Persepsi & Logik PDF

Title Persepsi & Logik
Author Joanes J.
Pages 88
File Size 10.2 MB
File Type PDF
Total Downloads 95
Total Views 265

Summary

JOANES J. AHMAD SOFFIAN A. GOH X. Z. KADIR S. PERSEPSI & LOGIK JOANES J. AHMAD SOFFIAN A. GOH X. Z. KADIR S. Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Skudai Johor Bahru Johor Darul Ta’zim Malaysia Website : http://www.utm.my/ Cetakan Pertama 2014 © Joanes J., Ahmad Soffian A., Goh X. Z. dan Kadir...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Persepsi & Logik Joanes J.

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Pendekat an Behaviorisme Pendekat an Kognit if Pendekat an Humanis Pendekat an Psikoanali… akiz faizal

Psikologi pendidikan 3 Andi Irfhana Ardhi HBEC1203 Perkembangan Kognit if Ros Laili

JOANES J. AHMAD SOFFIAN A. GOH X. Z. KADIR S.

PERSEPSI & LOGIK

JOANES J. AHMAD SOFFIAN A. GOH X. Z. KADIR S.

Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Skudai Johor Bahru Johor Darul Ta’zim Malaysia Website : http://www.utm.my/

Cetakan Pertama 2014

© Joanes J., Ahmad Soffian A., Goh X. Z. dan Kadir S. 2014

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin penulis terlebih dahulu.

Joanes J. Ahmad Soffian A. Goh X. Z. Kadir S. Persepsi & Logik / Joanes J., Ahmd Soffian A., Goh X. Z., Kadir S. Bibliografi: hlm. 79

Joanes J.

[email protected]

Ahmad Soffian A.

[email protected]

Goh X. Z. Kadir S.

[email protected] [email protected]

KANDUNGAN PRAKATA

BAB 1

PERSEPSI

1.1 Definisi

1

1.2 Teori Gestalt

3

1.3 Teori Persepsi

5

1.4 Proses Terbentuknya Persepsi

7

1.5 Jenis-Jenis Persepsi

11

1.6 Sifat-Sifat Persepsi

30

1.7 Peraturan Persepsi

32

1.8 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Persepsi

34

1.9 Kesilapan Persepsi

37

1.10 Organisasi Persepsi

38

1.11 Peranan Persepsi Dalam Konteks Pembelajaran

38

1.12 Cara Meningkatkan Pengamatan Dan Penanggapan

39

1.13 Mengaplikasi Pengetahuan Mengenai Persepsi

39

BAB 2

LOGIK

2.0 Definisi

42

2.1 Pengertian

43

2.3 Sejarah Logik

46

2.4 Bidang Logik

47

2.5 Prinsip Asas Logik

48

2.6 Konsep Asas Logik

49

2.7 Ciri – Ciri Logik

51

2.7.1 Zaman Klasik

51

2.7.2 Zaman Islam

53

2.7.3 Zaman Moden

56

2.7.4 Umum

59

2.8 Karya Imiah Tentang Logik

59

2.9 Jenis-Jenis Logik

62

2.10 Sifat -Sifat Logik

68

2.12 Fungsi Pemikiran Logik

69

2.13 Kelemahan Logik

71

2.13 Logik Dalam Kehidupan Seharian

74

BAB 3 Cara Mengubah Persepsi – Logik

76

BIBLIOGRAFI

79

PRAKATA

Dengan izin Tuhan dan berkat serta restunya, buku Persepsi dan Logik ini berjaya diterbitkan dengan jayanya. Buku yang mengandungi 2 bab utama ini membincangkan pelbagai aspek mengenai persepsi dan logik. Ia diilhamkan sebagai panduan dan rujukan para mahasiswa di Intitusi Pengajian Tinggi yang mengambil Modul Pemikiran Kreatif dan Kritis. Sebahagian besar aspek-aspek yang dibincangkan ini merangkumi kehendak Kurikulum Ijazah Sarjana Muda dan Diploma di Malaysia. Disamping itu, sebagai rujukan kepada golongan remaja, ibu bapa yang ingin memahami persepsi dan logik. Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Dr. Haji Hamdan bin Haji Abd. Kadir, pensyarah Modul Pemikiran Kreatif dan Kritis di Universiti Teknologi Malaysia kerana bimbingan diberikannya. Kalungan penghargaan kepada sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung di dalam menerbitkan buku ini. Hendaknya buku ini dapat dimanfaatkan oleh para mahasiswa khususnya dan mendapat kritikan yang membina daripada para sarjana umumnya.

Joanes J. Ahmad Soffian A. Goh X. Z. Kadir S.

1

BAB 1

PERSEPSI 1.1

Definisi

Persepsi merupakan elemen yang penting dalam proses berfikir. Hal ini disebabkan persepsi berperanan dalam membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada peringkat awal. Input dalam bentuk rangsangan deria akan disimpan dan dicetak ke filem. Prosesnya berlangsung berterusan dan nada ketikanya akan berlaku ‘copy and paste’ pada mana-mana slot. Hal ini terjadi apabila berlakunya pertembungan input lama dan input baru. Setiap kali kita melihat suatu rangsangan baru maka, ia akan dirakamkan kemudian difilemkan. Apabila kita menerima rangsangan baru, maka filem akan diputarkan, dan di sini berlaku proses pengkordinasian input baru dan lama pada mana-mana slot dan ‘scene’ yang relevan dengan yang lama. Maklumat baru akan dirakamkan dan cuba disesuaikan dengan yang lama. Jika tiada hubungan langsung, maka satu filem baru akan dirakam. Begitulah seterusnya, proses in berlaku berterusan sehingga akhir hayat. Secara umumnya, menurut Edward de Bono (1969), berfikir ialah proses yang berlaku dalam dua fasa iaitu fasa pertama ialah persepsi dan fasa kedua ialah logik. Di dalam buku ‘Organizational Behavior’ karya McShane dan Von Glinow disebutkan ‘Perception is the process of receiving information and making sense of the world around us’. Terdapat banyak tokoh-tokoh yang menyatakan pendapat tentang definisi persepsi: Edward de Bono (1969) “Persepsi adalah tahap pertama proses berfikir. Tahap kedua ialah logik. Persepsi mempengaruhi apa yang dilihat oleh logik. Ringkasnya persepsi menentukan logik.”

Newman (1983) “Perception is the process in which sensory experiences are organised and made meaningful.”

2

Chaplin J.P. (1985) “Persepsi adalah proses seseorang mengetahui objek dan peristiwa-peristiwa yang objektif melalui kederiaan.”

Solso (1991) “Perception is an active cognitive process which includes the selection, organization and interpretation of stimulus-stimulus”.

Mohd. Salleh (1995) “Persepsi merupakan sesuatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu merupakan polapola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur”.

Abdullah dan Ainon (1996) “Persepsi ialah tafsiran apa yang dilihat oleh mata, atau dengan kata lain, persepsi ialah makna yang diberikan pada apa yang mata saksikan”. Lindzey and Aronson (1985) “Persepsi juga mencakup konteks kehidupan sosial, sehingga dikenalkan persepsi sosial. Persepsi sosial merupakan suatu proses yang terjadi dalam diri seseorang yang bertujuan untuk mengetahui, menginterpretasi, dan menilai orang lain yang dipersepsi, baik mengenai sifatnya, kualitinya, ataupun keadaan lain yang ada dalam diri orang yang dipersepsi sehingga terbentuk gambaran mengenai orang lain sebagai objek tersebut”. Bimo Walgito (1969) “Persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang dimulai dengan diterimanya rangsangan, sampai rangsangan itu disedari dan difahami oleh individu sehingga individu dapat mengenal dirinya sendiri dan keadaan sekitarnya”.

3

1.2

Teori Gestalt

Pakar-pakar psikologi ulung yang mengkaji fenomena persepsi secara sistematik adalah daripada aliran pemikiran psikologi Gestalt. Perkataan Gestalt ialah satu perkataan Bahasa Jerman yang sememangnya bahasa lain tidak mempunyai perkataan yang sama. Pengertian yang paling dekat tentang perkataan Gestalt ialah keseluruhan, kepenuhan dan kesempurnaan. Pendekatan Gestalt ini amat mementingkan konsep bahawa persepsi kepada gabungan bahagian sesuatu yang keseluruhan tidak sama seperti mempersepsikan sesuatu itu secara keseluruhan. Hal ini disebabkan pada pendapat mereka, adalah mustahak bagi pakarpakar psikologi memahami bagaimana manusia mengorganisasikan rangsangan ke dalam satu bentuk keseluruhan yang bermakna. Sebagai contoh, apabila merawat penyakit jiwa, para psikologi harus tahu apakah makna kerungsingan serta masalah yang dihadapi oleh pesakit secara keseluruhan dan adakah ia berkaitan dengan situasi-situasi yang lain.

Max Werheimer (1880-1943)

Teori Gestalt diperkenalkan oleh Max Werheimer (1880-1943), Wolfgang Kohler (1887-1967) dan Kurt Koffka (1886-1941). Gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk atau konfigurasi sesuatu yang dipersepsikan. Mengikut ahli-ahli psikologi Jerman di dalam persepsi terdapat dua aspek iaitu gestalt dan latar. Apabila seseorang memerhati sesuatu bentuk kadang-kadang ia boleh bertukar menjadi latar.

4

Rajah 1.1

Sebagai contoh, Rajah 1.1 di atas boleh dipersepsikan sebagai pokok atau harimau betina dan orang utan. Jika pokok yang menjadi objek, kedua-dua haiwan tersebut tidak kelihatan dan sebaliknya jika haiwan menjadi objek, pokok pula tidak kelihatan. Perkara ini juga sama berlaku pada Rajah 1.2 di bawah.

Rajah 1.2

5 Kadangkala objek dan latar boleh bertukar-tukar atau dilihat dari beberapa sudut yang berlainan. Rangsangan seperti ini dikenali sebagai rangsangan taksa. Hal ini berlaku apabila organisasi persepsi membenarkan kedua-dua objek dan latar belakang menjadi tumpuan. . Dalam hal ini, individu perlukan masa untuk mengorganisasikan bahagian-bahagian yang berasingan hingga dapat memberi sesuatu yang bermakna.

1.3

Teori Persepsi

Teori persepsi adalah suatu istilah untuk menggambarkan penerapan penelitian tentang neurologis dan menerima prinsip-prinsip psikologi dalam mempelajari komunikasi visual. Teori persepsi menangani bagaimana otak menerima informasi, mengolahnya, dan menggunakannya. Pada teori persepsi, pendekatan teoritisakan menambahkan informasi baru untuk mempelajari komunikasi visual dan membantu manusia tersebut tentang keefektifan dari teori komunikasi. Ia berasal dari penelitian sosial. Pada akhirnya, agar berguna, semua teori komunikasi dan semua asumsi tentang cara seorang manusia memproses gambar serta dampaknya yang mereka miliki harus kompatibel dengan penelitian neurologis. Pendekatan persepsi terhadap teori komunikasi mengakui keutamaan emosi dalam pengolahan semua komunikasi, dan khususnya target visual yang mempunyai komunikasi parallel. Dalam proses persepsi tergantung pada primer berdasarkan emosi sistem respon. Mengingat penelitian neurologis saat ini, misalnya, manusia tidak boleh lagi menggangap bahawa respon seseorang terhadap visual sadar, atau logik. Sebaliknya, penelitian neurologi

6 mengungkapkan bahawa visual dapat diproses dan membentuk dasar tindakan masa depan tanpa melewati kesedaran sama sekali. Dalam perkembangannya, anak-anak dan remaja akan menunjukkan peringkat emosi yang berbeza-beza dan apakah ada anak-anak yang sangat aktif terhadap daya tarikan emosional melalui visual dalam cara mereka berfikir dan ke depan dalam bertindak. Oleh sebab di setiap aspek persepsi memiliki implikasi yang mendalam untuk semua bidang komunikasi, dan tidak lebih dari komunikasi visual. Pada akhirnya kunci untuk memahami tentang pemahaman semua komunikasi visual terletak pada kerja saraf otak kita. Sejarah evolusi neurologi otak adalah sebuah cerita yang juga berkembang seperti komunikasi manusia, apa yang muncul bukan dari penelitian otak adalah kesadaran bahawa meskipun pandangan mungkin memang dimulai dengan cahaya memasuki retina, visi terjadi jauh di dalam otak, dan bahawa persepsi, proses di mana kita makna dari apa yang kita lihat, adalah sebuah simfoni yang rumit dimainkan pertama dan terutama melalui alam bawah sadar emosional sistem, dengan peralatan saraf berevolusi selama jutaan tahun. Pengalaman visual adalah modus jauh dari pembelajaran yang paling dominan, dalam hal ini membangun hubungan sinaptik di otak. Tidak ada sistem sensorik lainnya yang telah dipelajari sehingga sepenuhnya sebagai visual, dan tidak ada yang lain telah menjanjikan seperti dalam mengungkap rahasia fikiran pemahaman tentang bagaimana persepsi bekerja merupakan hal yang fundamental. Penelitian komunikasi terus menerus, terutama dalam hal efek media. Sebagai media kekerasan menjadi fokus utama kepedulian sosial banyak hari ini, misalnya, adalah penting untuk dicatat bahawa banyak dari jari menunjuk untuk menyalahkan dan mengarahkan. Oleh sebab evolusi adalah proses yang lambat, otak kita belum disesuaikan dengan pengalaman visual diperoleh melalui media dengan cara yang khusus. Meskipun evolusi biologi cenderung lambat, revolusi teknologi telah mempercepat otak manusia dengan kecepatan yang mengagumkan. Untuk sistem perseptual pengalaman, visual dalam bentuk seni rupa, media massa, virtual kenyataan, atau bahkan video game hanyalah stimulus baru memasuki sirkuit yang sama (prewired). Dengan demikian, penelitian saraf menyediakan heuristik kaya untuk wawasan baru ke dalam semua aspek yang ada pembelajaran otak dan sistem memori diberi makan oleh pengalaman visual, dan bagaimana utama jalur dan modul bekerja baik secara independen dan dalam konser dengan satu sama lain untuk menyelesaikan proses persepsi, kita menemui kesempatan yang tidak terbatas untuk penelitian baru di visual yang belajar.

7

1.4

Proses Terbentuknya Persepsi

Persepsi dapat disimpulkan secara sederhana bahawa:

i.

Persepsi berkait rapat dengan interpretasi dan sensasi.

ii.

Persepsi dikatakan berlaku di dalam minda apabila kita memahami apa yang berlaku.

iii.

Persepsi bagi setiap individu adalah berbeza-beza berdasarkan kepada beberapa faktor seperti pendidikan, pengalaman, kecenderungan, dan sebagainya. Dengan kata lain, persepsi bersifat personal.

iv.

Persepsi melibatkan proses pencerapan rangsangan menerusi pancaindera (mata, lidah, telinga, kulit dan hidung).

Rajah 1.4: Proses terjadinya persepsi yang melibatkan rangsangan

8 Proses pembentukan persepsi dimulai dengan masuknya sumber melalui suara, penglihatan, rasa, aroma, atau sentuhan manusia, diterima oleh indera manusia (sensory receptor) sebagainya bentuk sensation. Sejumlah besar sensation yang diperoleh dari proses pertama di atas kemudian diseleksi dan diterima. Fungsi penyaringan ini dijalankan oleh faktor seperti harapan individu, motivasi, dan sikap. Proses persepsi membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran.

Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata suatu alat membantu proses penglihatan. Proses melihat berlaku dalam dua fasa iaitu fasa pertama ialah mata menghantar maklumat ke otak dan fasa kedua ialah otak memberitahu mata apa yang dilihat. Proses kognitif dalam persepsi mewujudkan pola-pola mental dalam pemikiran sesorang. Pada fasa pertama, sesorang itu menerima sesuatu rangsangan dari persekitaran melalui deria sensorinya. Apa yang kita lihat, rasa, bau, sentuh, atau hidu kemudiannya akan dikumpul dan difailkan dalam fail-fail maklumat yang sangat banyak dalam fikiran kita. Proses mengakses fail ini oleh sistem saraf pusat sangat pantas dan cekap, dan jarang sekali berlaku kesilapan. Tamatnya fasa kedua, langsung ke fasa ketiga, di sini otak yang telah berjaya mengakses fail-fail akan mengolah jawapan dan akan memberitahu kita sesuatu yang apa yang kita lihat. Dalam fasa ketiga inilah sesuatu yang kita lihat itu akan membentuk apa yang dikatakan sebagai ‘mental set’ dan di sinilah persepsi bermula. Justeru perubahan-perubahan dalam cara kita melihat sesuatu mestilah dirombak, dipinda dan diubahsuai dalam fasa ketiga ini. Inilah fasa persepsi yang berperanan penting dalam pola berfikir seseorang.

9

Proses Persepsi

FASA 3

FASA 1 FASA 2

Otak memberitahu deria apa yang dilihat

Rangsangan deria -

Lihat Rasa Sentuh Bau Hidu

Kumpulkan dan failkan maklumat

FAIL 1

Subsubfail

-‘Mental set’ sedia terima sesuatu tanggapan

FAIL 2

FAIL 3

FAIL 4

Subsubfail

Subsubfail

Subsubfail

POLA-POLA MENTAL

10

PROSES KOGNITIF

PERSEPSI

HIPOTESIS (ANDAIAN)

PENGALAMAN DAN KONTEKS

-Interpretasi daripada datasensori (pengetahuan)

ANALISIS MELALUI SINTESIS

-Persepsi tidak statik -Contoh:Kiub Necker RANGSANGAN INPUT

Menjana hipotesis dan kaitkan skema yang berkaitan daripada memori. TIDAK Ada persamaan/perkaitan (maklumat baru dan lama) Ya Kenalpasti rangsangan

11

1.5

Jenis-Jenis Persepsi

Persepsi bersinonim dengan deria, wujudnya deria maka terbentuknya sesuatu persepsi. Otak dan fikiran mampu menggerakkan deria dan persepsi serta memperluaskan atau mengecilkan skop persepsi sesorang berasaskan kemahuan dan kehendak sesorang itu. Kebanyakan orang menggangap persepsi itu hanya melibatkan perkara yang dapat dilihat dengan mata semata-mata, namun, kenyataan itu adalah tidak benar. Hal ini demikian kerana,persepsi secara keseluruhannya melibatkan kesemua pancaindera manusia itu sendiri. Setiap manusia dianugerahkan dengan keupayaan dan kelebihan yang berbeza-beza. Ada sebilangan manusia yang sensitif kepada bunyi-bunyian dan ada di antara mereka sensitif kepada deria penglihatan dan sebagainya. Perkara yang lebih baik adalah mereka yang dapat menggunakan kesemua deria pandaindera mereka dengan sebaik-baiknya serta dapat mengaitkan kesemua antara deria dalam membuat satu kesimpulan. Proses pemahaman terhadap rangsang atau stimulus yang diperoleh oleh indera menyebabkan persepsi terbahagi menjadi beberapa jenis. Jenis-jenis persepsi boleh dikategorikan kepada lima bahagian iaitu persepsi auditori, persepsi visual, persepsi kinestatik-tactile, persepsi sosial dan persepsi ekstra sensori. Persepsi auditori, persepsi visual, persepsi kinestatik-tactile boleh diklasifikasikan sebagai tiga jenis persepsi yang utama.

1.5.1 Persepsi Auditori

Persepsi auditori adalah melibatkan deria pendengaran iaitu telinga. Telinga mampu mengesan dan membezakan bunyi-bunyian yang dapat didengari dengan mendengar nadanada yang dihasilkan. Persepsi auditori ialah kemampuan memproses informasi melalui saluran auditori.

12 1.5.1.1 Struktur Telinga Manusia

Deria pendengaran adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar. Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan apabila badan bergerak.

Rajah 1.5 : Kerantan rentas telinga manusia Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.

1.5.1.2 Mekanisme Pendengaran Telinga

Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang(waves). Cuping telinga akan mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga. Kemudian, salur telinga mengarahkan gelomgang bunyi tersebut ke gegendang telinga dan telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi. Getaran gelombang bunyi digandakan sebanyak 22 kali oleh osikel. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

13 1.5.2 Persepsi Visual

Persepsi visual adalah melibatkan deria penglihat...


Similar Free PDFs