HBU111A10 Pelajaran Kawad Kaki PDF

Title HBU111A10 Pelajaran Kawad Kaki
Course National Kesatria
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 172.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 52
Total Views 129

Summary

HBU111 NATIONAL KESATRIA kawad kaki notes for assignment and refference for pelajaran 1 and pelajaran 2 which will be used for ur first assignment...


Description

PELAJARAN KAWAD KAKI HBU111A10

Nama: Giordan Jaoqim Pudin Kod Pelajar: 2021833806 Course Pelajar: BA111(Business Studies) Kod Program: HBU111 Jurulatih: Cikgu Ahmad Kuzaimi bin Suparno Komander: 1) KRM Muhammad Faizzudin bin Mohd Shukor 2) KRM Khairunnisa Nabilah binti Abdullah

Sebelum memasuki isi-isi tentang pelajaran kawad kaki, Saya ingin mengucapkan selamat sejahtera dan salam satu malaysia prihatin kepada cikgu serta komander yang akan membaca pdf ini.Dengan segala hormatnya,saya akan memulakan dengan isi-isi tentang pelajaran kawad kaki.

*Kawad kaki merupakan satu aktiviti yang menggunakan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak.Kawad kaki mempunyai beberapa bahasa hukuman yang perlu dipatuhi dan dipelajari.Saya akan huraikannya di bawah. 1) Masuk Baris -Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai Komander. Kedudukan ahli bergantung pada arahan yang diberikan oleh Jurukawad. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, ahli berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli dikehendaki berada dalam ’sedia’.

2) Sedia -Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.

3) Senang Diri -Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.

4) Rehatkan Diri -Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.

5) Ke Kanan Pusing -Ahli berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, ahli dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

6) Ke Kiri Pusing -Ahli berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.

7) Ke Belakang Pusing -Ahli berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, ahli dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

8) Keluar Baris -Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.

9) Bersurai -Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan, ahli hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat kawad, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.

BAHASA HUKUMAN 1. Baris, baris sedia… 2. Baris, senang diri…. 3. Rehatkan diri….. 4. Luruskan barisan, 5. Buka barisan, Gerak…, 6. Ke kanan lurus, 7. Pandang depan…., 8. Bergerak ke kanan, kanan sing.., 9. Menghadap kehadapan, kiri Sing…, 10. Bergerak ke kiri, kiri Sing…, 11. Menghadap kehadapan, kanan Sing…, 12. Menghadap kebelakang, belakang sing…, 13. Menghadap ke hadapan, belakang sing…, 14. Dua langkah ke kiri, Gerak…, 15. Tutup barisan, Gerak…, 16. Keluar……….Baris....


Similar Free PDFs