Konsep manusia dalam hindu & buddha PDF

Title Konsep manusia dalam hindu & buddha
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 207
File Size 4.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 21
Total Views 381

Summary

AMSUMETODOLOGIDAKWAH DIMALAYSIAProf Madya Dr Ahmad Redzuwan Mohd YunusEdisi Pertama, Ogos 2011 Edisi Kedua, Disember 2015 (rs)Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2015, AMSU Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa keben...


Description

AMSU5303 METODOLOGI DAKWAH DI MALAYSIA Prof Madya Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

Pengarah Projek:

Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Dr Rozeman Abu Hassan Open University Malaysia

Penulis Modul:

Prof Madya Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyederhana:

Dr Ghazali Abdul Sarussalam Universiti Malaya

Dibangunkan oleh:

Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Dicetak oleh:

Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9, Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Ogos 2011 Edisi Kedua, Disember 2015 (rs) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2015, AMSU5303 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Isi Kandungan Panduan Kursus

ixăxiv

Topik 1

Asas Kebudayaan Kaum di Malaysia 1.1 Maksud Kebudayaan dan Pantang Larang 1.2 Adat Masyarakat Melayu 1.2.1 Adat Perkahwinan 1.2.2 Adat Kelahiran 1.2.3 Adat Kematian 1.3 Adat Masyarakat Cina 1.3.1 Adat Perkahwinan 1.3.2 Adat Kelahiran 1.3.3 Adat Kematian 1.4 Adat Masyarakat India 1.4.1 Adat Perkahwinan 1.4.2 Adat Kelahiran 1.4.3 Adat Kematian Rumusan Kata Kunci Rujukan

1 2 3 4 7 15 17 17 19 21 22 22 24 26 29 29 30

Topik 2

As as Kepercayaan Agama Pelb elbag agai Kaum di Malaysia 2.1 Agama Islam 2.1.1 Asas Ajaran Islam 2.2 Agama Kristian 2.2.1 Asas Kepercayaan Kristian 2.3 Agama Buddhisme 2.3.1 Asas Agama Buddha Rumusan Kata Kunci Rujukan

31 32 33 37 39 44 46 53 54 54

iv



ISI KANDUNGAN

Topik 3

Konsep Dakwah, Kedudukan dan Kepentingannya 3.1 Pengertian Dakwah 3.2 Kedudukan Dakwah 3.2.1 Dakwah sebagai Kewajipan Syarie 3.2.2 Dakwah sebagai Tanggungjawab Sosial 3.3 Kepentingan Dakwah Islamiah 3.3.1 Mentauhidkan Allah SWT 3.3.2 Menyempurnakan Akhlak Mulia 3.3.3 Amar Makruf Nahi Mungkar 3.3.4 Membentuk Ummah Islam 3.3.5 Menegakkan Daulah dan Syariat Allah SWT Rumusan Kata Kunci Rujukan

56 57 59 60 61 62 63 63 63 64 64 65 66 66

Topik 4

Asas Metode Dakwah: Fokus kepada Surah al-Nahl: 125 Al-Hikmah 4.1 4.1.1 Asas al-Hikmah 4.1.2 Aspek Hikmah dalam Dakwah 4.2 Metode MawÊizah al-Hasanah 4.2.1 Kepentingan al-MawÊizah al-Hasanah 4.2.2 Pelaksanaan al-MawÊizah al-Hasanah 4.3 Metode al-Mujadalah al-Husna 4.3.1 Sasaran Mujadalah al-Husna 4.3.2 Matlamat al-Mujadalah al-Husna 4.3.3 Jenis al-Mujadalah 4.4 Mujadalah al-Husna dalam Konteks Dakwah Masa Kini Rumusan Kata Kunci Rujukan

67 69 70 71 73 75 76 77 78 79 80 81 82 83 83

Topik 5

Metodologi Dakwah Para Ras Rasu ul 5.1 Definisi Nabi dan Rasul 5.2 Metode Dakwah Para Rasul 5.2.1 Dakwah Nabi Nuh a.s. 5.2.2 Dakwah Nabi Hud a.s. 5.2.3 Dakwah Nabi Ibrahim a.s. 5.2.4 Dakwah Nabi Musa a.s. 5.2.5 Dakwah Nabi Isa a.s. 5.2.6 Dakwah Nabi Muhammad SAW Rumusan Kata Kunci Rujukan

84 85 85 85 88 92 95 100 103 111 111 112

ISI KANDUNGAN



v

Topik 6

Metodologi Da Dakw kw kwa ah Nabi Muhammad SAW 6.1 Latar Belakang Nabi Muhammad SAW 6.2 Metode Dakwah Nabi Muhammad SAW 6.2.1 Peringkat Mekah 6.2.2 Peringkat Madinah Rumusan Kata Kunci Rujukan

113 114 117 117 121 124 124 125

Topik 7

Sejarah Metodologi Dakwah di Nusantara 7.1 Teori Kedatangan Dakwah Islam ke Nusantara 7.1.1 Teori Kedatangan Islam Secara Langsung dari Tanah Arab 7.1.2 Teori Kedatangan Islam melalui India 7.1.3 Teori Kedatangan Islam melalui China 7.2 Faktor Penyebaran Islam di Nusantara 7.2.1 Faktor Perdagangan 7.2.2 Faktor Perkahwinan 7.2.3 Faktor Politik dan Penaklukan 7.2.4 Faktor Keperibadian Golongan Pendakwah 7.3 Sejarah Penyebaran Islam ke Nusantara 7.3.1 Sejarah Kemasukan Islam di Thailand 7.3.2 Sejarah Kemasukan Islam di Malaysia 7.3.3 Sejarah Kemasukan Islam di Indonesia 7.3.4 Kemasukan Islam di Brunei 7.3.5 Sejarah Kemasukan Islam di Singapura Rumusan Kata Kunci Rujukan

126 127 127 128 129 130 130 130 131 132 132 133 135 138 142 143 145 146 146

Metode Dakwah Islamiah kepada Orang Bukan Isla Islam m 8.1 Kategori Orang Bukan Islam 8.2 Sikap Pendakwah terhadap Bukan Islam 8.2.1 Sabar 8.2.2 Tidak Putus Asa 8.2.3 Perlu Ada Kekuatan 8.2.4 Pemaaf 8.2.5 Memberi Kesedaran 8.3 Kaedah Dakwah Rasulullah kepada Bukan Islam Rumusan Kata Kunci Rujukan

148 149 152 153 155 157 160 162 164 166 166 166

Topik 8

vi



ISI KANDUNGAN

Topik 9

Aplikasi Dakwah kepada Ora Orang ng Bukan Islam di Malaysia 9.1 Aplikasi Dakwah kepada Bukan Islam di Malaysia 9.2 Rasional Dakwah kepada Bukan Islam Rumusan Kata Kunci Rujukan

168 169 175 177 178 178

Topik 10

Metode Dakwah kepada Ora Orang ng Islam 10.1 Keperluan Dakwah kepada Orang Islam 10.2 Metode Dakwah kepada Orang Islam 10.2.1 Takrif Dakwah bi al-Lisan 10.2.2 Peranan Lisan 10.2.3 Bentuk Dakwah melalui Lisan 10.2.4 Uslub Dakwah bi al-Lisan Rumusan Kata Kunci Rujukan

179 180 181 183 185 186 188 190 191 191

PANDUAN KURSUS

PANDUAN KURSUS



ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN AMSU5303 Metodologi Dakwah di Malaysia ialah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Pengajian Islam. Modul ini bertujuan mendedahkan pelajar mengenai realiti masyarakat Malaysia yang mempunyai kebudayaan dan kepercayaan agama yang berbeza. Selain itu, ia juga membincangkan mengenai sejarah dakwah dan metode dakwah kepada orang Islam dan juga bukan Islam. Dengan ini pendakwah dapat mengaplikasikan metode yang sesuai semasa menjalankan aktiviti dakwah. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.



x

PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Jadu Jadual al 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran

Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

3

Membaca modul

60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial

10

Perbincangan atas talian

12

Ulang kaji

15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBE PEMBELAJARAN LAJARAN

120

OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan kepercayaan agama dalam kalangan penduduk Malaysia;

2.

Menghuraikan bentuk kebudayaan penduduk Malaysia yang berbilang kaum;

3.

Menerangkan beberapa metode dakwah yang tersebut dalam al-Quran dan metode Nabi Muhammad SAW;

4.

Menyatakan sejarah dan metode dakwah di Nusantara; dan

5.

Mengaplikasikan metode dakwah yang relevan kepada orang Islam dan bukan Islam.

PANDUAN KURSUS



xi

SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti yang berikut: Topi Topik k 1 memulakan perbincangan dengan menerangkan adat dan pantang bagi tiga kaum terbesar di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India. Topi Topik k 2 membincangkan asas kepercayaan agama bagi pelbagai kaum di Malaysia. Ini termasuklah kaum yang menganut pelbagai agama seperti Islam, Kristian dan Hindu. Topi Topik k 3 membincangkan maksud dakwah dari perspektif Islam. Ia juga turut membincangkan kedudukan sebagai satu usaha untuk menyebarkan kefahaman Islam kepada orang Islam dan bukan Islam. Selain itu, topik ini membincangkan kepentingan dakwah untuk mengajak manusia berakhlak mulia dan mentauhidkan Allah SWT. Topi Topik k 4 membincangkan metode dakwah seperti yang tersebut dalam al-Quran berdasarkan keadaan orang yang menjadi sasaran pada dakwah itu sendiri sama ada dia orang awam, orang yang berilmu atau sebagainya. Topi Topik k 5 menerangkan metode dakwah para nabi sebelum Nabi Muhammad SAW seperti Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Nuh a.s. untuk mengambil contoh, dan membuat inovasi sewajarnya mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Topi Topik k 6 mengkaji metode dakwah Nabi Muhammad SAW yang merangkumi dakwah peringkat awal di Mekah dan juga setelah berhijrah ke Madinah. Topi Topik k 7 membincangkan metode dakwah di Nusantara. Ia bermula dengan sejarah kedatangan Islam di Nusantara. Kita akan melihat apakah metode yang digunakan dan bagaimana ia dijalankan. Topi Topik k 8 membahaskan metode dakwah kepada orang bukan Islam. Ia membincangkan bagaimana hendak mengenal sasaran dakwah dan pendekatan yang patut dilakukan semasa menjalankan aktiviti dakwah kepada orang bukan Muslim. Topi Topik k 9 meneliti metode, dan pendekatan yang dijalankan oleh pendakwah di Malaysia terhadap orang bukan Islam dan rasionalnya.

xii



PANDUAN KURSUS

Topik 10 membincangkan metode dakwah kepada orang Islam di Malaysia. Ini termasuklah keperluan dakwah kepada orang Islam dan bagaimanakah pendekatan yang sesuai dengan masyarakat Islam setempat.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut: Hasil Pembela elajaran: jaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusa Rumusan n : Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunc nci: i: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

PANDUAN KURSUS

 xiii

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN Abdul Aziz Deraman. (1994). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia . Kuala Lumpur, Malaysia: Cahaya Pantai (M). Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2010). Sejarah dakwah. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication & Distrubitors. Ghazali Darusalam. (1996). Dinamika ilmu dakwah Islamiah . Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication & Distributors. Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan tamadun Asia . Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication & Distributors. Muhamad SaÊid Ramadhan al-Buthy. (2006). Rahsia sukses daÊwah Rasulullah (terj.). Muhamad Abdul Ghofar. Jakarta, Indonesia: Al-Markaz.

xiv



PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Topik 

1

Asas Kebudayaan Kaum di Malaysia

H ASIL P EMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menghuraikan adat dan pantang larang kelahiran, perkahwinan dan kematian dalam masyarakat Melayu;

2.

Menyatakan adat dan pantang larang kelahiran, perkahwinan dan kematian dalam masyarakat Cina; dan

3.

Membincangkan adat dan pantang larang kelahiran, perkahwinan dan kematian dalam masyarakat India.



PENGENALAN

Masyarakat Malaysia amnya, termasuklah Sabah dan Sarawak selalu dianggap sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Tiga etnik terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India telah mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang dikekalkan. Ketiga-tiga etnik ini bersatu atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Ini bererti bahawa masyarakat Malaysia mengandungi lebih daripada satu kategori kaum yang mempunyai sifat tersendiri sama ada dari segi kebudayaan, nilai dan norma kehidupan masing-masing. Jadi, di samping sifat berbilang kebudayaan, masyarakat Malaysia juga mengandungi serta memiliki sifat berbilang bangsa dan kaum.

2



TOPIK 1

ASAS KEBUDAYAAN KAUM DI MALAYSIA

Masyarakat Malaysia juga mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Budaya merupakan pola laku manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis, merupakan suatu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Budaya secara umum mempunyai unsur ekspresif dan instrumental. Unsur ekspresif meliputi aspek memahami alam sekeliling, kepercayaan manusia terhadap sesuatu dan kesan reaksi terhadapnya. Manakala unsur instrumental merujuk kepada bagaimana manusia menggunakan nilai budaya untuk menyesuaikan alam sekeliling. Pembentukan identiti budaya warga Malaysia yang dimaksudkan adalah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Dengan kata lain, satu masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, kebudayaan dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan, berganding bahu, mempunyai patriotisme cinta kepada negara, timbang rasa dan bertoleransi. Identiti budaya warga Malaysia yang patuh kepada cara hidup yang dipersetujui bersama dalam negara yang demokrasi.

1.1

MAKSUD KEBUDAYAAN DAN PANTANG LARANG

Dari segi terminologi, menurut Sidi Gazalba (1984), kebudayaan ialah paduan antara „budi‰ dan „daya‰. Budi lebih bercirikan perasaan, kejiwaan dan sesuatu dari dalam diri manusia, manakala daya merupakan unsur kekuatan fizikal dan fikiran manusia, dengan itu budi dan daya melahirkan kata terbitan „kebudayaan‰ yang boleh disimpulkan sebagai pola laku kehidupan manusia daripada ciri luaran (fizikal) dan dalaman (spiritual) individu. Robert Bierstedt dalam bukunya Social Order menyatakan bahawa kebudayaan ialah kesemua yang kita fikir, yang kita buat dan kita punyai sebagai ahli dalam masyarakat (Abdul Aziz Deraman, 1994). Edward B. Tylor pula dalam Primitive Culture (1871) memberikan definisi dari segi antropologi mengatakan kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam dan apa juga kebolehan serta kebiasaan (tabiat) yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Menurut Mustafa Daud (1985), kebudayaan mempunyai unsur abstrak, fikiran, keberanian dan kejiwaan. Manakala menurut Ghazali Darusalam (2001), asas kebudayaan sejagat mencakupi: bahasa, kebudayaan, adat resam, ilmu pengetahuan, hasil pemikiran, dan peraturan dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan peraturan yang diamalkan dalam kehidupan seharian manusia.

TOPIK 1

ASAS KEBUDAYAAN KAUM DI MALAYSIA



3

Kewujudan pantang larang dalam konteks adat resam sebagai salah satu contoh dalam kebudayaan khususnya dalam masyarakat Melayu berkait rapat dengan dua situasi, iaitu yang terhasil daripada kejadian spontan dan memerlukan satu mekanisme untuk mengatasinya. Contoh kewujudan unsur pantang larang seperti itu ialah, „tidak boleh duduk di atas bantal, nanti naik bisul‰. Unsur pantang larang ini dihasilkan untuk mendidik masyarakat khususnya kanakkanak supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan sopan santun dalam kehidupan seharian mereka. Situasi kedua wujudnya pantang larang ialah akibat daripada kepercayaan karut masyarakat dahulu tentang sesuatu perkara atau kejadian. Contohnya, tentang puaka, hantu, sial (membawa malang) dan sebagainya. Antara pantang larang yang terhasil daripada unsur ini adalah, „jika pulang lewat malam, hantu akan ikut‰ (Wan Ramli Wan Muhammad, 1999). Secara jelasnya, pantang larang adalah satu peraturan yang dibuat oleh masyarakat Melayu terdahulu yang disesuaikan dengan situasi zaman mereka untuk memastikan ahli komuniti sentiasa hidup dalam tatatertib yang baik. Pantang larang juga dibuat untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka lebih terjamin. Namun, kita sebagai masyarakat moden zaman kini yang lebih terpelajar haruslah lebih rasional untuk men...


Similar Free PDFs