QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK DOCX

Title QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK
Author S. Muhamad Sarip
Pages 10
File Size 30.3 KB
File Type DOCX
Total Downloads 67
Total Views 1,006

Summary

QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK PENGENALAN Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk suka melakukan sesuatu yang merugikan oran...


Description

QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK PENGENALAN Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk suka melakukan sesuatu yang merugikan orang lain, suka melakukan kekacauan, suka melakukan perbuatan yang tercela yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya. Manusia yang tidak mempunyai akhlak, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya. Mereka sanggup berbohong, membuat fitnah, menjual maruah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu mereka akan menjual agama dan negaranya.( Al-Attas.H,(2011) Masalah keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan masyarakat dewasa ini semakin membimbangkan dan memerlukan satu penyelesaian yang menyeluruh daripada semua pihak. Menurut Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (1988) penerapan nilai-nilai murni menjadi tajuk utama dalam sistem pendidikan khususnya bagi menyediakan anak bangsa yang mempunyai ketahanan diri yang teguh. Akhlak merupakan sifat semulajadi yang lahir dalam diri manusia dicorakkan melalui didikan yang dilalui oleh sesorang daripada peringkat rendah mahupun sekolah menengah. Tingkah laku pelajar di dalam dan diluar kelas adalah melambangkan keunggulan mereka sebagai seorang guru yang mudah diterima baik oleh murid- murid (Hussain & Ashraf,1989). Guru adalah individu yang boleh mempengaruhi pelajar selain didikan awal mereka dirumah. Halstead (1995) menyatakan bahawa guru amat disanjungi dan diberi harapan kerana mereka mempunyai ilmu, tetapi juga mempunyai personaliti dan tanggungjawb dan menunjukkan contoh yang baik kepada murid yang akan menyebabkan murid mengikuti mereka tanpa ragu-ragu. Untuk memikul tanggungjawab yang berat ini,guru mestilah berperanan sebagai ibu bpa kedua di sekolah (Abidin Ibn Rush,1998) dengan menunjukkan akhlak yang yang baik dan mampu memberi tauladan yang baik kepad setiap pelajar. Masa pelajar yang banyak di sekolah menyebabkan guru orang yang berpengaruh kepada pelajar (Ab.Halim Tamuri,2011)....


Similar Free PDFs