KEPENTINGAN PENERAPAN PENDIDIKAN ISLAM AWAL KANAK-KANAK DOCX

Title KEPENTINGAN PENERAPAN PENDIDIKAN ISLAM AWAL KANAK-KANAK
Author Nurul Aini Hashim
Pages 7
File Size 32.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 67
Total Views 178

Summary

1 KEPENTINGAN PENERAPAN PENDIDIKAN ISLAM AWAL KANAK- KANAK Oleh : Cik Nurul Aini Binti Hashim1 Abstrak Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat penubuhan pendidikan Islamawal...


Description

1 KEPENTINGAN PENERAPAN PENDIDIKAN ISLAM AWAL KANAK-KANAK Oleh : Cik Nurul Aini Binti Hashim1 Abstrak Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat penubuhan pendidikan Islamawal kanak-kanak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia. Jika al-Quran dan al-Sunnah menjadi acuannya, maka akan terbentuklah generasi yang hebat dari segala segi. Artikel ini akan mengupas kepentingan penerapan pendidikan Islam awal kanak-kanak dalam pembentukan ummah diikuti cabaran yang harus ditempuhi dan cadangan kurikulum yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan Islam awal kanak- kanak. Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia mempunyai dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak- kanak(TASKA) untuk kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun.Peringkat kedua ialah prasekolah atau Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) untuk kanak-kanak yang berumur empatsehingga enam tahun.Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka memberi nama program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau TABIKA. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empatsehingga enam tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal. Walau bagaimanapun, di Malaysia terdapat prasekolah jenis kerajaan iaitu KEMAS dan prasekolah bukan jenis kerajaan. Pada masa ini penubuhan institusi-institusi swasta dalam pendidikan awal kanak- kanak di Malaysia semakin diberi perhatian. Walau bagaimanapun, program pendidikan awal kanak-kanak ini masih di tahap yang belum mencapai piawaian pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pihak institusi berlumba-lumba menawarkan program berkenaan tetapi tidak dapat menyediakan bidang sebenar pendidikan awal kanak-kanak. Keadaan ini memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak di TASKA dan TADIKA. Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak 1Pensyarah diKolejPengajian Islam Johor (MARSAH)....


Similar Free PDFs