Kesimpulan syariah - sahsg PDF

Title Kesimpulan syariah - sahsg
Author sanam kaur
Course Data Communication Workshop
Institution Universiti Sultan Zainal Abidin
Pages 1
File Size 47.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 38
Total Views 117

Summary

sahsg...


Description

KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kita boleh dapati bahawa peperangan dalam islam diwajibkan jika perdamaian tidak dapat dicapai dengan cara yang baik. Peperangan tersebut akan menjadi lebih baik dan berstrategi jika berpandukan strategi perang dalam islam seperti yang telah dilakukan oleh Rasululllah SAW. Salah satu strategi perang yang baik adalah pemimpin yang dilantik seorang yang berwibawa, berilmu pengetahuan, sihat tubuh badan, lelaki, serta melaksanakan strategi perang berlandaskan al-quran dan as-sunnah. Dalam al-quran telah menegaskan kewajiban berjihad dan melengkapkan kekuatan tentera berkekalan hingga ke hari kiamat. Disamping kewajipan tersebut berlaku apabila diperintahkan oleh pemimpin sesebuah negara Islam. Umat Islam perlu bertindak untuk meningkatkan azam dan cita-cita bagi meningkatkan kekuatan tentera mengikut perkembangan semasa dengan mengekalkan ciri-ciri asas ketenteraan Islam. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam di dalam menghadapi arus modenisasi sekarang adalah dengan mengambil kira prinsip dan teori keislaman sebagai asas pembentukan kekuatan tentera yang tahan diuji. Perbezaan utama di antara prinsip Islam dengan yang lain ialah prinsip Islam bersumberkan agama Allah iaitu sumber yang kuat, nyata, dan sempurna yang bersesuaian untuk sepanjang masa, dapat membentuk anggota yang komitmen,kuat dan tidak mudah dikalahkan dengan izin Allah....


Similar Free PDFs