Logik ialah ilmu atau pengetahuan tentang cara berfikir (berhujah, membuktikan sesuatu) dgn sihat, kemampuan untuk berhujah dengan meyakinkan

Irving M.Copi & Carl Cohen

Ilmu logik adalah satu kajian tentang kaedah dan prinsip yang menyiasat, secara sistematik yang boleh digunakan untuk membezakan antara pemikiran yang betul dan tidak betul.

Hulon Wills

Ilmu logik ialah sains penaakulan atau pemikiran yang jelas untuk penulisan atau penuturan yang jelas.

Mohammad Mahyuddin Khalid

5

Logik dari Sudut Terminologi • Pemikiran logik:

> Kajian prinsip-prinsip penaakulan yang betul, perkataan yang benar/fikiran yang betul/benar. > Cara pemikiran yang mengutamakan bukti dan elemen alasan yang akhirnya akan sampai kepada satu ketetapan. > Ia merupakan sebahagian daripada pemikiran kritikal di mana individu cuba melihat sesuatu dalam sesebuah perdebatan/ pertelingkahan.

• Penaakulan atau pemikiran:

> Proses ke arah pencapaian kesimpulan berdasarkan bukti-bukti konkrit.

• Kesimpulan:

> Fakta, keputusan, pendapat atau hukuman yang dilahirkan daripada penaakulan.

• Logik menelaah hujah-hujah bagi tujuan membezakan antara penaakulan yang baik dan buruk dengan menyiasat kriteria normatif untuk kesimpulan dan demonstrasi yang sah. Mohammad Mahyuddin Khalid

6

Logik dan Ilmu Mantik • Dalam bahasa Arab disebut mantiq (‫ )املنطق‬berasal dari perkataan nutq (‫ )نطق‬bermaksud tutur atau cakap.

• Manusia panggil sebagai al-hayawan al-natiq ‫( الحيوان الناطق‬haiwan/hidupan yang bercakap). • Dinamakan mantiq kerana ia merujuk kepada lafaz-lafaz atau percakapan yang membimbing fakulti rasional (akal) dalam peranannya ke arah mencari kesimpulan yang betul serta melindunginya dari kesalahan ketika berfikir. • Mantiq adalah kaedah yang sistematik yang memelihara seseorang daripada sebarang kesalahan berfikir. Mohammad Mahyuddin Khalid

7

• Ilmu mantik merujuk kepada perbahasan tentang pemikiran dan sesuatu yang tergambar dalam akal manusia supaya diterjemahkan menjadi teori yang benar. • Fakulti akal manusia yang dapat mengenali alam ma’qulat ‫(معقولة‬objek-objek) • Tanggapan secara kulli (umum/universal)dan juz’i (khusus/particular). • Perbahasan mengenai lafaz-lafaz serta penjelasan tentang makna-makna yang terkandung dalam perbahasan al-ta’rif atau pendefinisian. • Perbahasan mengenai metodologi berfikir secara bersistem, iaitu merangkumi kaedah-kaedah tasawwur, tasdik, istidlal sehinggalah kepada kaedah-kaedah lanjutan seperti kaedah silogisme, kaedah istiqra’ dan sebagainya. • Atau dikenali sebagai kaedah penalaran untuk menarik kesimpulan benar serta meyakinkan.

Mohammad Mahyuddin Khalid

8

• Hasilnya, penyelidik atau pengkaji dapat menghasilkan suatu perumusan atau kesimpulan yang benar serta dapat diyakini kesahihannya menerusi kaedah penalaran, sehingga ditemui perumusan atau penarikan kesimpulan (al-istinbat). • Ringkasnya, logik atau mantik merupakan suatu disiplin ilmu yang berfungsi untuk mengawal dan mengatur pemikiran manusia daripada tersalah atau terpesong sewaktu berfikir menerusi kaedah-kaedah yang tersusun dan bersistem.

Mohammad Mahyuddin Khalid

9

Logik dan Rasional • Logik juga dikaitkan dengan istilah rasionalisme. • Istilah rasionalisme juga berasal daripada perkataan Latin iaitu ratio yang membawa maksud reason dalam bahasa Inggeris. • Kerasionalan ialah keupayaan minda, ianya juga dikaitkan dengan intelek dan berbeza sekali dengan pengalaman. • Menurut J.M.Stine (2001), pemikiran logik ialah reasoning yang memberi panduan dan penerangan kepada kita sama ada sesuatu perkara itu boleh diterima atau tidak. • Ianya dikenali sebagai common sense yang berlaku secara semula jadi.

Mohammad Mahyuddin Khalid

10

Kepentingan Ilmu Logik Melatih, mendidik dan mengembang

potensi akal dalam mengkaji objek fikir dengan menggunakan metodologi berfikir.

Membezakan

proses berfikir yang benar daripada yang salah

Memelihara

akal daripada kesalahan dalam berfikir

Menajamkan

akal fikiran dan membina kebenaran dalam berfikir

11

Ilmu ialah kumpulan pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu daripada yang lain.

Ilmu dari Perspektif Falsafah Menurut Jujun Suriasumantri (1993), ciri-ciri keilmuan didasarkan pada 3 jawapan yang diberikan kepada 3 persoalan pokok: Apakah yang ingin kita ketahui ? (ontologi/teori wujud)

Bagaimanakah kita memperolehi pengetahuan? (epistemologi/teori ilmu)

Apakah nilai pengetahuan tersebut bagi kita? (aksiologi/teori nilai)

12

Falsafah Ilmu • Dari sudut falsafah, ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran manusia dalam menjawab ketiga-tiga persoalan tersebut. • Untuk menghargai ilmu menurut kewajarannya yang sebenar, hakikat sesuatu ilmu mestilah diketahui dengan sebenarnya. • Pengertian yang mendalam terhadap hakikat ilmu bukan sahaja akan mengikat seseorang terhadap ilmu malahan juga membuka matanya terhadap pelbagai kekurangan dirinya dan keterbatasan ilmu yang dimilikinya.

Mohammad Mahyuddin Khalid

13

Definisi Ilmu • Umumnya disebut sebagai knowledge dan science yang di terjemah dalam bahasa Melayu sebagai tahu, pengetahuan, dan kepandaian. • Secara etimologinya, kata ilmu berasal daripada bahasa Arab alima, ya’lamu, ilman ‫ علم يعلم علما‬. • “Ilmu” adalah penghubung antara “alima” ‫( علم‬yang tahu) sebagai subjek dan “ma’lum” ‫( معلوم‬yang diketahui) sebagai objek. • Dengan kata lain, ilmu adalah penghubung antara yang tahu (subjek) dan yang diketahui (objek). • S.M. Naquib Al-Attas (1975) mentakrifkan ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang. • Konsep ilmu menekankan makna kebenaran dan bukannya kepalsuan kepada jiwa seseorang.

Mohammad Mahyuddin Khalid

14

Syarat-syarat Ilmu Pengetahuan kebenaran (truth)

Menurut takrifan epistemologi, sesuatu perkara itu hanya dapat diterima sebagai sumber ilmu jika memenuhi 3 syarat

kepercayaan (belief)

bukti (evidence; warrant; ground) Mohammad Mahyuddin Khalid

15

Epistemologi Ilmu Barat • Epistemologi ilmu barat tidak menjadikan agama sebagai asas ilmu. • Mereka menerima ilmu melalui perkara yang dapat diukur dan dibuktikan dalam makmal sahaja. • Mereka menolak ilmu wahyu atau ilmu berkaitan perkara-perkara ghaib kerana tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan fakta/empirik.

Mohammad Mahyuddin Khalid

16

Epistemologi Ilmu Islam • Islam menuntut supaya ilmu dan pemikiran manusia disepadukan bertujuan membolehkan para sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan dan ulama mengembangkan diri, masyarakat dan alam sekitarnya sebagai usaha pengabdian diri kepada Allah dan penyempurnaan amanah sebagai khalifah. • Islam meletakkan martabat ilmu pengetahuan yang tertinggi ialah mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan yang membawa kepada keyakinan dan mampu meletakkan manusia ke tahap yang tinggi dari segi nilai dan kedudukannya. • Epistemologi ilmu dalam Islam dapat dibahagikan berdasarkan kepada 2 sumber iaitu: > ilmu naqli (ilmu wahyu) > ilmu aqli (ilmu perolehan akal).

Mohammad Mahyuddin Khalid

• Pengertian > Ilmu yang diturunkan oleh Allah melalui para Nabi dan RasulNya. > Ilmu yang disandarkan kepada al-Quran dan hadith.

17

Ilmu Naqli ‫علم نقلي‬

• Daripada sumber utama berkembang ilmu pokok dan ilmu cabang merangkumi fardu ain dan fardu kifayah seperti: > Ilmu fardu ain yang meliputi ilmu akidah, syariat dan akhlak > Ilmu cabangan meliputi ilmu hadith, fiqh, tasawwuf dan segala ilmu yang menjadi pengantar dan pelengkap untuk memperoleh asas ilmu iaitu al-Quran dan hadith.

Mohammad Mahyuddin Khalid

18

Ilmu Aqli ‫علم عقلي‬

• Pengertian > Segala jenis pengetahuan yang diperoleh menerusi kebijaksanaan manusia dengan menggunakan akal mereka. > Atau ilmu yang dihasilkan oleh usaha manusia. • Akal digunakan untuk menegakkan ilmu naqli, dan ilmu naqli pula mendorong untuk memperoleh ilmu akal. • Ilmu naqli bersifat benar secara mutlak manakala ilmu aqli pula kebenarannya bersifat relatif kerana diperolehi daripada akal dan pancaindera sama ada menerusi pengalaman mahupun intuisi.

Mohammad Mahyuddin Khalid

Hierarki Ilmu

19

Jenis Ilmu

Hierarki Ilmu

Kedah Pemerolehan

Naqli

Ilmu Wahyu

Wahyu Kepada Para Nabi Dan Rasul

Ilmu Inspirasi

Inspirasi Orang-orang Baik

Ilmu Rasional

Intuisi / Ilham / Cendekiawan

Ilmu Empirikal

Pancaindera Orang Biasa

Aqli

Ilmu Wahyu

Hierarki Ilmu

Hierarki lmu Islam yang tertinggi kerana ia bersumberkan kepada Allah SWT melalui al-Quran dan hadith.

Ilmu Ilham/ Intuisi

lmu diberikan terus ke dalam minda atau pemikiran manusia yang dikehendaki Allah Hierarki ilmu ini adalah di bawah ilmu wahyu dan tidak boleh bertentangan dengan ilmu-ilmu wahyu. Ilmu ini tidak dapat dimiliki oleh semua orang. Biasanya ia diberikan kepada orang soleh, wali yang dekat dengan Allah SWT dan bersih hati nuraninya.

Ilmu Empirikal

Ilmu dan fakta-fakta yang diperolehi berasaskan akal manusia, pancaindera zahir dan berkaitan dengan perkara yang zahir. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pancaindera, manakala ilmu rasional terletak pada keupayaan aktiviti akal.

20

21

Kedudukan Logik dalam Hierarki Ilmu

• Dalam hierarki Ilmu, logik berada di bawah ilmu wahyu dan intuisi. • Logik berasaskan akal dan pemikiran dan kecenderungan berlakunya kesalahan dan kesilapan adalah tinggi. • Akal boleh dipengaruhi emosi, nafsu dan alam sekeliling.

22

Jenis-jenis Pengetahuan

Bercampur Pengetahuan Sintesis

Pengetahuan Analisis Pengetahuan a Priori Pengetahuan Empirik atau Pengetahuan a Posteriori

Mohammad Mahyuddin Khalid

23

Jenis-jenis Pengetahuan Pengetahuan a Posteriori

Pengetahuan a Priori

• Daripada perkataan bahasa Latin posteriori yang bermaksud daripada yang terdahulu/ terlebih dahulu • Ilmu pengetahuan yang hanya diperoleh menerusi pengalaman, pancaindera atau menerusi orang yang mewarisinya, dan boleh dijustifikasikan menerusi kaedah sains terutamanya kaedah aruhan. • Juga bermaksud ilmu empirik/empirikal membawa makna bergantung semata-mata kepada cerapan dan uji kaji, bukan kepada teori.

• Daripada perkataan Latin priori yang bermaksud daripada yang terkemudian/ terakhir • A priori bermakna sifat yang terhasil daripada penggunaan taakulan atau hujah yang bermula daripada takrif atau prinsip yang dianggap tidak perlu dibahaskan lagi kebenarannya kerana sudah terswadalil. • Pengetahuan ini terhasil daripada kaedah deduksi.

Mohammad Mahyuddin Khalid

24

Jenis-jenis Pengetahuan Pengetahuan Analisis

Pengetahuan Sintesis

• Mengikut bahasa, analisis bermakna mempunyai ceraian komponen yang ada dalam sesuatu benda. • Sebarang ayat dikatakan analisis jika ayat itu memerlukan fahaman kajian jenis gabungan dan konsepkonsep di dalamnya, untuk menentukan kesahan atau kebenarannya

• Sintesis bermakna meletakkan benda-benda selonggok sedangkan yang asalnya berbeza-beza dan tidak bergabung. • Pengetahuan sintesis berupa pengetahuan yang penilaian sahnya atau benarnya tidak cukup dengan analisis sahaja.

Mohammad Mahyuddin Khalid

25

Jenis-jenis Pengetahuan Pengetahuan Bercampur • Ada banyak pengetahuan yang mengandungi unsur-unsur pengetahuan a priori dan pengetahuan analisis-sintesis

Mohammad Mahyuddin Khalid

26

Konsep Utama Ilmu Logik Andaian

Istilah-istilah Logik Menurut Hulon Wills (Logic, Language and Composition)

Premis Kualifikasi Refutasi Silogisme Falasi

27

Andaian • Istilah andaian dirujuk sebagai assumption, anggapan atau sangkaan. • Andaian adalah keputusan atau pendapat yang dianggap sebagai benar, walaupun tidak begitu pasti, namun masih dianggap sebagai satu kebenaran. • Andaian adalah permulaan untuk mencari fakta atau meletak satu asas untuk mengarah otak berfikir ke suatu arah.

28

Premis • Istilah premis digunakan dalam ilmu logik sebagai satu titik tolak dalam sebarang hujah. • Premis boleh dijadikan asas untuk sesuatu hujah atau untuk mencari sesuatu keputusan. • Masalah selalu timbul dalam perhubungan manusia kerana tidak dapat dipastikan sama ada sesuatu premis itu betul atau tidak. • Konsep premis boleh dibahagikan kepada 2: > pernyataan umum > pernyataan khusus

29

Pernyataan Umum

• Pernyataan umum selalunya bersifat terbuka dengan kesimpulan yang mungkin tidak tepat. • Pernyataan umum selalu digunakan walau pun tidak salah tetapi ianya tidak kukuh dan boleh dipertikaikan.

30

• Pernyataan khusus merujuk kepada usaha memberi fakta untuk menjelaskan apa yang diperkatakan. • Pernyataan khusus dapat mengelak daripada menjadi terbuka dan boleh dipertikaikan.

Pernyataan Khusus

• Pernyataan khusus adalah lebih spesifik.

• Membuat pernyataan khusus kurang disukai kerana ianya memerlukan ketelitian supaya tidak tertinggal fakta penting. • Namun dengan pernyataan khusus ini pendengar/pembaca akan selesa kerana butirannya lengkap dan tidak sangsi lagi.

31

Kualifikasi • Konsep kualifikasi yang membawa maksud bukan semua semestinya begitu walaupun pernyataan umum dapat diterima. • Frasa-frasa kualifikasi yang digunakan ialah seperti sebahagian besar, seringkali, kebanyakan dan sebagainya. • Oleh hal yang demikian, dalam bidang penulisan dan pertuturan, sesuatu pernyataan umum dapat diterima sebagai logik jika menggunakan konsep kualifikasi.

32

Refutasi • Refutasi daripada perkataan bahasa Latin refutationem adalah > tindakan atau pernyataan untuk membuktikan bahawa seseorang individu, atau sesuatu pendapat atau pandangan salah atau tidak tepat atau > tindakan menyangkal pandangan seseorang. • Istilah refutasi digunakan untuk memusnahkan asas logik atau premis orang lain yang telah diterima dan dipercayai oleh orang ramai buat sekian lama. • Pandangan baru akan diterima sebagai hakikat yang benar sekiranya refutasi daripada seorang yang dapat menunjukkan bukti-buktinya.

• Contoh: > Kemakmuran sesebuah negara disebabkan oleh pemimpin utama seperti Perdana Menteri atau presiden. > Tapi orang lain buat refutasi bahawa kemakmuran sesebuah negara bukan oleh presiden tapi kerana hasil mahsul negara. Orang terima sebagai benar.

33

Silogisme • Silogisme bermaksud struktur ke arah satu deduksi atau kesimpulan yang khusus. • Terdapat 3 premis utama: > Premis besar > pernyataan yang umum yang merangkumi semua aspek dalam sesuatu kumpulan kategori atau bahagian. > Premis kecil > pengenalan kepada sesuatu benda atau idea daripada kategori premis besar > Kesimpulan > keputusan yang diambil daripada pernyataan umum dalam premis besar dan pernyataan khusus dalam premis kecil. • Contoh: > Premis besar: Mahasiswa di universiti itu pandai-pandai > Premis kecil: Ashrof merupakan mahasiswa universiti itu > Kesimpulan: Ashrof mahasiswa yang pandai.

34

Pembahagian Logik Bentuk/ Kaedah

• • • •

Deduktif Induktif Abduksi Heuristik

Falasi

Ilmu Baru

Mohammad Mahyuddin Khalid

• Formal • Tidak Formal

35

Falasi • Konsep falasi dalam pemikiran kesaintifikan membawa maksud kesilapan pada cara berfikir yang membawa kepada satu huraian, alasan, pendapat atau kesimpulan yang keliru akibat daripada penyalahgunaan proses taakulan atau silogismenya. • Ia merupakan helah penggunaan logik atau bahasa yang membolehkan sesuatu pernyataan diterima sebagai benar sekalipun ia tidak benar. • Terdapat 2 jenis falasi: > Falasi formal > Falasi tidak formal

Kaedah dan struktur hujahnya tidak betul dan premis (pernyataan atau dakwaan yang digunakan dalam hujah) tidak menyokong kesimpulan.

Premis hujah tidak menyokong kesimpulannya atau struktur hujah yang lemah

Falasi Formal Hanya berlaku dalam kaedah deduktif

Dalam struktur hujahan deduktif, premisnya betul tetapi kesimpulannya salah 36

Biasa berlaku dalam kaedah induktif

Kelemahan yang terdapat dalam sesuatu hujah tetapi kelemahan ini tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kaedah hujah

Falasi Tidak Formal Berlaku apabila premis yang digunakan adalah betul tetapi kesimpulannya salah.

Contoh falasi tidak formal: falasi sebab salah, falasi divisi, falasi komposisi, falasi dilema palsu, ekuivokasi, penggunaan jargon. 37

38

Falasi Tidak Formal Tidak cukup data serta fakta

Faktor berlaku falasi tidak formal

Bias dan prejudis Kesimpulan menyeleweng Andaian dan kepercayaan menyeleweng Emosi dan paksaan

Mohammad Mahyuddin Khalid

39

Kaedah Logik

Logik dan kaedah penghujahan menggunakan metode ilmiah yang menggabungkan

Ia merupakan kaedah yang melibatkan pembuktian secara teori dan empirikal dan menggunakan metode yang sistematik, analisis dan pengujian data.

Kaedah deduktif

Kaedah induktif

Mohammad Mahyuddin Khalid

Kaedah abduktif

Kaedah heuristik

• Dari sudut etimologi, deduktif berasal dari bahasa Latin iaitu de (daripada) dan decure (memimpin ke arah) yang bermaksud memimpin sesuatu kepada suatu kesimpulan. • Kaedah deduktif ialah kaedah berfikir daripada umum kepada yang khusus.

Kaedah Deduktif

• Kaedah ini menggunakan sesuatu teori bagi memahami sesuatu kes tertentu. > Kaedah deduktif menjadikan seseorang terbelenggu kepada teori-teori yang sedia ada dan menghalang seseorang mencipta prinsip umum yang baru.

•...


Similar Free PDFs