IC ITS 2015 IT PDF

Title IC ITS 2015 IT
Author horny puppy
Pages 16
File Size 810.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 458
Total Views 493

Summary

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA Keberkesanan Penggunaan Ict Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur Hasnuddin Bin A...


Description

Accelerat ing t he world's research.

IC ITS 2015 IT horny puppy

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

SEMINAR T PACK 2012 ANTARA PERBEZAAN & KEPERLUAN DUA GENERASI sulaiman sarkawi Diversifying Reading Act ivit y t hrough Academic Scrapbooking among Polit eknik Merlimau St udent s.pdf NOORHAFIZAH RUBAAI Tesis Chin %28PHA020015%29.pdf Wan Nurasilah

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Keberkesanan Penggunaan Ict Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur Hasnuddin Bin Ab Rahman, Norfaizuryana Binti Zainal, Nor Azzarahton Binti Ab Karim Fakulti Sains Dan Teknologi Maklumat

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Email: [email protected] Abstrak. Penyelidikan ilmiah ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan Teknologi Maklumat (ICT) dan juga mengenal pasti tahap kesediaan fizikal dan mental guru Pendidikan Islam di dalam mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran .Seramai 16 orang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Desa Pandan (SKDP) telah dijadikan responden bagi kajian ilmiah ini.Borang soal selidik kajian telah diedarkan bagi melihat tahap keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam .Borang soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat diri responden), Bahagian B (Persepsi terhadap penggunaan ICT), Bahagian C (Tahap literasi komputer ) dan Bahagian D (Permasalahan yang dihadapi oleh responden). Semua data ini telah dianalisis menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 berdasarkan kekerapan dan peratusan. Kata kunci: ICT, Pengajaran dan Pembelajaran, Pendidikan Islam PENGENALAN Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks,menuntut kemahiran pemikiran tinggi yang dapat diproses dengan mudah menerusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Senario ini turut dialami dan meliputi di dalam bidang Pendidikan Islam juga.Permasalahan kurangnya penggunaan ICT dikalangan Guru Pendidikan Islam di dalam proses pengajaran dan pembelajaran,membuatkan Penyelidik merasakan satu keperluan untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam .Penyelidik ingin melihat skop skop yang boleh diberi penambah baikan di dalam penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam.Penyelidik juga turut ingin melihat bagaimana keberkesanan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dapat meningkatkan prestasi murid sejajar keperluan sebagai modal insan pada masa akan datang. Menurut UNESCO 2002,dalam era globalisasi,teknologi maklumat dan komputer ianya telah membawa perubahan yang amat besar terhadap ekonomi dunia.ICT telah menukar cara manusia berkomunikasi dan berniaga di samping membawa transformasi dalam bidang pertanian,perubatan,kejurutaraan dan bidang bidang lain.Malaysia telah mengambil inisiatif dalam sistem pendidikan sebagai penyesuaian dengan era teknologi maklumat.Bagi mencapai aspirasi wawasan 2020 iaitu melahirkan tenaga kerja yg mampu menghadapi cabaran era maklumat serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan global,Kementerian Pelajaran 238

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Malaysia telah mengukuhkan kemahiran ICT para pelajar dengan memperkenalkan subjek Teknologi maklumat pada 1999, Pusat Sumber Elektrik serta projek Sekolah Bestari ( Lee, 2000 dalam Zamri & Rusmini, 2007) OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenalpasti tahap penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 2. Mengukur hubungan di antara penggunaan ICT dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 3. Menjelaskan limitasi yang dialami oleh guru guru Pendidikan Islam di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan ICT. 4. Menilai semula penambahbaikan yang boleh digunapakai agar penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam dapat diperhebatkan dan dipertingkatkan. PERNYATAAN MASALAH Menurut Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2007),dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT dikalangan pelajar. Penggunaan ICT di dalam sessi pengajaran dan pembelajaran menjadi satu budaya pada masa kini.Pengenalan kepada semua warga pendidik mengenai penggunaan VLE Frog (Virtual Learning Education) baru baru ini,amat jelas dijadikan fokus utama misi Kementerian Pendidikan. Ini adalah kerana terdapat koloborasi yang rapat di antara keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apabila ianya dikaitkan dengan penggunaan ICT.Ianya juga dilihat dapat menarik minat murid di dalam mencari maklumat tambahan semasa pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada matapelajaran tertentu sahaja.Ianya meliputi kepada semua matapelajaran termasuk Pendidikan Islam. Sehubungan dari itu,penyelidik berminat untuk mengenalpasti kengkangan kengkangan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan ICT.Selain daripada itu,aspek aspek penambahbaikan dikaji agar matlamat kajian ini,iaitu untuk meihat penggunaan ICT yang optimum dapat dicernakan sebaik mungkin.

TINJAUAN LITERASI Dalam bab ini dijelaskan serba sedikit berkenaan kajian-kajian dan penulisan terdahulu tentang keberkesan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran daripada secara umum. Kajian literature ini amat penting kepada pengkaji kerana ia dapat membantu memberikan idea-idea baru sebelum perbincangan yang lebih mendalam diteruskan. Di samping itu juga, bab ini akan menyingkap pelbagai pendapat daripada beberapa penulis dan tokoh berkenaan amalan integrasi ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Seseorang yang ingin menjalankan kajian perlulah membuat tinjauan literatur yang bertujuan untuk memahami bidang kajian dengan lebih mendalam. Selain itu, tinjauan literature juga member dapatan-dapatan kajian lama dan baru, persoalan-persoalan yang belum dijawab, alat-alat kajian baru yang boleh dijadikan panduan untuk menerokai imu baru.Selain itu juga, tinjauan literature akan member pengetahuan kepada pengkaji tentang 239

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

kaedah kajian yang lebih sesuai dijalankan dan juga masalah yang dihadapi semasa kajian dijalankan. Antara sumber literatur yang boleh dirujuk oleh pengkaji sebelum menulis kajian ialah Jurnal Pendidikan dari university tempatan dan luar negara, tesis, laporan akademik, buku pendidikan, ensiklopedia pendidikan, prosiding seminar pendidikan, laporan penyelidikan EPRD Kementerian Pelajaran Malaysia dan sumber internet. Menurut Awang & Daud (2013) dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan penguasaan pendidikan Islam dengan menggunakan ICT berbanding pengajaran secara konvensional. Beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan pengajaran pendidikan Islam turut dinyatakan. Dinyati (2011) dapatan hasil kajian menunjukkan tahap minat, keyakinan dan sokongan pentadbir terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Pendidikan Islam adalah tinggi. Sementara itu, kemahiran menggunakan ICT dan masalah-masalah penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam adalah sederhana. Terdapat perbezaan minat, keyakinan dan kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur tetapi tidak ada perbezaan berdasarkan lokasi sekolah. Sharifah & Kamarul (2011) dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa guru bersedia untuk melaksanakan pengajaran dengan menggunakan pendekatan ICT dan terdapatnya hubungan yang kuat antara hasil kerja dan tingkah laku terhadap responden. Hasil daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat daripada kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian daripada ujian MANOVA pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil kerja dan tingkah laku berdasarkan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah. Sidin & Mohamad (2007) hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar mengikut pendekatan konstruktivisme melalui pembudayaan ICT. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan. Andin (2006) dapatan kajian menunjukkan murid yang didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender, murid lelaki secara signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca berbanding murid perempuan bagi kumpulan rawatan. Sebagai tambahan, murid lelaki daripada kumpulan rawatan secara signifikan lebih tinggi min skor bagi ujian pasca berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Pada masa yang sama, murid perempuan daripada kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca berbanding murid perempuan daripada kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Penjodoh Bilangan memberi kesan positif kepada murid. Atan & Andrew (2010) mendapati kebanyakan guru pelatih merasakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran mereka dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan lebih jelas dan efektif seiring dengan peningkatan kemahiran generik mereka. Shau (2008) menunjukkan keberkesanan penggunaan ICT di bilik darjah adalah sederhana dan kurang mendapat sambutan daripada guru-guru di sekolah untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan ICT ini juga tidak dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar. Ini mungkin disebabkan oleh kemahiran guru mengenai ICT yang sederhana, sikap atau minat guru terhadap penggunaan ICT yang sederhana dan kemudahan peralatan ICT yang kurang lengkap disediakan di bilik darjah. 240

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Menurut Suhai (2011), keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Al Quran amat dipengaruhi oleh faktor pengetahuan (min=2.20) dan kemahiran di kalangn guru guru tentang ICT serta penyediaan peralatan yang lengkapdi sekolah (min =2.20). Dapatan kajian dari murid pula menunjukkan pengetahuan sedia ada murid sangat penting bagi memastikan pelaksanaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaranAl Quran. Menurut Ghani (2009), penggunaan ICT telah membantu meningkatkan daya ingatan murid dalam tajuk Aqidah – Allah S.W.T bersifat Al Qudrat. Husin (2010) menunjukkan perspektif murid terhadap Teknologi Maklumat berda pada tahap tinggi. Dalam ujian post didapati statistinya meningkat berbanding dengan kelas yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional.Ini member makna bahawa murid murid sangat bersedia untuk menerima perubahan daripada pengajaran tradisional kepada pengajaran yang menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang lebih menarik. Damin (2012) mendapati 94% responden menunjukkan perspektif positif terhadap aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ,agar dapat menarik minat mereka terhadap pembelajaran Tilawah Al Quran.Sebahagian pelajar yang kurang berminat adalah dalam kalangan murid yang tercicir.Beberapa cadangan penyelesaian dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan agar dapat membantu meningkatkan minat dan penguasaan dalam bidang Tilawah Al Quran. Mansor (2010) mendapati dari hasil kajian menunjukkan bahawa sikap,tahap motivasi dan tahap pencapaian akademik pelajar adalah berada pada tahap positif dan tinggi apabila pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Syariah Islamiyyah ,menggunakan ICT.Hal ini demikian ,penggunaan ICT seperti power point,video,internet dan multimedia menggalakkan pelajar menggunakan semua jenis pancaindera ketika belajar dan lebih menyeronokkan mereka. Dapatan analisa menunjukkan bahawa purata min bagi sikap ,tahap motivasi dan tahap pencapaian akademik ialah masing masing 3.837, 3.416 dan 3.429. Kajian ini membuktikan kepentingan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar masa kini.Ianya bukan sahaja perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran PPSMI , malah turut penting bagi matapelajaran lain METODOLOGI KAJIAN Kerangka konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar.Ianya ditunjukkan di dalam bentuk gambarajah. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat faktor faktor yang menyumbang kepada keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

241

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Cara pengumpulan data:

-Temubual -Soal selidik

Soalan soalan kajian

1.Persepsi guru Pendidikan Islam. 2.Hubungan keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran Pendidikan Islam. 3.Faktor kengkangan penggunaan ICT dikalangan guru pendidikan Islam.

Aplikasi kajian

Teori

dalam

Teori Konstruktivis Teori Kognitif

Rajah 1. Diagram aturcara metodologi

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian. Ia berasal dari bahasa Yunani ; methods yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran penelitian. Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Reka bentuk kajian ialah ini berbentuk Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah untuk menilai tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru Pendidikan Islam dengan berbantukan ICT terhadap pelajaran melalui soalselidik. Manakala statistic deskriptif akan digunakan bagi menganalisis kengkangan yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Islam serta hubungan di antara keberkesanan penggunaan ICT dengan Pendidikan Islam. Responden kajian ini terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam . Data kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soalselidik dan pemerhatian oleh penyelidik sendiri. Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang telah dirangka oleh penyelidik. DAPATAN KAJIAN Kajian ini adalah memfokuskan kepada tahap keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di kalangan guru Pendidikan Islam.Seramai 16 orang guru Pendidikan Islam SK.Desa Pandan telah dijadikan responden.Jumlah ini meliputi jumlah keseluruhan guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah tersebut.Kajian yang berkaitan dengan maklumat diri responden akan mengenal pasti kelulusan tertinggi ,bilangan tahun pengalaman mengajar, bilangan waktu mengajar,kursus komputer yang pernah dihadiri,pengetahuan asas guru di dalam aplikasi komputer dan kekerapan guru di dalam menggunakan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selain itu untuk aspek persepsi terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan menganalisa secara terperinci berkaitan kesediaan ICT boleh membantu menyediakan pelbagai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran, 242

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

membantu pelajar Islam meningkatkan pemahaman mengenai Pendidikan Islam,penggunaan ICT dalam pengajaran Pendidikan Islam adalah suatu pendekatan baru,meningkatkan keberkesanan pengajaran guru,meningkatkan kemahiran pemahaman Pendidikan Islam,ICT dapat memotivasikan murid di dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu,aspek tahap literasi komputer guru Pendidikan Islam turut dianalisis . Diantara item item yang dinilai iaitu perkakasan komputer seperti papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), cakera padat (CD ROM), pencetak (printer), Unit pemprosesan pusat (CPU). Turut diberi penilaian adalah pengetahuan tentang fungsi perisian komputer seperti pangkalan data, pemprosesan data seperti MS Word, pemprosesan data seperti SPSS, grafik dan persembahan. Akhir sekali kajian ilmiah ini turut menganalis permasalahan permasalahan yang dihadapi oleh guru guru Pendidikan Islam di dalam merealisasikan pengajaran dan pembelajaran berteraskan ICT seperti latihan yang mencukupi di sekolah,perisian pengajaran yang sesuai,kemudahan dan peralatan yang sesuai,sokongan dari pihak atasan sekolah,bilangan komputer yang mencukupi di sekolah,bilangan bilik yang sesuai,kemahiran untuk mengendalikannya,kemahuan untuk menggunakan ICT, masa yang mencukupi untk membuat persediaan dan mempunyai kemahiran dan kepakaran teknikal untuk mengendalikannya jika timbul masalah. Maklumat diri responden Jadual 1: Maklumat Diri Responden

Latar belakang Responden Kelulusan

Diploma Ijazah Pengalaman 1-3 tahun 4-6 tahun 7-9 tahun 13-18 tahun Bilangan waktu mengajar 5-8 waktu 17-20 waktu Lebih 20 waktu Pernah mengikuti kursus komputer Ya Tidak Pengetahuan aplikasi komputer Ya Kekerapan penggunaan ICT Kerap Kadang kadang Jarang jarang

Frekuensi 1 15 3 5 6 2 2 2 12 15 1 16 4 7 5

Peratus 6.3 93.8 18.8 31.3 37.5 12.5 12.5 12.5 75.0 93.8 6.3 100 25.0 43.8 31.3

Dari segi kelulusan guru Pendidikan Islam,15 orang (93.8%) adalah merupakan pemegang ijazah sarjana muda hanya seorang sahaja (6.3%) merupakan kelulusan diploma.Peratusan bilangan tahun mengajar pula adalah seperti berikut 3 orang (18.8%) adalah mempunyai pengalamaan 1-3 tahun.Manakala 5 orang (31.3%) mempunyai pengalaman 4-6 tahun ,6 orang (37.5%) mempunyai pengalaman 7-9 tahun dan hanya 2 orang (12.5 %)mempunyai pengalaman mengajar selama 13-18 tahun. Dari segi bilangan waktu mengajar pula,2 orang (12.5%) mempunyai jadual 5-8 waktu seminggu.2 orang juga (12.5%) mempunyai jadual 17-20 waktu seminggu manakala sejumlah 12 orang (75.0%)mempunyai lebih 20 waktu mengajar seminggu. Bagi aspek pengetahuan sedia ada guru Pendidikan Islam ,seramai 15 orang 243

Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

(93.8 %) telahpun mengikuti kursus komputer manakala hanya seorang sahaja yang tidak mengikuti kursus komputer ,yang mewakili (6.3 %). Bagi aspek pengetahuan aplikasi komputer pula ,kesemua guru Pendidikan Islam (100%) mempunyai pengetahuan tentang aplikasi computer. Dari aspek kekerapan penggunaan ICT pula,seramai 4 orang (25.0%) kerap menggunakannya di dalam pengajaran dan pembelajaran,7 orang (43.8 %)kadang kadang mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan 5 orang (31.3 %) jarang jarang menggunakan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Persepsi terhadap penggunaan ICT Jadual 2 : Persepsi Terhadap Penggunaan ICT

Persepsi

TP F % 2 12.5

S F % 5 31.3

AS F Skor Min Tahap % 9 56.3 4.43 Tinggi

ICT berguna membantu pelajar Islam meningkatkan pemahaman mengenai Pendidikan Islam

2 12.5

8 50.0

6 37.5

4.25

Tinggi

Penggunaan ICT dalam pengajaran Pendidikan Islam sesuai sebagai suatu pendekatan baru

1 6.3

7 43.8

8 50.0

4.43

Tinggi

ICT dalam pengajaran Pendidikan Islam menin...


Similar Free PDFs