Tajuk Kekuatan DAN Kelemahan Model Tyler PDF

Title Tajuk Kekuatan DAN Kelemahan Model Tyler
Author Ahmad Azim Bin Asri
Course education
Institution Wawasan Open University
Pages 18
File Size 224.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 27
Total Views 830

Summary

TAJUK: KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER DAN MODEL TABADALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM1 PENDAHULUANMalaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiring dengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara harus menyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai b...


Description

TAJUK: KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER DAN MODEL TABA DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM

1.0

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiring dengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara harus menyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan itu, pendidikan dijadikan agenda utama bagi negara ini malah di mana-mana negara juga. Dunia pendidikan hari ini adalah penentu masa depan negara. Justeru itu, bagi memastikan pendidikan negara mencapai matlamat, sistem kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan instrumen penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digunakan sebagai garis panduan dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semua peringkat dan lapangan sekolah. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Kurikulum tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Lantaran itu kurikulum juga menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup suatu bangsa, yang akan menjadi panduan hala tuju dan acuan kehidupan sesuatu bangsa di masa hadapan. Seiring dengan kepentingan

kurikulum tersebut, Kurikulum

yang dibina

haruslah dinamis dan terus berkembang untuk disesuaikan dengan pelbagai perkembangan yang terjadi pada masyarakat dunia dan haruslah ditetapkan hasil yang sesuai dengan matlamat. Pengembangan kurikulum sebaiknya dilaksanakan secara sistematik berdasarkan prinsip yang bersepadu iaitu memberikan garis panduan bahawa keseluruhan komponen haruslah tepat dan saling berkait antara satu sama lain, tidak berasingan, malah secara menyeluruh. Penyusunan satu komponen harus dinilai keseragamannya dan perkaitannya dengan komponen-komponen lainnya sehingga kurikulum benar-benar bersepadu dan utuh. 1

Seterusnya bagi menjayakan sesuatu sistem kurikulum tidak dapat tinggalkan iaitu kaedah pendekatan atau penggunaan model yang sesuai dengan pengembangan kurikulum. Dengan itu, kurikulum dapat diubah dengan baik dan benar. Sekali gus, tujuan pendidikan itu dapat tercapai dengan apa yang diinginkan oleh negara. Tokoh-tokoh terdahulu telah mencipta banyak model yang digunakan dalam pengembangan kurikulum. Menurut Robert S. Zain dalam bukunya: Curriculum Principles and Foundation (Dakir, 2004: 95-99) berbagai model dalam pengembangan kurikulum secara kasarnya dinyatakan seperti berikut: Model Administratif (Line Staff), Model dari Bawah (Gross-Roots), Model Demonstrasi, Model Tyler, Model Taba, Model Beauchamp, Model Wheeler, Model Nicholls dan Model Dynamic Skilbeck. Akan tetapi sebelum diadaptasikan model-model tersebut dalam pengembangan kurikulum, terlebih dahulu model tersebut harus dikaji dan ditelaah sehingga pelaksanaannya dapat terlaksana dengan lancar dan ia benar-benar sesuai dengan tujuan pendidikan. Pemilihan suatu model pengembangan kurikulum bukan saja dinilai pada kelebihan yang ada pada model tersebut, dan kemungkinan hasil yang bakal dicapai, tetapi juga perlu disesuaikan dengan sistem kurikulum

dan sistem

pendidikan sesebuah negara. Nadler (1988)

menjelaskan bahawa model yang baik adalah model yang dapat menolong si pengguna untuk mengerti dan memahami suatu proses secara terperinci dan menyeluruh. Oleh itu, dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan kepada kekuatan dan kelemahan dua model yang dianggap sinonim dan relevan dengan pendidikan di Malaysia

2.0

iaitu

Model

Tyler

dan

Model

Hilda

Taba.

DEFINISI

2.1

KURIKULUM

Menurut Ralph Tyler (1935), kurikulum adalah seluruh pengalaman belajar yang direncanakan dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai tujuan pendidikannya.

2

Menurut Hilda Taba (1962) pula, kurikulum ialah pernyataan tentang tujuantujuan pendidikan yang bersifat umum dan khusus dan materinya dipilih dan diorganisasikan berdasarkan suatu pola tertentu untuk kepentingan belajar dan mengajar. Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulum boleh didefinisikan sebagai, ”Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek : 1.

Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

2.

kurikulum merangkumi sukan, persatuan dan unit beruniform

Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan) 1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai : “Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan’ Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing Pemahaman dalam menginterpretasi makna kurikulum begitu luas. Maka hal itu menjadi sebuah pertanyaan, apakah kurikulum itu ada pengertian yang telah disusun secara spesifik dan disetujui oleh banyak golongan? Ataukah pengertian kurikulum itu harus disesuaikan dengan objek yang dituju? Tapi pada dasarnya dari berbagai definisi tentang kurikulum di atas, maksud dan tujuannya sama yaitu tentang pengertian kurikulum pendidikan 3

2.2

MODEL

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga model adalah bermaksud seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh. Menurut Good (1972) dan Travers (1973), model adalah abstrak dari dunia nyata atau persembahan peristiwa kompleks atau sistem, dalam bentuk cerita, matematik, grafik, serta lambang-lambang lainnya, (Sanjaya, 2009). Oleh itu, model bukanlah sesuatu yang realiti tetapi merupakan acuan dari sesuatu yang sebenar di alam nyata dijadikan sebagai panduan dalam sesuatu kegiatan.

3.0

MODEL RALPH TYLER

Buku Basic Principles of Curriculum and Instruction merupakan buku klasik yang ditulis oleh Tyler (1949), menjelaskan bagaimana merancang suatu kurikulum, sesuai dengan tujuan dan matlamat suatu sistem pendidikan. Dengan demikian model ini tidak menguraikan pengembangan kurikulum dalam bentuk langkah-langkah konkrit atau secara rinci. Tyler hanya memberikan dasar-dasar pengembangannya saja.

Gambar rajah 1: Model Tyler ( di petik dari http://willzen.blogspot.com/2012/01/model-model-pengembangankurikulum_15.html)

4

Menurut Tyler (1949), ada empat komponen yang dianggap asas bagi mengembangkan kurikulum.

1. Menentukan tujuan pendidikan.

Dalam penyusunan sesuatu sistem kurikulum, langkah yang paling penting dan yang pertama yang perlu dilakukan adalah menentukan tujuan. Fungsi tujuan pendidikan adalah memberikan arah kepada segenap kegiatan pendidikan dan merupakan sesuatu yang ingin dicapai oleh segenap kegiatan pendidikan. Menurut Ahmad D. Marimba, fungsi tujuan iaitu: 1) Mengakhiri usaha. 2) Mengarahkan usaha. 3) Titik tolak untk mencapai tujuan-tujuan lain. 4) Memberi nilai pada usaha-usaha tersebut. Oleh itu, tujuan pendidikan ini harus menggambarkan hasil yang dicapai oleh pelajar setelah mengikuti sesuatu program pendidikan. Menurut Tyler, persoalan yang perlu ditanya ialah hendak dibawa ke mana pelajar-pelajar ? kemampuan apa yang harus dimiliki oleh pelajar setelah mengikuti program pendidikan? Lalu sebenarnya dari mana dan bagaimana kita menentukan tujuan pendidikan ?

Tyler menjelaskan bahawa sumber perumusan tujuan dapat berasal dari pelajar, pembelajaran kehidupan masa kini, disiplin ilmu, falsafah, dan psikologi belajar. Merumuskan tujuan kurikulum, sebenarnya sangat tergantung dari teori dan falsafah pendidikan serta model kurikulum apa yang digunakan. Terdapat pelbagai tujuan kurikulum, antaranya: Tujuan kurikulum bersifat "discipline oriented" merupakan penguasaan terhadap pelbagai konsep atau teori seperti yang ditetapkan dalam disiplin ilmu. Tujuan kurikulum bersifat "child centered" adalah kurikulum yang lebih berpusat kepada pengembangan peribadi pelajar. Maka Pelajar adalah sumber utama, sama ada berhubungan dengan bakat, minat, mahupun keinginan untuk menghadapi kehidupan nyata. Tujuan kurikulum bersifat "society centered" ini pula, lebih memfokuskan kepada kurikulum sekolah sebagai alat untuk memperbaiki kehidupan masyarakat. Tujuan dirumuskan secara umum sehingga ke rumusan khusus bagi mempermudah pencapaian tujuan tersebut. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa menurut Tyler ada tiga aspek yang harus dipertimbangkan sebagai sumber dalam penentuan tujuan pendidikan menurut 5

Tyler iaitu: 1) keinginan pelajar sebagai individu, 2) masyarakat dan 3) berpusat pada bahan pelajaran (subject-matter). Ketiga-tiga aspek tersebut harus dipertimbangkan dan dijadikan sebagai rujukan dalam penentuan tujuan pendidikan umum. Selanjutnya dalam penentuan tujuan khusus maka falsafah pendidikan dan psikologi belajar merupakan landasan yang dijadikan dasar dalam penentuan tujuan khusus. Ada lima faktor yang dijadikan arah dalam penentuan tujuan pendidikan, di antaranya; pengembangan kemampuan

berfikir,

membantu

memperoleh

informasi,

pengembangan

sikap

masyarakat, pengembangan minat peserta didik, dan pengembangan sikap sosial.

2. Menentukan Proses Pembelajaran

Dalam proses pembelajaran pandangan dan latar belakang pelajar harus diambil kira. Pengetahuan sedia ada yang miliki perlu dijadikan pertimbangan dalam menentukan proses pembelajaran selanjutnya. Dalam proses pembelajaran akan melibatkan interaksi antara pelajar dengan persekitaran atau sumber belajar yang bertujuan untuk membentuk sikap, pengetahuan dan keterampilan sehingga membentuk tingkah laku yang baik. Oleh sebab

itu, proses pembelajaran perlu diorganisasikan secara berkesan agar dapat

memberikan gambaran terhadap pelaksanaan kegiatan belajar. Pembelajaran yang berkesan terletak pada proses pembelajaran yang dijalankan. Tidak dapat tidak guru memainkan peranan dalam menjayakan proses pembelajaran itu. Guru perlu membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar selaras dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Penentuan aktiviti pembelajaran dikembangkan berdasarkan pada tujuan yang lebih umum ke khusus berdasarkan tujuan yang telah ditetapkan. Menurut Tyler lagi ada beberapa prinsip dalam menentukan pengalaman belajar pelajar. Pertama, pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran. Kedua, setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar. Ketiga, setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar. Keempat, mungkin dalam satu pengalaman belajar dapat mencapai tujuan yang berbeza.

6

3. Menentukan Organisasi Isi atau Bahan Pelajaran

Setelah proses pembelajaran ditentukan, seterusnya menentukan isi kandungan atau bahan bagi mencapai tujuan kurikulum serta berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah dimiliki oleh pelajar. Bahan yang dipelajari pelajar disusun pada unit-unit yang dapat menggambarkan suatu urutan pengalaman serta dapat memudahkan dalam implementasi dan memberikan gambaran terhadap penilaian pembelajaran. Penyusunan pengalaman belajar dapat dilakukan dengan berbagai cara, salah satunya adalah dengan pengembangan bentuk vertikal dan horizontal serta kesinambungan. Pengorganisasian secara vertikal : iaitu menghubungkan pengalaman belajar dalam satu kajian yang sama dalam aras yang berbeza. Contohnya, pengorganisasian pengalaman belajar yang menghubungkan antara bidang matematik di tingkatan empat dan tingkatan lima. Pengorganisasian secara horizontal : iaitu menghubungkan pengalaman belajar dalam bidang matematik dan sains dalam tingkat yang sama.

4. Menentukan penilaian pembelajaran

Penilaian boleh didefinisikan sebagai satu kaedah untuk mengumpul, merekod, menganalisis serta menggunakannya untuk membantu proses pembelajaran (Harlen et al. 1992). Menentukan penilaian pembelajaran merupakan langkah yang terakhir dalam model Tyler dan juga merupakan langkat terpenting. Ini kerana langkah penilaian ini menentukan sama ada tujuan yang ditentukan pada awal pembinaan kurikulum tercapai ataupun tidak. Penilaian harus menilai apakah telah terjadi perubahan tingkah laku pelajar sesuai dengan tujuan pendidikan yang telah dirumuskan. Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dari satu alat penilaian dalam suatu waktu tertentu seperti penilaian sumatif dan penilaian formatif. Penilaian sumatif digunakan untuk memperoleh data tentang pencapaian akhir pelajar. Manakala Penilaian formatif adalah untuk melihat keberkesanan proses pembelajaran, apakah program yang disusun telah dianggap sempurna atau sebaliknya.

7

3.1

KEGUNAAN MODEL TYLER

Pada asasnya Model Tyler digunakan oleh para guru, pembangun kurikulum dan penilai profesional. Selain daripada untuk membuat pengubahsuaian kurikulum dan klasifikasi objektif, Model Tyler juga berguna dalam situasi bilik darjah dan terserahlah kepada kebijaksanaan guru menggunakan kaedah ini secara positif.

Keputusan untuk memperbaiki mutu pendidikan mesti menjadi tujuan utama pendidikan walau pun darjah “kecacatan” begitu besar. Berguna untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran pelajar. Ia boleh menyokong diagnosis (learning difficulty) dan melaksanakan langkah pemulihan dalam proses pembelajaran sama ada secara individu atau berkelompok. Membolehkan guru mengubahsuai objektif pembelajaran supaya selari dengan situasi pembelajaran dan keperluan pelajar. Membuat kurikulum pada umumnya realistik.

3.2

KEKUATAN DAN KELEBIHAN MODEL TYLER

Setiap model yang tercipta mempunyai tujuan yang tersendiri. Model-model itu semestinya unik bermaksud mempunyai kelebihan tersendiri yang mana akan dijadikan panduan kepada pengguna untuk memilih model tersebut bersesuaian dengan tujuan kegunaan. Kelebihan Model Tyler adalah model ini tidak tertumpu pada pelajar (pencapaian). Semata-mata malah juga menekankan kepada aspekaspek lain selain pencapaian pelajar termasuklah:

a. Pengetahuan tentang maksud falsafah program (knowledge about programmed intention). b. Matlamat dan objektif tingkah laku. Matlamat dan objektif program perlu ditakrifkan dengan jelas. c. Tatacara untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program. 8

Selain itu, kelebihan model ini juga ialah penentuan objektif sebagai rujukan yang kukuh terdapat arahan, bimbingan dan

panduan. Mengandungi kriteria

untuk menilai kejayaan program. Malah kaedah yang praktikal iaitu boleh menggunakan kaedah ini secara berterusan. Kaedah “management by objective” (MOB) oleh model ini boleh memantau sesuatu program atau institusi dengan cara tidak formal. Malah model ini juga sistematik kerana adanya kompenan dan langkah. Malah model ini juga mempunyai kekuatan dengan objektif yang hendak dicapai digariskan dengan jelas. Selain itu, model ini sangat sesuai kerana memberi penekanan kepada penglibatan pelajar oleh itu akan melahirkan pelajar yang berautonomi dan berdikari. Secara ringkasnya model ini mempunyai kekuatan tersendiri iaitu model ini mudah, senang difahami, senang diikuti dan diimplementasikan dan menghasilkan maklumat relevan yang diterima pihak tertinggi program.

3.3

KELEMAHAN MODEL TYLER

Tiada yang sempurna, jika ada kelebihan pasti ada kelemahan. Lantaran itu, model Tyler juga tidak terlepas mempunyai kelemahan. Terdapat beberapa kelemahan dalam model Tyler seperti dibuktikan oleh Pophams (1969, 1973); Sulivan (1965) dan MacDonald Ross (1973) dipetik dari Sani (1992); Sharifuddin (1996) dan Habibah (1996). Antara kelemahan-kelemahan tersebut adalah masalah teknikal yang mana untuk memperoleh satu set objektif yang “operational”, penilai dikehendaki memilih dan memurnikan objektif-objektif yang sesuai. Justeru itu, Tyler mencadangkan proses tapisan awal dilakukan berpandukan pada falsafah dan psikologi sesuatu program. Walau bagaimanapun beliau tidak menyatakan rupa bentuk proses yang perlu dilakukan. Adakah memadai dengan memfokuskan ke atas aspek isi kandungan dan pembelajaran sahaja dan aspek-aspek ini dinyatakan dalam bentuk tingkah laku? Akibatnya, objektif penting terutamanya yang berkaitan dengan aspek kurang konkrit 9

program seperti sikap dan emosi telah diabaikan. Pendapat ini selari dengan pendapat Stake, (1970) dan Dressel, (1960) iaitu kelemahan Model Tyler ialah tiada pendapat yang konsisten mengenai siapa yang patut memilih objektif atau objektif yang mana patut dipilih. Selain itu, Model ini menekankan proses penilaian akhir iaitu melihat pada hasil (product) sahaja. Tyler mengaitkan hasil dengan objektif. Oleh itu, beliau perlu memerlukan maklumat tentang sesuatu program selepas satu program lengkap berlangsung dan memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya. Pendapat ini di sokong oleh McDonald Ross, (1973) iaitu menurut beliau sungguhpun objektif dapat didefinisikan dari segi pelaksanaan, masalah untuk mendapatkan hasil pengukuran adalah jauh dari yang dapat dikesan. Kelemahan seterusnya ialah bukan semua penggubal kurikulum bersetuju tentang perlunya menetapkan objektif

terlebih dahulu (Atkin, 1963; Eisner,

1967, 1969 dan Stenhouse, 1971). Model ini juga dikatakan terlalu rigid apabila terikat dengan objektif yang telah ditetapkan dan menjejaskan elemen kreativiti. Biasanya pembinaan objektif lebih berfokus kepada tingkah laku yang mudah diukur. Sebaliknya aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sikap seperti menghargai dan menghakimi yang sukar diukur jarang dimasukkan sebagai objektif khusus dalam penilaian kurikulum.

4.0

MODEL HILDA TABA

Model Taba berbeza dengan model yang dikembangkan Tyler. Model Taba lebih menitik beratkan kepada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses perbaikan dan penyempurnaan. Oleh karena itu dalam model ini dikembangkan sesuatu tahap yang harus dilakukan oleh para pengembang kurikulum. Pengembangan kurikulum secara tradisional biasanya dilakukan secara deduktif yang dimulai dari langkah penentuan prinsip-prinsip dan dasar, merumuskan reka bentuk kurikulum secara menyeluruh, menyusun unit-unit kurikulum selari dengan reka bentuk kurikulum dan melaksanakan kurikulum di dalam kelas. Namun, Hilda Taba berpendapat model itu tidak 10

sesuai kerana merangsang inovasi dan kreativiti.

Alasannya lagi, pengembangan

kurikulum secara deduktif juga tidak dapat menciptakan pemahaman kurikulum, oleh karena itu menurut Hilda Taba, sebaiknya kurikulum dikembangkan secara terbalik iaitu dengan pendekatan induktif. Model Taba dengan Pendekatan Induktif bermaksud menekankan cara-cara untuk mengukuhkan operasi mental dan proses berfikir dengan menganalisis informasi dan membina konsep. Model Taba juga lebih menitikberatkan pada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses perbaikan dan penyempurnaan kurikulum. Hilda Taba juga percaya bahawa guru-guru yang mengajar atau melaksanakan kurikulum harus mengambil bahagian dalam membangunkan ia. Pendapat beliau biasanya dipanggil

"grassroots approach" di mana guru-guru

seharusnya mempunyai input utama.

Ada lima langkah pengembangan kurikulum model terbalik da...


Similar Free PDFs