PKK(perbezaan individu) DOCX

Title PKK(perbezaan individu)
Pages 9
File Size 465 KB
File Type DOCX
Total Downloads 15
Total Views 192

Summary

PERBEZAAN INDIVIDU 1.0 PENGENALAN Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu...


Description

PERBEZAAN INDIVIDU 1.0 PENGENALAN Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.Selain itu,perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu yang mempunyai kepelbagaian wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaliknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya guru untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran murid yang wujud di dalam kelas. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. 2.0 SEBAB-SEBAB PEMERHATIAN Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri ini saya telah memilih dua orang murid sebagai responden untuk permerhatian berkenaan perbezaan individu. Dalam tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ini, saya telah memilih dua orang murid yang berlainan jantina (seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan) dari Sekolah Kebangsaan Seri Puteri,Batu Pahat Johor iaitu Nur Muhd Faiz Dinie Bin Azizan dan Erina Fazira Binti Rohan.Murid-murid yang telah dipilih oleh saya adalah dalam kalangan pelajar Tahun 5. Sebab-sebab mengapa saya memilih kedua-dua orang murid ini ialah kerana mereka menepati kriteria jantina yang dikehendaki dalam kajian ini iaitu seorang murid perempuan dan seorang murid lelaki. Justeru, saya bertekad untuk memilih responden yang berlainan...


Similar Free PDFs