(CTU552) Pernyataan Masalah PDF

Title (CTU552) Pernyataan Masalah
Course Hubungan Etnik
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 2
File Size 67.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 58
Total Views 792

Summary

Pernyataan MasalahTujuan kajian ini juga adalah untuk mengesan masalah-masalah yang terdapat di golongan masyarakat berkenaan topik epistemologi. Dalam kajian ini, untuk soalan yang ketiga dimana soalan bertanyakan “Adakah anda tahu tentang epistemologi?”, terdapat 43% daripada 100 responden telah m...


Description

Pernyataan Masalah Tujuan kajian ini juga adalah untuk mengesan masalah-masalah yang terdapat di golongan masyarakat berkenaan topik epistemologi. Dalam kajian ini, untuk soalan yang ketiga dimana soalan bertanyakan “Adakah anda tahu tentang epistemologi?”, terdapat 43% daripada 100 responden telah menjawab “Tidak”, 38% menjawab “Ya” dan 19% menjawab “Tidak pasti” kepada soalan tersebut. Seterusnya, untuk soalan empat iaitu “Apakah kefahaman anda tentang epistemologi?”, terdapat 35% daripada 100 responden telah menjawab “Tidak faham”, 33% menjawab “Kurang faham”, 30% menjawab “Faham” dan 2% telah menjawab “Sangat faham.” Untuk soalan yang kelima pula bertanyakan “Pada pendapat anda, adakah anda seorang yang mengamalkan konsep epistemologi?”, 35% telah menjawab “Ya”, 11% telah menjawab “Tidak” dan 54% telah menjawab “Tidak pasti”. Soalan yang ke sepuluh pula bertanyakan “Adakah anda seorang yang menyebarkan maklumat di media sosial tanpa usul periksa?” dan jawapan untuk “Ya” mendapat 1% manakala untuk “Tidak” mendapat 77%% dan 22% untuk “Tidak pasti”. Masalah utama yang dapat diperolehi daripada setiap soalan ini adalah kebanyakan masyarakat tidak tahu tentang epistemologi, apatah lagi untuk memahami konsep tersebut. Apabila ramai yang tidak tahu apakah itu epistemologi maka mereka juga tidak tahu bahawa tindakan seharian mereka melibatkan konsep epistemologi ataupun tidak, termasuklah penyebaran maklumat ataupun berita palsu. Punca kepada masalah kurang pemahaman tentang konsep epistemologi ini mungkin adalah kerana kurang pendedahan terhadap konsep ini ketika sesi persekolahan ataupun didikan di rumah. Hal ini merupakan masalah dalam masyarakat kerana jika hal ini berpanjangan tanpa wujudnya jalan penyelesaian, semakin ramai golongan masyarakat tidak mengambil endah tentang konsep epistemologi dan semakin banyak berita palsu mudah disebarkan. Masalah ini melibatkan golongan masyarakat serta generasi yang akan datang sesungguhnya jika pengetahuan tentang epistemologi di kalangan masyarakat pada zaman ini cetek, apatah lagi pada generasi yang akan datang. Oleh kerana itu, kita hendaklah mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Antara contoh jalan penyelesaian yang dapat dilakukan ialah melengkapkan masyarkat dengan pengetahuan tentang epistemologi dan kepentingannya. Hal ini boleh dilakukan melalui sesi ceramah untuk meningkatkan lagi pengetahuan masyarakat tentang konsep tersebut. Selain itu, sekolah juga memainkan pernanan yang penting untuk membantu meningkatkan pengetahuan pelajar tentang konsep epistemologi. Antaranya ialah membantu

murid untuk mengenali konsep epistemologi ini semasa sesi pembelajaran. Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen kesedaran tentang bertapa pentingnya epistemologi dalam kehidupan seharian. Seterusnya ialah didikan awal. Peranan ibubapa merupakan peranan utama untuk didikan awal tentang konsep ini. Ibubapa hendaklah mengenalkan konsep epistemologi ini semasa pembesaran anak-anak supaya mereka lebih faham tentang konsep tersebut apabila sudah besar nanti. Didikan awal amatlah penting bagi memastikan tiada kekeliruan tentang kefahaman konsep ini, Dengan wujudnya jalan penyelesaian ini, masalah cetek pengetahuan tentang konsep epistemologi dapat dikurangkan di kalangan masyarakat serta mengelakkan masalah ini berlarutan untuk generasi-generasi yang akan datang....


Similar Free PDFs