Konsep Program Latihan Sumber Manusia DOC

Title Konsep Program Latihan Sumber Manusia
Author K. Mohd Noor
Pages 1
File Size 245.5 KB
File Type DOC
Total Downloads 41
Total Views 104

Summary

ASAS DAN KONSEP PROGRAM LATIHAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI Khairunneezam Bin Mohd Noor Pengenalan Sebelum ini, program latihan seringkali digambarkan oleh kebanyakan organisasi sebagai satu aktiviti yang tidak mendatangkan hasil dan manfaat yang nyata dalam konteks keuntungan organisasi. Ia dia...


Description

ASAS DAN KONSEP PROGRAM LATIHAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI Khairunneezam Bin Mohd Noor Pengenalan Sebelum ini, program latihan seringkali digambarkan oleh kebanyakan organisasi sebagai satu aktiviti yang tidak mendatangkan hasil dan manfaat yang nyata dalam konteks keuntungan organisasi. Ia dianggap sebagai suatu bentuk pembaziran sumber masa, wang, dan tenaga kerja yang kononnya boleh digunakan dan dilaburkan ke arah perkara- perkara yang lain yang lebih mendatangkan faedah. Ada juga organisasi yang menganggap latihan sebagai sesuatu yang perlu dilaksanakan sekadar untuk menghabiskan belanjawan dan peruntukan tahunan oleh pihak atasan. Seolah-olahnya, keberkesanan latihan itu tidak diukur kepada hasil yang ditunjukkan pekerja selepas mengikuti latihan, tetapi tertakluk kepada berapa banyak program latihan yang dapat dianjurkan. Natijahnya, kebanyakan organisasi hanya memperuntukkan belanjawan yang terlalu kecil atau tiada langsung bagi membangunkan program-program latihan untuk para pekerjanya saban tahun. Namun, mereka ini perlu sedar bahawa pekerja merupakan satu entiti yang sangat kritikal dalam organisasi, lantaran para pekerjalah yang menjadi tunggak penggerak dan penjana utama operasi dalam sesebuah organisasi. Melalui program latihanlah, pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai-nilai peribadi seseorang pekerja itu dapat dipertingkatkan selaras dengan tuntutan perubahan-perubahan yang berlaku dalam ruang lingkup kerjaya mereka (Hellriegel, Jackson dan Slocum, 1999). Untuk itu, artikel ini akan membincangkan secara umum tentang asas dan konsep program latihan sumber manusia yang diharap dapat memberi input-input asas kepada semua pihak agar memahami peri pentingnya program latihan dalam organisasi....


Similar Free PDFs