Kepercayaan tentang ketuhanan bagi agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Animisme yang menjadi anutan penduduk di Malaysia PDF

Title Kepercayaan tentang ketuhanan bagi agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Animisme yang menjadi anutan penduduk di Malaysia
Course HubunganEtnik
Institution Multimedia University
Pages 2
File Size 70.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 439
Total Views 934

Summary

1. Islam Islam ialah agama yang dianuti oleh sebanyak 60 peratus penduduk Malaysia. Seseorang yang beragama Islam bererti berserah diri dan mengikuti perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi Muhammad SAW. Islam ialah suatu peraturan hidup dan agama praktikal berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhi...


Description

1. Islam Islam ialah agama yang dianuti oleh sebanyak 60 peratus penduduk Malaysia. Seseorang yang beragama Islam bererti berserah diri dan mengikuti perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi Muhammad SAW. Islam ialah suatu peraturan hidup dan agama praktikal berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat. Bagi Islam, Allah telah menentukan jalan yang perlu dilalui sebagai panduan kepada manusia dalam bentuk Syariah. Syariah adalah prinsip Islam yang tertinggi, mengatur kehidupan harian Muslimin yang meliputi segala aspek kehidupan manusia daripada urusan ibadat sampai kepada urusan ekonomi, pemerintahan dan kemasyarakatan. Nabi Muhammad SAW ialah rasul yang terakhir dalam rangkaian pesuruh Allah. Peristiwa sejarah yang terdapat dalam al-Quran merupakan kisah yang benar berlaku. Menurut sejarah, penubuhan kerajaan Islam di Madinah, menandakan pengiktirafan Islam terhadap hak dan tanggungjawab orang bukan Islam dalam negara Islam. Islam membuka laluan kepada kesatuan seluruh bangsa. Setiap manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan adalah setaraf di sisi Tuhan. 2. Buddha Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia. Majoriti penganut Buddha di Malaysia terdiri daripada etnik Cina yang berpegang kepada mazhab Buddha Mahayana. Manakala terdapat juga yang mengamalkan Buddha Theravada terutama bagi komuniti Thai yang kebanyakannya tinggal di utara Semenanjung Malaysia. Buddha mengetepikan perbincangan tentang ketuhanan. Dia mengelakkan perkara yang berhubung dengan perbahasan ketuhanan dan metafizik kerana dia berpendapat bahawa manusia bergantung kepada diri sendiri bukannya Tuhan. Malah, dalam salah sebuah pidatonya, dia mengejek orang yang mengakui kewujudan Tuhan. Lantas itu, golongan Brahman pada zamannya telah mendakwa beliau sebagai seorang ateis.

3. Hindu Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar komuniti India di negara ini, malah ia merupakan salah satu identifikasi bagi etnik India, walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang menganut agama selain Hindu. Agama ini merupakan agama yang berevolusi daripada ajaran Veda yang muncul sebelum penaklukan bangsa Arya ke atas India. Sejarah menerangkan isi kandungan agama ini meliputi pelbagai kepercayaan yang membawanya turun hingga kepada penyembahan batu dan pokok- pokok dan membawanya naik kepada perkaraperkara falsafah yang abstrak dan halus. Terdapat beratus-ratus malah beribu-

ribu buah kitab suci Hindu. Walau bagaimanapun, pada umumnya kitab suci mereka yang terbesar adalah terdiri daripada Veda, Undang-Undang Manu, Mahabharata, Gita, Yoga Vasishtha dan Ramayana.

4. Kristian Agama Kristian asalnya merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang menerima Jesus daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus. Sesetengah penganut Kristian menggelar Jesus sebagai penyelamat orang Yahudi seperti yang dijanjikan dalam Kitab Perjanjian Lama. Penganut Kristian sama ada gereja Roman Katolik, Ortodok Timur ataupun Gereja Protestan menerima Doktrin Triniti atau Tritunggal sebagai ajaran utama agama Kristian. Orang Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan iaitu tuhan yang mengambil rupa manusia; mempunyai sifat-sifat manusia. Bagi orang Kristian, Jesus meninggal dunia untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Tegasnya, kematian Jesus adalah untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Agama Kristian mengajar bahawa tuhan menurunkan anaknya, Jesus ke dunia sebagai hamba pilihannya, yang dinamakan al-Masih, untuk menolong manusia melakukan tugas keagamaan mereka. 5. Animesme Animisme ialah istilah bagi mana-mana kepercayaan yang melibatkan pemujaan roh dan semangat alam semula jadi. Kepercayaan animisme menganggap bahawa segala sesuatu di dalam alam ini termasuk benda alam yang mati mempunyai jiwa dan dapat berfikir dan berkeperibadian seperti manusia. Semangat dan kuasa luar biasa ini disifatkan sebagai tuhan. Penganutnya menyembah dan memuja batu, pokok, sungai, gunung, pokok, patung dan juga benda hasil buatan mereka sendiri seperti keris dan tombak. Ringkasnya, animisme percaya bahawa:  semua objek di dalam dunia ini memiliki jiwa dan hidup;  adanya makhluk halus seperti hantu dan jin di gunung, sungai dan tempat keramat; dan  bintang, matahari dan bulan memiliki jiwa. Roh-roh ini terdiri daripada roh mereka yang sudah meninggal dan membawa kepada pemujaan nenek moyang; atau mungkin ada roh yang umum, yang tidak dihubungkan dengan seseorang, yang mirip dengan mana daripada kepercayaan orang di kepulauan Pasifik atau manito daripada kepercayaan orang Indian Amerika....


Similar Free PDFs