Panduan Pemilihan dan Pembentukan Tajuk Kajian PDF

Title Panduan Pemilihan dan Pembentukan Tajuk Kajian
Author Mohd Anuar Ramli
Pages 26
File Size 868.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 5
Total Views 382

Summary

PEMILIHAN & PEMBENTUKAN TAJUK KAJIAN DR MOHD ANUAR RAMLI Jabatan Fiqh & Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya [email protected] © DR MOHD ANUAR RAMLI 1 PENGENALAN Pemilihan tajuk merupakan permulaan awal kepada para pengkaji untuk menjalankan kajian. Namun sebelum suatu tajuk dipi...


Description

PEMILIHAN & PEMBENTUKAN TAJUK KAJIAN DR MOHD ANUAR RAMLI Jabatan Fiqh & Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya [email protected]

© DR MOHD ANUAR RAMLI 1

PENGENALAN Pemilihan tajuk merupakan permulaan awal kepada para pengkaji untuk menjalankan kajian. Namun sebelum suatu tajuk dipilih, pengkaji perlu jelas tentang masalah kajian. Ini kerana dari masalah kajianlah, tajuk kajian

akan

dibentuk

dan

dirumuskan

dengan

berkesan. © DR MOHD ANUAR RAMLI 2

Justeru,

pemilihan

dengan

teliti

agar

tajuk

perlu

dilakukan

perjalanan

akademik

(academic journey) dapat berjalan lancar dan kajian disiapkan dalam tempoh pengajian yang ditetapkan.

© DR MOHD ANUAR RAMLI 3

KESALAHAN DALAM PEMBENTUKAN TAJUK KAJIAN Faktor utama adalah kurangnya literature review, sehingga pengkaji tidak terdedah dengan asas pertajukan. Kesalahan biasa adalah:  Tajuk terlalu umum dan luas tanpa skop yang khusus.  Tajuk yang tidak jelas dan di awang-awangan.  Tajuk yang tidak menggambarkan kajian. © DR MOHD ANUAR RAMLI 4

 Tajuk yang idealistik dan bombastik seperti

menyelesaikan masalah ummah dan mengubah polisi kerajaan.  Tajuk yang terlalu ringkas dan tergantung.  Tajuk yang terlalu panjang (tidak sexy & catchy).

© DR MOHD ANUAR RAMLI 5

KEBIASAAN NEGATIF MENCARI TAJUK KAJIAN

DALAM

 Berkhayal?

 Makan?

 Bergosip?

 Bermimpi?

 Bermain?

 Ilham/wahyu

 Mengelamun?  Kamar kecil?  Bersembang

Ramai pengkaji yang mengharapkan tajuk datang bergolek dan melayang-layang tanpa melakukan sebarang literature SEARCH. © DR MOHD ANUAR RAMLI 6

NO INPUT, NO OUTPUT

 Hakikatnya, bagaimana tajuk hendak dibina

oleh pengkaji sekiranya tiada sebarang input (data2 literature). Kesannya neuron2 otak tidak mampu bersambung untuk menghasilkan idea dan tiada sebarang output yang berkualiti. © DR MOHD ANUAR RAMLI 7

BAGAIMANA MENDAPAT IDEA TENTANG TAJUK KAJIAN?  Membaca

buku, website, blog, dsb.

 Mengenalpasti

jurnal,

masalah

tesis, semasa

majalah, dalam

masyarakat.

 Menyelesaikan masalah peribadi/ pengalaman

sendiri atau orang lain. © DR MOHD ANUAR RAMLI 8

 Bertanya

kepada pakar dalam bidang berkaitan. Elakkan bertanya kepada bakal penyelia kerana ia salah satu taboo.

 Merujuk

hasil kajian-kajian dilakukan pengkaji terdahulu.

lepas

yang

 Mencari peluang menjadi pembantu penyelidik

(RA) bagi projek yang skala besar. Pelajar boleh mendapatkan tajuk kajian dari projek berkenaan. © DR MOHD ANUAR RAMLI 9

PANDUAN MEMILIH TAJUK KAJIAN 1. Sebaiknya tajuk kajian dipilih sendiri oleh pengkaji, bukan idea orang lain. Ini kerana motivasi untuk menyiapkan kajian lebih kuat. Namun tiada dosa, sekiranya idea orang lain asalkan tidak ciplak. 2. Berdasarkan minat pengkaji kerana ia menjadi momentum untuk pengkaji fokus terhadap kajian di samping tidak putus asa dalam menyiapkan kajian bila wujud masalah. © DR MOHD ANUAR RAMLI 10

3. Tajuk yang dipilih sesuai dengan bidang kepakaran penyelia yang sedia ada. Dan dalam masa yang sama latar belakang dan rekod penyeliaan bakal penyelia telah diselidiki. Ini bagi mengelakkan wujud konflik dengan penyelia di kemudian hari. Pemilihan penyelia penting agar kajian dapat dijalankan dengan baik melalui kritikan, penilaian, asuhan dan didikan penyelia. Jangan salah pilih penyelia, akhirnya menyalahkan penyelia atas kelewatan dan kegagalan menghabiskan pengajian. © DR MOHD ANUAR RAMLI 11

4. Termasuk spesialisasi pengkaji atau bidang pengkhususan pengkaji. Ini kerana pengkaji mampu menjalankan kajian dengan baik kerana ada latar belakang akademik yang kuat. 5. Termasuk kompetensi dan kemampuan pengkaji untuk menanganinya. Ini bagi mengelak kajian stuck di pertengahan jalan dan pengkaji tidak dapat mencari jalan keluar.

© DR MOHD ANUAR RAMLI 12

6. Dalam kemampuan pengkaji untuk membiayainya atau ada penajaan. Biasanya, masalah kewangan isu yang besar dalam mengganggu kelancaran kajian. 7. Dapat dikaji dan diuruskan data kajian sama ada kepustakaan mahupun lapangan, dan data boleh dicapai oleh pengkaji. 8. Peralatan atau instrumen kajian tersedia sesuai dengan keperluan kajian. © DR MOHD ANUAR RAMLI 13

9. Kajian dapat diselesaikan dalam jangka waktu tertentu sesuai dengan tempoh pengajian. Sebaiknya GOT (Graduate on Time). Tempoh kajian bagi kertas projek sekitar 4 bulan, disertasi sarjana 1-2 tahun dan tesis PhD 2-3 tahun. Namun begitu ramai yang terlewat. Tidak mengapa, asalkan belum terlambat. © DR MOHD ANUAR RAMLI 14

10. Penting dan relevan dengan situasi semasa serta mendapat permintaan. Kajian yang marketable bukan mereput di rak library. 11. Hasil kajian bersifat praktikal dan dapat dilaksanakan serta tidak idealistik. Kajian tidak syok sendiri. 12. Bermanfaat bagi penambahbaikan mutu kehidupan manusia dengan sumbangan kajian walau tidak sampai tahap mengubah nasib ummah atau menghasilkan magnum opus. © DR MOHD ANUAR RAMLI 15

13. Ada pertimbangan risiko bahaya, sama ada keselamatan mental, fizikal mahupun material. 14. Perlu mengelak isu sensitif, kontroversi serta menggugat ketenteraman awam, misalnya kritikan terhadap agama lain, budaya serta tradisi bangsa lain. 15. Tajuk kajian sebaiknya fertile dan boleh dikembangkan sama ada dari Kertas ProjekDisertasi Sarjana-Tesis PhD. Ia akan membentuk kepakaran pengkaji. © DR MOHD ANUAR RAMLI 16

16. Dapat memberi ganjaran kepada pengkaji jika hasil kajiannya selesai, sama ada berbentuk insentif kewangan, perlantikan ke jawatan dan kenaikan pangkat. 17. Mampu untuk meningkatkan kepakaran, kompetensi, profesionalisme dan ketrampilan dalam kerjaya. 18. Membina reputasi serta nilai intelektual kalangan akademia sedia ada. © DR MOHD ANUAR RAMLI 17

KRITERIA PEMILIHAN TAJUK MINAT INSTRUMEN

DATA

BIDANG

PEMILIHAN TAJUK

PROSPEK

TEMPOH

DANA PENYELIA

© DR MOHD ANUAR RAMLI 18

PEMBENTUKAN TAJUK KAJIAN Pemilihan topik atau tajuk akan menggambarkan tingkat kedalaman dan cakupan dari sebuah kajian yang akan dibahas. Secara umum, kriteria tajuk yang baik adalah:

 Pertama, tajuk yang diteliti mengandungi

masalah yang tidak terlalu luas dan tidak terlalu sempit. © DR MOHD ANUAR RAMLI 19

 Kedua, belum banyak diteliti orang lain.

Walaupun sudah ada kajian lain, kajian ini mengisi aspek lain serta perspektif tertentu,

yang selama ini tidak mendapat perhatian para pengkaji.

© DR MOHD ANUAR RAMLI 20

 Ketiga, diungkapkan dalam perkataan yang

ringkas, tetapi mampu menunjukkan dengan jelas

independent

variable

dan

dependent

variable-nya.  Keempat,

tajuk

dapat

menunjukkan

problematik yang terkandung dalam tema yang

akan dikaji. © DR MOHD ANUAR RAMLI 21

 Kelima, sebaiknya tajuk dibuat dengan ayat

ganda. Ayat pertama bersifat umum yang kemudian diikuti dengan ungkapan yang

menunjukkan fokus kajian yang diteliti. Dalam hal ini, perlu dihindari ungkapan yang bersifat

bombastik. © DR MOHD ANUAR RAMLI 22

KRITERIA PEMBENTUKAN TAJUK RINGKAS

PEMBOLEH UBAH

JELAS

PEMBENTUKAN TAJUK SPESIFIK

PADAT

GANDA

© DR MOHD ANUAR RAMLI 23

CONTOH TAJUK KAJIAN [ada perbezaan antara tajuk kajian bersifat kualitatif dan kuantitatif]

1. Analisis Gender Dalam Kitab Ulama Melayu:

Kajian Terhadap Kitab Sabil al-Muhtadin 2. Persepsi Pengguna Muslim Terhadap Premis Makanan Orang Bukan Islam: Kajian di WP Kuala Lumpur. 3. Aplikasi al-Istihalah dalam produk berasaskan tulang khinzir. 4. Adat dan Uruf Perkahwinan Masyarakat Murut Menurut Perspektif Hukum Islam [Tajuk-tajuk lain boleh dilihat dalam senarai theses online] © DR MOHD ANUAR RAMLI 24

PENUTUP Dalam memilih tajuk dan pembentukan tajuk yang baik, pengkaji perlu melakukan literature SEARCH yang mencukupi sebelum melakukan literature REVIEW yang tuntas bagi mengenalpasti masalah kajian yang sebenar. Ini kerana tajuk yang dihasilkan adalah refleksi daripada masalah kajian yang menjadi fokus pengkaji. © DR MOHD ANUAR RAMLI 25

Pengajian di peringkat post graduate memerlukan semangat yang jitu di samping bersifat independent. Penyelia hanya menyuluh laluan, pelajarlah yang perlu merangkak atau berlari berdasarkan bantuan pengcahayaan tersebut. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa, bukan taqlid kepada tradisi yang salah. Moga bermanfaat. Dr Anuar 181015 © DR MOHD ANUAR RAMLI 26...


Similar Free PDFs