KEJATUHAN KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA DOCX

Title KEJATUHAN KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
Author Hafiz Shariman
Pages 12
File Size 31.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 800
Total Views 1,025

Summary

D20142069164 1.0 PENGENALAN Terdapat beberapa buah kerajaan awal Asia Tenggara antaranya ialah Champa, Srivijaya, Majapahit, Funan, Angkor dan Cheh-Tu. Setiap kerajaan ini ada keistimewaannya masing- masing dan boleh dikatakan antara kerajaan yang terkuat di Asia Tenggara pada suatu ketika dahulu. A...


Description

D20142069164 1.0 PENGENALAN Terdapat beberapa buah kerajaan awal Asia Tenggara antaranya ialah Champa, Srivijaya, Majapahit, Funan, Angkor dan Cheh-Tu. Setiap kerajaan ini ada keistimewaannya masing- masing dan boleh dikatakan antara kerajaan yang terkuat di Asia Tenggara pada suatu ketika dahulu. Antaranya ialah Srivijaya. Srivijaya merupakan salah satu kerajaan besar yang ada di Nusantara pada suatu ketika dahulu. Kerajaan Sriwijaya berkait rapat dengan sejarah peradaban Nusantara dan merupakan sebuah kuasa yang kuat. Keberadaan kerajaan Srivijaya telah tercatat oleh seorang pendeta Tiongkok yang bernama I Tsing ketika mengunjungi Srivijaya pada abad ke-7 dan telah menulis tentang Srivijaya. Pusat kerajaan Srivijaya terletak di sekitar wilayah Sumatera Selatan namun begitu memiliki daerah pemerintahan yang terdapat di Kemboja, Selatan Thailand, Tanah Melayu, Sumatera, Jawa sehinggalah pesisir Kalimantan. Raja pertama Srivijaya adalah Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang berkuasa sejak tahun 671 hingga 702 Masihi. Selain itu, Srivijaya ini terkenal dengan sebagai sebuah kerajaan maritim, di mana kerajaannya sangat terkenal dengan kekuatan kapal-kapalnya dalam menguasai pelayaran, perdagangan dan penguasaan terhadap pelbagai kawasan yang strategik untuk mengawasi dan melindungi kapal dagang. Namun setelah tahun 1183, Srivijaya berada di bawah kerajaan lain. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kerajaan Srivijaya runtuh. Kerajaan Majapahit pula adalah kerajaan Hindu di Jawa Timur. Kerajaan ini termasuk kerajaan kuno di Indonesia yang berdiri pada tahun 1293 sehinggalah 1500 Masihi. Kerajaan Majapahit ini didirikan oleh Raden Wijaya (1293 M). Kerajaan ini mencapai puncak kejayaannya pada abad ke 14 iaitu ketika kekuasaan Hayam Wuruk (1350-1389 M) yang dibantu oleh Patih Gajah Mada (1331-1364 M). Kerajaan Majapahit adalah kerajaan Hindu terakhir di Semenanjung Tanah Melayu dan dianggap sebagai salah satu dari negara terbesar dalam sejarah Indonesia. Kerajaan Champa pula diasaskan sekitar tahun 192 1...


Similar Free PDFs