EDUP3033 Murid dan Pembelajaran PDF

Title EDUP3033 Murid dan Pembelajaran
Author PAI1-0620 Fatin Nurnadia Binti Rudi
Course murid dan pembelajaran
Institution Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Pages 13
File Size 451.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 197
Total Views 603

Summary

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA KEDAH DARUL AMANNama : FATIN NURNADIA BINTI RUDI No. K/P : 010612-08- Angka Giliran : 2020182340193 Program : PISMP JUN 2020 Unit : PENDIDIKAN ISLAM 1 Kod & Nama Kursus : EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN Ta...


Description

INSTITUT PENDIDIKAN GUR GURU U KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN Nama

: FATIN NURNADIA BINTI RUDI

No. K/P

: 010612-08-0312

Angka Giliran

: 2020182340193

Program

: PISMP JUN 2020

Unit

: PENDIDIKAN ISLAM 1

Kod & Nama Kursus

: EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Tajuk Tugasan

: IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Nama Pensyarah

TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU : DR. AHMAD SOBRI BIN SHUIB

Tarikh Hantar

: 28 FEBRUARI 2021

PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: _________________________Tarikh: _____________________ PEMERIKSA

MODERATOR

Markah

Markah

Tandatangan

Tandatangan

Cop

Cop

Tarikh

Tarikh PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: _________________________Tarikh: _____________________

BIODATA DIRI

NAMA

FATIN NURNADIA BINTI RUDI

UMUR

20 TAHUN

TARIKH LAHIR

12 JUN 2001

NO. KAD PENGENALAN

010612-08-0312

ALAMAT

NO. 9A, JALAN MASJID, KAMPUNG DATO’ SERI KAMARUDDIN, 32040 SERI MANJUNG, PERAK

NO. TELEFON

014-6858212

EMAIL

[email protected]

KURSUS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN

JUN 2020

OPSYEN

PENDIDIKAN ISLAM (1)

ISI KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

Penghargaan…………………………………………………………………………………..

ii

1.0

Pengenalan……………………………………………………………………………

2.0

Implikasi Teori Behaviorisme Terhadap Keberkesanan Pengajaran dan

1

1-3

Pembelajaran

3.0

2.1

Teori Ivan Pavlov - Pelaziman Klasik ………………………………………

2

2.2

Teori E.L. Thorndike………………………………………………………….

2

2.3

Teori B.F. Skinner…………………………………………………………….

3

Kesimpulan…………………………………………………………………………….

4

Rujukan……………………………………………………………………………………….... 5 - 6

Lampiran……………………………………………………………………………………….. 7 - 8

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan nikmat masa dan tenaga yang diberikan serta izin-Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek Murid dan Pembelajaran kod EDUP3033 yang telah diberikan dan menghantarnya mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Oleh kerana itu, saya ingin menghadiahkan sekalung ucapan

terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Ahmad Sobri bin Shuib selaku pensyarah subjek yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, kefahaman serta bimbingan kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini.

Turut tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang juga banyak memberikan bantuan dan dorongan serta tidak jemu menjawab setiap persoalan yang diajukan sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Segala maklumat dan pengetahuan yang dikongsikan akan saya manfaatkan sebaiknya. Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyempurnakan lagi tugasan ini. Jasa kalian amat bermakna dan berharga buat saya.

Akhir kata, saya berharap tugasan ini menepati kriteria soalan tugasan yang diberikan dan sekiranya berlaku sebarang kesilapan, diharapkan para pensyarah dapat memberikan tunjuk ajar dan teguran kepada saya. Saya mengharapkan tugasan ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan kepada diri saya sendiri serta orang lain, sekali gus dapat menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada dalam diri. Terima kasih.

ii

1.0

PENGENALAN

Teori pembelajaran Behaviorisme telah didefinisikan oleh Williams dan Anandam (1973) sebagai suatu pembelajaran yang melibatkan perubahan tingkah laku yang diperolehi daripada pengalaman atau latihan. Teori pembelajaran Behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana berlakunya hubungan antara rangsangan

dan tindak balas yang dapat menghasilkan perubahan terhadap tingkah laku seseorang [CITATION AJo10 \l 17417 ]. Dalam teori ini, terdapat beberapa ahli tokoh terkemuka yang mempeloporinya seperti Ivan Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner yang turut menyokong dan berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan suatu tingkah laku yang terhasil berdasarkan hubungan antara input iaitu ransangan yang diberikan dan output yang berbentuk

tindak

balas

yang dihasilkan.

Sokongan dan

pandangan

tokoh-tokoh

Behaviorisme ini turut diperkukuh dan dimantapkan dengan beberapa eksperimen dan pemerhatian yang dijalankan. Maka secara ringkasnya, teori Behaviorisme ini menekankan pembelajaran bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang diberikan atau sekiranya individu tersebut dapat menunjukkan perubahan perilaku [ CITATION Rad13 \l 17417 ].

2.0

IMPLIKASI

TEORI

BEHAVIORISME

TERHADAP

KEBERKESANAN

PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH Berdasarkan eksperimen dan pemerhatian yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Behaviorisme, maka terbinanya dua prinsip asas dalam teori ini iaitu pelaziman klasik oleh Pavlov dan pelaziman operan oleh Thorndike dan Skinner. Antara cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan pembelajaran yang dinyatakan dalam kedua-dua teori ini ialah peneguhan sama ada berbentuk positif atau negatif, hukuman, penghapusan untuk menangani tingkah laku murid yang tidak diingini dan pembentukan bagi membina tingkah laku murid yang baik [CITATION Ins11 \l 17417 ]. Matlamat utama pemikiran ini adalah untuk menentukan hukumhukum atau prinsip-prinsip untuk mengawal pembelajaran. Berdasarkan aspek prinsip pembelajaran dan cara pengukuhan pembelajaran tersebut, guru dapat mengaplikasikan serta menentukan kaedah dan strategi pengajaran yang bersesuaian di dalam bilik darjah bagi memastikan keberkesanan P&P dapat dicapai.

1 2.1

Teori Ivan Pavlov – Pelaziman Klasik

Pavlov merupakan salah seorang tokoh yang mempelopori teori pelaziman klasik melalui pemerhatiannya ke atas seekor anjing yang merembeskan air liur sebagai tindak balas apabila mendengar loceng yang merupakan rangsangan. Bagi teori ni, yang terpenting

dalam proses pembelajaran ialah hubungan antara stimulus serta respons seseorang kerana tindak balas individu boleh berubah mengikut rangsangan yang diberikan. Implikasi teori ini terhadap keberkesanan P&P di dalam bilik darjah ialah guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik dan jelas dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengambil kira objektif yang hendak dicapai dan isi pelajaran yang bersesuaian dengan tahap murid agar mereka memahami isi pelajaran yang dipelajari [CITATION Nor12 \l 17417 ]. Matlamat dan objektif yang ditetapkan seharusnya lebih bersifat realistik, spesifik dan boleh dicapai oleh murid bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Contohnya, subjek pendidikan Islam sekolah rendah, guru menetapkan matlamat pengajaran seperti murid dapat mengetahui sifat-sifat Allah. Hal ini memudahkan guru untuk mengatur strategi dan membantu mewujudkan pengajaran secara terancang bermula dengan pemilihan bahan mengikut kadar kebolehan murid, kaedah untuk menyampaikan isi pengajaran dan sebagainya [ CITATION Jas16 \l 17417 ]. Kesannya, matlamat tersebut menjadi rangsangan kepada murid supaya lebih fokus dalam mencapai objektif pembelajaran sekali gus dapat mewujudkan P&P yang berkesan.

2.2

Teori E.L. Thorndike

Secara umumnya, teori pelaziman operan yang menekankan bahawa proses pembelajaran diperkukuhkan berdasarkan tingkah laku individu bergantung kepada caranya beroperasi dengan persekitaran untuk menghasilkan akibat yang berlainan [CITATION Placeholder1 \l 17417 ]. Menurut teori operan Thorndike, hubungan antara rangsangan dan gerak balas berkait dengan tiga hukum iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan. Oleh itu, guru hendaklah mengaplikasikan ketiga-tiga hukum iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan dalam pengajaran. Hal ini kerana, hukum kesediaan penting sebelum memulakan pengajaran bagi memastikan murid bersedia dari segi mental, fizikal, emosi dan sosial untuk menerima pengajaran dan memberi tindak balas yang baik. Hukum latihan pula melibatkan proses pengulangan dan latih tubi yang banyak. Sekiranya tiada latihan dan pengulangan, maka akan

2 menyebabkan lupaan dalam pembelajaran [ CITATION Cho15 \l 1033 ]. Dengan kata lain, guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan murid seperti memvariasikan latihan dalam bentuk yang pelbagai[ CITATION Din18 \l 17417 ]. Hukum

kesan pula melibatkan pengukuhan hubungan antara rangsangan dan respon jika wujudnya kesan yang memuaskan. Sekiranya kesan yang diterima murid negatif, maka tindak balas yang serupa tidak akan berulang [CITATION Evi18 \l 17417 ]. Hubungan ini dapat diperkuat melalui teknik hukuman dan ganjaran seperti guru memberi motivasi dalam bentuk pujian atau hadiah untuk membentuk tingkah laku yang diingini sekali gus dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

2.3

Teori B.F. Skinner

Teori pelaziman operan oleh Skinner berpendapat bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu tingkah laku yang boleh diperkukuhkan dan dilemahkan bergantung kepada kesan yang diterima. Kesan berbentuk pengukuhan sama ada positif atau negatif akan memberi kesan kepada pengulangan atau kekerapan sesuatu tingkah laku. Guru hendaklah mengaplikasikan teknik pengukuhan yang bersesuaian secara kerap sewaktu memberikan maklum balas sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang baik semasa P&P. Rangsangan berbentuk pengukuhan penting dalam pengajaran bertujuan mengekalkan prestasi murid yang positif dan mengubah tingkah laku negatif murid kepada tingkah laku positif [CITATION Zal \l 17417 ]. Pengukuhan positif merupakan rangsangan yang menyeronokkan dan mendorong murid untuk terus menunjukkan tingkah laku yang baik. Contohnya, guru memberikan pujian kepada murid yang berjaya menjawab soalan, lalu murid akan mengulangi tingkah laku tersebut untuk mendapatkan pujian. Manakala pengukuhan negatif pula ialah rangsangan yang mewujudkan rasa kurang selesa sehingga menyebabkan murid mengelak daripada melakukan tingkah laku yang tidak diingini [ CITATION Soh11 \l 17417 ]. Bagi mengekalkan keberkesanannya, bentuk pengukuhan mestilah dipelbagaikan mengikut kesesuaian seperti menggunakan pengukuhan sosial yang merangkumi lisan, gerak isyarat, sentuhan dan sebagainya.

3 3.0

KESIMPULAN

Teori Behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan gerak balas. Teori ini dipelopori oleh Pavlov, Thorndike dan Skinner yang turut menyokong dan berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan suatu tingkah laku yang dapat diperhatikan, dikawal dan diramal. Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris yang menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Ganjaran dan peneguhan terhadap gerak balas yang baik perlu diberi kepada murid bagi membantu perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani[CITATION Azi10 \l 17417 ]. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik, kreatif dan menyeronokkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas bagi mewujudkan implikasi dan keberkesanan teori ini di dalam bilik darjah [ CITATION Nor16 \l 17417 ].

(971 patah perkataan)

4

RUJUKAN A. Johari, S. (2010). Teori Pembelajaran. Psikologi Pendidikan, 266-323. Azizi, Y. & Mohd Sofie, B. (2010). Teori-Teori Tingkah Laku Berisiko. Universiti Teknologi Malaysia.

Dimuat

turun

pada

23

Februari

2021

daripada

http://eprints.utm.my/10403/1/30.9_Teori-Teori_Tingkah_ Laku _Berisiko.pdf Cho Shirley. (2015, Ogos). Kepentingan dan Implikasi Teori-teori Pembelajaran dalam Meningkatkan Keberkesanan Proses P&P. Retrieved 15 Februari 2021, from https://www.slideshare.net/xuelishirleycho/a-51263734 Dina Amsari, & Mudjiran. (2018). Implikasi Teori Belajar E.thorndike (Behavioristik) Dalam Pembelajaran Matematika. Jurnal Basicedu, 2(2), 52-60. Evi Aeni Rufaedah. (2018). Teori Belajar Behavioristik Menurut Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan dan Studi Islam, 4(1), 13-30. Institut Pendidikan Guru. (2011). Modul Murid dan Alam Belajar. Cyberjaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Jasmi, K. A. (2016). Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Ensiklopedia Pendidikan Islam, 54-58. Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia Novi Irwan. (2016). Penerapan Teori Belajar Behavioristik dalam Proses Pembelajaran. Jurnal Ilmu Pengetahuan Sosial, 1(1). Noriati, A. R., Ying, B. P., & Sharifah Fakhriah, S. A. (2016). Siri Pendidikan Guru : Murid dan Pembelajaran . Kuala Lumpur: Oxford Fajar. Normazidah Mahmood. (2012). Penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru peringkat sekolah rendah: Satu penilaian. PhD thesis, University of Malaya. Radif, K. R., & Kholik M. A. (2013). TEORI BELAJAR DALAM PSIKOLOGI PENDIDIKAN. Jurnal Sosial Humaniora, 4(2). Dimuat turun pada 19 Februari 2021, daripada https://ojs.unida.ac.id/JSH/article/view/468 Sohib, A. (2011, Mac). Kemahiran Pengukuhan. Retrieved 23 Februari 2021, from https://www.slideshare.net/shyh193/kemahiran-pengukuhan 5

Zalina Katman, Mohd Hanafi, & Mohd Mokhtar. (2016). Penggunaan Peneguhan Positif: Pujian dan Token Ekonomi untuk Modifikasi Tingkahlaku Murid Pendidikan Khas ‘Slow Learner’. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi : Selangor. Retrieved 22 Februari

2021,

from

https://www.researchgate.net/publication/311105655_Penggunaan_ Peneguhan_Positif_Pujian_dan_Token_Ekonomi_untuk_Modifikasi_Tingkahlaku_Mu rid_Pendidikan_Khas_'Slow_Learner'/citation/download

6 LAMPIRAN

Lampiran 1

7

Lampiran 2

Lampiran 3

8...


Similar Free PDFs