Perbezaan Epistemologi Islam DAN Barat.docx PDF

Title Perbezaan Epistemologi Islam DAN Barat.docx
Author Hadirah Yunaidi
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 4
File Size 78.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 414
Total Views 871

Summary

PERBEZAAN EPISTEMOLOGI ISLAM DAN BARATTerdapat banyak perbezaan epistemologi Islam dan epistemologi Barat. Epistemologi atau teori ilmu adalah salah satu daripada tiga cabang perbincangan falsafah selain ontologi dan kosmologi yang membincangkan hakikat asal kewujudan serta aturannya dan juga aksiol...


Description

PERBEZAAN EPISTEMOLOGI ISLAM DAN BARAT Terdapat banyak perbezaan epistemologi Islam dan epistemologi Barat. Epistemologi atau teori ilmu adalah salah satu daripada tiga cabang perbincangan falsafah selain ontologi dan kosmologi yang membincangkan hakikat asal kewujudan serta aturannya dan juga aksiologi yang membincangkan sistem nilai. Menurut istilah falsafah, epistemologi merupakan perbahasan kritis berhubung sumber ilmu dan hasil kesudahannya secara teoritikal yang menjurus kepada pembatasannya dari aspek logik dan nilainya dari aspek falsafah. Dalam maksud yang lain, epistemologi mengkaji prinsip pengetahuan manusia, tabiat, punca, nilai dan batas kemampuannya serta hubungan di antara diri manusia dengan pengetahuannya. Secara mudahnya, epistemologi berperanan memecahkan persoalan berhubung perbezaan di antara pengetahuan yang benar dengan pengetahuan yang salah. Berdasarkan epistemologi dalam Islam, akal tidak mampu memberi petunjuk kepada manusia di luar dari batas kemampuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadapnya. Bahkan dalam keadaan tersebut, wahyu merupakan sumber petunjuk yang memimpin akal ke arah yang selamat. Persoalan atau bidang yang lemah oleh akal itu ialah metafizik yakni berhubung dengan akidah kepada Allah SWT, rasulNya, hari akhirat dan alam ghaib secara umumnya, nilai akhlak manusia secara indivdu dan tashri` yang bermaksud perundangan bagi sistem sosial yang menjamin kebahagian masyarakat. Dalam ibarat yang lain, hanya wahyu sahaja yang layak menjadi sumber panduan ilmiah bagi akal berhubung persoalan metafizik ketuhanan dan sistem nilai dalam kehidupan manusia. Apabila falsafah cuba mengambil-alih peranan agama, maka tercetuslah kecelaruan epistemologi, lantaran interaksi terhadap bidang berkenaan sudah dicampuri oleh metodologi yang tidak serasi dengan tabiat bidang tersebut. Seterusnya bagi epistemologi barat terdapat beberapa teori pemikiran epistemologi barat, yakni Pertama, teori empirisme. Menurut Bacon, pengetahuan tidak akan mengalami perkembangan berarti selama ia tidak mempunyai kekuatan yang dapat embantu manusia merubah kepada kehidupan yang lebih baik. Francois Bacon, menulis,“Knowledge is power, it is not opinion to be held, but a work to be done, and I am laboring to lay the foundation not of any sector of doctrine, but of utility and power.” (Pengetahuan adalah kekuatan. Ia bukanlah suatu pendapat melainkan suatu pekerjaan untuk dilakukan. Dan saya bekerja bukan untuk meletakkan asas ajaran apapun, melainkan meletakkan asas kegunanaan dan kekuatan pengetahuan”. Dengan pendapat ini, Francois Bacon menunjukkan dirinya sebagai penganut

empirisme-positivisme yang menolak logik sehingga tidak dapat digunakan untuk melahirkan pengetahuan. Seterusnya, teori rasionalisme. Salah satu tokoh yang mempopularkan teori ini adalah Rene Descartes (1596-1650 M). Menurutnya, persoalan dasar filsafat pengetahuan, bukanlah bagaimana kita dapat tahu, tetapi mengapa kita dapat membuat kekeliruan. Filosof yang popular dengan cogito ergo sum (aku berpikir maka aku ada) ini mengatakan bahwa salah satu cara untuk menentukan sesuatu yang pasti dan tidak pasti adalah dapat diragukan. Sehingga untuk mencapai kepastian, harus menempuh keraguan metodis universal. Keraguan ini bersifat universal, karena direntang tanpa batas. Artinya, usaha meragukan itu akan berhenti bila ada sesuatu yang tidak dapat diragukan lagi. Usaha meragukan itu disebut metodik, karena keraguan yang diterapkan di sini, merupakan cara yang digunakan oleh penalaran reflektif philosofis untuk mencapai kebenaran. Bagi Descartes, kekeliruan tidak terletak pada kegagalan melihat sesuatu, malainkan di dalam mengira tahu apa yang tidak diketahuinya, atau mengira tidak tahu apa yang diketahuinya Epistemologi Islam berbeza dari epistemologi Barat. Perbezaan ini termasuk dari segi mentakrifkan sains. Berdasarkan epistemologi Barat, apa yang dapat diketahui adalah segalagalanya sejauh mana ia dapat diperhatikan secara sensual yang hanya terhad kepada bidang sains fizikal atau empirikal sementara benda-benda lain yang tidak dapat disentuh, bukan fizikal, dan metafizik tidak termasuk dalam objek yang dapat dikenali secara saintifik. Berbeza mengikut epistemologi Islam, sains diterapkan sama seperti yang sah kepada sains fizikal-empirikal dan bukan fizikal atau metafizik. Dalam buku Ihsha ‘Al-’Ulum (Klasifikasi Sains), Al-Farabi menyenaraikan pengelasan ilmu bukan sahaja terhad kepada ilmu empirikal seperti fizik, botani, mineralogi, dan astronomi tetapi juga ilmu non-empiris (tidak dapat di ukur atau di perhatikan) seperti konsep-konsep mental dan metafizik. Seterusnya, perbezaan epistemologi Islam dengan epistemologi Barat dapat dilihat pada sisi pengetahuannya, dimanakah terletaknya kedudukan akal. Pada sisi epistemologi Islam, peranan akal dalam menjalankan tugasnya memerlukan peranan hati dan bimbingan wahyu agar apa yang dilakukan dan difikirkan menimbulkan satu impak yang positif sama ada kepada dirinya sendiri atau kepada ummat sejagat. Berbeza dengan epistemologi Barat yang hanya meletakkan sepenuhnya peranan akal dalam menentukan sesuatu kesahihan atau kebenaran dan seterusnya hanya menggunakan akal semata dalam sesuatu pembuahan hasil pemikiran tanpa mengira kesan pemikiran tersebut terhadap diri dan orang lain. Menurut

kefahaman Islam juga, kebenaran yang terhasil oleh sesebuah bidang ilmu mestilah tidak bersumberkan hawa nafsu semata kerana ia akan memberikan impak yang sangat buruk dalam segala sesuatu.

Mujahidin, A. (2017). Epistemologi Islam: Kedudukan Wahyu sebagai Sumber Ilmu. Ulumuna, 17(1), 41-64. https://doi.org/10.20414/ujis.v17i1.171 Muljamil Qomar. (2016). Epistemologi pendidikan Islam: dari metode rasional hingga metode kritik. https://books.google.com.my/books?=PTMGC4e20n&dq=ep=false...


Similar Free PDFs