ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI PDF

Title ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI
Author Hisyam Mohd
Pages 15
File Size 416.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 3
Total Views 135

Summary

1 ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI Muhammad Hisyam Mohd Azalina Irdawati Tahir BAHAGIAN 1: PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Penyelidikan merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa Perancis yang memberi makna penyiasatan secara mendalam (Sabitha, 2009). Selain daripada itu, penyelidikan juga bol...


Description

1

ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI

Muhammad Hisyam Mohd Azalina Irdawati Tahir BAHAGIAN 1: PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Penyelidikan merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa Perancis yang memberi makna penyiasatan secara mendalam (Sabitha, 2009). Selain daripada itu, penyelidikan juga boleh ditafsirkan sebagai suatu proses mencari jawapan dan penerangan mengenai sesuatu fenomena yang dikaji sekaligus dapat mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Menurut Sabitha (2009) lagi, penyelidikan bukanlah hanya pengambilan maklumat, mengumpul data atau penyusunan maklumat semata-mata tetapi lebih daripada itu. Di samping itu, para penyelidik perlu mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan dan bukan sekadar melakukan penyelidikan semata-mata sahaja. Pelbagai perkara yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh seorang yang bergelar penyelidik bagi memastikan hasil yang diperolehi sepanjang penyelidikan itu dilakukan merupakan hasil yang boleh diterima pakai, tiada keraguan dan tidak dipertikaikan kesahihannya oleh pihak lain.

Menurut Leedy dalam Sabitha (2009), terdapat beberapa ciri yang perlu ada di dalam sesebuah penyelidikan iaitu penyelidikan bermula dengan persoalan atau permasalahan kajian,

penyelidikan memerlukan satu

matlamat

yang jelas,

penyelidikan mengikut satu pelan prosedur yang spesifik, penyelidikan sering kali dapat membahagikan masalah atau dapat mengupas masalah kepada sub-masalah yang dapat diambil tindakan, penyelidikan dipandu oleh permasalahan kajian, persoalan atau hipotesis yang spesifik dan yang terakhir, penyelidikan memerlukan pengumpulan data dan penafsiran data yang berusaha untuk menyelesaikan sesuatu isu yang dibangkitkan oleh kajian tersebut.

2

Selain perkara yang dinyatakan tersebut terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh para penyelidik sewaktu menjalankan penyelidikan dan perkara ini merupakan perkara terpenting yang perlu diketahui dan difahami oleh setiap penyelidik supaya penyelidikan tersebut memberi makna dan hasilnya boleh diterima pakai. Terdapat tiga asas yang perlu difahami oleh penyelidik sekaligus memasukkan asas ini ke dalam penyelidikan yang ingin dijalankan sama ada perkara ini diterangkan ataupun hanya sebagai pemandu arah kepada penyelidik untuk memasukkan elemen ini kedalam penyelidikan tersebut iaitu ontologi, epistemologi dan metodologi.

BAHAGIAN 2: PENERANGAN MENGENAI ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI

2.1

Ontologi

Secara umumnya, ontologi merupakan titik permulaan dalam penyelidikan dan merupakan perkara utama yang perlu difahami oleh penyelidik sebelum sesebuah penyelidikan dijalankan (Grix, 2002). Hal ini demikian kerana elemen ini merupakan elemen terpenting dalam penyelidikan dan jika elemen ini tidak diambil kisah maka penyelidikan tersebut akan menghadapi masalah kerana mereka tidak mengetahui bagaimana fenomena sosial yang dikaji itu wujud. Selain itu, ontologi juga boleh diterjemahkan sebagai asal usul sesuatu teori atau fenomena yang berlaku (Walter, 2010). Ontologi merupakan tuntutan serta andaian normal mengenai sesuatu realiti sosial yang berlaku dalam masyarakat, bagaimana fenomena itu wujud, bagaimana ianya ditafsirkan, bagaimana ia berkembang dan bagaimana setiap unit itu berinteraksi di antara satu sama lain. Perkara yang paling penting dalam ontologi ialah bagaimana kepercayaan kita terhadap realiti sosial tersebut (Blaikie, 2007).

Perkara yang paling utama di dalam ontologi ialah tiada disertakan pandangan penyelidik, perbezaan, sebab dan akibat atau pelbagai eleman lain yang tidak menerangkan secara terus kepada bagaimana fenomena tersebut boleh wujud (Sayer, 1992). Memandangkan fenomena yang dikaji oleh ahli sains sosial ialah manusia, ia memerlukan penyelidik berpegang kepada paradigma tertentu tentang realiti yang dikaji (Kuhn, 1970). Paradigma ialah orientasi asas terhadap teori dan

3

penyelidikan yang dipegang oleh seseorang pengkaji (Samani, 2004). Dalam kata yang lebih mudah lagi paradigma ini merupakan pemahaman seseorang pengkaji terhadap sesuatu teori serta kaedah yang digunakan oleh mereka dalam menjalankan penyelidikan bagi menguatkan lagi hujah mereka mengenai hasil yang diperolehi melalui kajian tesebut.

Dalam sains sosial, ontologinya lebih kepada asal usul realiti sosial (Blaikie, 2007) di mana setiap perkara yang dinyatakan oleh penyelidik di dalam kajiannya perlulah disokong dengan andaian ontologi sama ada secara tersurat atau tersirat. Ini bermakna setiap perkara yang dikaitkan dalam penyelidikan perlu dinyatakan kaitan di antara satu sama lain serta bagaimana perkara tersebut wujud. Perkara ini sangat penting kerana sesuatu perkara atau fenomena yang berlaku biasanya tidak sama dengan pemahaman manusia. Mungkin perbezaan geografi, pegangan, adat dan sebagainya menyebabkan tafsiran dan fahaman yang di lontarkan berbeza sama sekali dengan realiti sebenar (Walter, 2010). Pemahaman secara mendalam penyelidik mengenai sesuatu fenomena atau isu yang hendak dikaji amat penting kerana pemahaman tersebut diperlukan bagi mengetahui fenomena secara menyeluruh dan terperinci sekaligus membantu mereka menghasilkan satu kajian yang tepat dan boleh dipercayai.

Teori yang berkaitan dengan asal usul sosial realiti ini dibahagikan kepada dua iaitu idealist dan realist. Idealist beranggapan bahawa manusia bukan sahaja dipengaruhi oleh persekitaran, nilai dan pegangan sekeliling tetapi juga dalam masa yang sama mereka juga boleh mempengaruhi persekitaran tersebut. Perkara ini juga bermakna manusia itu sendiri yang memberi makna dan membuat tafsiran sendiri terhadap sesuatu fenomena yang berlaku. Penyelidik sukar memisahkan diri dari dunia luaran kerana setiap tindakan manusia mempunyai makna dan tafsiran tersirat. Realist pula merupakan tanggapan kita sewaktu melihat sesuatu perkara yang berlaku dan kita menilai sendiri perkara tersebut secara luaran di dalam kata lainnya, seseorang penyelidik menilai sesuatu fenomena itu dari segi luaran yang boleh dinilai dan dilihat tindakan yang berlaku padanya seperti tindakbalas terhadap sesuatu isu yang berlaku, kesan fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar dan boleh dibuktikan. Penyelidik yang menggunakan kaedah ini perlu memisahkan diri mereka

4

dengan perkara yang diselidiki walaupun penyelidik berkongsi nilai atau pegangan yang sama dengan perkara yang diselidiki tetapi penyelidik tersebut tidak mencampur adukkannya bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang terbaik.

Realist dibahagikan kepada lima bahagian iaitu shallow realist, conceptual realist, cautious realist, depth realist dan subtle realist (Blaikie, 2007). Shallow realist merupakan andaian yang menyatakan bahawa setiap perkara yang kita perhati adalah perkara yang wujud dalam dunia luaran. Oleh sebab itu, penyelidik memberi huraian secara generalisasi melalui proses kajian empirikal secara regulariti. Bagi conceptual realist pula mereka melihat bahawa realiti sosial dapat diketahui melalui kapasiti manusia untuk berfikir dan memberi alasan secara semulajadi di mana seseorang penyelidik mampu berfikir secara rasional dan logik untuk menerokai sesuatu pemahaman realiti sosial. Pemikiran ini juga berdasarkan kepada pemahaman penyelidik terhadap sesuatu isu dan pemahaman ini biasanya berbeza bagi setiap penyelidik kerana tahap pemikiran yang berbeza berdasarkan kepada pembacaan, pengalaman dan juga nilai yang dipegang oleh mereka. Secara umumnya, pemikiran dan pengetahuan bukanlah harta perseorangan atau perkara yang mempunyai tafsiran yang tetap dalam komuniti sosial tetapi ia merupakan percambahan pemikiran, kesedaran dan pemahaman oleh semua para pemikir sosial.

Cautious realist bersetuju bahawa realiti luaran merupakan sesuatu yang bebas tetapi menegaskan bahawa tidak mungkin manusia akan memberi tafsiran yang tepat kerana ketidaksempurnaan pemikiran manusia dan proses mentafsir fakta yang diperhati oleh mereka. Ketidaksempurnaan yang berlaku adalah kerana berpunca daripada cara berfikir manusia yang pelbagai berdasarkan kepada pembacaan, pengalaman, pemahaman dan nilai yang berbeza. Oleh sebab itu penyelidik aliran ini akan sentiasa mengkritik kerja mereka kerana kepercayaan mereka kepada sifat manusia yang boleh membuat kesilapan. Depth realist pula melihat terdapat hubungan di antara struktur dan mekanisma maka ia mempunyai tiga domain iaitu empirikal menerusi pengalaman berfikir tetapi pemikiran tidak mendalam, keduanya ialah actual atau benar di mana sesuatu peristiwa itu boleh diperhati oleh penyelidik tentang perkara yang berlaku, apabila kuasa memainkan peranan, tindakan yang mereka lakukan dan sebab mereka melakukannya dan yang terakhir ialah real atau nyata yang

5

melibatkan proses generate peristiwa tertentu dan ia akan menjadi kuat dan teguh kerana mengambil kira objek struktur dan kuasa. Perkara terakhir yang diterangkan di dalam ontologi realist ini adalah subtle realist iaitu mengakui bahawa semua pengetahuan bergantung kepada andaian dan tujuan serta merupakan tafsiran daripada manusia dan menerimanya sebagai satu cabang daripada tafsiran serta makna yang telah diberikan dalam penyebaran ilmu baru. 2.2

Epistomologi

Epistemologi merupakan salah satu cabang ilmu falsafah selepas ontologi. Istilah epistomologi telah diperkenalkan oleh ahli falsafah Scotland iaitu James Frederick Ferrier. Perkataan epistomologi berasal dari bahasa Yunani iaitu gabungan episteme dan logos yang bererti episteme sebagai pengetahuan manakala logos bermakna pengetahuan sistematik atau ilmu. Secara umumnya epistemologi bermaksud suatu pemikiran yang mendalam dan sistematik mengenai sesuatu ilmu pengetahuan tersebut. Menurut Oxford Dictionary Of Sociology (2009), epistemologi bermaksud “The philosophical theory of knowledge on how we know what we know”. Ini bermakna epistemologi adalah mengenai bagaimana pengetahuan yang dimiliki diperolehi oleh seseorang individu.

Selain daripada itu, epistemologi juga mempunyai kaitan dengan pertanyaan bagaimana proses yang memungkinkan suatu pengetahuan itu diperolehi, apakah prosedur atau teknik yang perlu dilakukan di dalam mendapatkan pengetahuan yang berupa ilmu, apakah yang dikatakan sebagai kebenaran dan sejauhmana ianya adalah benar. Fokus utama epistemologi adalah untuk menjawab apa yang benar dan sudah diketahui serta menjawab persoalan bagaimana cara untuk mengetahuinya. Epistemologi hanya melihat kepada perkara yang boleh dilihat secara realiti dan kemudian diteliti secara saintifik melalui pengetahuan yang dimiliki. Secara tidak langsung epistemologi mencerminkan cara pandang penyelidik tentang apa yang dapat diketahui tentang dunia dan bagaimana kita dapat mengetahuinya.

Menurut Dagobert (1962), epistemologi adalah satu cabang falsafah yang membahaskan tentang sumber, struktur, metod dan kesahihan sesuatu pengetahuan. Sehubungan itu, dapatlah disimpulkan bahawa epistemologi ini menjawab persoalan

6

mengenai sesuatu pengetahuan yang dimiliki. Persoalan-persoalan tersebut adalah:

a)

Apa itu pengetahuan?

b)

Dari mana asalnya atau sumber pengetahuan itu?

c)

Untuk apa pengetahuan tersebut dan kegunaannya?

d)

Apakah nilai pengetahuan tersebut?

e)

Bagaimana hendak membentuk pengetahuan yang benar dan tepat?

f)

Apa itu kebenaran?

g)

Apa yang diketahui oleh manusia itu sendiri?

Sidi (1973) di dalam bukunya menjelaskan bahawa pengetahuan adalah apa yang diketahui manakala pengetahuan itu adalah hasil daripada kenal, sedar, mengerti dan pandai. Pengetahuan yang dimiliki adalah hasil proses daripada usaha individu itu untuk mengetahui sesuatu perkara sama ada melalui pembelajaran, pembacaan atau pengalaman yang dimiliki melalui diri sendiri, orang lain atau tradisi sesuatu masyarakat itu. Secara umumnya, epistemologi membicarakan asal usul sesuatu ilmu. Menurut Grix (2002), epistemologi adalah satu proses memperolehi pengetahuan dan ianya menfokuskan kepada pembangunan teori-teori baru. Cara mendapatkan sesuatu pengetahuan itu tidak bersifat statik dan sentiasa berubah di mana kedudukan epistemologikal yang dipilih oleh seorang penyelidik akan memberi pandangan yang berbeza walaupun fenomena sosial tersebut adalah sama. Blaikie (2007) telah menyatakan bahawa epistemologi merujuk kepada teori pengetahuan iaitu bagaimana manusia mempunyai pengetahuan tentang dunia di sekeliling mereka dan bagaimana kita tahu apa yang kita tahu.

Paradigma epistemologi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rasionalisme, positivisme dan interpretivisme serta perlu dilihat secara mendalam bagi pemahaman yang lebih jelas.

a)

Rasionalisme

Rasionalisme merupakan falsafah yang menyatakan bahawa akal merupakan sumber pengetahuan utama di mana melibatkan kepercayaan terhadap kemampuan akal

7

fikiran seseorang individu untuk mengetahui akan kebenaran sesuatu perkara. Rasionalisme mengatakan bahawa kebenaran haruslah berasaskan fakta, saintifik dan menolak perkara yang tidak logik, membabitkan emosi dan pengalaman yang berasaskan pancaindera sebagai sumber pengetahuan.

b)

Positivisme

Cara pemikiran yang dibangunkan oleh Auguste Comte di mana falsafah yang berpendapat bahawa setiap penegasan secara rasional boleh disahkan secara saintifik atau dibuktikan secara logik melalui pemerhatian, eksperimen dan perbandingan. Hujah positivisme adalah bahawa alam sosial ini berada di luaran penyelidik dan ciri-cirinya dapat disukat secara langsung melalui pemerhatian saintifik. Sesuatu realiti yang mengandungi apakah yang boleh diperolehi dari deria, apa yang boleh disentuh dan dilihat dan sebagainya. Positivisme juga berkaitan dengan alam dan sains kemanusiaan, prinsip logik dan metodologi, membincangkan dengan fakta dan bukan dengan nilai. Pengetahuan ini kemudiannya boleh digunakan untuk menjelaskan perjalanan perubahan sosial dan perkara yang berlaku di sekeliling.

c)

Interpretivisme

Interpretisme merupakan falsafah yang melihat kepada interaksi individu di dalam sesuatu masyarakat, tingkah laku dan tindak balas individu terhadap sesuatu. Ini membabitkan analisis tingkah laku manusia secara mendalam dan dari sudut pandangan seseorang individu. Interpretivisme dikaitkan dengan konstruktivisme, yang menyatakan realiti semulajadi (undang-undang sains) dan realiti sosial adalah berlainan dan disebabkan itu kaedah penyelidikan yang digunakan adalah berbeza.

Melihat kepada pernyataan-pernyataan yang diberikan dapat dinyatakan bahawa epistemologi melihat kepada perkara yang telah diketahui sama ada melalui pancaindera atau pengalaman seharian dan bagaimana cara untuk mengetahuinya

8

secara saintifik. Contohnya rasa garam adalah masin ini dan diketahui melalui kehidupan seharian individu itu dan pengetahuan mengenai masin itu adalah berdasarkan ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dibuktikan dengan merasai garam itu sendiri bagi mengesahkan rasa masin tersebut.

2.3

Metodologi

Metodologi diperolehi dari perkataan metode yang merujuk kepada satu prosedur atau cara untuk mengetahui sesuatu melibatkan kaedah bersistematik. Metodologi berasal dari bahasa Yunani metodos dan logos yang bermaksud metha’ iaitu melalui atau melewati dan hodos bermaksud jalan atau cara. Menurut L. R. Gay (1996), metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan

menganalisa data supaya bukti yang diperolehi dapat menyokong sesuatu kajian itu. Bagi Ahmad Mahdzan Ayob (1992) pula beliau menyatakan bahawa kaedah penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif penyelidikan. Ini bermakna dalam menjalankan penyelidikan perlu melibatkan metodologi yang bersesuaian agar objektif kajian dapat dicapai.

Semua fenomena sosial dalam dunia ini mempunyai pengetahuan secara saintifik. Sehubungan itu, metodologi amat penting bagi membolehkan sesuatu perkara itu dijelaskan secara sains dan sistematik. Ahli teoritis klasikal mengatakan bahawa kajian dunia sosial patut dijalankan melalui sains dan pemerhatian ini perlu dijalankan secara sistematik dan teliti serta menggunakan pemikiran logik untuk memberi satu jenis pengetahuan atau makna yang baru dan bernilai tentang hubungan-hubungan manusia. Kini sains telah diterima sebagai satu cara untuk memperolehi sesuatu pengetahuan dan disebabkan ini lebih ramai ahli sains sosial telah memperkenalkan pelbagai metodologi penyelidikan untuk memahami atau memperolehi sesuatu pengetahuan tentang sesuatu fenomena sosial yang ingin dikaji (Neuman 2006).

Metodologi lebih bersifat general dan merupakan satu sistem panduan untuk

9

memecahkan persoalan, di mana komponen spesifiknya adalah bentuk, tugas, metod, teknik dan alat. Ini berbeza dengan metod kerana metod berada di dalam metodologi atau dengan kata lain metod ialah teknik saja dari keseluruhan yang dibahas dalam metodologi. Dalam konteks penelitian ia melibatkan teknik penggalian data, teknik pengolahan data, penentuan populasi serta sampel dan sejenisnya.

Pendekatan penyelidikan:

a)

Pendekatan deduktif

Pendekatan deduktif merupakan pendekatan yang menggunakan logik bagi menghasilkan kesimpulan atau hasil kajian berdasarkan hipotesis dan pemerhatian yang telah dilakukan sebelumnya. Bagi sistem deduktif yang kompleks penyelidik boleh mendapat lebih daripada satu kesimpulan. Kaedah ini sering digambarkan sebagai pengambilan kesimpulan dari sesuatu yang umum ke sesuatu yang khusus. Satu hipotesis lahir dari sebuah teori lalu diuji dengan melakukan beberapa pemerhatian dan hasil pemerhatian tersebut dapat mengesahkan teori yang digunakan untuk menghasilkan hipotesis. Melalui teori ini dapat diketahui bentuk data yang perlu dipungut dan dianalisis bagi menyokong atau menolak sesuatu teori yang digunakan. Penyelidikan ini sesuai menggunakan metod kuantitatif yang sistematik, terancang dan terstruktur dengan jelas serta melibatkan penggunaan angka bermula pengumpulan data, analisis data dan hasil yang diperolehi. Kuantitatif merupakan penelitian yang lebih objektif dan ilmiah. Ianya tidak melibatkan interpretasi subjektif penelitinya dan disebabkan inilah ianya lebih banyak digunakan sebagai metod kajian.

b)

Pendekatan induktif

Pendekatan kedua ialah induktif yang menekankan kepada pemerhatian dan kesimpulan dibuat berdasarkan pemerhatian tersebut. Kaedah ini bermula dengan pengetahuan yang bersifat khusus kemudian menjadi umum dan dikaitkan dengan metod kualitatif yang bersifat subjektif. Pendekatan penelitian kualitatif sering dikaitkan dengan naturalistic inquiry (inkuiri alamiah). Setiap data kualitatif

10

mempunyai makna tersendiri. Sumber data kualitatif adalah catatan hasil pemerhatian, transkrip, temu bual mendalam (in depth interview) dan dokumen-dokumen berbentuk tulisan ataupun gambar. Data yang diperolehi adalah daripada pemerhatian, temubual dan rujukan buku-buku akan dianalisis secara mendalam bagi mendapatkan pemahaman secara mendalam terhadap suatu masalah.

Pernyataan yang diberikan jelas menunjukkan bahawa metodologi merujuk kepada kaedah yang difikirkan sesuai bagi menjalankan penyelidikan berkenaan sesuatu isu dan seterusnya menentukan kaedah yang efektif bagi menjawab permasalah kajian tersebut. Justeru itu, metodologi yang dirangka perlu melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentuan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data.

BAHAGIAN 3: FENOMENA SOSIAL

3.1

Sisters In Islam ( SIS )

Dari segi ontologi realist, kami memilih fenomena sosial iaitu pergerakan Sisters In Islam (SIS) yang ditubuhkan pada tahun 1993. SIS merupakan sebua...


Similar Free PDFs