ISU AQIDAH OLEH SISTERS IN ISLAM MALAYSIA (SIS) DALAM MEDIA PDF

Title ISU AQIDAH OLEH SISTERS IN ISLAM MALAYSIA (SIS) DALAM MEDIA
Author Amani Hussin
Pages 24
File Size 463.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 226
Total Views 350

Summary

ISU AQIDAH OLEH SISTERS IN ISLAM MALAYSIA (SIS) DALAM MEDIA Zulkiple Abd. Ghani & Noor Amani Mohamed Hussin PENDAHULUAN Tujuan penciptaan manusia telah dinyatakan di dalam al-Quran sebagai khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi dan dalam masa yang sama memelihara serta menjaga kesu...


Description

ISU AQIDAH OLEH SISTERS IN ISLAM MALAYSIA (SIS) DALAM MEDIA

Zulkiple Abd. Ghani & Noor Amani Mohamed Hussin

PENDAHULUAN Tujuan penciptaan manusia telah dinyatakan di dalam al-Quran sebagai khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi dan dalam masa yang sama memelihara serta menjaga kesucian agama Islam. Jesteru itu, setiap Muslim bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga keaslian agama Islam dari sebarang unsur-unsur yang menggugat pemikiran dan aqidah umat Islam. Dalam membincangkan tentang isu-isu yang telah membawa kepada kepincangan aqidah dalam masyarakat Islam. maksud serta pemahaman terhadap aqidah Islamiyyah harus difahami terlebih dahulu bagi membantu setiap Muslim mengetahui tujuan sebenar ajaran Islam diturunkan kepada mereka di muka bumi ini. Umumnya, perkataan „aqidah‟ berasal dari perkataan Arab „aqada‟ yang membawa maksud „ikatan‟ atau „simpulan‟. Sementara dari sudut istilahnya pula aqidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin terurai. Aqidah menurut syarak pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak dan hakiki serta beriman kepada seluruh perintah Allah SWT. Oleh itu, aqidah berperanan sebagai satu prinsip yang wajib dipegang oleh seluruh umat Islam dalam menjunjung agama suci Allah iaitu Islam melalui keyakinan yang hadir di dalam hati mereka terhadap apa jua perintah dan larangan Allah, serta meyakini setiap ajaran Rasulullah S.A.W dan tidak meragui pandangan ulama‟ muktabar dalam membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan amalan ajaran Islam. Mereka juga harus menghormati pandangan yang telah diberikan oleh ulama‟ sebagai pewaris Rasulullah S.A.W.

Mengikut Arifin Ismail (t.t) dalam membincangkan isu ini, desakan kepada kemodenan hidup serta kesan penjajahan minda yang telah dilakukan oleh Barat telah mencabar serta memesongkan aqidah umat Islam ketika ini. Sepertimana yang telah wujud pada rekomendasi Rand Corporation kepada kerajaan Amerika, serta dibahaskan di dalam 1

buku Civil Democratic Islam‟: Partners, Resources, and Strategies dinyatakan bahawa untuk menghadapi umat Islam, mereka perlu memecah-belahkan umat Islam dengan memberikan sokongan kepada golongan Islam fundamentalis yang bakal melahirkan Islam radikal yang melampau, akibatnya ia telah menimbulkan pertentangan dengan golongan Islam tradisional. Di bahagian lain, kerajaan Amerika memberikan sokongan kepada kelompok Islam liberal. Dengan wujudnya perselisihan pandangan di antara golongan „Islam Fundamentalis‟ dan „Islam Liberal‟, maka aqidah umat Islam pada hari ini dilihat semakin tercabar dan rapuh.

Gerakan liberalisasi agama yang telah lama meresap ke dalam agama Yahudi dan Kristian besertakan konsep „enlightenment‟ atau „pencerahan‟ yang telah diaplikasikan pada abad ke-19 oleh Gerakan Yahudi melalui pemikiran secara rasional dan terbuka telah meresap juga ke dalam pemikiran umat Islam pada hari ini.

Di Malaysia, sebuah pertubuhan yang telah terkesan dengan gerakan yang berteraskan kebebasan dan liberalisasi dalam agama adalah Sisters In Islam. Seawal tahun 1983, SIS merupakan kumpulan yang berfungsi sebagai kumpulan yang menyarankan persamaan hak antara wanita dan lelaki, serta mempromosikan konsep demokrasi dan kebebasan. Setelah lebih tiga dekad terlibat dalam membahaskan tentang isu wanita dan Islam. SIS boleh dikatakan sebagai sebuah pertubuhan yang tersusun dari segi pengurusannya kerana terdiri daripada golongan profesional. Akan tetapi, konsep kebebasan yang diperjuangkan oleh SIS dilihat berbeza daripada ajaran Islam yang sebenar, melalui beberapa terbitan buku serta beberapa ruangan artikel yang terdapat di dalam laman sesawang mereka. Apa yang jelas SIS merupakan gerakan yang telah memperjuangkan konsep kebebasan dan rasionaliti pemikiran yang melampau. Gerakan ini dilihat telah mencabar aqidah umat Islam apabila mereka telah bertindak secara berani dan telah mendesak pihak kerajaan melalui beberapa memorandum seperti tuntutan terhadap pembaharuan Undang-undang Keluarga Islam. Selain daripada itu, desakan terhadap konsep „humanisme‟ dan orientasi seksualiti juga telah dilakukan SIS melalui satu memorandum yang telah dihantar kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Menurut Norliah Sajuri dan Zulkiple Abd Ghani dalam Siti Saudah Hassan (2002), desakan ini dilihat berpunca daripada persetujuan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan dengan konsep kesamarataan hak bagi kaum 2

wanita yang wujud di dalam deklarasi Beijing dan Jakarta pada tahun 1995. Perjanjian ini pernah diperdebatkan oleh beberapa tokoh sarjana Islam seperti Saleha M. Abedin (1996). Saleh didalam Journal Institute of Muslim Minority Affairs telah membidas perjanjian tersebut sebagai titik permulaan kepada gerakan feminis yang berteraskan pemikiran Islam liberal di negara ini.

Kekuatan SIS terletak kepada kemahiran mereka dalam menggunakan media massa dan media cetak dalam menyampaikan konsep kebebasan dan liberalisasi mereka kepada masyarakat. Melalui kemudahan rangkaian teknologi seperti jalur lebar, SIS telah memperkukuhkan lagi perjuangan mereka dengan memperluaskan hubungan mereka dengan kumpulan feminis di seluruh negara melalui program Musawah. Selain daripada itu, melalui pertubuhan Joint Action Group For Gender Equality (JAG), SIS dilihat semakin menonjol dalam membincangkan isu-isu kebebasan, hak wanita dan hak kemanusiaan di dalam bahan terbitan mereka serta mencabar para ulama‟ dan beberapa institusi agama Islam bagi mencapai matlamat utama mereka. Oleh itu, artikel ini akan memfokuskan kepada beberapa isu-isu aqidah serta pemikiran yang boleh mencemarkan akidah yang telah dilakukan oleh gerakan SIS melalui media yang mampu memberi kesan serta mencabar aqidah umat Islam di negara ini.

ISU AQIDAH DAN PENYEBARANNYA MELALUI MEDIA Dari pespektif agama, Islam merupakan agama yang bersifat mission yang menggesa umatnya supaya berterusan menyebarkan mesej samada kepada rakan-rakan muslim ataupun kepada yang bukan muslim. Setiap individu muslim merupakan komunikator agama atau pendakwah di mana wajib menyampaikan mesej mengikut keupayaan masing-masing (Zulkiple Abd. Ghani, 2001). Oleh itu, umat Islam serta ulama‟ terdahulu telah memainkan peranan sebagai komunikator yang sangat berkesan apabila setiap mesej Islam itu disampaikan kepada masyarakat melalui pelbagai medium. Hakikatnya, para ulama telah bertindak sebagai pendidik dan dalam masa yang sama sebagai pengamal media dan telah memperkenalkan penggunaan media sebagai medium dakwah melalui penghasilan kitab-kitab masyhur yang masih digunakan sebagai rujukan sehingga ke hari ini. 3

Media komunikasi ialah apa-apa sahaja yang membawa maklumat antara sumber dan penerima. Mesej atau maklumat adalah perkara asasi yang disalurkan melalui media komunikasi kepada penerima dengan tujuan untuk mencapai sesuatu perubahan tertentu sama ada yang berkaitan dengan sikap, ilmu pengetahuan mahupun amalan. Dengan kata lain, media komunikasi membekalkan mesej atau maklumat sama ada yang berfaedah atau sebaliknya kepada seseorang dengan tujuan mempengaruhi sesuatu perkara. Dalam hal ini, kitab agama pernah menduduki tangga pertama berbanding media lainnya sebagai alat menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat serta membudayakan mereka dengan budaya Islam. Mahmood Abd. Rauf Kamel di dalam kajian Omar Zakaria (2011) menyatakan kitab agama merupakan medium dakwah, sekalipun terdapat pelbagai media lain seperti akbar, majalah, filem, radio, dan televisyen. Ini jelas membuktikan bahawa ulama‟ Islam terdahulu telah pun menggunakan serta memperkenalkan sistem media cetak di dalam metode dakwah mereka. Kitab agama pada asasnya membicarakan perkara-perkara dari sudut aqidah selain ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Ianya juga disertakan dengan nas al-Quran dan al-Hadith serta pendapat ulama‟ sebagai hujah bagi menjaga keaslian maklumat serta mengukuhkan isi kandungan. Ini menunjukkan bahawa Islam menekankan etika dan akhlak yang mulia yang perlu ada pada seseorang komunikator. Jesteru itu, media dan isu-isu yang berkaitan dengan aqidah Islamiyyah telah dibahaskan oleh para ulama‟ dari dahulu sehingga kini. Di antara kitab aqidah yang telah dihasilkan adalah kitab Addur Ath-Thamin oleh Sheikh Daud Bin Abd. Lah alFatani yang mempunyai 103 halaman. Kitab ini membicarakan ilmu usuluddin yang diberi nama ilmu Tauhid. Ia berkaitan dengan aqidah atau iman sesorang mukmin terhadap sifat-sifat yang wajib bagi Allah, yang mustahil dan yang harus bagi-Nya, iaitu yang dikenali dengan sifat dua puluh. Dalam kitab ini dinyatakan juga sifat-sifat wajib para Nabi dan yang mustahil baginya, pembicaraan tentang malaikat dan tugasannya, balasan syurga atau neraka kepada makhluq di atas keta‟atan atau keingkaran mereka terhadap suruhan dan larangan Allah, seksaan kubur dan nikmatnya, kelebihan ilmu dan ulama‟nya, himpunan al-Quran sebanyak enam ribu enam ratus enam puluh enam ayat yang mengandungi suruhan, larangan, janji baik dan janji buruk, perumpamaan, kisah-

4

kisah silam, halal dan haram, doa dan tasbih, nasikh mansukh, diakhiri dengan khatimah al-kitab. Kitab seterusnya adalah kitab „Aqidah Ahli Sunnah Wa Al-Jama‟ah‟ oleh Haji Sa‟id Haji Ibrahim, yang mempunyai 368 halaman. Kitab ini menghuraikan masalah-masalah yang berkaitan dengan keistimewaan aqidah, kepentingan aqidah, aqidah yang sahih dan ciricirinya, aqidah yang batil dan ciri-cirinya, masalah uluhiyyah, rububiyyah dan masalahmasalah keimanan, perkara yang merosakkan iman dan yang menyebarkan kekufuran dan lain-lainnya. Segala keterangan dan huraiannya dikuatkan dengan hujah yang berasaskan dalil al-Quran dan al-Hadith, ditambah pula dengan perbincangan dan kesimpulan bagi memudahkan para pembaca memahami intisari isi kandungannya secara berkesan. Kitab ini memberi kefahaman yang menyeluruh mengenai masalahmasalah aqidah, apatah lagi dalam menangani „aqidah-aqidah‟ yang bercanggah dengan aqidah ahli as-sunnah wa- al-jama‟ah di rantau ini, seperti „aqidah Mu‟tazilah, Jabariyyah, Qadariyyah, dan lain-lain.‟ Kehebatan serta keunikan Islam dalam memantapkan pemikiran umat Islam melalui perbahasan dan perdebatan berkenaan dengan isu-isu aqidah Islamiyyah tidak dapat dinafikan lagi. Perbahasan ini tidak terhenti melalui media cetak sahaja, bahkan peluang ini masih digunakan oleh masyarakat yang cintakan ilmu melalui medium serta saluran media yang terkini seperti laman sesawang serta perisian yang lebih efektif, dan juga melalui lampiran bahan ilmiah yang boleh dimuat turun secara mudah dan cepat melalui talian internet. Walaubagaimanapun, kecanggihan yang wujud ini secara tidak langsung telah menghakis keaslian maklumat dan pemikiran umat Islam dalam membicarakan isu agama dan aqidah yang selari dengan ajaran Islam sebenar. Dalam proses mengejar kemodenan hidup serta penjajahan pemikiran oleh Barat terhadap umat Islam, ia telah membawa umat Islam kepada konsep liberalisasi dan rasionaliti pemikiran yang melampau. Golongan ini di kenali sebagai golongan yang mempunyai pemikiran Islam Liberal. Kumpulan ini dilihat telah berjaya mempengaruhi sebilangan besar pemikiran umat Islam melalui konsep liberalisasi yang telah membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebenar seseorang Muslim. Diantara kumpulan yang begitu aktif menggunakan medium media massa dalam menyebarkan pengaruhnya melalui saranan-saranan yang mampu menggoncang aqidah umat Islam adalah Jaringan Islam Liberal (JIL) yang berpusat di Indonesia. 5

Pengaruh ideologi kumpulan ini secara tidak langsung telah tersebar ke Negara-negara jiran termasuklah Malaysia. Pada dasarnya perjuangan mereka berpaksikan kepada empat objektif utama, iaitu: 1.

Memperkukuhkan

landasan

pendemokrasian

melalui

penanaman

nilai-nilai

pluralisme, inklusivisme, dan humanisme. 2.

Membangun kehidupan keberagamaan yang berdasarkan kepada penghormatan atas perbezaan.

3.

Mendukung dan menyebarkan gagasan keagamaan yang pluralis, terbuka, dan humanisme.

4. Mencegah agar pandangan-pandangan keagamaan yang militan dan pro-kekerasan tidak menguasai wacana awam.

Di Malaysia Sisters In Islam (SIS) merupakan juga gerakan yang begitu aktif menggunakan medium media sama ada melalui media cetak atau media masa dalam mempromosikan isu keadilan, liberalisasi, humanisme dan kesamarataan hak bagi wanita dalam Islam. SIS telah telah dikenalpasti sebagai sebuah gerakan yang mempunyai unsur-unsur pemikiran Islam Liberal yang mampu mencabar aqidah umat Islam di negara ini apabila mereka secara berani menegaskan bahawa wanita Islam bebas dalam memilih untuk menutup aurat atau sebaliknya, terutamanya isu pemakaian tudung. Ini dapat dilihat didalam laporan yang telah dibuat oleh Latifah Abdul Majid (2011) di dalam artikel Response of Muslim Community Concerning Liberal Islam In Malaysia. Berdasarkan penulisan Miriam Cooke (2001) di dalam bukunya „Women Claim Islam Creating Islamic Feminism Through Literature‟, di pertengahan tahun 1980-an secara serentak gerakan wanita Islam dan feminis Islam telah menggunakan jalur lebar dengan membina laman sesawang rasmi mereka sendiri. Internet khususnya digunakan sebagai medium utama dalam menyebarkan fahaman mereka kepada masyarakat serta memperluaskan pengaruh mereka diseluruh dunia sepertimana yang telah dilakukan oleh Federation of Muslim Women‟s Associations of Nigeria, Women Living Under Muslim Laws (WLUML) di Perancis, dan termasuklah pertubuhan Sisters In Islam di Malaysia (SIS).

6

Ini jelas menunjukkan bahawa SIS merupakan gerakan yang aktif dan telah menggunakan media sebagai medium utama dalam membincangkan isu-isu agama Islam, wanita, humanisme, kebebasan dan demokrasi di negara ini. Isu-isu yang ditimbulkan oleh SIS boleh diklasifikasikan sebagai perbincangan aqidah dan berkaitan akidah apabila isu-isu tersebut telah dibincangkan berdasarkan pertikaian mereka terhadap beberapa prinsip asasi Islam yang sepatutnya dipegang oleh umat Islam dengan penuh keyakinan serta tanpa sebarang keraguan. SISTERS IN ISLAM DAN ISU-ISU AKIDAH DI DALAM MEDIA Sejarah kemunculan gerakan Sisters In Islam di Malaysia dapat dilihat melalui beberapa pemerhatian, laporan penyelidikan dan penulisan yang dilakukan oleh sarjana-sarjana lepas terhadap gerakan ini. Norliah Sajuri dan Zulkiple Abd Ghani (2002) telah menyatakan bahawa bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan termasuklah mengenengahkan isu-isu kebajikan yang perlu diberi perhatian serta melibatkan golongan wanita di negara ini. Deklarasi Beijing dan Jakarta yang telah berlangsung pada 1995 telah turut digunakan sebagai peluang untuk mempertingkatkan tahap kualiti golongan wanita di negara ini. Konsep kesamarataan dan persamaan bagi golongan wanita di negara ini telah dipertegaskan dengan kenyataan berikut: “Wanita sedunia kini menginsafi bahawa mereka tidak boleh berdiam diri atau mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai 50% “wali Allah” (Khalifah Allah) di atas muka bumi ini. Ilmu pengetahuan, kemahiran dan keazaman, wanita menuntut dilibatkan bersama dengan lelaki dalam usaha dan proses pembangunan sebagai sekongsi sama taraf: menuntut penyertaan dalam pembuatan keputusan dan dasar; demi membasmi kemiskinan dan ke arah mencapai kesejahteraan hidup, keharmurniaan hasrat dan keamanan abadi. „Persamaan, Pembangunan dan keamanan‟ – inilah tema dan matlamat perjuangan wanita sejagat. ” Walaupun hasrat penyamarataan ini dilihat satu usaha murni, namun ia turut juga terdedah kepada pentafsiran yang memberi maksud berlainan terutama apabila melibatkan isu gender yang tidak didokong oleh sumber al-Quran dan al-Sunnah. 7

Saleha M. Abedin (2002) melalui pernyataanya di Journal Institute of Muslim Minority Affairs telah mengkritik deklarasi ini sebagai satu draf yang salah dari segi ideologi dan strateginya di mana aspek agama, adat dan budaya sesebuah masyarakat itu telah dipinggirkan di dalam sebuah draf yang dinamakan sebagai „Platform for Action‟ yang telah digunapakai di dalam deklarasi tersebut. Kemudian, Saleha menegaskan konsep ini telah memberi ruang kepada gerakan feminis radikal yang berpaksikan Barat dan bersandarkan bentuk pemikiran Islam Liberal yang mampu menggoncang aqidah umat Islam di Negara ini. Di samping itu, di awal tahun 1983 dengan ketiadaan organisasi yang mampu membicarakan isu-isu wanita Islam yang berlandaskan syariah Islam yang sebenar, ianya telah membuka peluang kepada pertubuhan SIS yang pada ketika itu dipimpin oleh mereka yang mendapat pendidikan di Barat dalam mempromosikan isu Islam dan wanita di negara ini. Menurut Rahimin Affandi Abdul Rahim (2010) di dalam kajiannya terhadap Pemikiran Teologi Wanita Islam Di Malaysia, beliau menyatakan bahawa golongan yang ini terdiri daripada wanita yang berkarier serta telah mendapat sistem pendidikan liberal Barat dan pendedahan yang luas tentang sumber kajian Barat yang memfokuskan isu feminism. Di samping itu, kebangkitan kumpulan pemikiran Islam Liberal pada ketika itu telah menyokong pergerakkan ini dalam membawa perjuangan mereka yang dilihat semakin terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar. Idea asal penubuhan SIS adalah diasaskan oleh Dr. Amina Wadud yang pada ketika itu merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga merupakan seorang tokoh teologi Islam yang telah banyak membincangkan tentang pendekatan penafsiran semula al-Quran yang membawa kepada kesesuaian hidup masyarakat moden pada hari ini. Beliau bersama tujuh orang wanita yang lain telah bersatu dalam menubuhkan SIS. Amina pada satu ketika dahulu pernah dikritik hebat oleh seluruh umat Islam dunia apabila beliau secara beraninya telah mengimamkan solat Jumaat, beliau juga pernah dituduh sebagai golongan liberal Islam yang melampau. Pada tahun 1993, SIS telah didaftarkan secara rasmi diatas nama syarikat „SIS Forum Malaysia‟. Walaupun berlaku pertukaran nama, namun perjuangan mereka masih sama iaitu untuk mempromosikan pembangunan Islam di Malaysia yang mempertingkatkan prinsip kesamarataan hak di kalangan wanita, konsep humanisme dan demokrasi di 8

negara ini. Metodologi utama yang telah digunakan oleh SIS adalah penafsiran semula teks asasi Islam seperti al-Quran serta reformasi terhadap sistem Undang-undang Keluarga Islam. SIS telah menggunakan media sebagai medium utama dalam melahirkan idea dan kritikan mereka mengenai isu-isu wanita Islam di negara ini. SIS percaya bahawa penggunaan media begitu berkesan dalam menyampaikan apa-apa maklumat mereka iaitu melalui Laman Web Rasmi SIS sendiri. Laman web ini telah dinaik taraf menjadi lebih interaktif bertujuan untuk memujuk orang ramai supaya memahami ideologi mereka. Laman sesawang ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti: Sumber Pengetahuan: ia membincangkan beberapa isu seperti: Perkahwinan Kanak Kanak di bawah umur, Dasar Moral, Teori Undang-undang Islam, Hijab, Keganasan, Terhadap Wanita, Kebebasan Asasi, dan Pewarisan Harta Pusaka. Ruangan Artikel Zainah Anwar & Marina Mahathir: ia telah memfokuskan kepada artikel yang ditulis oleh Zainah dan Marina yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, Undang-Undang Keluarga Islam, dan beberapa isu-isu yang lain yang berkaitan dengan wanita Islam. Artikel-artikel ini telah disusun dan diambil dari beberapa keratan akhbar seperti daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, The Sun, The Star dan The New Strait Times. Artikel ini disusun dan boleh diambil secara langsung melalui laman sesawang rasmi SIS yang bermula seawal tahun 2006 sehingga sekarang. Selain daripada media masa, SIS telah menggunakan media cetak sebagai medium penyampaian maklumat melalui penerbitan beberapa buah buku dan kertas kerja. Antara penerbitan SIS ialah seperti berikut: 1. “Shari‟a Law and the Modern Nation-State A Malaysian Symposium” (1994) by Noraini Othman. 2. “SIS Working Paper Series: “Guardianship Law and Muslim Women” ” (2002) by Nik Noraini Nik Badli Shah. 3. “Islam & Women‟s Reproductive Rights” (2002) by Masdar F. Mas‟udi. 4. “Islamic Family Law and Justice For Muslim Women” (2003) by Hjh. Nik Noraini Nik Badli Shah. 5. “Al-Quran Untuk Kaum...


Similar Free PDFs