Jenayah Siber - PENULISAN ARTIKEL PDF

Title Jenayah Siber - PENULISAN ARTIKEL
Course Bahasa Melayu Undang-Undang 1
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 7
File Size 244.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 214
Total Views 963

Summary

Jenayah Siber: Penipuan Internet ( Scam) Berdasarkan Perspektif Malaysia OlehPengenalanPada era globalisasi ini, tidak dinafikan bahawa ia telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan teknologi kepada negara-negara yang sedang berkembang ini. Seiring perubahan teknologi, dengan penggunaan internet ...


Description

Jenayah Siber: Penipuan Internet (Scam) Berdasarkan Perspektif Malaysia Oleh Pengenalan Pada era globalisasi ini, tidak dinafikan bahawa ia telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan teknologi kepada negara-negara yang sedang berkembang ini. Seiring perubahan teknologi, dengan penggunaan internet semua perkara berada di hujung jari pengguna. Sebagai contohnya, berita dalam talian, membeli-belah dalam talian, bersosial dalam laman media sosial dan banyak lagi. Namun begitu, di sebalik semua itu, terdapat juga keburukannya iaitu pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan kemajuan teknologi ini untuk melakukan jenayah siber1. Jenayah siber adalah suatu bentuk jenayah yang dilakukan di dalam alam maya. Menurut Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap (2004), jenayah siber merupakan bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah secara individu ataupun berkumpulan. Jenayah siber ini dilakukan di alam maya oleh itu ia tidak terbatas, ia mampu menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara yang lain 2. Oleh itu, adalah amat mencabar dan sukar untuk mengenal pasti dan mendakwa pelaku jenayah siber kerana sukar untuk mengesan lokasi sebenar penjenayah terutamanya sekali sekiranya pelaku berada di luar negara. Antara jenis-jenis jenayah siber yang biasa dilakukan adalah seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah keatas sistem, menyalin perisian secara tidak sah pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam dan penyebaran virus (Malaysian Computer Emergency Team, 2013a). Untuk tujuan artikel ini, tumpuan lebih akan lebih diberi terhadap jenis jenayah siber, penipuan internet (scam).

Penipuan internet 1 Asyraf, Muhamad & Muhammad, Ikhlas & Meerangani, Khairul & Marinsah, Syamsul & Ramli, Mohd Anuar. (2013). Jenayah Siber: Pengelasan Di Antara Al-Jaraim Dan Al-Jina’i Menurut Sistem Perundangan Islam. 2 Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap (2004), Jenayah Berkaitan Dengan Komputer Perspektif Undang-Undang Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 56.

Menurut kamus dewan bahasa edisi kedua, penipuan boleh didefinisikan sebagai perbuatan atau hal menipu. Manakala internet adalah rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data seluruh dunia 3. Oleh itu, berdasarkan definisi tersebut penipuan internet adalah tindakan penipuan dengan menggunakan rangkaian internet. Penipuan internet juga boleh didefinisikan sebagai penipuan yang berlaku dalam alam maya dengan menggunakan komputer dan teknologi internet4. Penipuan internet ini dilakukan dengan memberikan kenyataan palsu kepada mangsa yang menyebabkan mangsa secara sukarelanya berpisah dengan hartanya atau barang-barang berharga lain akibat kenyataan palsu daripada penjenayah (Nazura Abdul Manap dan Anita Abdul Rahim, 2002). Pakar sains komputer, Prof Dr Norita Md Norwawi berkata penipuan internet boleh dikategorikan kepada dua iaitu scam berbentuk digital dan scam berbentuk kejuruteraan sosial. Scam berbentuk digital adalah penipuan melibatkan emel, Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter. Manakala, scam berbentuk kejuruteraan social penipuan melalui panggilan telefon dimana penjenayah akan menyamar sebagai polis, pegawai kastam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) untuk mendapatkan data peribadi mangsa dan seterusnya menyalahgunakan data peribadi tersebut5. Saban tahun, kes jenayah siber terutama sekali dalam kategori penipuan makin meningkat dan mencatatkan peratusan yang tinggi dalam statistik jenayah siber. Berdasarkan statistik oleh laman web Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCert), sebanyak 10,790 kes jenayah siber dicatatkan pada tahun 2020. Kes penipuan internet mencatatkan statistik tertinggi sebanyak 7,593 daripada jumlah keseluruhan tersebut. Pada tahun sebelumnya, kes penipuan internet turut mencatat statistik tertinggi iaitu sebanyak 7,774 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 10, 772.

Jenis-jenis penipuan internet

3 Kamus Dewan. (2nd ed.). (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4 Nazura Abdul Manap dan Anita Abdul Rahim (2002), Permasalahan Frod/Penipuan Dan Komputer: Sejauh Manakah Penyelesaiannya?, Malayan Law Journal, 1, h. iixi 5 Nurulatiq Ahmad Bandi . (2019, June 09). Ancaman jenayah scam. Sinar Harian. Retrieved January 20, 2021, from https://www.sinarharian.com.my/article/31637/BERITA/Nasional/Ancaman-jenayah-scam

1

Antara jenis-jenis penipuan internet yang sering dilakukan adalah: Phishing Phishing adalah penipuan yang dilakukan melalui penghantaran emel, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas(SMS) dimana penjenayah akan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti polis, pegawai kastam, pegawai SPRM, pegawai bank dan berbagai pihak untuk mendapatkan data-data peribadi yang sensitif seperti nama pengguna, kata laluan, butiran kad kredit mangsa 6. Turut disertakan bersama emel atau pesanan ringkas tersebut, pautan palsu yang sekiranya diklik akan membawa mangsa ke laman web yang menyerupai laman web asli dan akhirnya menyebabkan kecurian identiti (Prasad Jayabalan, Roslina Ibrahim & Azizah Abdul Manaf, 2014). Penipuan pembelian dalam talian Penipuan pembelian dalam talian terjadi apabila setelah pembeli membayar barang yang mereka hendaki, penjual tidak menghantar barangan tersebut kepada pembeli ataupun penjual menghantar barangan tiruan kepada pembeli dan bukannya barangan asli yang dipersetujui. Menurut akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 17 Ogos 2020, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada tahun 2020, penipuan pembelian dalam talian mencatatkan aduan penipuan tertinggi sebanyak 2,500 kes yang membabitkan kerugian sebanyak RM17 Juta. Penipuan percintaan (love scam) Love scam adalah penipuan yang sebahagian besar didalangi warga Afrika yang menyasarkan wanita terutama sekali wanita yang berkerjaya. Penipuan ini dilakukan melalui laman media sosial dan juga laman web suai kenal dimana, penipu akan mendekati wanita dan menjalani hubungan percintaan dengan mereka. Penipu lalu akan memperdayakan wanita-wanita tersebut dengan janji-janji palsu, meminta mereka memasukkan wang sejumlah wang ke dalam akaun mereka, dan seterusnya menghilangkan diri setelah menjalinkan hubungan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa tiga bulan (Sinar Harian, 8 April 2013).

Macau Scam 6 Prasad Jayabalan , Roslina Ibrahim & Azizah Abdul Manaf. (2014). Understanding cybercrime in Malaysia: an overview. Sains Humanika, 2 (2). pp. 109-115. ISSN 2289-6996

2

Macau scam adalah sejenis jenayah penipuan telekomunikasi yang menggunakan teknik spoofing. Antara modus operandi sindiket ini, penipu akan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti pihak mahkamah atau polis untuk menipu bahawa mangsa mempunyai rekod pembabitan dalam jenayah penggubahan wang dan seterusnya meminta mangsa untuk memindahkan wang ke dalam sesebuah akaun untuk tujuan siasatan (Berita Harian, 19 Disember 2020). Taktik lain yang digunakan sindiket ini termasuk menipu mangsa bahawa mereka telah memenangi lucky draw dan seterusnya meminta mangsa memindahkan wang sebagai syarat untuk mendapat hadiah tersebut dan menyamar sebagai penculik untuk meminta wang tebusan (Astro Awani, 12 Oktober 2020). Peruntukan Undang Undang Malaysia Berkenaan Jenayah penipuan internet Tidak dapat dinafikan lagi bahawa jenayah siber semakin berleluasa terutamanya sekali dalam era modenisasi ini. Oleh itu, amatlah penting untuk mempunyai peruntukan undang undang untuk mengatasi jenayah ini dan juga untuk menghukum pelaku-pelaku jenayah siber ini. Malaysia tidak mempunyai peruntukan khas untuk jenayah penipuan internet. Akan tetapi seperti jenayah penipuan konvensional, jenayah penipuan internet juga turut dihukum di bawah Kanun Keseksaan. Seksyen 415 Kanun Keseksaan Seksyen 415 memperuntukkan penipuan secara umumnya. Berdasarkan seksyen ini, seseorang itu dikatakan telah menipu sekiranya seseorang itu telah memperdayakan manamana orang sama ada atau tidak perdayaan tersebut adalah dorongon tunggal atau utama, dengan fraud atau dengan curang menolong orang diperdayakan demikian untuk menghantar apa-apa harta kepada mana-mana orang atau bersetuju bahawa mana-mana orang boleh menyimpan harta7. Seseorang itu juga dikatakan telah menipu, jika ia telah dengan sengaja mendorong orang yang diperdayakan demikian dan tindakan atau peninggalan yang mana menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan atau mudarat kepada badan, ingatan, reputasi atau harta mana-mana orang8. Untuk membuktikan jenayah penipuan di bawah seksyen ini elemen perdayaan dan niat untuk memperdaya mangsa harus wujud. Oleh itu, mangsa harulah terperdaya, dan akibat pemerdayaan tersebut mangsa telah menyerahan hartanya kepada penjenayah. Sekiranya, jenayah ini dapat dibuktikan, penipu boleh dihukum di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan. 7 Seksyen 415(a) Kanun Keseksaan 8 Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan

3

Menurut seksyen 417, penipu boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya9. Seksyen 416 Kanun Keseksaan Sekyen 416 memperuntukkan penipuan dengan jalan samaran. Menurut seksyen 416, seseorang yang berpura-pura dengan menjadi orang lain yang bukan dirinya, atau dengan sengaja menggantikan seorang dengan seorang lain, atau dengan mempernyatakan bahawa ia atau seorang lain adalah seorang yang lain daripada dirinya atau orang lain yang sebenar telah menipu dengan jalan samaran10. Seseorang yang telah menipu dengan jalan samaran boleh dihukum di bawah seksyen 419 Kanun Keseksaan dimana ia boleh dihukum penjara selama tempoh yang tidak melebihi tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya11. Seksyen 420 Kanun Keseksaan Seksyen ini memperuntukkan hukuman yang lebih berat berkenaan penipuan. Menurut seksyen seseorang yang menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya orang yang terpedaya, sama ada atau tidak perdayaan yang diamalkan itu ialah dorongan tunggal atau utama, supaya rnenyerahkan apa-apa harta kepada mana-mana orang, atau supaya membuat, mengubah, atau membinasakan kesemua atau apaapa bahagian sesuatu cagaran berharga, atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeteri, dan yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, hendakdah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dan sam tahun dan tidak lebih dan sepuluh tahun, dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda12.

Komen dan Cadangan Penambahbaikan Hukuman Jenayah Penipuan Internet

9 Seksyen 417 Kanun Keseksaan 10 Seksyen 416 Kanun Keseksaan 11 Seksyen 419 Kanun Keseksaan 12 Seksyen 420 Kanun Keseksaan

4

Jenayah penipuan internet adalah berbeza dengan jenyah konvensional, oleh itu adalah tidak wajar untuk memperlakukan dan menghukum kedua-dua jenayah tersebut di bawah hukuman yang sama. Sebagai contohnya, untuk membuktikan penipuan di bawah seksyen 415 Kanun Keseksaan, perlu dibuktikan bahawa mangsa telah terpedaya dan penipu dengan curangnya telah memperdaya mangsa. Akan tetapi, seksyen ini pada lumrahnya adalah untuk penipuan yang berlaku secara langsung. Jadi amatlah sukar untuk membuktikan elemen-elemen tersebut bagi penipuan yang berlaku dalam internet. Hal ini kerana, penipuan berlaku secara tidak langsung iaitu dalam alam maya. Oleh itu, sukar untuk mengukur sejauh manakah mangsa telah terpedaya dan setakat manakah penipu telah memperdaya mangsa. Terdapat kemungkinan bahawa penipu akan berhujah bahawa mereka tidak berniat untuk menipu mangsa menyebabkan elemen mens rea tidak dapat dibuktikan seterusnya menyebabkan penipu terlepas daripada hukuman13. Oleh itu, peruntukan dalam kanun keseksaan adalah kurang dipakai untuk menghukum kes penipuan internet. Oleh itu, selaras perubahan teknologi, pihak kerajaan juga harus membuat pindaan akta yang sesuai dari segi teknologi. Contohnya, menambah seksyen dalam kanun keseksaan khas untuk penipuan yang dilakukan dalam alam maya. Selain itu, kerajaan juga boleh menubuhkan badan

khas yang ahli dengan jenayah siber

untuk memantau kejadiaan-

kejadian jenayah siber. Kesimpulan Jenayah penipuan internet adalah jenayah alaf baru yang muncul bersama dengan permodenan teknologi. Jenayah ini sukar untuk dikesan kerana skop jenayah ini tidak terbatas kepada sesebuah negara itu sahaja. Ia adalah jenayah tanpa sempadan. Oleh itu, perkhidmatan pakar diperlukan untuk mengesan penjenayah-penjenayah siber ini. Dengan itu, peruntukan sedia ada adalah tidak sesuai diaplikasikan untuk menghukum jenayah penipuan internet. Oleh itu, peruntukan yang sesuai haruslah dipinda untuk memastikan jenayah siber seperti penipuan internet ini mendapat hukuman yang sewajarnya.

Rujukan

13 Nazura Abdul Manap dan Anita Abdul Rahim (2002), Permasalahan Frod/Penipuan Dan Komputer: Sejauh Manakah Penyelesaiannya?, Malayan Law Journal, 1, h. iixi

5

Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap (2004), Jenayah Berkaitan Dengan Komputer Perspektif Undang-Undang Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 56. Asyraf, Muhamad & Muhammad, Ikhlas & Meerangani, Khairul & Marinsah, Syamsul & Ramli, Mohd Anuar. (2013). Jenayah Siber: Pengelasan Di Antara Al-Jaraim Dan AlJina’i Menurut Sistem Perundangan Islam. Kamus Dewan. (2nd ed.). (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nazura Abdul Manap dan Anita Abdul Rahim (2002), Permasalahan Frod/Penipuan Dan Komputer: Sejauh Manakah Penyelesaiannya?, Malayan Law Journal, 1, h. Iixi Nor Azizah Mokhtar. (2020, December 19). Warga emas rugi RM1.8 juta ditipu sindiket Macau

Scam.

Berita

Harian.

Retrieved

January

20,

2021,

from

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/766651/warga-emas-rugi-rm18-jutaditipu-sindiket-macau-scam Nur Aslinda Nasir. (2020, August 17). Beli ‘online’ catat kes penipuan tertinggi. Utusan Malaysia.

Retrieved

January

20,

2021,

from

https://www.utusan.com.my/berita/2020/08/beli-online-catat-kes-penipuan-tertinggi/ Nurulatiq Ahmad Bandi . (2019, June 09). Ancaman jenayah scam . Sinar Harian. Retrieved January

20,

2021,

from

https://www.sinarharian.com.my/article/31637/BERITA/Nasional/Ancaman-jenayahscam Prasad Jayabalan , Roslina Ibrahim & Azizah Abdul Manaf. (2014). Understanding cybercrime in Malaysia: an overview. Sains Humanika, 2 (2). pp. 109-115. ISSN 22896996 Seksyen 415, 416, 417, 419 & 420. (2019). Kanun Keseksaan (Akta 574): (hingga 5th Januari 2019). Petaling Jaya: International Law Book Services Siti Farhana Sheikh Yahya. (2020, October 12). Macau Scam: All you need to know . Astro Awani. Retrieved January 20, 2021, from https://www.astroawani.com/beritamalaysia/macau-scam-all-you-need-to-know-263044

6...


Similar Free PDFs